Friday, August 25, 2006

Bezakan



BAB 1.


Kriing, kriiiing, kriiing…………………Kriing, kriiiing, kriiing…………………Kriing, kriiiing, kriiing…………………


“Assalamu alaikum, Majlis Agama di sini.” Seorang yang bersongkok yang asyik membaca akhbar tabloid, acuh tak acuh menjawab talipon yang bertalu-talu deringannya.

“Wa alaikumus salam Tuan. Saya ada masalah berat tuan,”

“Siapa cakap tu?”

“Nama saya Idris, Tuan. Masalah saya Tuan, anak angkat saya bercinta dengan seorang budak India.” Idris mulakan ceritanya.

“Nak masuk Islam ke?..” Tuan itu bertanya.

“Tak Tuan. Gadis tu tak nak masuk Islam. Tapi dia paksa anak angkat saya masuk agama dia Tuan. Suruh kawin di geraja.” Jawab Idris. Cemas.

“Hah, ni kes berat. Tak kan anak sendiri tak boleh jaga. Tak nasihat dia ke?” Tanya Tuan.

“Dah puas Tuan. Sekarang dah lama tak balik rumah dah.” Jawab Idris.

“Ini kes bukan bawah jagaan saya En. Idris. Boleh tak awak talipon balik minggu depan. Minta sambung kepada Ustaz Kadir, pegawai kaunseling. Ustaz tu tu sekarang bercuti kerana cuti sekolah.”

Tuan itu meletakkan gagang talipon dan kembali membaca berita perkahwinan seorang duda dengan seorang penyanyi. Dia tersenyum-senyum gembira. Tumpang seronok.

“Hello, hello…” Idris. Terpingga-pingga.


BAB 2.

Triiing, triiing, ……….

“God bless. Salvation Centre. Daniel here. Can we help you?”

“God Bless, my brother. This is Janet Murugesu.”

“Ah, Janet. How are you? How is Kulup progressing with the lessons?”

“Not much progress yet, brother, as he is still confused and is constantly being disturbed by his family members. They are trying to bring him for counselling to the Pejabat Agama.” Janet.

“Christ. In that case we need to protect him. Can you bring him here today so that we can keep him safe with us?”

“That is what I thought of brother. We will be there at noon. God Bless.” Janet.

Daniel wasted no time. He quickly sent an e-mail addressed to the Salvation Group. The Group comprises of several lawyers, NGOs, the various church organizations, certain 'Malay' NGOs, church activists and pastors. The mail was short and simple:

God Bless Brothers,

We have an urgent situation at hand. We have to save a friend who is seeking salvation. Matter has been brought to attention of Jabatan Agama. Need to mobilize all resources to stop process and provide assistance.

He will be brought to the Center this afternoon for refuge. Need volunteers and counselors to assist him. Please bring food supplies.

God Bless.

BAB 3.

Tepat jam 12.00.

Janet tiba dengan Kulup. Mereka disambut dengan penuh keriangan dan kasih saying. Tak timbul rasa kekok kepada Kulup. Beliau terasa amat selesa, selamat dan diterima di kalangan kawan-kawan yang baru ditemui. Dan dijanjikan pula keselamatan yang berpanjangan.

Dengan sekali tekan butang send maklumat tersebar merata, melalui e-mel. Tak perlu tunggu habis cuti sekolah atau cuti kahwin atau apa-apa cuti pun.


BAB 4.


Hari hari berikutnya.

Encik Idris, masih mencuba-cuba untuk meminta bantuan dari badan-badan Islam. Pelbagai-bagai nasihat yang diberi, tapi tak ada khidmat yang diperolehi.


Nota:
Nama-nama yang digunakan bukan yang sebenarnya.

Akan tetapi ini cerita benar yang berlaku minggu ini. Kulup ini anak yatim piatu yang diambil oleh En. Idris sebagai anak angkatnya.

Monday, August 21, 2006

Krisis Akidah



I.

Krisis keruhanian yang melanda masyarakat kita amat runcing. Ada kes murtad dan ada kes amat hampir. Syirik.

Surat yang diterima Kak Nor, membawa kejutan kepada kami. Kerana bukannya dikirim oleh mana-mana Tok Cai, bahkan oleh OKB (Orang Kaya Baru) Abdul Razak!! Dengan megah dan bangga. Akhirnya masalah hidupnya diselesaikan oleh 'Tok Guru'. Begitulah ketandusannya usaha dan permintaan kepada Pencipta.

