Powered By Blogger

Tuesday, January 17, 2006

Ahlan AJ

Assalamu alaikum Akhi AJ,
- Di tempat -

Semoga blog ini menemuimu dalam keadaan yang diberkati Allah SWT serta kamu diselubungi ketaqwaan dan maghfirah dari Nya. Terimalah blog ini dari saudaramu yang selama ini kamu ‘kenali’ secara jauh dan virtual, dan bukannya secara real dan normal.

Terlebih dulu aku mohon maaf sekiranya aku telah melakukan apa-apa kekhilafan terhadapmu, sama ada senghaja atau tidak senghaja melalui komen-komenku atau melalui penulisanku di ruanganku. Secara terus terang aku mengakui bahawa minatku terhadap blogging terdorong dari tulisan-tulisanmu yang penuh dengan metafora dan satira, dan tersirat dengan sindiran-sindiran dan teguran-teguran yang amat bermanfaat bagi diriku. Dan aku yakini ramai yang juga telah mendapat manfaat yang sama darimu. Ini terserlahlah dari sambutan mereka terhadap tulisan-tulisanmu yang tajam dalam tumpul, terang dalam gelap, dan berkerlip dalam malap. Pendapatku ini bukanlah tunggal tetapi adalah meluas dan ketara dari komen-komen mereka kepada tulisanku yang terbaru, yang berkisar tentang mu.

AJ, kamu adalah seumpama teruna yang menjadi tekaan umum. (Kamu ni dah kahwin ke belum?) Ramai dah membaca buah fikiranmu tetapi tak pernah mendengar kata-katamu. Ramai tertawa dengan satiramu tetapi tak pernah melihat tawaanmu. Hanya imbasan-imbasan sahaja. Ramai yang terasa dengan teguranmu tetapi tak tersinggung dengan timsalmu. Inilah kebijaksanaanmu dalam penyampaian. "Siapakah kamu AJ?" jerit mereka. Tapi itu tak penting bagiku kerana aku yakini kau seorang pemuda yang kacak, kalau tidak dari ciri-ciri fisikalmu, tetapi akhlakmu.

Di sini aku ingin mengucapkan ribuan malahan jutaan kesyukuran kerana dapat meminati blogmu dan semoga dapat mempelajari dari teguran-teguranmu. Dan aku yakin bahawa perasaan ini tersirat sama dalam sanubari-sanubari bloggers yang lain seperti Puan Dr., Zizie, Has, K, Yeop, Sya, Usha, Arjunna, Nita, Tuan Tanah, Gari, Bunga Rampai, Loppies, Pegawai Khalwat, dan ramai lagi yang masih malu-malu untuk kedepan.

Wassalam.

Keng Tembaga



p.s. Harap harap Puan Dr. Roza tak akan hack blog kita, dan tak memecahkan kod ISP kita.

14 comments:

dith said...

Saya boleh rasa bahang ketidakselesaan AJ pada waktu dan tika ini . Duduknya tidak diam. Bagai kucing betina hampir saat beranak. Mundar mandir kakinya melangkah lantai tidak keruaan.

APa tidaknya. Satu entry khas dan unggul dicipta bagi 'memuja' nya!

*I am in my 11th hour of decoding- the hacking is imminently soon*

Ku Keng said...

Mungkin pandangan tersilap kerana memikirkan yang saya obsessed kepada AJ atau terlampau meminati beliau. Blogku, sebelum menjadi keliru adalah untuk menghulurkan tangan kepada AJ, menyusun jari, sekiranya ianya mungkin menyinggung AJ. Itu peradaban.

Yang keduanya, saya menerima serius mesej AJ yang amat penting kepada kaum Adam. Paling dilupakan dan tidak diambil berat oleh mana-mana da’i baik masakini atau dulu-dulunya. Meskipun blognya pedas, tetapi mesejnya mendalam dan serius. Pada saya, yakni.

Yang dianjurkan adalah satu amalan yang setelah diteliti oleh Hadhrat Umar a.s. menjadi antara sebab kenapa kemenangan tidak berpihak kepada tentera Islam dalam penawanan Palestine. Padahal tentera Islam mempunyai kekuatan yang tersohor pada waktu itu. Mempunyai dispilin kententeraan yang tinggi dan panglima yang amat disegani. Yang saya maksudkan adalah mesej untuk bersolat berjemaah. Berkali-kali blognya menyindir tentang hal ini, dan saya amat merasainya. Kerana berjemaah menolak bala; perpecahan masyarakat, penyakit wabak, dan banyak lagi.

