Powered By Blogger

Tuesday, January 10, 2006

Apa Makna?

I.
Aku tidak mempunyai harta berlakhsa-lakhsaan [lakh: in large quantity or great number (hindi)], hanya juta-jutaan. Dalam perkiraan terakhirku pada Ramadhan lalu sewaktu aku mengira-gira jumlah kekayaanku untuk berzakat harta, ternyata masih ada dalam simpanan ku sekadar 12 juta Turkish Lira (lama) dan 25 juta Rupiah Indonesia, cash. Malangnya kesemua harta-harta itu sudah tak bernilai kerana telah di demonetize oleh kerajaan masing-masing.

II.
Aku bukanlah orang yang ternama, tetapi masukkan saja nama sebenarku dalam search engine google, akan terdapat beberapa websites yang terdapat namaku. Malahan terdapat juga CV ku dalam satu blogsite yang tertentu.

III.
Aku bukanlah seorang doktor, tetapi berkali-kali, meskipun aku menafikan secara sopan, aku di panggil Dr. _____, di majelis-majelis, di seminar-semiar dan lain-lain perhimpunan yang kebiasaannya dirasmikan oleh Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, bukan saja di Malaysia malahan di Australia, Singapore dan negara-negara Telok. Puas aku menafikan kepada mereka yang aku ni bukan seorang doktor; bukan, bukan, bukan, tapi mereka masih tak mau menerima penjelasan ku itu. Keras keng betul. Seandainya ada sesiapa yang mencari rujukan kepada alma mater ku, sudah pasti mereka akan menerima kejutan yang kecil sedikit dari Tsunami. Badan profesyional di mana aku mendapat kelulusan dan Membership, di UK, telah lama ditutup. Universiti tempat aku belajar di Cyprus juga telah ditutup! Apalah nasibku. Mungkin mereka takut kalau-kalau datang lagi murid sebebal ku.

IV.
Apa Makna?

Apa kejadah, kata orang Tanjong, ini satu Dr. mai dari Timok Tengah, habaq mai harta berbillion-billion tapi sekoq pun tak kenai. Habaq ada pelaboran nala punya banyak di seluruh dunia Arab, tetapi tak dak langsung Corporate Profile ke website ke?. Dah tu bank reference pun tak dak! Malu, malu. Ah Long di Prangin Street dan Chulia Street pun ada website dan calling cards berwarna warni. Kawan aku, Moorthy hak dok juai baja tahi lembu di Ayak Itam pun ada flyers. Ni apa punya haprak? Aku panggil mai kalu, kawan aku Kecik @ Arjunna, untuk buat mai satu website yang canggih manggih untuk aku, dalam masa 2 jam, zooop, dia boleh buat mai satu site yang boleh keluaq di merata dunia virtual, bukan setakat berflash-flash dan bermusik-musik, tapi ada link lagi dengan seluruh XXX websites dan tak payah masuk pakai passwords! Tapi dia buat website gini kalu aku mesti haghru: mesti aku marah pasai itu tak bermaruah.

Mai kita jaga maruah no?!

P.S. Mahap ya, aku bila dah mai panaih kalu, dia keluaq cakap pelik-pelik; bahasa Jawa la, bahasa Siam la, kadang-kadang bahasa Senoi pun ada. Aku sendiri pun tak faham. Tapi selalu dia mai bahasa Tanjong la. (Di seberang Tanjong ni lah kampong Pak Lah).

V.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA.
EID MUABRAK.
SiZLERiNDE BAYRAMINIZ KUTLU MUBAREK OLSUN
(ini cakap Turki la. Sekali sekala aku nak tayang la yang aku ni pandai berbahasa Turki!! Kah, kah.)

VI.
P.S.: Wah AJ. Lontaranmu di Jamrah Aqabah pagi ni bertubi-tubi dan sungguh tepat sekali. Itu bukan setakat berdamor kepala tapi boleh pengsang dan pitang (kata orang Terengganu, sebuah negeri di Malaya).

