Powered By Blogger
Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Monday, December 08, 2008

Haji si Tukang Sepatu






Diriwayatkan Sheikh Abdullah bin Mubarak (RA), seorang ulamak yang terkenal bermimpi sewaktu terlena di depan Kaabah. Abdullah bermimpi melihat dua malaikat yang turun ke bumi dan berbual-bual antara mereka.

Malaikat pertama memulakan kata, “Tahukah kamu berapa ramai yang mengerjakan haji pada tahun ini?”

”Enam ratus ribu,” jawab yang kedua.

Kebetulannya Abdullah bin Mubarak juga mengerjakan haji musim yang sama.

”Berapa ramai yang mabrur?” tanya malaikat pertama lagi.

”Saya tak yakin kalau-kalau ada sesiapa yang mabrur pada kali ini.” Jawab yang kedua.

Apakala mendengar jawapan ini Abdullah bin Mubarak menjadi sedih. Beliau mengenangkan tentang jumlah manusia yang telah merentangi padang pasir, mengharungi lautan luas dan meredah hutan belantara untuk sampai ke Makkah; dalam keadaan yang begitu mencabar. ”Tak akan sekali Allah SWT yang Maha Penyayang akan membiarkan segala usaha dan harta-benda di sia-siakan,” fikirnya.

Tapi beliau terkejut apabila mendengar kata-kata Malaikat pertama lagi. ”Ada seorang si tukang kasut dari Damsyik, bernama Ali al-Mufiq, yang tidak dapat mengerjakan haji, tapi Allah SWT menanugerahkannya pahala mabrur. Allah SWT menerima niatnya untuk menunaikan ibadat haji dan kerananyalah maka kesemua hujjaj pada tahun ini diterima haji mereka."

Apabila Abdullah bin Mubarak tersedar dari tidurnya beliau membuat keputusan untuk pergi ke Damsyik dan mencari Ali al-Mufiq, yang begitu disanjung oleh malaikat dan dirai olah Allah SWT.

Setibanya di Damsyik, setelah bersusah payah mencari Ali al-Mufiq, akhirnya bertemulah beliau dengannya.



“Siapa nama mu?” Tanya Abdullah.

”Ali al-Mufiq”

”Apa pekerjaanmu?”

”Biasa-biasa, sekadar si tukang sepatu,” jawab Ali al-Mufiq kehairanan. ”Siapa kamu,” tanyanya pula pada Abdullah bin Mubarak.

”Abdullah bin Mubarak.”

Apabila mendengar nama yang tersohor ini, Ali al-Mufiq bertambah hairan kerana telah diziarahi oleh ulamak yang begitu ternama dan amat dirai.

Setelah ditanya oleh Abdullah bin Mubarak tentang niatnya untuk mengerjakan haji, beliau menerangkan, ”Memang niatku sudah lebih 30 tahun untuk menunaikan haji, dan pada tahun ini perbelanjaanku akhirnya mencukupi. Tapi takdir Allah SWT mengatasi segala-galanya. Niatku tidak dapat dilaksanakan.” jawab beliau.

“Kenapa ditakdirkan?” Tanya Abdullah bin Mubarak.

”Ketentuan Allah SWT mengatasi segala-galanya,” jawabnya rengkas.

Setekah didesak-desak Abdullah bin Mubarak, beliau pun menerangkan. ”Pada suatu hari aku pergi menziarahi jiranku. Kebetulannya mereka sedang makan. Tapi hairannya tidak sebagaimana kebisaan sebelum dapat aku masuk kerumahnya, jiranku yang kelihatan sugul, menerpa keluar dan berbisik kepada ku."

”Maafkan kami ya Ali,” katanya, ”Maaf kerana kami tak dapat mengajakmu makan bersama. Kami sudah tiga hari tak mempunyai makanan maka pada hari ini, kerana kesiankan anak-anakku, aku keluar mecari kalau ada apa-apa makanan yang dibuang jiran yang dapat dikutip dan dibawa pulang untuk hidangan. Yang aku jumpa hanya bangkai se ekor keldai. Maka aku memotong bahagiannya dan inilah yang dihidangkan pada anak-anakku. Pada kami bangkai ini halal kerana dalam keadaan dharurah, yang ditegah dibenarkan. Maka sebab itulah aku tak dapat mengajakmu bersama-sama menjamah juadah tersebut.”

”Hatiku luka,” jawab bin al-Mufid, “apakala mendengar keterangan tersebut. Lantas aku pulang dan mengambil duit tabunganku untuk ke Makkah kerana pada pendapatku membantu jiran yang dalam kesusahan adalah lebih mulia dari hasrat untuk menunaikan haji. Dan sekiranya ada rezekiku pasti Allah SWT akan meluangkan peluang lagi padaku."

