Powered By Blogger

Friday, August 25, 2006

Bezakan



BAB 1.


Kriing, kriiiing, kriiing…………………Kriing, kriiiing, kriiing…………………Kriing, kriiiing, kriiing…………………


“Assalamu alaikum, Majlis Agama di sini.” Seorang yang bersongkok yang asyik membaca akhbar tabloid, acuh tak acuh menjawab talipon yang bertalu-talu deringannya.

“Wa alaikumus salam Tuan. Saya ada masalah berat tuan,”

“Siapa cakap tu?”

“Nama saya Idris, Tuan. Masalah saya Tuan, anak angkat saya bercinta dengan seorang budak India.” Idris mulakan ceritanya.

“Nak masuk Islam ke?..” Tuan itu bertanya.

“Tak Tuan. Gadis tu tak nak masuk Islam. Tapi dia paksa anak angkat saya masuk agama dia Tuan. Suruh kawin di geraja.” Jawab Idris. Cemas.

“Hah, ni kes berat. Tak kan anak sendiri tak boleh jaga. Tak nasihat dia ke?” Tanya Tuan.

“Dah puas Tuan. Sekarang dah lama tak balik rumah dah.” Jawab Idris.

“Ini kes bukan bawah jagaan saya En. Idris. Boleh tak awak talipon balik minggu depan. Minta sambung kepada Ustaz Kadir, pegawai kaunseling. Ustaz tu tu sekarang bercuti kerana cuti sekolah.”

Tuan itu meletakkan gagang talipon dan kembali membaca berita perkahwinan seorang duda dengan seorang penyanyi. Dia tersenyum-senyum gembira. Tumpang seronok.

“Hello, hello…” Idris. Terpingga-pingga.


BAB 2.

Triiing, triiing, ……….

“God bless. Salvation Centre. Daniel here. Can we help you?”

“God Bless, my brother. This is Janet Murugesu.”

“Ah, Janet. How are you? How is Kulup progressing with the lessons?”

“Not much progress yet, brother, as he is still confused and is constantly being disturbed by his family members. They are trying to bring him for counselling to the Pejabat Agama.” Janet.

“Christ. In that case we need to protect him. Can you bring him here today so that we can keep him safe with us?”

“That is what I thought of brother. We will be there at noon. God Bless.” Janet.

Daniel wasted no time. He quickly sent an e-mail addressed to the Salvation Group. The Group comprises of several lawyers, NGOs, the various church organizations, certain 'Malay' NGOs, church activists and pastors. The mail was short and simple:

God Bless Brothers,

We have an urgent situation at hand. We have to save a friend who is seeking salvation. Matter has been brought to attention of Jabatan Agama. Need to mobilize all resources to stop process and provide assistance.

He will be brought to the Center this afternoon for refuge. Need volunteers and counselors to assist him. Please bring food supplies.

God Bless.

BAB 3.

Tepat jam 12.00.

Janet tiba dengan Kulup. Mereka disambut dengan penuh keriangan dan kasih saying. Tak timbul rasa kekok kepada Kulup. Beliau terasa amat selesa, selamat dan diterima di kalangan kawan-kawan yang baru ditemui. Dan dijanjikan pula keselamatan yang berpanjangan.

Dengan sekali tekan butang send maklumat tersebar merata, melalui e-mel. Tak perlu tunggu habis cuti sekolah atau cuti kahwin atau apa-apa cuti pun.


BAB 4.


Hari hari berikutnya.

Encik Idris, masih mencuba-cuba untuk meminta bantuan dari badan-badan Islam. Pelbagai-bagai nasihat yang diberi, tapi tak ada khidmat yang diperolehi.


Nota:
Nama-nama yang digunakan bukan yang sebenarnya.

Akan tetapi ini cerita benar yang berlaku minggu ini. Kulup ini anak yatim piatu yang diambil oleh En. Idris sebagai anak angkatnya.

Monday, August 21, 2006

Krisis Akidah



I.

Krisis keruhanian yang melanda masyarakat kita amat runcing. Ada kes murtad dan ada kes amat hampir. Syirik.

