Powered By Blogger

Saturday, January 21, 2006

Mitak Tulong

Ini satu perkara yang amat berat bagiku. Sesiapa yang meminta aku supaya meminta tolong dari yang lebih berpengaruh, untuk mendapatkan sokongan atau kelulusan sesuatu, akan menerima jawapan sebegini dariku. "Susah sikit ambo nak mintak tolong dio sebak takut dio seko kawe nok ambik advantage."

Jawapan ini bukannya jawapan kerana tak mau berusaha, tetapi adalah keserikan yang timbul dari satu pengalaman yang pahit bagi diriku.

Ingat tak Gari (aka Gerry), sewaktu kamu mula-mula memasukki Islam dulu, dan namamu tersalah eja pada Kartu Tukar nama yang dikeluarkan oleh Pusat Islam. Namamu dieja GHAIRI dan aku meminta supaya kamu menukarkannya kepada GARI. Mengikut nama seorang kawanku di Saudi yang mempunyai nama yang sama. Sekurang-kurangnya lebih elok daripada ghairi.

Dan sewaktu kamu menalipon ke Pusat Islam, pertanyaan atau penjelasan kamu dibalas dengan kasar, malahan diherdik. Jadi memandangan bahawa fardhu ke atasku menolong kamu, seorang muaalafatul qulub maka aku menalipon seorang manusia yang aku anggap akrab denganku, di satu bahagian yang lain, yang pejabatnya pula hanya setingkat sahaja di atas jabatan urusan kartu itu.

"Ki," aku memulakan perbualan "tolong kawe sikit!"

"Hor gappo dio?"

"Ning ado saing baru masuk Isler, jadi nak bbetur namo dio pasa ssalah ejo ari tu?"

"Ejo guano pulak?"

"Yo lah, patutnya (gitu, gitu, gitu.. aku menerangkan masalah)..."

"Bakpo dio dok royat bbetur ari tu?"

"Dio ning buke orang Arak Ki. Orang Melayu pon banyak dok reti, jadi dio nak tau guano bendo tu ssilak?"

"Hor dok apolah, suruh dio talipon kawe!"

Dan bagaimana keseronokanmu Gari, dengan kemungkinan penyelesaian dalam masalah yang kecil dan enteng ini. Dan kamu pun berkali-kalilah menalipon tuan tadi, dan setiap kali menerima jawapan yang tak positif darinya. Dan akhirnya aku menaliponnya di depanmu.

"Ki, ning kawe ning! Hoih, bilo mung nak tolong saing kawe ning?"

"Horh, kawe sebok sungguh, dok tolong wak ucapan menteri, den wak jawape soale parlimen, bla, bla, bla ..... Dok apo, suroh dio talipon kawe esok pukul 10.00 pagi."

Dan keesokannya kamu menalipon tuan itu lagi untuk mengesahkan temu-janji untuk ke Pusat Islam. Dan selepas perbualan, kamu tidak memadamkan talipon kerana fikirkan ada lagi pesanan-pesanan darinya. Dan tuan itu pula menyangkakan yang kamu telah memadamkan talipon untuk meghabiskan perbualan dengannya. Dia tak sedar yang perbualannya dengan seorang kawannya yang berada disebelahnya dapat didengari kamu.

"Apo budok ning, nak masuk Isle masuklo, tapi dok nyyusah kawe pulak"

Berderau darah kamu. Mungkin menyesal dengan tindakan kamu menjadi seorang Muslim. Dan aku berharap tidak.

Inilah penyesalanku. Bukannya untuk meminta duit atau harta benda. Tapi untuk meminta pertolongan yang amat senang dan yang terbaik.

Dan dari insiden ini, aku bertekad dan bersumpah. Hanya satu permintaan atau pertolongan sahaja akan aku minta dari orang-orang yang bekerja di jabatan-jabatan yang berkait dengan Islam. Iaitu untuk menghendap atau mengintip manusia, yang dalam istilah AJ, dalam proses melaga-lagakan tempat keluar najis mereka. Mereka pasti akan datang. Bukan seorang tapi mungkin dua tiga MPV. Berderu-deru. Dan dengan secepat kilat.


Nota: Ki tu nama sebenarya 'tuan' yang aku maksudkan. Bukannya orang biasa, tetapi cucu kepada seorang alim yang terkenal di Kelantan dalam tahun 60an dulu, dan saudara kepada 2 orang menteri. Sekiranya dia membaca blog ini; aku peduli apa. Kerana aku sudah lama mengikis namanya dari senarai kenalan-kenalanku.

17 comments:

zizie ali said...

geram...
layanan pasti berbeda jika dia berurusan dgn dato' sri dr. keng.:(

dith said...

It is sad. For my husband and I too have faced the same predicaments with people whom we have regarded as friends and now have become successful and holding high positions.

Once hubby was attending the AGM of youth body in a hotel in Bangi and met an old friend at the lobby. Kawan lama di U and used to help him with kerja NGO dia. But he didnt look happy with that chance meet, acuh tak acuh. Pastu hubby mintak nombor talipon and he refused to give saying that he cant remember his own number!!! Boleh percaya ke?

Another guy is now the president of another NGO body and is so popular now. Sebut nama dia tentu org kenal. Kebetulan my dad said this guy ahli jemaah masjid tempat my dad and he knows his house. So nak jadi cerita, kita orang pon went to his house one Sunday moring to visit him ( maklumlah lama tak jumpa!). Rang doorbell, org gaji keluar, pastu mak dia, tapi dia tak keluar2) We ended just talking to his mum for 10-15 min tapi dia masih tak keluar2!! Penat tunggu kta org pob chalo! So conclusion?

