Powered By Blogger

Friday, January 20, 2006

If You Are God.......





Kalau anda pernah ke Harare, ibu negara Zimbabwe (dulunya dikenali sebagai Rhodesia) anda pasti biasa dengan Samora Machel St., jalanraya utama di Bandaraya itu.

Bagi sesiapa yang mempunyai alamat di jalan itu, maka ianya sudah di kira tergolong berjaya dan elit, kerana di situlah terdapat bangunan yang moden, prasarana yang terbaik dan gedung yang utama dalam Zimbabwe. Di jalan itu juga terdapat berbagai gereja daripada kesemua denominasi agama Kristen. Dan anda akan terkejut dengan betapa banyaknya cabang dalam agama itu dan bagaimana ketaranya permusuhan yang wujud antara mereka.

Asalnya kaum Muslim merupakan penduduk majoriti Rhodesia. Akan tetapi kemiskinan yang melanda negara itu telah menyenangkan usaha dakwah Kristen sehingga akhirnya Islam menjadi amat minoriti. Islam hanya menjanjikan syorga kepada penduduk Rhodesia, sebagai balasan kepada kesabaran dalam menghadapi kelaparan dan kemiskinan, walhal Kristen membawa 'syorga' ke pintu tangga rumah golongan miskin, dengan bekalan makanan dan perubatan yang tak putus-putus. Matlamat gereja adalah untuk menjadikan Rhodesia dan berikutnya Zimbabwe, sifar Islam. Ternyata mereka berjaya dalam progrem pemurtadan ini, dan dengan senang.

Kawanku Mohammad Yassin, berbangsa Somali, mempunyai pejabat di situ dan beliau merupakan ahli perunding haratanah yang agak berjaya di Harare. Malangnya ia tidak disenangi oleh jiran-jirannya di Samora Machel St., disebabkan beliau tidak beragama Kristen. Tak kira dari gereja mana sekalipun. Selagi salib tidak tergantung di dadanya, ia tidak akan disenangi. Oleh itu Mohammad Yassin - aku memanggilnya Yassin, telah menjadi cabaran yang utama kepada seorang pastor, yang aku sudah lupa namanya.

Si pastor ini mempunyai latihan yang mendalam dalam bidang Islam. Fasih berbahasa Arab dan pintar berhujjah dengan menggunakan kitab Injil untuk mematikan hujjah Islam. Dan kerjanya setiap hari, untuk bertahun-tahun adalah untuk menyesatkan aqidah Yassin melalui hujjahnya. Akan tetapi Yassin pula bukanlah calang-calang orang dalam ilmu diniah, dan perdebatan yang berlangsung dengan tak habis-habis itu telah membawanya lebih mendalam dalam ilmu perbandingan agama. Perdebatan antara mereka menjadi satu kebosanan kepada Yassin kerana beliau tahu, sikap Pastor yang terlampau dogmatis ini bukanlah untuk menerima hujjah yang betul. Beliau hanya mahu memalukan Yassin. Dan sebolehnhya mahu supaya beliau berpindah dari Samora Machel St. Sekiranya ini berlaku, maka Yassin akan dipandang rendah oleh masyarakat ahli peniaga di Harare dan gereja-geraja di situ akan menerima itu sebagai satu kejayaan yang amat signifikant dalam peperangan saraf mereka dengan Islam.

Kerana tidak tahan lagi dengan gangguan pastor, suatu hari selepas Solat Dhuha, Yassin dengan linangan air mata mengadu kepada Ilahi, dan bermohon supaya ianya diberikan Allah salah satu antara dua permohonan. Iaitu, supaya si pastor tidak lagi datang menggangunya selama-lamanya, atau yang terbaiknya untuk hatinya dibuka untuk menerima Islam.

Secara kebetulan hari itu adalah hari cuti umum di Harare, dan sangkaan Yassin adalah pada hari itu beliau akan aman dari gangguan. Dalam perniagaan hartanah, hari cuti merupakan hari yang terbaik untuk menguruskan perniagaan kerana pembeli hartanah kebiasaannya lebih aktif pada hari tersebut. Dan pada Yassin keamanan yang beliau impi-impikan itu akan membolehkan beliau untuk menyelesaikan beberapa perkara yang agak penting, dalam urusan niaganya.