Teringat saya kepada Baba Asadullah Khan Ghalib, penyair dizaman Mogul, yang amat tak terkenal di Malaysia, yang menyeru masyarakatnya kepada amalan yang sama. Dalam satu syairnya beliau mengeluh kepada Allah, ” Aku mencariMu dirumahMu tetapi tak menjumpai Kamu disana. Yang dilihat adalah perbuatan-perbuatan yang menjauhkan aku dariMu.” Ini juga angkara yang kita sedang lalui. Mungkin mesej AJ kurang terasa kepada kaum Hawa, tetapi amat penting bagiku, secara peribadi. Dan percayalah jarang saya jumpai, panggilan untuk berjemaah. Dan saya amat berterima kasih kepada beliau dalam memperingatkan diriku kepada seruan ini.

PS. Puan Dr. I tak tidur semalaman kerana meng'encryptkan' mesej-mesej supaya tak bisa dihack langsung. Ha,ha.

HCI said...

Lorr, aku pong dikatakan meminati AJ, padahal aku tak pernah bertandan diblognya pong. Mana blog si AJ ni? Jangan2 si Keng, he he he.

Dah gi tabligh pun berbloggin Keng?

I pong nak gi berkhalwat gok ni.

Parting shot:

A donkey with a load of holy books is still a donkey.

"Traditional"

HCI said...

He he he, mai balik hari ni kat sini, sebab dok jalang-jalang tadi baru teringat, si AJ tu Dollah Joong ker? Yang tak ingat tu, AJ bunyi glamer sikit dari Dollah.

HCI said...

keh, keh, keh, blur dan lambat betul aku nih, baru faham interview hari tuh, sabit pong ramai dok bertepuk tangan. I rasa AJ ni dudok La'dangg nih. Keh keh keh.

Sya said...

Aaahhh.. namaku jua disebut sebagai peminat AJ.

Betapa pagi ini rasa teruja terhadap AJ tiba-tiba memuncak pabila melihat AJ telah mencemar glamornya utk memberi komen di blog aku yg tidak seberapa. Terimakasih pada Tuan yg telah mengenalkan AJ kepada saya.

Walaupun hanya sekadar icon berbentuk kenyitan mata ia sudah cukup utk membuatku bertambah teruja.

Sekian adanya

sya

zizie ali said...

ada pandai bijak menyatakan bahawa manusia (lelaki) diuji dgn tiga TA. harTA, takhTA (kuasa), waniTA. selain dari tiga TA sebenarnya banyak lagi jenis ujian. antaranya kemasyhuran /popular/glamer. lelaki glamer seringnya diuji seiring dengan salah satu TA..iaitu wani...
(murid-murid pun menyebut beramai-ramai:"ta...")

Anonymous said...

Tuan Keng,

Terlukis kehalusan budi tuan bila dengan penuh takzim memohon kemaafan kepada AJ.

Dalam dunia kini yang penuh dengan tipudaya rasa rasanya tidak ramai yang sanggup ke depan begini seperti tuan.

Keikhlasan tuan terlihat jelas di setiap bait bait ayat tuan. Andaikata saya AJ pasti teruntum hati saya membaca luahan hati tuan.

Tuan pastinya seorang yang paling merendah diri, suatu sifat yang tidak lagi menyerlah di akhir zaman ini.

Maafkanlah AJ...atas apa apa saja yang ter...lanjur

Ku Keng said...

Lentiform:
Thanks for dropping by. Read your poetic blogs.
Puan Dr.:
Am rushing to IKEA to buy utensils to start my cooking lesson. IF my tapai turns alcoholic, what do I do?
Kak Has:
Jadi u pong orang La'dangg jugak la?
Kak Sya:
Itu pun satu penghargaan. Meskipun sekadar kenyitan.
Zizie:
The power of TA. Ini satu pengajaran yang baru bagi saya. Shukran.
Nita:
Ingat pesanan Rasul, "Cinta pada Allah akan hanya dicapai apabila manusia mencintai sesama manusia. Dan cinta kepada manusia adalah melalui pengampunanmu kepada mereka di atas kesalahan mereka kepada kamu."

Maaf kelewatan membalas kerana hari ini sebok dengan urusan pejabat

dith said...

Keng-

pssssttt!

My first breakthru! I know who Has is!

My next project: to nail down the identity of Keng the Ass! Who lives in Shah Alam, occasionaly goes to Banting, works in a consulting firm...

Ku Keng said...

Puan Dr.:
That is not an ass but a donkey! Anyway I am changing job, moving office and house this morning. Moving to Kelate, easier to get my nasi tupe. [Thanks Lenti. Now you have enabled me to complete my search].

HCI said...
This comment has been removed by a blog administrator.
HCI said...

He he DITH's granduer in detecting the real me, but then I have never tried to hide in a virtual personaliti, in fact dropping a lot of bukti. Apa ada pada virtual personaliti, kerana yang dinilai adalah yang hakiki pada realiti. Jadinya berhenti menabur bukti kerana dalam hati takut mati di jejaki oleh universiti, keh, keh, keh.

tuan tanah said...

ahaks :)