Begitulah tercuitnya hati Abdullah bin Mubarak apakala mendengar kisah Ali al-Mufid tadi.

Sesungguhnya sebagaimana firman Allah SWT dalam hadith Qudsi, ’Sekiranya kau ringankan bebanan umat-KU maka AKU akan lebih meringankan bebananmu.’ Kelaku Ali al-Mufid dan pengorbananya bukan setakat diganjarkan Allah SWT dengan haji yang mabrur tetapi juga tempiasannya telah memabrurkan kesemua hujjaj pada tahun itu. Segala-gala yang dikurniakan Allah tidak sama sekali meluakkan khazanah rahmat-NYA yang maha Shomad.

_______________________________

Haji sebenarnya adalah perjalanan yang menyalakan jiwa raga dan ruh seseorang untuk membawa seseorang ke dimensi waktu di alam dunia kepada waktu ianya akan bertemu dengan Yang Maha Khaliq.

Pengerjaan ibadah haji akan membawa seseorang kepada taraf yang tertinggi. Haji yang mabrur akan dicapai apakala seseorang dapat mengaitkan keadaan dirinya kepada kehendak Allah SWT dalam hal-hal yang berkait dengan makhkuk-NYA.

Dan sebaik-baik pengorbanan adalah yang mengatasi kehendak nafsu.





EID MUBARAK.


Saturday, January 06, 2007

Ilmu



Di kala usainya musim Haji 1427H/2006M dan kesepian yang akan menyelubungi kota Makkah buat seketika, saya teringat akan almarhum Sheikh ‘Abdul Karim al Banjari. Asalnya dari Kalimantan; berketurunan Banjar. Guru di Masjidil Haram, Makkah. Beliau pulang kerahmatullah sekitar empat tahun lalu. Di samping sempat dimanfaatkan beberapa ilmu dari Almarhum, saya mempunyai beberapa kenangan manis bersama beliau.

Sewaktu hayatnya, setiap kali saya ke Makkah, saya tak akan lupa menziarahi beliau di halaqah pengajiannya di Masjidil Haram. Ketika itu kalau ada pemuda-pemuda beraut muka atau berwajah Nusantara, berserban dan tak banyak bercakap-cakap, yang berkumpul di ruang-ruang di sebelah kiri laluan Bab 'Abdel-'Aziz ke Ka'abah, untuk pengajian, itu pastilah murid-murid beliau. Berbeza sekali dengan murid guru-guru Salafiah yang hanya berselubung merah atau putih. Khabarnya sekarang ruang itu sudah sunyi dan kebanyakan murid-muridnya telah pulang ke negara masing-masing, kerana ketiadaan igamah (atau surat keizinan) untuk bermastautin di sana.

Beliau seorang guru yang tegas. Sekiranya murid-muridnya tak dapat menjawab apa-apa soalan setelah ditanyainya sebanyak 3 kali, maka beliau akan menutup majlis pengajian. Kerana bermakna murid-murid belum faham apa yang telah diajari sebelumnya, tapi enggan atau malas bertanya. Maklumlah kesemua murid-muridnya bekerja pada siang harinya, sama-ada sebagai pemandu jemaah atau pekerja-pekerja kedai. Tetapi Almarhum adalah seorang guru yang amat baik dan pemurah.

Sebagai guru yang mengajar di Masjidil Haram, beliau sentiasa dalam intipan pengawal Masjid kerana beliau dari fahaman kaum tua iaitu bukan dari golongan Salafi. Maka setiap pengajiannya cuba dirakamkan oleh pentabir Masjidil Haram, untuk tujuan penapisan.

Dan pada suatu waktu selepas selesainya pengajian, datang sang pengintip untuk mengambil perakam suara yang tadinya diletak hanya beberapa inci di depannya. Almarhum mencuit saya dan berkata, ”Lihat tu,” sambil menunjuk kepada sang pengintip tadi. Almarhum senyum dan ketawa kecil. Sambil berjalan sang pengintip tadi meletakkan alat perakam rapat ke telinganya dan cuba-cuba mendengar apa yang direkodkan. Berkerut-kerut mukanya kerana tak ada apa-apa suara yang telah dirakamkan. Baik bunyi Melayu ataupun Banjar dan apatah lagi Arab. Selain dari bunyi putaran pita, yang kedengaran dari pita itu hanyalah kesepian. Kerana tak ada apa-apa bunyi langsung yang tertangkap pada pita rakaman tersebut. Begitulah kejadiannya setiap kali beliau mengajar. Allah SWT tak mengizinkan suaranya dirakam.