Surat yang diterima Kak Nor, membawa kejutan kepada kami. Kerana bukannya dikirim oleh mana-mana Tok Cai, bahkan oleh OKB (Orang Kaya Baru) Abdul Razak!! Dengan megah dan bangga. Akhirnya masalah hidupnya diselesaikan oleh 'Tok Guru'. Begitulah ketandusannya usaha dan permintaan kepada Pencipta.

Teringat pesanan almarhum Ayahku dulu, tentang hadith yang mengingatkan bahawa "Kefakiran hampir kepada kekufuran".


II.

Ada seorang kenalanku yang suka memakai cincin. Habis jari-jarinya bercincin. Ada yang emas dan ada yang tiruan. Satu hari aku mengingatkannya.

"Bro. Emas tu haram. Dan Rasululullah berpesan. Jangan memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah. Haram juga!"

"Ah, nak sembahyang I bukalah cincin. Bukan masalah. Dan cincin ni saisnya hanya muat pada kedua-dua jari tadi aja. Nak buat macam mana?" balasnya mudah.

"Tapi dulu, Bro, aku ada juga terbaca buku tentang batu permata karangan Swami Ramakrishna dari Sri Lanka. Katanya, emas itu melemahkan nafsu syahwat lelaki, dan begitu juga sekiranya memakai pada jari-jari selain daripada jari manis dan kelingking. Saraf pada jari-jari tersebut ada perkaitan dengan saraf anggota seks dan sekira cicin dipakai pada jari-jari itu akibahnya timbul kesan negatif pada nafsu. Malahan mematikannya. Terutamanya kepada lelaki."

Beliau hanya mengerutkan muka. Tak berkata apa-apa.

Keesokan harinya kelihatan hanya dua cincin pada jari-jarinya. Di jari manis dan telunjuk. Tak ada lagi cincin emas. Tak pastilah aku apa yang mendorongkannya. Sunnah atau Swami!


Thursday, August 10, 2006

Setitik Air



CHAVEZ: I have no interest in maintaining diplomatic relations, nor an office, nor trade nor anything with a state like Israel

August 9, 2006


Venezuelan President Hugo Chavez said he wants to break Venezuela's diplomatic ties to Israel, blasting the Jewish state's attacks against Hezbollah in Lebanon.

In a speech broadcast on state television, Chavez said it was "for sure" that Venezuela was severing relations with Israel following two days of diplomatic tit-for-tat embassy withdrawals. "They also withdrew their ambassador and what is for sure is that we are breaking diplomatic relations," he said. "I have no interest in maintaining diplomatic relations, nor an office, nor trade nor anything with a state like Israel."

In his television appearance Tuesday, Chavez said: "You see what Israel is doing: bombing cities, finishing off the entire country, it doesn't matter that there are children, women, dead mothers embracing their children." The Venezuelan president earlier accused Israel of "terrorism and pure fascism."





Inilah setitik air dari Chavez. Di mana pula setitik air dari mu?

BOIKOT ISRAEL

Saturday, August 05, 2006

MENCARI HUKUM


I.

Perompakan atau perampokan menjadi-jadi di Kuala Lumpur dan Selangor. Hakikatnya penduduk di kedua tempat ini dalam ketakutan pada setiap malam dan awal pagi. Bajingan memang bermaharajalela. Rumah Lope di Ladang Tremelbye dipecah dalam operasi ”kutip rejeki” pada awal pagi sebelum subuh dan rumah Ordinary Superhero di Bukit Antarabangsa pula selepas subuh. Itu tak pelik. Lama dulu rumah kawanku yang berjiran dengan Ketua Polis Negara, dirompak pada jam 1.30 tengah-hari! Dalam keadaan yang terang benderang. Polis yang menjadi sentri hanya di sebelah pagar tak menakutkan langsung.

