Monday, January 16, 2006

Hebat, hebat ....

Rupa-rupanya Interbiu Khas Bersama AJ tersiar secara terus-menerus. Tak sengaja. Lihat betapa seronoknya mereka dengan kehadhiranmu AJ.

12 comments:

Kecik @Arjunna said...

Tuan,
Nampak tak teman di row belakang sekali, bertepuk-tepuk. Tapi sayang lighting tak bagus, tak nampak muka teman.

dr in the house said...

Keng, internet savvy juga awak ni ye! Pandai buat link pada tajuk entry lagi! Hebat hebat. Saya rasa AJ pon tak sebijak tu! heheh

abdullahjones said...

hahhahahahahahahahahhahhah...

pn. dr., kata kawan saya kepada saya (dalam masalah IT), ini power punya buta nih!

Gari said...

Yang tak nampak adalah segala tepukan mereka mengeluarkan emoticon juga. AJ, pada pendapat saya adalah makhluk asing.

Lin said...

Hai si bulek pun gemarkan AJ? Tapi mana gambar AJ? Adakah ia bersaudara dengan Indiana Jones?

Ku Keng said...

Kecik:
Doh ler kecik, dok lam gelap pulak, mana nok nampak? Macam mana kome tau ada siaran terus menerus?
Puan Dr.:
Sebenarnya saya membaca buku AJ yang bertajuk Panduan Si Tolol Untuk Berblogging (Idiots Guide to Blogging). Sayangnya buku ni telah diharamkan oleh JAKIM. JAKIM kata lucah.
Gari:
Memang dia makluk asing, cuba baca buku Men are from Mars, itu sejarah hidup AJ lah.
Lin:
Indiana Jones (IJ) dan AJ kembar siam. Kalau nak tengok gambarnya, lihatlah gambar IJ, tapi AJ tak bertopi, dia berkopiah.

Ku Keng said...

AJ:
Ah sori AJ, lupa nak membalas komen anda. Hahahahahahaaaaaaaaaaa.

Jangan cerita kat Puan Dr. cara kita buat link. Tu dia belum tau lagi yang anda berblogging tak pakai komputer langsung. Pagi tadi tak gi masjid ke? Hari ni imam pompuan.

Nita said...

Tuan Keng,

Ada saja lelucon tuan..lihat..AJ sudah bersuara..TAHNIAH Tuan!

Seperkara lagi..bolehkah interview ini diulang tayang semula? Ingin menatap wajah AJ..itu saje..Jgn lupa..beritahu tarikh dan waktu tayangannya.

Ku Keng said...

Nita:
Maaf, ada masalah sikit. AJ dah jual mahal. Sekarang dia dah lantik Dr.ITH sebagai manager dia, dan demand untuk royaltinya tinggi kaklah.

k.. said...

tok keng,

kesana kemari org dok cghita pasai AJ.. gah sgt ka orgnya..?? bila nak perkenaikan kami? org kata.. tak kenai maka tak cinta.. bukan nak bercinta tapi nak kenai ja.. kalu sungguh bagai dikata.. biar saya nak tengok mata bertemu mata.. boleh kan tok keng?.. tok tak marah kan?? tolong merapatkan silaturrahim dpt pahala tok... (gatai la plak!)

Ku Keng said...

K:
Guru saya bilang tak semestinya bertemu maka baru cinta atau benci. Pernah ke berjumpa Abu Lahab? Tidak, tetapi k amat membencinya kan? Begitu juga,pernah ke bertemu P Ramlee? Juga tidak. Tetapi angau kat dia kan? Hahahahaha :-))

k.. said...

tok keng,

pantas sungguh menjawab! tak dan nak bagi salam...yg abu lahab tu kisah kejahatannya adalah dr al-quran..maka dr situ timbul rasa benci... p ramlee saya suka tengok cita dia..sampai ulang2 pun tak puas..bukan sampai angau tapi crita dia tak muak di tengok berkali2... lain halnye dgn AJ ni... saya dok dengar crita pasal dia dr org lain tapi tengok dak lagi... org crita dgn quran crita kan lain... knp? tok keng jeles ke? don wori.. pn dr blh bantu ubati sakit ni..