Teringat pesanan almarhum Ayahku dulu, tentang hadith yang mengingatkan bahawa "Kefakiran hampir kepada kekufuran".


II.

Ada seorang kenalanku yang suka memakai cincin. Habis jari-jarinya bercincin. Ada yang emas dan ada yang tiruan. Satu hari aku mengingatkannya.

"Bro. Emas tu haram. Dan Rasululullah berpesan. Jangan memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah. Haram juga!"

"Ah, nak sembahyang I bukalah cincin. Bukan masalah. Dan cincin ni saisnya hanya muat pada kedua-dua jari tadi aja. Nak buat macam mana?" balasnya mudah.

"Tapi dulu, Bro, aku ada juga terbaca buku tentang batu permata karangan Swami Ramakrishna dari Sri Lanka. Katanya, emas itu melemahkan nafsu syahwat lelaki, dan begitu juga sekiranya memakai pada jari-jari selain daripada jari manis dan kelingking. Saraf pada jari-jari tersebut ada perkaitan dengan saraf anggota seks dan sekira cicin dipakai pada jari-jari itu akibahnya timbul kesan negatif pada nafsu. Malahan mematikannya. Terutamanya kepada lelaki."

Beliau hanya mengerutkan muka. Tak berkata apa-apa.

Keesokan harinya kelihatan hanya dua cincin pada jari-jarinya. Di jari manis dan telunjuk. Tak ada lagi cincin emas. Tak pastilah aku apa yang mendorongkannya. Sunnah atau Swami!


Thursday, August 10, 2006

Setitik Air



CHAVEZ: I have no interest in maintaining diplomatic relations, nor an office, nor trade nor anything with a state like Israel

August 9, 2006


Venezuelan President Hugo Chavez said he wants to break Venezuela's diplomatic ties to Israel, blasting the Jewish state's attacks against Hezbollah in Lebanon.

In a speech broadcast on state television, Chavez said it was "for sure" that Venezuela was severing relations with Israel following two days of diplomatic tit-for-tat embassy withdrawals. "They also withdrew their ambassador and what is for sure is that we are breaking diplomatic relations," he said. "I have no interest in maintaining diplomatic relations, nor an office, nor trade nor anything with a state like Israel."

In his television appearance Tuesday, Chavez said: "You see what Israel is doing: bombing cities, finishing off the entire country, it doesn't matter that there are children, women, dead mothers embracing their children." The Venezuelan president earlier accused Israel of "terrorism and pure fascism."





Inilah setitik air dari Chavez. Di mana pula setitik air dari mu?

BOIKOT ISRAEL

Tuesday, August 08, 2006

Boikot, Boikot dan Boikot

I.

Secara kebetulan atau begitulah dinamakan takdir, aku menerima kelmarin dua mel yang mengandungi maudhuk (tajuk) yang sama.
B-O-I-K-O-T I-S-R-A-E-L.

Mel pertama dari Pucuk Manis, amat menarik kerana di samping mengandungi senarai barangan yang ada kaitan dengan Yahudi, juga mengandungi satu pengajaran tentang seekor burung yang cuba memadamkan api yang begitu menyemarak sewaktu Namrud mencampakkan Nabi Allah Ibrahim ke dalam api.

Jadikan kisah si burung kecil yang cuba untuk memadamkan api yang dinyalakan untuk membakar Nabi Ibrahim sebagai iktibar. Burung ini telah cuba memadamkan api tersebut dengan mengambil dan mencurahkan air hanya dengan menggunakan paruhnya yang kecil. Tetapi apabila ditanya malaikat kenapa dia berbuat begitu, burung itu menjawab bahawa (di akhirat nanti, bila di tanya Allah S.W.T kelak), dia (walaupun mengerjakan perkara yang mustahil untuk memadamkan api), sekurang-kurangnya telah melakukan sesuatu untuk menolong seseorang yang mempercayai Allah, sewaktu ianya dalam keadaan bahaya!!!

Alangkah malunya kita di akhirat nanti sekiranya tidak dapat menjawab sama ada kita pernah melakukan ikhtiar sebegitu. Sedangkan burung yang tak berupaya itu, seakan-akan mempunyai banyak keupayaan dan kelebihan cuba membuat sesuatu. Amat berbeza sikapnya jika di bandingkan kita yang masih berdiam diri...

