Secara kebetulan aku di Times Square sewaktu menerima panggilan tentang kemalangan yang menimpa Uncle Di. Inilah kecanggihan peralatan talipon terkini. Boleh memanggil sesiapa pada bila-bila masa saja, walaupun di mana. Kommunikasi menjadi enteng.
"Hello, Keng." Aku kenali suara itu. Auntie Bib, kesingkatan dari Habibah. Begitulah panggilan kami kepada keluarga Uncle Di, dengan panggilan yang tepat dan manis.
"Yes, auntie" jawabku,
"Uncle had an accident.."
"Where?" pintas ku kerana terkejut dengan berita sebegitu.
"Oakley Apartments. Not serious I hope,"
"Right. I'll rush now. Don't worry."
Sewaktu memandu, aku teringat untuk memanggil sepupuku yang terdekat dengan tempat kejadian, Kay yang tinggal di Notting Heights, dan juga adik saudaraku Jamal di Fairlane Avenue. Dan terputar-putar dalam benak ku nama-nama yang lain, seperti Zed di Somerset Homes, Lan di Country Heights dan paling mustahak sepupuku Din, seorang doktor di Gleneagles yang tinggal di Dorchester Apartments. Dan dengan harapan mereka juga meninggalkan pesanan-pesanan kepada saudara-mara yang lain yang tak sempat ku hubungi. Untuk memudahkan kerja ku.
Kesemua mereka terkejut dengan berita yang disampaikan dan berjanji akan segera ke tempat kejadian. Jarak tak lagi menjadi halangan. Alhamdulillah.
Sewaktu aku meluncur masuk ke Oakley, dari jauh aku nampak Uncle terhenjut-henjut ditempat letak kereta. Syukur, bisikku dalam hati, kerana pada mulanya aku mengsyaki yang beliau rebah kerana hypoglycemia ataupun strokenya berulang. Tetapi ternyata, tak seserius yang disangkakan. Mungkin beliau tersepak akar pokok, fikirku.
Mujurlah tempat parkir tak menjadi masalah pada pagi itu. Aku berlari anak dari kereta ke tempat Uncle berdiri, dan alangkah terkejutnya apabila aku ternampak si tukang kebun berketurunan India yang berdiri di balik pokok tak jauh dari tempat Uncle berdiri, sedang melepaskan hajat kecilnya. "Ciss," kutuk ku dalam hati, "Kita sudah berusaha dengan pelbagai cara untuk memodenkan masyarakat, hatta semua tempat yang baru dibangunkan di KL dinamakan dengan nama Inggeris, masih lagi ada yang tak mau berubah. Haprak betul."
Ya inilah masalah kita di KL. Pendudukunya tak mau berubah dengan menukar cara hidup seperti orang barat. KL sungguh pesat membangun dan pemaju-pemaju sudah ketandusan nama-nama yang sesuai dan glamor untuk menamakan kawasan-kawasan yang dibangunkan. Dan DBKL sudah menjadi bingung dan pusing (kata orang Seberang) untuk memikirkan cara-cara yang sesuai untuk memodenkan masyarakat.
Bagiku, aku tetap mau kekalkan kekampunganku, dan sebab itulah pilihanku tetap di Bongek atau pun Jiboi.
Cor Blimey.
21 comments:
For a while, I really thought you were living somewhere near AJ :)) and when each one of your relative too had english address, my mind started querying: takkan kot semua sedara mara dia ni duduk sana?
Can you tell me exactly when this trend of acquiring english names for our streets, buildings began?? Correct if I'm wrong, I think it started about 10 yrs ago. THE person with this bright idea must have some form of inferiority complex towards the whites thus he was compelled to make the drastic change...wonder if he has any guilt towards all the changes he made in all the policies??
Tuan,
Kampung teman masih dipanggil Bote. Cuma jangan keliru, ada Right Bote dan Left Bote. Sebab tu lah kampung kami tak maju agaknya. Tak ada nama glamor.
Ayah Keng
Kome jangan rasa pelik tentang nama2 tempat ni, perkara ni dah berlaku berkurun2 lama nya...contoh nya kat kampung si Arjuna tu ada....Hugh Low Street, Cameron Highland, Maxwell Hills, Port Sweetheham, Birch Road, Kellie's Castles, Telok Anson dan lain2...teman tak rasa janggal pun.