Malahan sewaktu beliau menyampaikan pengajian, suaranya pun tak kedengaran. Akan tetapi kesemua muridnya mendengar apa yang diajarinya. Kalau ada sesiapa yang melihat majlis pengajian tersebut, mereka akan menyangkakan bahawa itu adalah majlis pengajian orang bisu. Kerana tak ada bunyi dan suara yang kedengaran langsung, baik dari guru apatah lagi dari murid yang taat mendengar. Demikianlah Almarhum Sheikh ’Abdul Karim al Banjari. Seorang manusia yang aneh. Semoga Allah SWT merahmatinya dan meletakkannya di taman yang terindah di sisi-NYA. Al Fatihah kepada ruhnya.

Satu waktu Almarhum menceritakan kepada saya tentang mula-mula kedatangannya dari tanah Bandjarmasin ke kota Makkah untuk belajar. Berbulan-bulan beliau mencari guru untuk mengabdikan dirinya semata-mata untuk mencari ilmu. Setelah puas bertanya-tanya beliau dinasihatkan supaya berguru dengan seorang ulamak yang asalnya dari tanah Hindi. Apabila bertemu dengan guru yang dimaksudkan, alangkah terperanjatnya. Tak terhingga. Kerana orang yang bakal menjadi gurunya itu sering ditemuinya, malah setiap hari, dalam perjalanan dari rumah tumpangannya ke Masjidil Haram dan apabila waktu pulangnya. Beliau penjual haruman dan wangian ’attar di lorong yang menjadi laluannya ke Masjid. Dan beliau tak sekali-kali menyangka yang penjual 'attar ini seorang guru dan ulamak Hadith.




Begitulah Cik Rampai, aneh sungguh hidup ini kadang-kadang. Pemberi ilmu itu di tempat yang paling tak disangka.

Dan terima kasih Cik Rampai di atas puisi, sempena 'Eidul Qurban, yang begitu indah:

Korban

Rasa kehambaan yang mukhlis
tenang
dalam pelukan
cinta hakiki
harum
sebuah munajat
kamil
sekeping
hati.

Allahuakbar!

Wahai Tuhan
dalam kami menyisir
kehidupan
hiaskanlah di hati nan redup
puncak keunggulan
malai syahdu
keimanan.

~ Bunga Rampai ~



Gambar: Pandangan dulukala sekitar Masjidil Haram. Dalam bulatan adalah Rumah Maulud atau tempat kelahiran Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam.

Friday, December 29, 2006

Keliru







Adapun sewaktu blog ini sedang ditulis, jemaah haji sudah mula berkumpul di Mina, kerana keesokannya mereka akan ke Arafah untuk berwukuf. Kini pukul 6.15 pagi di KL bermakna 1.15 awal pagi Jumaat di Mina.

Dan pada siangnya nanti, berbondonglah manusia ke Arafah untuk berwukuf sehingga sebelum Maghrib. Arafah, tempat pertemuan Adam dan Hawa di bumi. Dari Arafah, jemaah akan ke Muzdalifah untuk mengutip batu untuk melontar, serta juga untuk mabid atau bermalam sebentar, sebelum meneruskan perjalanan ke Mina. Dan esoknya pada pagi Sabtu akan bergaunglah Jamratul Aqabah dengan laungan takbir. Manusia akan berpenuh sesak untuk membuat lontaran pertamanya. Ada yang membaling anak-anak batu yang dikutip sebelumya di Muzdalifah dan ada juga yang kerana terlalu emosi, membaling selipar-selipar mereka.

Di Makkah pula, bagi yang tidak ke Arafah dan Mina, mereka akan berkumpul pada pagi Sabtu itu, untuk menunaikan solat ‘Eidul Adha. Ketika itu kita di Malaysia, sudah sekitar jam 1 tengah-hari, dan sedang bersiap-siap untuk solat zuhur.

Maka ‘Eidul Adha mestilah menyusul hari wuquf. Tak boleh sebelumnya. Dan disebabkan pengistiharan wuquf itu hanya boleh dibuat oleh Kerajaan yang mentadbir urusan haji di Tanah Haram, maka tak boleh sesiapa mengistiharkan wuquf sebelum pengumuman tarikh oleh pentadbir tersebut. Akan tetapi selepas peristiharan tersebut tak ada mana-mana kerajaan yang boleh mengistiharkan hari wukufnya sendiri, kerana wukuf , lokasinya khusus hanya di Arafah. Bermakna 'Eidul Adha sehari selepas hari wuquf di Arafah.