Masihkah kita akan berdiam diri?
Masihkah?



e-Mel kedua dari Ku Kelak Klang ("KKK") pula mengandungi makalah Case for Boycotting Israel, yang ditulis oleh Virginia Tilley. Virginia Tilley pula bukanlah beragama Islam!

It is finally time. After years of internal arguments, confusion, and dithering, the time has come for a full-fledged international boycott of Israel. Good cause for a boycott has, of course, been in place for decades, as a raft of initiatives already attests. But Israel's war crimes are now so shocking, its extremism so clear, the suffering so great, the UN so helpless, and the international community's need to contain Israel's behavior so urgent and compelling, that the time for global action has matured. Read more...

Dan KKK berpesan:

Please pass it on.
But please don't read while drinking in Starbucks
pretending to be cool,
or shopping in Tesco's trying to be that too.
There's nothing cool about drinking or shopping for Israel...

Well, while you're at it,
boycott Nestle too.
They're as Israel as you can be.
Will we be dead from that?
Not likely,
but the Palestinians and the Lebanese people would thank you.


II.

Awal pagi ini pula aku menerima sms dari seorang kiyai, Pak Habib dari Jakarta, yang berbunyi sebegini:

Kemudian mereka berperang selama sebulan, dengan saling menyerang, dengan burung (ditafsirkan sebagai, roket dan bom), dilemparkan kepada Israel dan kepada kalian. Dan ketika tiba bulan berikutnya, Tuhanmu berfirman "Hari ini Aku menghunus pedangKu untuk membunuh musuh-musuhKu dan menolong kekasih-kekasihKu." Lalu mereka bertempur dalam peperangan yang belum pernah disaksikan sebelumnya.


~ Hadith riwayat Ibn Asakir, dalam kitab "Al Mahdi Al Muntazhar fi Wishooli Ahlus Sunnah". (Sanad Hadith bersumberkan kepada Sunan Abu Dawud). ~.

Peperangan inikah dan bulan inikah, yang dimaksudkan? Wallahu a'lam.


III.

Tetapi yang paling mengejutkan Ahad lalu (The Sunday Mail 6 Aug) adalah fatwa dari seorang ulamak Wahabbi, Sheikh Safar al Hawali yang mengfatwakan bahawa Hezbollah adalah kumpulan Syaitan dan tidak wajib mendoakan kemenangan bagi mereka!

Sekarang terang dan nyatalah kenapa dan mengapa ramai Melayu menjadi murtad!!

IV.

Berita-berita mutakhir tentang peperangan dan perjuangan di Lebanon boleh didapati di sini dan di sini.



Saturday, August 05, 2006

MENCARI HUKUM


I.

Perompakan atau perampokan menjadi-jadi di Kuala Lumpur dan Selangor. Hakikatnya penduduk di kedua tempat ini dalam ketakutan pada setiap malam dan awal pagi. Bajingan memang bermaharajalela. Rumah Lope di Ladang Tremelbye dipecah dalam operasi ”kutip rejeki” pada awal pagi sebelum subuh dan rumah Ordinary Superhero di Bukit Antarabangsa pula selepas subuh. Itu tak pelik. Lama dulu rumah kawanku yang berjiran dengan Ketua Polis Negara, dirompak pada jam 1.30 tengah-hari! Dalam keadaan yang terang benderang. Polis yang menjadi sentri hanya di sebelah pagar tak menakutkan langsung.

Pembunuhan bersabit dari rompakan kecil-kecilan menjadi kebiasaan, seolah-olah nyawa tak bernilai lagi. Setiap hari akhbar memuatkan berita-berita pembunuhan. Setiap hari bĂȘ. Tak payahlah saya menceritakan tentang pembunuhan yang berekoran dari seruan ghaib yang diterima pembunuh. Anak memenggal kepala ayah dalam masjid. Kawan menikam rakan sekerja di rumah. Dan anak menikam ibu dan ayah. Semuanya berekoran seruan ghaib yang tiba-tiba timbul. Tak kiralah sama ada seruan ini dimangkinkan oleh kegilaan atau dadah.