Yoep Slim River
Mr. Keng,
Pagi ini tatkala membaca Star, aku pening kerana tak dapat nak tentukan sama ada untuk membeli rumah di Ampersand di Kia Peng, Riana Green yang tak jauh juga dari KLCC atau Fairlane Avenue, atau di mana. Anak-anakku memilih Taman Keramat, yang hampir dengan KAFA yang mereka hadhiri. Mereka benar-benar menjadi penghalang utama bagiku menukar taraf hidup.
Tuan,
Saya dibesarkan di Taman Kanagapuran. Selepas tu berpindah ke Kampong Medan. Kini tinggal di Chow Kit. Rumah yang saya bercadang beli adalah di Seremban Three. Hai di Seremban pun! Kenapa tak letak saja Seremban Tigo? Tak kow agaknya.
Tuan,
Ini saya lagi. Tadi terlupa. Tau kenapa AJ tak komen? Ha kerana nama dia Jones.
Puan Dr.:
Nama-nama tempat sohih, tetapi nama-nama manusia khayalan. Yang memulakan liberalisasikan nama-nama ni bermula dari mamak penang yang dulunya menjadi Dato' Bandar KL. Fulus lulus.
Arjunna:
Macam mana kampung dema nak maju. Dudok dalam parit lah di dinding la.
Yeop:
Hai selamat datang Yeop. Nak hidang gulai tempoyak pun, stok dah abih. Betor le nama-nama di negeri Arjunna dan di negeri kome tu bernama orang putih. Tapi yang letak nama tu penjajah. Ni yang masakini ni otak dijajah. Orang Johor bilang, OPPH atau orang putih punggung hitam.
Mr. Anon:
Kalu nok glamor, beli caravan dan pindah di mana suka, ikut selera nama. Hari ni di Tropicana besok di Gasing Ville.
Gari:
Jangan suka pindah randah. Jones tak setuju nama-nama dilokalisekan kerana kerabat dia ramai yang tak reti sebut nanti.
Tuan Keng,
Sometimes it irritates me to see that the Malaysian do not know how to use the public facilities properly..
Talk about toilet discipline, I guess we might one day have to follow S'pore..To punish those who doesn't flush the toilet...It's funny but it works well..
The westerners are very particular when it comes to dryness in the toilet. I remember when I used to study abroad, when we take the ablution in the toilet, we make sure we mop up the floor with the toilet rolls to make it dry before we left as the 'Mat Salleh' especially the toilet lady will start complaining loudly..and we of course do not want them to portray Muslim as unhygienic..
When we Malaysian are going to change our attitute towards this very basic thing??
Keng, ala nak soh'ho menda gok. Ore Klate lama doh liberated. Kalu nok kenduri depa kat sini kata nak "Bekwah", tau dari mana asalnya, he he "Big work", banyak lagi ler, tanya ore klate tau ler. Ambo tak ingat, dok kena fikir benda lain ni, saja nak jengok demo, actually nak ikut puan doktor yang sekarang tengah dok obsessed fikir fasal demo pula, he he he, dia dah solve my mystery, dia dok dig u lak ni.
semenjak baca tulisan mung ini keng, aku terkilan dgn nama tempat ku - Sri Andalas. kuno benor lah pulak bunyinyer.
cakap pasai hajat kecik nie, aku teringat che.. ghita zaman british kat india.
PM India masa tu, Pandit Jawaharlal Nehru, bukan jawa.... dengan the last british viceroy, took the tut tut atau dikenali auto rickshaw keliling bandar bollywood.......mumbai
Si mat salleh tu terkejut tengok, orang berhenti motor tepi jalan dan melepaskan hajat kecik mereka. Dia duk kutuklah ........kata "disgusting", "disgusting" kat Nehru.
Dua bulan lepeh tu, si Nehru melawat London dan masa perjalanan melawat bandar London, Nehru terkejut tengok keadaan yang sama berlaku di kota London, dan terus menerpa the viceroy yang ada bersamanya ketika itu. "disgusting", "disgusting". Viceroy itu menjawab, Wait, Pandit, wait until you see their faces.
Viceroy kata, driver....stop the car.
Nehru terdiam malu bila dia melihat, orang-orang yang melepaskan hajat kecil itu rupanya rakyat dia yang menetap di London.
Ini story zaman 1940 haaaaaaaaan la.........
Sekarang idak le teman tengok cam tu.........