Setibanya di pejabat, beliau telah menerima kejutan yang amat besar. Sudah ternanti di ruang tamu dua orang tetamu yang tak dijemput. Yang seorang tak lain dari si pastor yang baru menjadi maudhuk doanya tadi, dan yang kedua adalah Timbalan Komisyioner Polis Zimbabwe, kawan rapatnya. Sudah menjadi kebiasaan bagi Timbalan Komisyioner untuk bertukar-tukar fikiran dengan Yassin dalam isu-isu semasa, kerana padanya Yassin mempunyai pandangan dan pengetahuan yang luas.

Sebaik saja Yassin masuk si pastor tidak membuang masa dan memulakan perbualan atau perdebatan. Seperti amalan biasa baginya. Di sebabkan tajuk yang didebatkan bukan sesuatu yang diminati oleh Timbalan Komisyioner, maka beliau hanya berdiam diri dan langsung tidak memberi apa-apa pandangan. Yassin yang sudah bosan dengan sikap pastor, meninggikan suaranya pada suatu tahap perdebatan dan mengajukan pertanyaan kepada si pastor.

“Yang kita tak dapat menerima adalah, siapkah Jesus? Adakah ianya tuhan atau dilahirkan sebagai anak tuhan, atau hanya seorang pembawa agama?”

“Ya, tepat,”jawab pastor. “Kenapa?”

“Baik,” Yassin memulakan hujjahnya, “Adakah kamu setuju bahawa Adam dijadikan daripada tanah?”

“Ya, sememangnya dalam Injil dan Quran begitulah,” balas pastor.

“Dan Hawa dijadikan daripada manusia lelaki, iaitu daripada rusuk Adam?”

“Ya, benar,” pastor kehairanan kerana beliau melihat Yassin berlainan cara hujjahnya pada hari itu.

“Dan lagi Adam dan Hawa telah melahirkan zuriat-zuriat yang merupakan kejadian daripada lelaki dan perempuan?”

“Itu semua kita tahu.”

“Baik, kalau kamu ini tuhan, apa pula akan kamu ciptakan selepas ini?”

Pastor tercengang kerana tak dapat memahami soalan Yassin. Beliau tak menjawab.

“Adakah kamu menerima pendapat bahawa tak akan ada tugas yang tak akan diselesaikan oleh tuhan dalam tugas penciptaannya?”

“Ya tentu sekali,” jawab si pastor yang mula menjadi keliru dengan pertanyaan yang sebegitu.

“Adakah kamu menerima bahawa kejadian Isa dari Mariam itu melengkapkan kombinasi kejadian manusia? Kerana ada manusia yang dijadikan daripada tanah iaitu Adam; ada manusia yang dijadikan daripada hanya seorang manusia lelaki iaitu Hawa; ada manusia lelaki dan perempuan yang dijadikan daripada lelaki dan perempuan iaitu zuriat Adam dan Hawa, dan akhirnya ada manusia yang dijadikan hanya daripada perempuan, tanpa lelaki iaitu Isa? Bahawa Isa adalah anak manusia iaitu Mariam dan bukannya anak tuhan dan bukannya tuhan?”

Si pastor menjadi bingung dan tidak menjawab soalan yang ditujukan kepadanya. Beliau berdiam diri, bangun dan terus keluar dari pejabat Yassin. Alangkah leganya hati Yassin kerana akhirnya beliau telah mematikan akal pastor dan beliau yakin ia tak akan kembali lagi. Sebagaimana yang telah dimohonkan tadi dari Allah dalam doa dhuhanya.

Tak disangka bahawa hujjah yang diberi oleh Yassin sebaliknya telah memberi hidayah kepada Timbalan Komisyioner Polis. Beliau tanpa diduga meminta untuk disyahadahkan.

Pada keesokan harinya, setibanya di pejabat, kawanku Yassin telah dikejutkan dengan kehadhiran pastor itu lagi. Tetapi ketibaan Yassin bukannya disambut dengan hujjah yang bertalu-talu seperti biasa, tetapi dengan permintaan supaya ianya di Islamkan. Alangkah terkejutnya Yassin kerana kesabarannya selama ini telah dibalas Allah dengan pemakbulan kepada doanya. Pastor juga diberi hidayah untuk menerima kebenaran.