Pembunuhan bersabit dari rompakan kecil-kecilan menjadi kebiasaan, seolah-olah nyawa tak bernilai lagi. Setiap hari akhbar memuatkan berita-berita pembunuhan. Setiap hari bê. Tak payahlah saya menceritakan tentang pembunuhan yang berekoran dari seruan ghaib yang diterima pembunuh. Anak memenggal kepala ayah dalam masjid. Kawan menikam rakan sekerja di rumah. Dan anak menikam ibu dan ayah. Semuanya berekoran seruan ghaib yang tiba-tiba timbul. Tak kiralah sama ada seruan ini dimangkinkan oleh kegilaan atau dadah.

Perogolan dan pembunuhan? Apa kurangnya. Seolah-seolah negara kita ni tak ada keselamatan langsung. Setiap bulan pasti ada dua atau tiga kes. Bukan hanya di bandaraya-bandaraya. Di kampung pun berlaku. Kejam dan mengerikan.

Saya teringatkan kepada Kota Jakarta pada awal pemerintahan Pak Harto dulu. Sama keadaannya seperti yang saya ceritakan. Akhirnya tentera-tentera malam yang beroperasi secara sulit membuat rondaan malam dan membunuh sesiapa sahaja yang berjalan-jalan tanpa sebab serta yang tidur di tepi-tepi parit, longkang dan terowong di Kota Jakarta. Akibatnya tak ada sesiapa yang berani keluar malam, meronda-ronda tanpa tujuan. Berkeliaran tanpa keruan. Dan Kota pun menjadi aman.

Kalau kita juga lakukan sedemikian dan mana-mana pencuri yang ditangkap dijatuhkan perbicaraan a la kangaroo court, iaitu dengan serta-merta dan hukumannya pula adalah dengan memotong tangan mereka. Tanpa bius. Tapi dengan parang tajam. Dengan sekali cantas. Bagaimana?

Ah jangan, kerana kata pemimpin, nanti ramai yang bertangan kudung. Biarlah kita hidup dalam ketakutan. Redhalah dengan kecurian. Jangan sekali-kali menakutkan pencuri-pencuri dan perompak-perompak atau bajingan dengan ugutan sebegitu.

Dan jangan pula pandai-pandai menjalankan hukum rejam ke atas pezina atau perogol, kerana nanti harga batu akan melambung. Akan melambung pula kos projek jembatan Pulau Pinang Kedua. Mungkin juga akan menyebabkan Singapura tak jadi membeli batu-batu dari Malaysia. Kerana ada yang berlumuran dengan darah si kena hukum.

Issyh, jangan fikir untuk buat yang bukan-bukan. Jangan memandai-mandai.


II.

Kelmarin seorang sahabat (kami memanggilnya Ustaz, tetapi bukanlah ustaz, sebenarnya) bertanya kepadaku. ”Andainya Lindaseronok (Joy = seronok) mati. Ana bukannya hendakkan dia mati, tapi mati itu satu kepastian. Dimanakah beliau akan dikebumikan?”

Sebelum sempat aku menjawab, beliau meneruskan,”Kalau mengikut hukum syarak, tak boleh di perkuburan Islam kerana beliau telah mengisytiharkan dirinya keluar dari Islam. Tapi kalau mengikut hukum pentadbiran, mestilah di perkuburan Islam kerana beliau secara pentadbirannya masih Islam – mengikut maklumat pada Mykadnya.”

Aku hanya mengiakan.

Beliau menambah lagi, ”Tapi hari tu si Moorthy, bagaimana? Beliau tak ada kad pertukaran agama dan Mykadnya pula masih mengakuinya sebagai orang Hindu. Hanya dari pengakuan kawan-kawannya beliau dikatakan Islam. Dan pengebumian mengikut hukum syarak.”

Aku, ”Ia tak ia juga..”

“Jadi Lindaseronok pulak bagaimana? Di mana nak dikebumikan?” beliau berhujjah.

Aku, tak menjawab.

“Ana keliru Sheikh,” ujarnya lagi, “ini disebabkan oleh satu perkara.”

”Apa dia?” tanyaku.

