Powered By Blogger

Friday, January 06, 2006

Aku Pelik ....


Kenapa orang datang menziarahi kematian
suka bergelak ketawa dan berborak panjang,
tentang business dan meetings,
politics and schemings,
blah, blah, blah, blah and bluffing.
Tetapi tidak hendak mendoakan
kepada mayat kawan atau sedara-sedari,
yang baru saja pergi?

Kenapa selepas tahlilan di masjid atau di rumah,
Surat Yaasiin diletak di bawah,
di lantai yang rendah?

Kenapa gadis bertudung,
berkain ketat membentuk punggung,
secara terang dan tanpa silu,
suka makan buah atau minum-minuman,
sambil berjalan atau berlalang-lalu?

Aku pelik dan malu .....

10 comments:

dith said...

Aku Tak Pelek ....

Sebab orang yang datang menziarahi kematian..
Merasakan kematian bagi mereka jauh lagi...


Sebab selepas bertahlil,
Perut dah lapar, makanan sedia sudah,
Surat Yasiin diletak dibawah,
Siapa nak kisah?

Sebab gadis bertudung,
berkain ketat dan nampak bentuk punggung,
Tidak faham pangkal maupun hujung,
Mengapa dia bertudung,
dan secara terang dan tanpa silu,
suka makan buah atau minum-minuman,
sambil berjalan atau berlalu,
Sebab mak bapaknya tak ambil tahu.


Aku tak pelek tetapi tetap malu .....

Anonymous said...

En. Keng,

Ya, saya juga:
bersedih dengan keadaan,
yang tak bersopan di rumah kematian,
dan talipon yang berdering,
diiringi percakapan yang tak berkenaan,
di kala pengebumian.

Gadis yang bertudung,
Berbaju pendek,
dan juga mendedah dada,
Bak Dr. kata,
diri sendiri ilmu tak berapa,
mak pak depa juga tak peka!

Agaknya inilah hadhari,
yang kita cari-cari,
atau mungkinkah,
Islam itu hanya identiti?

eh bersajak pula saya kali ini!

- kecik

Anonymous said...

Saya harap encik Keng tidak ke KLCC kerana mungkin akan pitam dan sesedarnya akan terus bisu.

zizie ali said...

aku pernah dengar lawak orang sedang menggali kubur: " gali gali ni, kalau jumpa emas seketul kan best..."

zizie ali said...

KENG: bahagian kepala manusia atau yang sespicies dengan. Terletak di sebelah kiri dan kanan bawah dagu. BENGKAK KENG : Sejenis penyakit. Bengkak di sebelah kiri atau kanan bawah dagu atau kedua-duanya. Beguk (serah beruk/bengkak cantik/degum). KERAS KENG : Peribahasa yang membawa maksud tidak mahu mengalah dalam sesuatu perdebatan.

Ku Keng said...

Puan Dr.: sekurang-kurangnya anda tak pelik. Dan tak pula redha. :-)
Kecik: TK diatas sajak yang sungguh pedas. Nanti saya akan hantarkan ke majallah Ujang.
Anon: KLCC tu di mana?
Zizie: Ahlan wa sahlan, wa marhaban bikum.

Anonymous said...

Tuan Keng,

Mungkin para penceramah kita perlu membuka topik ini kepada umat kita masakini.
Kadang kala kedangkalan ilmu kita menyebabkan kita alpa dengan adab menziarahi kematian, serta lupa bahawa kita sendiri bakal baring di persemadian begitu disaksikan rakan taulan yang khusyuk dengan kisah dunia tanpa sedikitpun terlintas mengirim doa dan pahala buat kita yang berada di perbaringan.

Apa kata Tuan Keng?

Ku Keng said...

Abe: Adab telah ditenggelami oleh adat. Dan adat sekarang banyak yang diinnovasikan dari adat-adat yang asing kepada Islam. Itulah masalah kita masakini.

Anonymous said...

memang kita geram..tengok perangai yg macam2..tapi kan tok keng..looking at d bright side..

ziarah kematian - kita patut bersyukur dlm mrk sibuk dgn hal dunia mrk masih curi masa menziarahi kematian..itupun dicatit malaikat sbg amalan..walaupun rasa hormat pd suasana tu kekadang terlalai..eg: lupa nak off hp sbb tergesa2 nak ziarah kematian,etc.. pernah tak kita terfikir knp digalakkan menziarahi kematian??? selain drpd dihitung pahala ianya juga adlh waktu bilamana keluarga yg jauh lama tak berjumpa.. bertemu dan bertanya khabar..of courselah diiringi gelak ketawa...bukan ape..tanda mesra...

saya bukan disagree dgn tok keng tapi kekdg we have to find and understand d underlying and hidden story behind d whole picture..saya ngaku saya bukan ahli dlm apa2 bidang apatah lg bila nak mengomen pasal org... we can comment but not comdemn! we have dis bad habit of "su' uzhon"..negative presumptions.. dpendekkan cite.. perlu sentiasa "husnu zhon" dlm apa jua keadaan.. tak de la kena migraine..??

aduhai to keng..
pls don't add dis 2 ur burden.. remember que sera sera.. c'est la vie..

atas tutup bawah bukak?? - tergamaknye mrk memberi name buruk pd muslimah sejati yg berhijab krn Allah..kalau ikut hukum ada 3 cara kita nak menangani gejala ni..dgn lisan (teguran), dgn tangan (tampar je..!?) dan dgn hati..(kus.. semangat..). tapi kalau depan mate saya ..kenal pulak tu.. sound tepat punya.. takde control2..kalau tok keng nampak saya terkurang kain tu bukannye ape..tgh sidai baju..tdung labuh basuh..:)

Ku Keng said...

K,
Ya la tu, bersyarah macam ustazah pulak. U ni ustazah ke? Macam mana I nak nampak u terkurang kain, rumah pun tak tau tang mana!

Husnuz zhan, husnuz zhan!