P.S. P.S. Tang mana aku letak Seroxat aku tadi. Rasa penin-penin dah mai dah. Mesti telan cepat-cepat. Tidak kalu, susah.

12 comments:

Anonymous said...

Tuan,

Hari ni cuti Raye. Teman tak kereje. Sekarang ada di kampong di Bote. Pantang anak cucu Pak Kadok bekereje hari raye.

- kecik @ Arjunna

Anonymous said...

Sheikh, hang ni orang Tanjong betoi ke? Mesti mai kampong Makam, pasai yang punya lagu cakap tu ada gaya kumpulan Boria Lorong Kulit.

(Maideen)

Anonymous said...

Tuan Dr. Keng

Hang jangan nak merapu...Cakap seberang (Turki Europe @ Ortakoy) pun boleh no..ingatkan cakap seberang tanjung je handal..

Ambo.

Ku Keng said...

Kecik @ Arjunna: Mahap. Aku ingat ke hang tak balik kampung. Banyak buat kurban ke? Balik nanti tolong buat website no?

Maideen: Tak tepat. Aku ataih sikit dari Kampung Makam. Malacca Court la! Hang pulak mesti dulu kat Caunter Hall pasai hang punya lagu macam anak beranak mami.

Ambo: Ni bukan merapu tapi meraban. Ya aku ingat kat Ortakoy tu. Hak dok panggil baba, baba tu do tunggu hang, pasai hang janji nak beli carpet dengan kacang kuda dia.

Irzan said...

bloghopping from pok ku's blog. Ingat org terengganu tapi bukan. dan pandai cakap turki, menarik.

Here in Ukraine there's a certain tartar people that speak tatarian, however if you observe the language closely it has sriking similarities with the turkish language.

:D

Irzan said...

Buleh jer kkawang... dok kisoh lasong hambe... takut cam pok ku jer, yet another terengganu fella who speaks amazingly superb english.

and I admire that...

dith said...

Dah berapa lama makan Paroxetine ni Keng? Hope you're not dependent already!

Ku Keng said...

Irzan: The Tartars were skilful steel makers. They could make swords that could slice other blades. And this was an old Muslim trade. Unfortunately during the era of Stalin, they were driven out of Tartaristan into the deep winter. Many perished in the cold; many died as forced soldiers - not killed by the enemies but by the communists themselves as these bastards wanted to prevent them from turning back. The descendents of the survivors are everywhere, to as far as Syria. Mostly they are of the Shafi'e mazhabs. Yes their language has lots of similarities to Turkish. It was Islam that formed the languages of most nations, including Malay.

Puan Dr.: Don't worry I am not dependent on any antidepressants. Just metaphoric, like what AJ would have said. Can't tell you when I was in Penang. Secret lah nanti you suspect I dok kacau u masa dok tunggu bas pulak. Sebelah jirat Cina tu ada old folks home kan?

Anonymous said...

Tuan Keng,

Jangan dok merapu merayu Puan Dr. Ini bunyi sudah lain. Nanti silap langkah...hancoq!!

dith said...

Ish ish ni kalau tulis banyak pakai metaphoric phrases ni yg buat kawe pening...kejap nak bela rama-rama..kejap nak makan antidepressants..kawe org biasa, nanti tak pandai nak bezakan mana metaphorism mana realism...ish ish...lama2 kawe yg kena telan xanax

Sya said...

Hari ni baca posting ni gelak aje. Kejap Turki kejap org Tanjung.. tapi tenguk location ke bongek.

Pastu bila baca comment kejap anti depressant kejap metaphorism kejap xanax kejap Paroxetine

Pening pening pening....(he he he yg ku tahu bila pening.. mana Panadol?)

Ku Keng said...

Abe, Puan Dr. and Sya: Terima kasih semua. Bila baca komen-komen hampa, rasa lega sikit. Tadak kalu naya, pasai pening dok mai. Bila hati seronok bernapais pun lega.

Hari ini masih Eid masih ada, jangan putus takbir.