Begitulah perjalanan hidayah, hanya melalui isu yang mudah tetapi mempunyai logika yang tinggi. Manusia hanya berusaha, hidayah adalah anugerah Illahi.

Apabila aku bertanya kepada Yassin tentang bagaimana beliau dapat inspirasi untuk berhujjah sedemikian, jawabnya "Wallahi aku sendiri tak tahu. Tak pernah aku fikirkan logika sebegitu dan aku kehairanan bagaimana ianya timbul dalam benakku dengan tiba-tiba. Tetapi apabila aku memikirkan secara mendalam, itulah sebenarnya jawapan Allah SWT kepada permohonanku yang ikhlas kepada Nya."

Sehingga kehari ini mantan pastor masih menjadi penda’i yang aktif di Zimbabwe. Mohammad Yassin pula kini telah berpindah ke Nairobi untuk mempersiapkan dirinya untuk menjadi calon dalam pilihan umum untuk menjadi Presiden Somalia. Insya Allah.

12 comments:

zizie ali said...

yang akan disoal bukan apa yang kita dapat (natijah), tapi apa yang kita telah buat (amal).

dith said...

This is the power of dua! Especially a dua made by an opressed person, insyallah. And that Allah swt gives His ilham whenever He pleases. What's important is our dakwah and not the outcome. Giving hidayah is the work of Allah swt not ours.

I salute this guy, Mohd Yassin and I pray that if he succeeds as being the President of Somalia, he will not succumb to the fitnah of the politics of the dunia!

Sya said...

Yup.. Kuasa satu doa dan tawakal.. Mengislamkan seseorang mendapat pahala jihad. Beruntung pada sapa yg mendapatnya.... wallahualam

Anonymous said...

Tuan Keng,

Ini elok kalau boleh terjemahkan dalam Bahasa Inggeris untuk saya antarkan kepada kawan-kawan dan ahli keluarga saya. Ini bukan metafora, ya?

A.Z. Haida said...

salam,

thanks for dropping by at my blog. here you have an even more interesting blog, inspiring even ;-)

keep up the good job.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Tuan Keng

English version ada ka? Nak email to my non muslim friends.

Kat malaysia dengar 100,000 orang islam antara umur 20-40 memohon untuk murtad/tukar nama.....astaghfirullah...na uzu billah........... simpang 44 malaikat ..................Tanyalah Jabatan Agama Islam

Fikirkan apa kita sebagai muslim boleh buat untuk mengelakkan gejala sebegini berlaku.

Best wishes to brother Mohammed Yassin. Semoga beliau berjaya menjadi Presiden Somalia. Amin!

Anonymous said...

Tuan Keng,

Sesungguhnya kita tidak tahu bila mana hidayah itu tiba..hanya jangan kita putus berdoa untuk sentiasa mendapat hidayahNya..

In a nutshell, it sometimes need some common sense to explain, before the person can absord the explanation. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Ayah Keng

It's good Friday sermon...tak payah gi mesjid lah hari ni!

Yoep Moto

Ku Keng said...

AJ:
:))
Puan Dr.:
I agree. Yassin was not getting much support as he was branded an Islamist. But support is growing stronger each day. Insha Allah, he will be making better headways.
Sya:
Semoga pesanan-pesanan kita dan tauladan kita menjadi saksi yang menguntungkan di akhirah.
Danyal and Anon:
Anybody is free to translate it. Translating the argument alone would suffice.
A.Z.:
Iresimatsu. Arigato gozaimas.
Nita:
Simple explanatin makes life simpler.
Yeop:
Minggu lepaih pergi ke?
Usha:
Insha Allah. Yassin ada anak dua orang di UIA. Nak berkenalan ke?

tuan tanah said...

terlambat membac entry ini.
it was very inspiring indeed.
sepatutnya cerita2 ini lebih sesuai untuk dirantai-emailkan :)

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... audi dealer pasadena Job posting examples Body kit for a toyota celica 2001 Generic adderall from india Decks patios driveways bowdoinham maine Femal bodybuilding Tooth whitener is related