”Undang-undang Sheikh. Kita hanya ada undang-undang sendiri. Jadi inilah yang mengharu-birukan keadaan. Yang ditetapkan oleh Pencipta sudah ada. Hukum Murtad dan cara-cara penghukumannya. Complete. Awat tak pakai saja hukum ni?”

Dalam hatiku terlintas pula jawapan, ”Nanti ramai pula yang akan dijatuhkan hukuman mati dan berkuranganlah penduduk negara kita!” Susah, susah. Kita maju atas dasar ekonomi konsumerism, jadi nanti bankraplah negara.


III.

Banyak perkara yang berlaku ekoran daripada pilihan kita sendiri.

Nati kita tanyakan tentang solusinya pada bakal calon pilihanraya dan bakal MB Selangor akan datang. YB Abdullah Jones.


IV.
Dan saya amat berharap yang pegawai penapis blog yang membaca entri ini akan membawa rungutan saya dalam mesyuarat lapurannya.

Sunday, July 30, 2006

tanpa tajuk .......


"From Israel With Love"
..... Antara Mangsanya Adalah Kanak-kanak di Lebanon .....
Lihat gambar-gambar terbaru tentang pengeboman di Qana.






Malthus maintained that man's progress is tied to the earth's natural ability to support a given number of people, beyond which point earth's limited resources would rapidly be depleted. Once these natural-resources have been consumed, it will be impossible to replace them. Hence, Malthus observed, it is necessary to limit populations within the boundaries of decreasing-natural-resources. It goes without saying that the elite will not allow themselves to be threatened by a burgeoning population of "useless eaters," hence culling must be practiced …… "culling" is going on today, using the methods mandated in the "Global 2000 Report."

CONSPIRATORS' HIERARCHY:
THE STORY OF THE COMMITTEE OF 300

Dr. John Coleman



Gambar-gambar ihsan dari Rense dan Terrorism-News.
Lain-lain berita terdapat di sini dan di sana.


Tuesday, July 25, 2006

Marhaban ya Rajab, ya Syahrulllah!

Besok Rabu 26 Julai, jatuhnya hari pertama Rajab.

Diriwayatkan bahwa Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka:

  • Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keridhaan yang besar dari ALLAH SWT;
  • Dan barang siapa berpuasa pada hari ke-27 Rajab, ia itu pada hari Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa;
  • Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rajab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT;
  • Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rajab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat;
  • Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan;
  • Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga;
  • Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya."

Bulan Rajab juga bulan untuk menyelesaikan zakat tahunan yang masih tertunggak dan bulan untuk merayu keampunan dari ALLAH SWT. Sebagimana sabda Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam, "Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rajab."

Tersebut riwayat Abdullah Nifaq yang masyhur. Abdullah merupakan seorang manusia pada zaman Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam, yang hidupnya penuh dengan kemungkaran. Ketika matinya Abdullah, tak ada sesiapa yang berkeinginan untuk pergi menguruskan jenazahnya. Sehinggalah Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam disuruh oleh Jibril untuk menziarahi jenazah tersebut serta mengarahkan pengurusannya. Sewaktu jenazah Abdullah dibawa keperkuburan, Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam tersenyum kerana menyaksikan malaikat-malaikat yang berebut-rebut untuk menyambut jenazahnya.

Apabila Baginda menceritakan peristiwa tadi kepada sahabat-sahabatnya, mereka pun medesak kepada balu Abdullah supaya menceritakan sebab-sebab yang menjadikan Abdullah begitu istimewa pada sisi Allah. Akhirnya balunya membongkarkan rahsia amalan Abdullah pada setiap Rajab.

Kata balunya, "Meskipun kehidupannya penuh dengan kemungkaran, beliau tidak pernah putus harapannya kepada ALLAH SWT untuk mendapatkan pengampunan. Lazimnya pada setiap datangnya bulan Rajab, Abdullah akan tekun beribadat dan mengamalkan pembacaan Istighfar gubahannya yang kini di kenali sebagai Istighfar Abdullah Nifaq". Atas perintah Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam Istighfar tersebut telah disalin oleh Sayyidina 'Ali karramallahu wajhah untuk diwarisikan kepada seluruh umat Islam.

