Powered By Blogger

Sunday, January 15, 2006

Interbiu Khas Bersama AJ


[Masuk pemuda kacak, berpakaian hipi. Sungguh kacak sehingga receptionist dan make-up artist yang lembut-lembut di studio semua serbu ke depan pentas, ternganga-nganga mulut mereka. Semua mencuri masuk untuk menonton sama interbiu ini. Ada gadis-gadis yang tak tersedar tudung jatuh ke lantai kerana asyik ma’syuq menghayati wajah idola mereka. Dan ada yang terkejut sehingga baju tiba-tiba menjadi sendat dan mendedahkan pusat.]

Tukang Interview :) Apa kabar AJ?
AJ :) [AJ pusing menghadap penonton comel dan lembut-lembut, melambai-lambai sambil memberi flying kiss] :-@
TI :)
AJ ;-)
TI )
AJ :-D
TI I-D
AJ :’-)
TI :-V
AJ :-r
TI :-S
AJ >8D
TI &@##%(((+$$
AJ :-)) :-)) :-))

Interbiu terhenti kerana suasana menjadi panas. Tukang Interbiu berjalan keluar pentas kerana kemarahan.

P.S. (i)Tak mungkin rakaman ini disiarkan kerana hari ini hari cuti umum jadi pegawai-pegawai penapis tak bekerja, bermain golop.


P.S. (ii) Aku tak hadhir pada rakaman tersebut tetapi secara kebetulan terjumpa transkrip rakaman pada kertas pembungkus nasi lemak pagi tadi.

13 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Baik Tuan kembalikan kertas transkrip itu, kerana menyimpan harta sedemikian adalah kesalahan di bawah OSA. Tapi jangan lupa scan dan fotostat dulu. Nanti teman boleh zip dan encryptkan.

Hari ini teman bangun awal Tuan kerana nak jumpa tunang. Dia tiba KLIA jam 2 petang. Pinjam kereta, Tuan.

Anonymous said...

Tuan Keng,
Jangan bagi kereta tu, Tuan. Dia dulu buat kereta sendiri macam submarine. Dia rendam keretanya dalam air semalamam. Air hingga ke paras atap.

abdullahjones said...

;) ;) ;)

dith said...

Keng,

Cara AJ beri komen adalah seolah-olah memberi markah kepada sesebuah entry! heheh, kalau ok dia tanda satu ;), kalau better 2 ;);), kalau best, 3 ;););)

So Keng, saya kira awak patut rasa syukur dan bangga kerana saya rasa setakat ini hanya bog anda diberi penghormatan sebegini!

Saya nak tunggu entry mana yg akan diberi 4 atau 5 ;)!

hehahah

Ku Keng said...

Arjunna:
Sudah saya kembalikan ke Pegawai Keselamatan yang berkenaan. Selepas menelitinya dia buang bakul sampah. Kereta tak ada!!
Gari:
Dia memang berasal dari Kampung Air di Telok Intan. Jadi munasabah la dia berbuat begitu.
AJ
:-)) ;-)) :-O
Puan Dr: hah macam ning kawe ake belanjo make, tapi Puan gi dulula, nanti esok kawe gi bayar.

tuan tanah said...

sangat rugi kerana saya tidak dapat menontonnya. kalau tidak, pasti saya boleh melihat kekacakan AJ itu dgn mata kepala saya sendiri :)

Ku Keng said...

Tuan Tanah:
Jangan bimbang, menurut berita terakhir sebentar tadi, Kementerian Dalam Negeri telah mewar-warkan supaya orang ramai jangan membeli CD cetak rompak interbiu tersebut. Bermakna dalam sehari dua lagi boleh dapat melalui MMS telepon bimbit, dan pasti anda akan menerimanya, dari AJ.

Tentang kekacakan AJ. Hah kena tanya DITH kerana sampai saat ini telah ramai yang dilapurkan dalam keadaan acute histeria.

HCI said...

Dollah Jong tuh dia mace mute ler DITH, dia boleh fahe, tapi dia tok leh kecek, kat rumah dia lak dia boleh buat ore fahe, nak tengok fikiran dia kena gi baca kat sana ler.

Anonymous said...

mind my ignorance...who is this AJ??? i'm totally lost here..

Sya said...

Siapa ini AJ... Majistret? Lawyer???? Doktor?????

Apa?? Ahlil Muzeeeek???? Pantang datok nenek aku...

Im like K and Mak Dara.. Sapa AJ???

Ku Keng said...

Kak Has:
Mok Dollah Joong tu pesang, jjalang rumah orang, muluk jangan ccamek. Sebab tu dia guna bahasa isyarat. : ))
K dan Kak Sya:
Anda bernasib baik kerana tak mengenali AJ aka abdullahjones. Hampir-hampir FRU dipanggil kepentas interbiu kelmarin untuk menenangkan keadaan: mengikut kata Pak Guard, sewaktu Mawi datang dulu pun keadaan tak perlu dikawal. Hai, anda berdua sungguh beruntung.

Anonymous said...

Ayah Keng

Kawe tak kenal siapa dio AJ tu..hebakt sungguh orangnya.
Tapi KJ,JJ,MJ,PJ,J.Lo kawe kena lah..

Ambo :)

Ku Keng said...

Ambo:
jeng, jeng, jeng...........