“Tidak beriman orang yang tidak berakal.”
Saya terlupa sama ada ini sebuah hadith atau kata-kata hikmah (tolong betulkan, sdr. zizie ali). Adakah Einstein dan ramai pemenang-pemenang anugerah Nobel yang lain, tidak berakal kerana mereka bukan Islam? Adakah guru al-Quran dari Kuala Selangor yang dijatuhkan hukuman kerana meliwati muridnya baru-baru ini berakal kerana ia seorang ustaz dan sudah tentu seorang Muslim?
Kenapa banyak orang Melayu sekarang menjadi murtad, dan orang-orang Kristian menerima cahaya keIslaman?
Semuanya adalah berpunca dari akal. Begitu bertaburan di dalam al-Quran ayat-ayat yang mempertanyakan seberapa mampu kita menggunakan akal fikiran. Afalaa tatafakaruun? Afalaa ta'qilun? Apakah engkau tidak berfikir? Apakah engkau tidak berakal?
Allah Azza wa Jalla berfirman dalam Surat Aa-li ‘Imran ayat 190-191,
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."Rasulullah SAW. setiap menjelang subuh selalu membaca ayat ini sehingga berlinang air matanya.
Kesimpulannya akal yang digunakan untuk bertafakkur (contemplation) untuk memahami tentang kejadian alam akan membawa manusia kepada pencipta (khaliq), dan seterusnya kepada kaedah untuk meyesuaikan diri dalam ciptaanNya, iaitu kepada manual kehidupan atau agama. Kerana kecetekan ilmu pula, ada yang memilih agama ciptaan manusia yang pada pendapat mereka senang untuk menyesuaikan dengan keadaan yang juga ditetapkan oleh manusia.
Ada yang memilih untuk memuja-muja syaitan Lucifer misalya, seperti kumpulan Black Metal, kerana itu memudahkan mereka untuk memuaskan nafsu dengan secara bebas. Bukan saja kumpulan ini yang bodoh malahan ibu-bapa mereka juga tidak berakal kerana tak dapat hendak mengawali tingkah kelakuan anak-anak mereka yang amat ganjil dan luarbiasa (weird). Pemilihan oleh itu akan berdasarkan kepada nafsu yang terbendung dalam diri mereka, dan bukannya lagi kepada tuntutan keadilan. Kerana mereka tidak berakal.
Orang-orang Barat lebih banyak bertafakkur dalam kehidupan seharian mereka, dan mereka lebih mudah untuk bersyukur. Dan inilah yang senang membawa mereka kepada Islam. Malahan bertafakkur itu dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran yang tinggi.
Al-Qur'an sangat mencela terhadap golongan yang ramai apabila di dalamnya hanya diisi oleh orang-orang yang tidak berakal, tidak berilmu, tidak beriman dan tidak bersyukur; sebagaimana disebutkan dalam berbagai tempat di dalamnya:
"... akan tetapi kebanyakan mereka tidak memahamiya."Sekirannya sang Ustaz yang meliwati muridnya berakal, beliau sama sekali tidak akan berfikir untuk memuaskan nafsu syahwatnya persis binatang yang hilang akal. Mustahil bagi binatang yang tak hilang akal untuk melakukannya. Jadi manusia seperti ini bukan saja tak berakal malahan lebih hina dari binatang yang tak berakal! Hilang agamanya sama sekali.
(al-Ankabut: 63)
"... akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(al-A'raf:187)
"... akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman."
(Hud:17)
"... akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."
(al-Baqarah: 243)
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah..." (al-An'am: 116)
Tidak peliklah ramai Melayu yang menjadi murtad kerana Melayu tidak pandai bersyukur dan berfikir; dan sebaliknya ramai orang bukan Islam memilih Islam sebagai panduan hidup.
Dan hakikatnya orang-orang Melayu tidak lagi pandai berfikir kerana mereka malas membaca buku-buku dan majalah-majalah yang berkualiti. Lihatlah apa yang terdapat di pasaran untuk tatapan bacaan mereka. Kalau tidak bahan hiburan, gossip dan tahyul!
Adakah bertafakkur secara begini akan menemukan kepada keimanan?
II.
Naluri semulajadi manusia akan menggerakkan kebolehan yang terpendam dalam diri seseorang untuk bertindak secara tersendiri apabila terpandang akan kecantikan alam. Seorang penyair misalnya akan mengubah dalam benaknya sebuah mesej cinta; pelukis pula akan menghayati pengalaman itu pada kanvasnya; dan kanak-kanak akan menyimpan suasana itu dan mengcungkilnya kembali apabila ia terkenangkan kampungnya pada suatu masa yang akan datang. Itulah antara cara bagaimana akal bertindak.
Rabbana ma khalaqta haazhaa baathila, subhaana faqinaa azaaban-nar.
"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
Itulah doa yang disarankan oleh Rasulullah SAW apabila melihat kejadian alam yang menakjubkan.
