Seruan ini bukannya untuk menyuruh anak kecil kencing. Hah, ianya khusus untuk orang yang bengong dan bangang.
Dah tau tujuan datang ke masjid (atau surau) untuk berkhusyuk, tak reti-reti juga. Bukan sekali, bukan sekala; tapi orang yang sama juga berkali-kali. Tak reti-reti nak padamakan ke, mutekan ke atau jangan bawa terus talipon tu ke tempat ibadat.
Yang lebih bengong lagi tu apabila mendengar deringan, dia angkat talipon dan mengambil masa untuk meneliti nomor pemanggil. Konon-konon takut-takutlah yang memanggil tu Pak Lah, jadi tak mau la miss call tersebut. Sehinggakan tak peduli bunyi deringan lagu hip-hopnya yang tak sesuai langsung dengan umur dan wataknya; menyakitkan telinga jumaah lain. Yang sejenis lagi, dengan deringan 'Thala'al Badrul 'Alaina', konon-konon baik le. Tak padamkan panggilan tapi biarkan deringan abis. Dan si pemanggil tu pulak tak reti-reti kenapa talipon tak diangkat, panggil pula repeatedly. Bagi yang dipanggil, disebabkan deringan tadi memuji Rasul, maka tak boleh dihentikan. "Bok-kerif", kata orang Turki!
Dan yang amat peliknya pula pada hari Jumaat. Si pemanggil tu tak semayang Jumaat ke? Tepat waktu khutbah dia manggil-manggil orang. Pelek betul manusia zaman sekarang.
Saya tak ada bantahan kepada gambar pada poster tu. Tapi slogannya bermakna apa? 'TIADA PANGGILAN SEPENTING SERUAN ILAHI'. Memang tepat. Itu lah yang membawa tuan punya talipon tu ke masjid. Kadangkala kita tertipu oleh kata-kata. Dulunya di persimpangan Taman Melawati, terpampang papan iklan Baitulmal dengan slogan 'Zakat Bukan Satu Retorik'! Entah apa maksudnya sampai sekarang saya masih bingung.
Dan kata TM lagi papan tanda ini akan dipasangkan di masjid-masjid yang akan dikenalpasti oleh JAKIM. Jadi tugas JAKIM nanti akan membuat survey untuk menentukan di masjid-masjid mana terdapat ramai jumaah yang tak menutup talipon mereka.
Hai, susah betul.
6 comments:
And there's the issue of who gets the project to make the sign-boards! Lucrative indeed!
Just like the 'Tak Nak' signs...its mandatory to put up in public premises or you'll be fined. So kenalah beli satu sign and lekat kat dinding. Siapa dapat duit? Ikhlas ke tujuan?
Pak Keng,
Teringat ana pada kartun dulu, Pak Imam tidak lagi mengingatkan makmum supaya rapatkan saf, tapi "matikan handphone". Ya ana setuju betul pandangan anta tentang kelaku dan perangai pendatang ke masjid. Tak ada adab!
Dan juga tentang apa kata Dr., ya tau sama tau saja la. Gua caya lu, lu caya gua. Gua senang lu pun senang la.
En. Keng,
Penyakit handphone merata-merata. Pak Arab yang sedang bersolat di Masjidil Haram, apabila terdengar deringan dalam poket jubahnya, terus menyelok tanpa lengah-lengah dan menjawab "Solat!". Agaknya jawapan dalam bahasa Arab harus tak? Apa pendapat tuan-tuan mufti kita?
- Hj. Bakhil
Ya paling baik, adakan tempat tinggal handphone seperti tempat tinggal sepatu; dengan mengenakan bayaran. Tapi susah jugak ye, lepas dua hari mamat-mamat doktor tu menyamar sebagai penjaga booth simpanan, dan abis handphone dikebas mereka. Apa pendapat En. Keng?
wak dato keramat
In a nutshell, these people who does not switch off the handphone is pure 'selfish'. Rasanya common sense pun tahu, tempat orang nak solat biar jangan terganggu dengan bermacam bunyi lagu waima Thola'al Badru sekalipun..who cares what nasyid you have, it's still a disturbance!
Puan Dr.: Kalu Puan ke WP ada pula papan tanda yang terbaru, di merata cerok jalan. Terpampang gambar Pak Lah. Ini satu peluang baru lagi.
Anon1 / Anon 2 / Anon 3 / Abe: Ya itulah cultural shock yang kita alami sekarang. Apa selepas ini? Mungkin khatib menjawab talipon melalui blue toothnya sewaktu khutbah nikah atau Jumaat!
Post a Comment