Powered By Blogger

Wednesday, January 11, 2006

Mari Belajar Peribahasa

Besar kemungkinan besok atau lusa, segala hotel-hotel di kota raya habis di jual, atau jembatan Pulau Pinang di sita kerana hutang berbillion-billion tak dilunasi, kerana kesilapan sendiri. Maka sekarang saya ingin mengajar satu peribahasa lama, yang telah saya belajar di padang pasir Mauritania:

Kalau bersalaman dengan orang Melayu, tangan kemuka dibawa sapu;
dengan Arab (Saudi), dakap mendakap puji-memuji;
dengan Turki, dakap mendakap, cium di pipi;
dengan Mesir, ibu jari pastikan tidak tercicir;
dengan Palestine, segala jari jemari pastikan masih lengkap dan bercincin;
dan Lubnan, pastikan tangan masih di pergelangan.

Sekian. Adanya.

Sekarang marilah kita talipon pejabat akhbar-akhbar tempatan supaya muka depan diisi dengan berita yang lebih berfaedah dan bermanfaat. Jangan ganggu Pak Lah kerana beliau sedang mencari inspirasi untuk rombakan kabinet. Malaysia kurang berinspirasi tetapi banyak beraspirasi ......

8 comments:

Sya said...

Bila menyebut akhbar2 tempatan.. Alhmadullilah terasa lega bila Undang2 Kekeluargaan Baru yg telah diluluskan hari tu telah di "put on hold"... biasalah kita nak nunggu org bising dulu baru lah nak bertindak kalau tiada yg bising maka biarkan ajerlah.

Ku Keng said...

Kak Sya: Maka itulah sebabnya saya hanya membaca komik-komik dalam akhbar-akhbar dan untuk membaca berita kuno saya baca akhbar pembungkus nasi lemak atau mee goreng mamak. Jadi bila terbaca apa-apa yang sensasi, ianya sudah basi. Tak timbullah emosi.

Anonymous said...

Ayah Keng

Sebut pasal hutang hotel,jembatan Pulau Pinang...saing kawe 'peniaga hutang'...gapo dio tu? Boleh jual hutang tu kat Elie Youssef Najem ko?

Ku Keng said...

Namo gappo gak demo nin? Hor tulih tulih namo dak royak. Tapi dok apo. Pasa nok neggo hute ni, keno baco kitak fikah la. Bbawah bak Bai' ad dayn. Mukin Sheikh Eli tu pahe, sebak dio ore Arab. Kalu kawe nok ssaroh jjadi panje pulok. Lamo ken ttidor abih ore hok do baco tu. Sekien adonyo.

Anonymous said...

Cakap pasal hutang ni..teringat saya pesan ibu..berbelanja biar berpada..apatah lagi hutang sebagai Muslim bukan boleh di ambil mudah..Tidak dilunasi, roh di bumi tidak di langit tidak.
Di hari kebangkitan, dituntut lagi...Nauzubillah..

dith said...

Padang pasir Mauritania??
Metaforik lagi?

Ku Keng said...

Nita: Selamat datang Nita. Ya itu hadith sohih. Saya tak berhutang tapi orang yang berhutang dengan saya memang ramai.
Puan Dr.: Ya, akhbar kita ketandusan berita seperti padang pasir Mauritania. Orang Mauritania kurang bercakap. Hanya yang perlu. Kalau mereka berkumpul beramai, mereka bersyair dan bermadah memuji Rasul atau bermunajat. Tak suka berbual kosong. Mungkin kerana di sana tak ada teh tarik!

Anonymous said...

tok keng,

pd saya biar harta benda wang ringgit tergadai asalkan maruah diri dan ugama dipelihara..

media elektronik dan cetak ckrg ni kalau keluarkan berita bukannya nak memberi informasi berita terkini tapi diibaratkan spt nak mengadu domba..? apa kata tok?