(Istighfar ini terdapat dalam kitab Majmuk Syarif).

Wallahu 'a' lam.

Marhaban ya Rajab, ya syahrullah.
Selamat datang wahai Rajab, wahai bulan Allah.

Saturday, July 15, 2006

A La Pagan?



Sebelum kedatangan Islam, temasya Okaz di luar kota Makkah, merupakan temasya tahunan yang gemilang. Lebih gemilang dari World Cup. Temasya yang di tunggu bukan hanya oleh penduduk Makkah, tapi oleh keseluruh pedagang dan peniaga dan ahli-ahli seni tanah Hejaz dan Arab, dan dari kawasan-kawasan lain disekitarnya.

Di Okaz, akan dipamerkan barangan yang datangnya dari seluruh pelusuk tanah Arab. Bau-bauan yang semerbak, dari campuran bunga-bungaan dan kayu-kayu wangi seperti ‘oud dan gaharu dan lain-lain kayu ekosetik dari benua Afrika, India dan Asia (ketika itu belum lagi dikenali dengan nama-nama tersebut). Barang-barang tenunan yang cantik-cantik; pakaian yang menarik; peralatan perang yang dibuat dengan kemahiran yang tertinggi dan pelbagai lagi barang-barang yang meskipun tak berjenama, dibuat atau dihasilkan dari pembuat yang termasyhur.

Dan antara yang didagangkan termasuklah juga tenunan dari Sidon, Sutera dari Cina, wangi-wangian dari Hindi, batu permata dari Serendib, tempaan dan peralatan logam timah dari Kallan. Kallan? Ya Kallan yang sekarang ini bernama Kelang, di Selangor. Begitulah mengikut kajian sejarah, Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam ada mempunyai sebilah pedang yang ditempa dengan adunan timah dari Kallan, dari Tanah Melayu. Barangan dari Eropah? Mungkin barangan seperti cuka, arak, minyak makan dan minyak masak yang baik dari Romawi. Belum ada kasut dari Itali. Tiada apa-apa dari negara-negara Eropah yang lain kerana benua Eropah pada ketika itu dalam kemunduran dan hidup dalam keadaan yang amat dhaif. Mereka hidup dalam bangsal-bangsal yang tidak mempunyai bilik air dan tandas.

Acara kemuncak Okaz adalah pertandingan nazam dan syair yang dikarang dengan bahasa yang amat kelasik dan tinggi, serta tersirat dan terselit padanya pelbagai maksud yang indah dan menawan. Rayuan-rayuan kasih dan ma’syuk dan gambaran keindahan alam; serta kata-kata nasihat dan pesanan yang mendalam. Bukan mengandungi setakat berpuluh bayt tetapi ada yang sehingga beribu bayt karangannya. Pemenang diberi anugerah sastera dan disanjung tinggi. Menjadi sebutan dan pujian di keseluruhan tanah Arab. Begitulah berhasratnya penyair-penyair dan penyajak-penyajak untuk menggondol hadiah dan angugerah tersebut. Tidak sabar menunggu pertandingan tahunan sastera di Okaz.

Kepintaran orang Arab bukan hanya dapat mengarang syair-syair dan sajak-sajak ini dengan indah tetapi mereka juga dapat menghafal syair-syair dan sajak-sajak lama yang terkenal dan masyhur dengan tepat dan tanpa cacat-cela. Tanpa tertinggal hatta sepatah huruf sekalipun! Begitulah kekuatan daya ingatan mereka. Meskipun mereka kesemuanya buta-huruf. Ilmu penulisan tidak berkembang kerana kebanyakan keperluan tidak bertulis dan direkodkan. Penulisan belum lagi menjadi satu kebolehan masyarakat yang meluas pada masa itu. Bermakna, kebiasaannya apa jua yang didengar walaupun hanya sekali sahaja, dapat dilekatkan pada ingatan mereka dengan baik untuk beberapa lama. Daya ingatan menjadi satu kemegahan semulajadi bangsa Arab ketika itu.

