I.
Memandangkan perbincangan tentang Iman dan Akal agak menarik, maka saya masih membuka ruang untuk perbincangan selanjutnya.
II.
Dalam kesantaian kita bercuti panjang, terlalu sedikit berita kejutan tentang umat Islam yang sampai di pangkuan kita. Bertimbang rasa sungguh pemilik akhbar tempatan dalam menjaga keharmonian di sini.
Danish Imams Propose to End Cartoon Dispute. Begitulah berita dalam The Brussels Journal, Ahad lepas, tentang kehangatan yang timbul semenjak Oktober lalu, bersabit dari penghinaan yang dilakukan keatas Rasulullah SAW.
Yang membimbangkan kerajaan Denmark adalah tentang kesan terhadap ekspot barangan daging, ekspot utama mereka ke Saudi Arabia, bukannya penyeselan keatas penghinaan yang telah berlaku.
Provokasi terhadap Islam masih berterusan, malahan penghinaan terlebih biadab lagi terdapat pada blogsite KafirNation, hmmh dan lain-lain. Ada pula yang berpendapat bahawa sekiranya tidak ada reaksi ke atas lukisan Virgin Mary yang dibuat oleh pelukis Tunis, Chokri ben Chikha, baru-baru ini, mengapa kaum Muslimim menjadi terlampau tidak rasional sehingga bersedia menumpahkan darah? Dan sedihnya pendapat begini ada yang disokong oleh mereka yang berkulitkan Islam.
III.
Ribuan Muslimin menjadi murtad? Adakah ini benar. Beginilah lapuran dalam Hyscience, satu website Kristian totok.
Kita bergembira dengan Islam yang mula menjadi pilihan di Texas, akantetapi dengar seterusnya penerangan kemurtadan yang sedang berlaku di USA, dari Prof. Ilyas Ba Yunus. Siapakah mereka dan mengapa mereka menjadi murtad?
IV.
Semoga menjadi iktibar dan teladan kepada kita.
Allahumma a'iza Islama wal Muslimin.
Selamat Melangkahi ke tahun Hijriah 1427.