Tuan Keng,
kat KL sama zaman la nie ...........tak tau ape teman nak cakap lagi..............
Nita:
Hadith Rasul "Berjimatlah dengan air, meskipun anda berwudhu didalam sungai sekalipun".
Has:
Hor, lo ni bolehlah buak kamus baru. Gamaknya hok dok coin Kelantanese words from English dulu mungkin Tuan Bradley. Dio dok ssajo ttepi sunga sambir dok mmikir.
Dr. tak akan jumpa rahsia saya. Itu pasti.
Loppiess:
Isy buruknya nama tempat tu. Apa bunyi macam nama watak wayang kulit je. Sekarang DBKL bilang, penduduk boleh membuat petisi untuk menukar nama, ala Inggerris ke, Amerikan ke. Misalnya Seri Andalas boleh ditukar ke Taman Sri Bush!
Usha:
Hai menghilang berhari-hari sampai habis kopi dibalung musang. Tu perangai sesetengah orang Malaysia macam musang la, berak merata-rata.
AJ:
AJ, mereka menunggu gambarmu. Hai bukan salah kamu dilahirkan kacak dan segak.
Anon:
Di KL sekarang, teristimewanya di kongsi-kongsi tak ada lagi segan-silu. Dah lah tu, mereka tak endah langsung yang orang lalu lalang pun nampak jelas dan nyata. Bukan orang lain, tetapi Islam.
Keng & Has-
Tidak mengape, kawe redha...
Kawe dah pinjam dari AJ buku 'Panduan Si Tolol Untuk Berblogging' dan pada m/s 123, ada ditulis cara nak 'hack' blog2 untuk trace IP empunya blog sehingga ke alamat rumah dan nombor telepon nye!! Siap siaga Keng!
(lepas ni kalau Keng dapat panggilan telepon bisu, jgn hairan ye)
*Keng ketaq kepala lutut dah!*
tok keng...
rambut sama hitam tapi hati lain2.. mentality manusia ni memang susah nak ditarbiyah.. macamana educated pun seseorang tu hingga tang nak jaga hak awam pun memang cemuih nak menegur! cuba kalu sindri punya..pandai plak nak kasi bersih...
baju nak cantik pakai nak lawa segak..biar pape asal bergaye...nama dah tukar ala omputih.. kat kampung nama kalsum tapi dok kl nama jadik kelly... tak kuasa..tapi hak yg dlm tu...yg org tak nampak...tak payah basuh takpa ..pakaila 2-3minggu... geli kami...
memangla org tak nampak..org tak tau..tapi Allah nampak.. nama tu biar nama yg bagus makna dan sebutannya.. itulah nama yg akan digunakan masa pdg mahsyar kelak...
nama Abdullah tu dah sedap dah tapi tang ada jones kat ujung tu utk glamer ke nama betul..??
tok keng..kalau takde aral perkenalkan la saya dgn AJ..(ada hati jugak tu..)
K:
Hai melarat pulak jadinye. Mungkin orang yg dimaksudkan dari kampung anda, bukan di kampung saya. Kerana orang kampung saya mandi di sungai 5 kali sehari, setiap kali berwudhuk.
Balik-balik nama Jones yg timbul. Memanglah nama Jones tu benar dan asli. Bagaimana ngak bisa asli, kerana Indiana Jones tu saudaranya sepusat sepusing. Dan anda terlambat dong, kerana AJ dijemput HK untuk bersama Jet Li. Maaf ya, jangan pula tersilap, Jet Li ini bukannya saudara Ku Li.
Puan Dr:
Alamak, mati aku.
psst AJ: Kan aku dah bilang, jangan masuk bab hacking dalam buku tu. Mulai malam ni mari kita guna komputer di Internet Cafe. Di Shah Alam banyak. Tapi macam mana pulak ada muka surat 123, pasa buku tu hanya setebal 4 muka je, termasuk kulit depan dan belakang.
Keng,
Ni teman testing ni.
he he he siap kau keng! lembik keng nanti.
AJ yang popular ni sapa ye? blogger ke, mana blognya? AJ = Arjuna ke?
Kak Has:
Kalu apa-apa berlaku tolong panggil Dr. Ellie ya.
Usah:
Hah, jangan bimbang, saya sekarang dah siap sedia. Dia tak akan cam saya. Dan malam ni saya keluar 40 hari mengikut jemaah tabligh. Jadi susah nak cari.
Post a Comment