Laa ni kalau ada kawan yg dah kaya and fofular, malas nak tegur dah. Biarkan lah mereka dgn kekayaan dan pangkat mereka!

Anonymous said...

Harap maap Ayah Keng. Bukan nak menuduh Ayah Keng tak baca akhbar, tapi sekarang skuad menghendap dah dibubarkan oleh kabinet. Oleh itu kemungkinan kalau Ayah Keng panggil mereka pun mereka tak akan datang. Sebaiknya panggil mamat bangla saja, lebih berkesan. Malam ni saya sebok kerana ada acara bersukaria di KLCC. Jeng, jeng, jeng.....

Ku Keng said...

Usha:
Orang Malaysia penuh glamer. Orang putih yang datang ke Malaysia, mintak tinggal di Ulu Langat atau Lanchang. Kerana lebih natural bilang mereka.
Gari, dengar do'a tu?
Zizie:
Karanglah wahai Zizie, serangkap dua rangkap bait, untuk menenangkan diriku ini.
Puan Dr:
Biasaler tu, kata mat mat moto. Bagi can mereka perasan. Banyak orang lupa bahawa yang akan memikul keranda dan mengiring ke kubur tu kawan-kawan lamalah, bukan kenalan baru. Tanyalah Sheikh DSAI.
Lin:
Ya ka? Lar jadi sekarang hilanglah taring mereka. Patutler KLCC ada keramaian besar-besaran.

Anonymous said...

Tuan Keng,
Marah kaklah napoknyo. Jange bimbe, nanti kami atar air nira Pasir Mah, utok nnyejuk bade.

abdullahjones said...

kawan-kawan saya semua yg dari sekolah -kerana kawan sekampung semua mati hisap dadah- dan mereka masih rapat dengan saya-kerana kami tinggal berkawan tanpa meminta pertolongan-.

meminta tolong dengan kawan adalah perkara susah kerana kawan lama kita kini telah ada kumpulan kawan yang baru.kepentingan berlainan.

dan ya, mereka gemar melihat lubang kencing.

Anonymous said...

Tak apa Tuan Keng, saya dah lupa peristiwa itu.

Ku Keng said...

Ayah Pin:
Dok apolah Ayah Pin wei, nati kalu kawe terimo air niro demo, polih mai igak kawe pulak, kor serabuk perok lagi.
AJ:
Itu paling terbaik, mari kita tolong kawan-kawan tanpa mereka minta ditolong. Baru ada setiakawan.
Gari:
Alhamdulillah.

Sya said...

Tuan Keng.. kita manusia sentiasa merasa diri kita kekal dan besar bila telah jadi org besar, tanpa mereka sadari"tiada yg kekal" kecuali Allah s.w.t dan yg besar boleh jadi kecil dan yg kecil boleh menjad besar.

Biarlah.. Gari .. ada hikmah disebaliknya, kalau idak Tuan Keng tak tahu perangai sebenar "kawe" nya itu.

Keihklasan.. itu yg penting

Ku Keng said...

Sya:
Sebenarnya kejadian itu membuka mata saya. Besar itu relatif, dan tak kemana.

Anonymous said...

Sheikh Gari.....

There are two things which is FREE in this world

1. Oxygen
2. Other people's opinion/words

One will kill you and the other one will make you live.

Ki.....is one of them which his opinion/word will kill you emotionally.

Since it was Free ........hey dont take it seriously brother.

Frankly there are many Muslim brothers out there like Tuan Keng who are sincere, and will help their fellow muslim brothers.

Ku Keng said...

Tuan Anon:

Don't worry your Sheikh Gari (eh bila pulak dia jadi Sheikh?)didn't take it that bad. He felt that these are obstacles to be good. Anyway bro, oxygen is no longer free. You got to buy them from the blue bottles or the oxygen machines.

Anonymous said...

aduhai gari...

sedih benar dengar cite lame yg membuat luka lame berdarah kembali..isk! isk!
sebabtu la prinsip hidup saya.. Biar org buat kita jgn kita buat org..tak buleh ikut omputih alkisahnye..an eye for an eye.. tak buleh pakai..

sebagai org Islam kena sentiasa ingat bahawa Allah lebih mengetahui segala sesuatu.. musabbibal asbab.. ada hikmah disebalik sesuatu kejadian.. terpulang pada akal manusia utk menilai dgn iman atau dgn hati..

memanglah.. kalau ikut spur of the moment.. nak belasah je org macam tu tak pun berdendam..nanti kau!!

Ku Keng said...

Anon:
Sori Anon. Macam mana boleh saya menganggap yang anda ini Tuan dan bukan Puan, atau Encik atau Cik?

Ku Keng said...

K:
Maaf ya, K ni Cik ke Puan ke, Encik ke Tuan ke? Oh ya, jangan bimbang dan kuatir, Gari kata, "I am OK if you are OK." Yes Gari, I am OK now. So K, OK? Satham Podathe.

Anonymous said...

Tuan Keng

ten plus ten plus ten = ????? Thirty????

No sir!!

ten ten tennnn! surprise... he! he! he!

Tuan ka, Puan ka, cik ka, chom bee ka! tak pa la tuan keng.......only for me to know,,,, hik! hik! hik!

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Compaq contura 4buy ionamin