Kalau kita kaji semula. Sewaktu wukuf sedang dilangsungkan, kita masih pada siang hari Jumaaat. Tepatnya petang Jumaat. Ketika jemaah di Jamratul Aqabah untuk lontaran hari pertama mereka, kita pula belum lagi zuhur pada hari Sabtu. Bermakna sewaktu solat ‘Eidul Adha berlangsung di Masjidil Haram di Makkah, kita baru akan menunaikan solat zuhur di KL. Bermakna di sana siang Sabtu dan di sini pun siang Sabtu.

Dan esoknya pada hari Ahad di Malaysia, sewaktu kita melaksanakan solat subuh, jemaah yang dalam kepenatan di Mina sedang nyenyak tidur, kerana di sana baru pukul 1 pagi, juga pagi Ahad. Dan siang nanti mereka akan melontar pula di ketiga jamrah. Bermakna pada hari Sabtu yang baru berlalu itu jemaah haji sudah selesai mengerjakan wukuf di Arafah, lontaran hari pertama pada Jamratul 'Aqabah dan juga bertahallul (bergunting rambut atau bercukur kepala). Dan sudah pula menanggalkan pakaian ihram mereka. Begitulah congaknya.



Tetapi ‘Eidul Adha kita di Malaysia adalah pada hari Ahad! Mungkinkah telah berlaku pertambahan yang ketara kepada perbezaan waktu antara Mina dan Malaysia, semenjak berlakunya gempa bumi di Taiwan beberapa hari lalu?


Saya sedang cuba mengira hari-hari Tasyrik untuk perlaksanaan korban.

Saya menalipon seorang teman, Ustaz Ismail Mina untuk meminta pandangan. Beliau dilahirkan di Mina, jadi pastinya beliau yang paling sesuai untuk dibuat rujukan.

"Ustaz, macam mana pandangan anta tentang raya tahun ni?" muqadimmahku.

"Sheikh," ujar beliau, "itu memerlukan fatwa. Ana bukan mufti jadi ana tak layak mengeluarkan fatwa. Dan sekiranya ana mufti sekalipun, fatwa ana tak boleh diterima kerana hanya fatwa Mufti Negara dikira muktamad. Tapi setakat ini jawatan ini belum diisikan lagi."

“Ya Allah terimalah korban kami sekiranya kami melaksanakannya pada hari Rabu di Malaysia.” Saya berdoa sebelum menamatkan perbualan.




Thursday, January 05, 2006

The World is an Excess Baggage?

Dalam melalui hari-hari yang penuh keberkatan menjelang 10 zulhijjah ini, aku ingin mengingatkan diriku kepada satu cerita yang amat menarik, pada pendapatku. Mungkin ianya tidak mempunyai apa-apa relevan kepada kebanyakan orang.

Alkisah, seorang penuntut yang merupakan murid kepada seorang guru yang ternama telah bermimpi yang ianya berangkat ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji serta menziarahi makam Rasulullah di Madinah. Setelah terjaganya dari tidur, maka si murid ini pun berlari kerumah mursyid yang amat disayanginya untuk meminta izin untuk meninggalkan kuliah, dan seterusnya berangkat ke Makkah. Meskipun murid ini amat sayang kepada gurunya, tetapi beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa gurunya hidup dalam serba kemewahan. Guru ini berumah besar dan berpakaian cantik dan mahal-mahal. Sebaliknya ajaran yang disampaikan kepada murid-muridnya adalah untuk memperbanyakan pengorbanan dan mengurangkan kesayangan kepada dunia.

Apabila gurunya mendengar tentang mimpi dan cadangan si murid tadi, maka beliau pun segera berdiri dan menyeru, "Saya pun ingin bersamamu ke Makkah dan Madinah!" Alangkah seronoknya si murid kerana dapat bermusafir dan mengerjakan ibadah haji beserta guru yang disayanginya.

Baru sehari berjalan, murid tadi teringat akan ceret yang selalu digunanya untuk berwudhuk yang telah tertinggal di rumah. Keadaan ini telah membuat dia gelisah di sepanjang perjalanan. Setibanya di satu wadi maka dia pun meminta izin gurunya untuk berpatah balik untuk membolehkan beliau mengambil barang tersebut.