Perogolan dan pembunuhan? Apa kurangnya. Seolah-seolah negara kita ni tak ada keselamatan langsung. Setiap bulan pasti ada dua atau tiga kes. Bukan hanya di bandaraya-bandaraya. Di kampung pun berlaku. Kejam dan mengerikan.

Saya teringatkan kepada Kota Jakarta pada awal pemerintahan Pak Harto dulu. Sama keadaannya seperti yang saya ceritakan. Akhirnya tentera-tentera malam yang beroperasi secara sulit membuat rondaan malam dan membunuh sesiapa sahaja yang berjalan-jalan tanpa sebab serta yang tidur di tepi-tepi parit, longkang dan terowong di Kota Jakarta. Akibatnya tak ada sesiapa yang berani keluar malam, meronda-ronda tanpa tujuan. Berkeliaran tanpa keruan. Dan Kota pun menjadi aman.

Kalau kita juga lakukan sedemikian dan mana-mana pencuri yang ditangkap dijatuhkan perbicaraan a la kangaroo court, iaitu dengan serta-merta dan hukumannya pula adalah dengan memotong tangan mereka. Tanpa bius. Tapi dengan parang tajam. Dengan sekali cantas. Bagaimana?

Ah jangan, kerana kata pemimpin, nanti ramai yang bertangan kudung. Biarlah kita hidup dalam ketakutan. Redhalah dengan kecurian. Jangan sekali-kali menakutkan pencuri-pencuri dan perompak-perompak atau bajingan dengan ugutan sebegitu.

Dan jangan pula pandai-pandai menjalankan hukum rejam ke atas pezina atau perogol, kerana nanti harga batu akan melambung. Akan melambung pula kos projek jembatan Pulau Pinang Kedua. Mungkin juga akan menyebabkan Singapura tak jadi membeli batu-batu dari Malaysia. Kerana ada yang berlumuran dengan darah si kena hukum.

Issyh, jangan fikir untuk buat yang bukan-bukan. Jangan memandai-mandai.


II.

Kelmarin seorang sahabat (kami memanggilnya Ustaz, tetapi bukanlah ustaz, sebenarnya) bertanya kepadaku. ”Andainya Lindaseronok (Joy = seronok) mati. Ana bukannya hendakkan dia mati, tapi mati itu satu kepastian. Dimanakah beliau akan dikebumikan?”

Sebelum sempat aku menjawab, beliau meneruskan,”Kalau mengikut hukum syarak, tak boleh di perkuburan Islam kerana beliau telah mengisytiharkan dirinya keluar dari Islam. Tapi kalau mengikut hukum pentadbiran, mestilah di perkuburan Islam kerana beliau secara pentadbirannya masih Islam – mengikut maklumat pada Mykadnya.”

Aku hanya mengiakan.

Beliau menambah lagi, ”Tapi hari tu si Moorthy, bagaimana? Beliau tak ada kad pertukaran agama dan Mykadnya pula masih mengakuinya sebagai orang Hindu. Hanya dari pengakuan kawan-kawannya beliau dikatakan Islam. Dan pengebumian mengikut hukum syarak.”

Aku, ”Ia tak ia juga..”

“Jadi Lindaseronok pulak bagaimana? Di mana nak dikebumikan?” beliau berhujjah.

Aku, tak menjawab.

“Ana keliru Sheikh,” ujarnya lagi, “ini disebabkan oleh satu perkara.”

”Apa dia?” tanyaku.

”Undang-undang Sheikh. Kita hanya ada undang-undang sendiri. Jadi inilah yang mengharu-birukan keadaan. Yang ditetapkan oleh Pencipta sudah ada. Hukum Murtad dan cara-cara penghukumannya. Complete. Awat tak pakai saja hukum ni?”

Dalam hatiku terlintas pula jawapan, ”Nanti ramai pula yang akan dijatuhkan hukuman mati dan berkuranganlah penduduk negara kita!” Susah, susah. Kita maju atas dasar ekonomi konsumerism, jadi nanti bankraplah negara.


III.

Banyak perkara yang berlaku ekoran daripada pilihan kita sendiri.

Nati kita tanyakan tentang solusinya pada bakal calon pilihanraya dan bakal MB Selangor akan datang. YB Abdullah Jones.


IV.
Dan saya amat berharap yang pegawai penapis blog yang membaca entri ini akan membawa rungutan saya dalam mesyuarat lapurannya.