17 comments:
Tuan Keng,
Terima kasih di atas keterangan. You are absolutely right, my friends from the West appreciates nature much more than I do. They will look and wonder and search for the mysteries, whereas, I am sorry to admit that I take things for granted. Even my own religion that I could not discuss in depth upon. Thank you once again.
Dan yang memilih cara senang, Ayah Keng, adalah mereka yang menyerah bulat-bulat jiwaraga mereka kepada Ayah Pin! Memang manusia tanpa akal akan tertipu. Selamat Maal Hijrah Ayah Keng.
Saya percaya salah satu punca utama mengapa org melayu tidak mengguna aqal ialah kurang didikan dari ibu-bapa baik dari ilmu dunia mahu pun akhirat.
Baru semalam saya komen di blog 23 tentang seorang budak 9 thn biadap , memaki bapa mertua saya (jeritnya: suka hati aku la, org tua gila!) yg menegurnya kerana membaling batu kepada anjing di dlam rumah jiran. Bila bersemuka dgn ibu budak itu, respon nya: "oh baling batu kat anjing? Anjing je...." Apa jenis ibu kah ini? No courtesy to apologize and feels that throwing stones at dogs is ok. Budak2 seperti ini yang akan membesar jadi karekter2 yang menyakitkan hati.
Setentunya budak2 kurang ajar seperti ini tidak akan cenderung untuk kontemplasi tentang kehidupan. Apatah lagi membaca buku2 ilmiah.
Kalau kita lihat di malls, kaki lepak 90% budak melayu. Kaki dadah budak melayu.
Sedih tetapi benar. Semua kerana dari kecil tidak diajar untuk berfikir!
Terima kasih di atas lawatan ke blog saya. :)
Saya rasa kita sedang mempertimbangkan dua ekstrim yang bertentangan. Orang kafir Barat berakal tetapi tidak beriman, sehingga akal dipertuhankan dan kewujudan Tuhan lantas ditolak. Appresiasi alam pula tertumpu kepada entiti yang dipanggil Nature atau Mother Nature (dewakah?). Orang Islam Melayu pula beriman (insyaALlah) tetapi tidak pula mahu berakal, sehingga nafsu pula dipertuankan (nak kata pertuhankan nanti tertakfirkan orang pulak). Alam pula dijadikan medan mengaut keuntungan duniawi bagi memuaskan hawa nafsu.
Sesungguhnya kita orang Melayu sudah kehilangan keseimbangan dan kesederhanaan. Adat menjadi sanjungan, agama diambil enteng.
Orang Melayu harus sedar bahawa, seperti orang Turki, bangunnya kerajaan Melayu Melaka adalah sesudah Islamnya orang Melayu. Tanpa Islam, Melayu tiada nilai.
Ada sahabat baik saya yang menyebut, mengapa di dalam bacaan doa kita mendoakan muslimin/muslimat (orang Islam) dan mukminin/mukminat (orang beriman)? Adakah punya perbezaan antara keduanya? Mungkinkah Islam adalah minimumnya (Laa ilaaha ill Allah Muhammadur Rasulullah) dan Iman itu tahap seterusnya?
WAllahu'alam.
memang jelas orang yang tidak berakal tidak akan beriman. Tidak berakal bermakna tidak mempunyai akal atau hilang akal. Namun, orang KURANG akal masih mampu beriman atau menjadi Islam. Munkin ditahap minimun (spt kata kenakelayan).
tq keng. Entri yg mengesankan. Yg hanya mampu dihasilkan oleh mereka yg berakal.
Terang dan nyata Tuan Keng. Saya lebih senang berbincang tentang Islam dengan orang Kristian drpd. sahabat-sahabat Melayu, kerana sahabat-sahabat senang tersinggung. Walhal, orang Kristian akan bertanya lagi pada waktu-waktu lain untuk lebih memahami Islam. Sehingga saya terpaksa mendalami pula dalam Islam.
Kalu tanya AJones tentu beliau akan kata si tua di atas pokok tu sedang mencari inspirasi untuk mengarang sajak. Aiih, macammana dia melepaskan hajat?
Satu entry yang baik. persoalannya. adakah kita serius inginkan melayu berpegang pada ajaran islam atau hanye sekadar menunaikan asas rukun sahaja. adalah lebih mudah 'membela' orang melayu yang islam dari beramal dengan islam kerana jika mereka beramal dengan ajaran islam adalah sukar untuk dimanipulasi untuk tujuan tertentu. ;)
saya baru perasan anda budak bongek. saya ada seorang kawan dari bongek dan tinggal berhampiran surau bonggek yang pernah saya ziarahi. nama dia dr mohd paid yusuf.
Berdasarkan surah al imran yang tuan sebutkan, orang "beraqal" itu adalah yang sentiasa berzikrullah, beserta mengsyukuri ciptaan Allah SWT yang dimaksudkan dengan jelas di sini, alam semesta; dan yang tersirat di sini juga keadilan kepada alam dengan menjaga alam-sekitar kerana kesyukuran kita pada NYA. Dan memikirkan penciptaan ini tentu sekali akan membawa kita lebih dekat kepada NYA. Untuk menganggap bahawa ini hanya kejadian atau 'nature', tak akan bawa kita kemana kerana teka teki cara penyusunan alam masih tak akan terjawab.