Sekembalinya ke wadi dan setelah gurunya melihat keadaan muridnya yang tercungap-cangip keletihan dan dalam keadaan penuh berdebu kerana berkejar untuk mengambil cangkir yang tertinggal, dia pun berkata, "Ayuhai murid. Selama ini engkau tak dapat menerima keadaanku yang pada pandangan dan sangkaanmu adalah hanyut dalam kemewahan. Akan tetapi ternyata hati engkau lebih tertambat kepada dunia. Sebaik engkau menceritakan tujuanmu yang telah mengingatkan aku kepada Kaabah dan Rasululullah, tanpa berlengah aku telah bersetuju untuk meninggalkan rumah dan keluargaku untuk bersamamu. Akan tetapi engkau tak dapat menenangkan hatimu kerana teringatkan satu perkara yang kecil sehingga sanggup melengahkan pertemuanmu dengan Baitullah dan Rasulullah."

Itulah hati. Selagi hati ini tak dapat ku didik untuk meletakkan sayang pada tempat yang sesuai dan betul, selagi itulah aku akan alpa dan lalai. Meskipun bukan tujuanku untuk meninggalkan dunia tetapi bagaimana agaknya dapat ku latihkan hati ini untuk mengurangkan ia dari terlalu tertambat kepada dunia.

Secara kebetulan kisah yang sama juga diceritakan oleh seorang Mursyid Tariqah Jerrahi, Sheikh Tosun Bayrak al Jerrahi, dari Turki sewaktu ditanya tentang apa yang dimaksudkan dengan berada di dunia tetapi tidak bersifat keduniaan.

SHEIKH TOSUN BAYRAK: Let me answer that question by telling you a story. Ibn Arabi, who is considered to be the greatest sheikh in Sufism, was traveling to Mecca, and he passed through Tunisia. In Tunisia he was told that there was a holy man living there whom he must visit. This holy man was a fisherman who lived in a mud hut on the beach and caught three fish a day, no more, and he gave the bodies of these fish to poor and hungry people. He himself boiled the heads of the fish, and just ate the heads. He did this day after day, year after year. He was living the life of a monastic person, a person who has divorced himself from the world totally, and, of course, Ibn Arabi was very impressed with this discipline. So he talked to the fisherman and the fisherman asked, "Where are you going? Are you going to pass through Cairo?" Ibn Arabi nodded and the fisherman said, "My sheikh lives there. Will you please visit him and ask him for advice for me, because all these years that I have been praying and living humbly like this, I haven't received any advancement in my spiritual life. Please ask him to give me advice."

Ibn Arabi promised him that he would, and so when he arrived in Cairo, he asked the people in the city where this sheikh lived and they said, "Do you see the huge palace on the top of the hill? He lives there." So he went to this beautiful palace on the top of the hill, knocked on the door, and was received very well. They brought him into a large, luxurious waiting room, gave him food to eat, and made him comfortable. But the sheikh had gone to visit the king. And Sufis don't normally visit kings or people in high positions. It's forbidden because they can become an additional curtain between us and God, an additional attachment to the world.

While Ibn Arabi was in this luxurious room waiting for the sheikh, he looked out the window and saw a procession coming. The sheikh was riding a beautiful Arabian horse and was wearing a big turban, diamond rings, a fur coat, and had a whole honor guard of soldiers at his side, and he arrived with great pomp at the palace. But he was a very nice man, and came and greeted Ibn Arabi warmly, and they sat down and started talking. At some point in the conversation, Ibn Arabi said, "You have a student in Tunisia." And the sheikh replied, "Yes, I know." And Ibn Arabi said, "He asked for your spiritual advice." "Tell my student," the sheikh said, "If he's so attached to this world, he's never going to get anywhere."

So this was confusing to Ibn Arabi, but on his trip back, he stopped in Tunisia. He went to the fisherman there, who immediately asked, "Did you see my sheikh?" "Yes, I saw your sheikh," he replied. "What did he say?" asked the fisherman. And Ibn Arabi, looking uncomfortable, said, "Well, your sheikh, you know, he lives in great pomp and great luxury." The fisherman replied, "Yes, I know. What did he say?" So Ibn Arabi told him: "He said as long as you're so attached to this world, you are never going to get anywhere." And the fisherman cried and cried. "He's right," he said, "each day, when I give those three fish bodies to the people, my heart goes with them. Each day, I wish I could have a whole fish instead of just a head, while my sheikh lives in great luxury but doesn't care at all about it. Whether he has it or not, it doesn't touch him."

That's what it means to be in the world but not of the world. It means that, as Sufis, we are supposed to be out in the world participating in the world, but not falling in love with the world. There is a hadith [a saying of the Prophet Muhammad] that tells us: The world is your friend if it reminds you of God, and it is your enemy if it makes you forget God.