- anak alam
Betul Tuan Keng, dalam ronda-ronda grup bermoto, memang untuk melihat-lihat keindahan. Tetapi peringatan ini akan menginspirasikan kami utk melihat lebih dalam lagi. Bila Tuan Keng nak ikut bersama?
“tiada rotan akar berguna.”
“dia cerita pasal akallah. bukan akar.”
“ooo....”
Kat negara kita la ni, apa le yang kita nak heboh-heboh pasal Islam Hadhari???? Kalau kita dapat "hadhari"kan Melayu, rasanya lebih ramailah orang Melayu kita yang beraqal, dan seharusnya mereka menjadi umat Islam yang ada uuuumph.........
p/s:
Bro Keng, also AJ, kenakelayan, zizie ali, dr and others, the new wave that is coming into the nation, infact in the world now, is rather scary. Are we ready to face the fact that religion is now the top agenda debated and questioned by non-muslims? Kat KL/Selangor ni aje, tengoklah camana Islam dah mula di kotakkatekkan. Ulama kita "yang ada suara" buat diam aje. Kalau ya pun ada doctorate dari al-azhar, tapi bila leher dah kena tambat, hidung dah kena cucuk ....... nak berdakwah camana lagi. Salah cakap, takut pulak Malaysia ni kena label sebagai extremist, nanti tak datang pelancung asing.
We are reacting to how other nations want us to be. Kita dah tak berakal (Iman is also in question) untuk tentukan siapa kita la ni ............
Sorry la bro Keng ... at least here I am able to converse with orang2 yang beraqal. Hati tengah paneh ni!
Satu blog yang menarik dan berisi. Syabas saudara. Kullama zaadani 'ilman, zaadani fahman bijahli." - al-Ghazali.
Salam Maal Hijrah dari saya... bila bercerita mengenai murtad teringat ceramah dr seorang Ustaz..
"kalau murtad menjadi K*****n.. saya masih boleh menerima kerana boleh dikatakan serumpun... ini murtad kepada agama t**i L****, mana pegi otak yg Allah bagi???"
wallahualam.. ini sebahagian yg saya ingat....
Anon1: Kenapa orang Islam menjadi terlampau sensitif dengan teguran? Ini satu masalah yang menjadi rintangan kepada kemajuan mental.
Lin: Ramai yang ingin mencari jalan pintas kepada pencapaian makrifah. Kalau mau nirvana yang senang, pergi saja ke Taman Nirvana! Yang terbaru ni Kerajaan Langit pula. Penjual bunga sudah mendapat wahyu!
Puan Dr.: Jadi masalah bukannya anak tapi ibu bapa. Tak tau kasihan belas langusng kepada kejadian tuhan.
kenakelayan:nanti akan saya masukan tentang hal ini dalam blog akan datang. Terima kasih.
Zizie: Yang tahap minima tu lah yang menjadi masalah. Kerana tak mau berkemajuan jadi anak pinak pun jadi minima minima atau micro Islam.
Dol: Jangan berdebat tanpa ilmu. Nanti jadi macam budak perempuan yang hafal surah-surah sajadah dan al Rahman, kerana telah dipatahkan hujah, akhirnya jadi murtad.
Anon 2: AJones bilang dia pun menulis blog dan sajak dalam pose yang lebih berbelit-belit lagi.
AJones: Memang betulkan, itu pose gampang deh?
Yeop: Dulu di Singapore ada ustaz nak berdakwah kepada budak-budak motor. Ronda sana ronda sini, akhirnya budak motor yang mendakwahkan dia. Dia terus meresapi budaya budak motor, tapi taklah sehinggan melakukan yang mungkar.
Naga: Nanti jumpa Dr. Roza, boleh dia rekomen doktor mata.
Lentiform:Limitations of the mind. Juga akan saya bincangkan dalam blog lain nanti.
Imachee: Tepat apa kata anda. Sekarang mari kita betulkan secara yang dalam kemampuan kita. Amacam?
Pak Awang: "Dengan bertambahnya kefahamanku, maka terserlahlah lagi kejahilanku." Tapi kalau kita menegur meskipun dengan secara baik, ada orang yang akan melenting, "Aku tau lah!"
Kak Sya: Tapi murtad tetap murtad. Nanti AJ buat satu sajak atau lakaran tentang murtad. OK, AJ? Bagi dia kool sikit.
tambahan:
Ikelah: Terima kasih kerana datang bertandang. Manipulasi bukan setakat pemikiran, pakaian pun ditukar warna. Sekolah-sekolah yang begitu berprestasi ditutup. Selagi berkuasa, kuasa akan digunakan secara maharajalela.
Anon 3 @ Anak Alam: Jawapan paling senang, sebagaimana komen Lentiform "Big Bang". Bang, bang.
Maha Suci Allah... Begitu Indah ciptaanMu.
Post a Comment