Arab pada ketika jahiliyyah bukanlah bangsa yang lekeh dan mundur. Mereka kaya dengan gaya hidup, seni dan budaya. Kecacatan mereka hanyalah akidah. Kaabah pada ketika itu dihiasi dengan pelbagai patung-patung dan berhala-hala yang menjadi sembahan mereka.

Selepas kedatangan Islam dan ilmu penulisan diperkenalkan, berkembanglah ilmu khat dengan bentuk penulisan yang cantik. Tulisan menjadi indah dan berseni dengan khat-khat kufi dan nasakh, yang artistik, misalnya. Dan maju setapak lagi kesusasteraan Arab selepas karya-karya mereka ditulis dan dibukukan. (Cara-cara menulis bukanlah daripada Islam tetapi Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam menggalakan perkembangan ilmu ini).

Apabila Al Quran diturunkan dalam gaya bahasa yang tinggi dan indah dan kali ini pula dengan gaya dan nahu yang lebih tinggi yang mereka tak pernah dengari, ada yang terpesona dengannya. Sehingga ada yang yang menganggap Al Quran itu dibawa oleh seorang tukang sihir kerana begitu mempesonakan. Dan maju bertapak-tapak lagi kesusteraan Arab dengan ilmu nahu yang baru diperkenalkan ini oleh bahasa Al Quran. Disinilah bermulanya perbezaan bahasa Arab dan bahasa Al Quran.

Disebabkan kebolehan orang Arab untuk mengingati apa yang mereka dengar, maka penghafalan Al Quran dan pengingatan kepada kata-kata Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam menjadi perkara yang amat senang bagi mereka. Justeru ramai yang dapat menyampaikan Al Quran dengan baik meskipun buta huruf. Dan meskipun setelah seratus tahun kewafatan Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam, masih ramai yang ingat akan kata-kata dan perbuatannya. Ini adalah kenyataan.

Islam membawa akidah yang murni kepada satu kaum yang sudah tinggi dalam ketamaddunan gaya hidup dan budaya pada ketika itu. Yang nyata adalah Arab di Makkah dan Okaz sebelum Islam berbeza dengan Arab di padang pasir. Seperti langit dan bumi. Meskipun mereka dari kawasan yang sama.

Beratus tahun kemudiannya, tanah Inggeris mencapai kemajuan. Mahkamah-mahkamah diperkenalkan dan hakim-hakim yang bersidang untuk memberi hukuman dipakaikan atau dihiaskan dengan pakaian yang baik-baik dan indah-indah. Dihiasi kepala mereka dengan cemara yang berikal mayang. Mereka nampak terhurmat dan segak. Senang berfikir kerana cemara memanaskan kepala mereka dalam kedinginan cuaca Inggeris. Tapi sayangnya cemara yang dipakai kebanyakannya dibuat daripada bulu babi. (Ini dinyatakan oleh Almarhum Hakim Tan Sri Hashim Yeop Sani apabila beliau bertindak membuang cemara dan menggantikannya dengan songkok dulu). Meskipun kini ada hakim di Malaysia yang tak bercemara sebegitu tapi ada juga yang terdapat kesan balutan kepala mereka dengan cemara babi. Masih kuat. Sehingga menganggu fikiran mereka.

Terkejut saya apabila terbaca pendapat seorang hakim yang arif yang menjatuhkan hukuman bahawa serban itu adalah pakaian paganistik yang diikut-ikuti dan ditiru oleh Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam, kerana Baginda dilahirkan dan dibesarkan dalam masyarakat pagan Arab. Ianya bukanlah identiti Islam, yang patut diikuti dan dianggap sebagai hukum Islam.

Pernah pada suatu ketika Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam berpesan kepada seorang sahabat beliau supaya tidak memakai lilit pinggang diluar jubah kerana itu adalah gaya pakaian Nasrani, dan pada seorang sahabat yang lain supaya tidak melabuhkan jubah sehingga melepasi buku lali seperti kaum Yahudi. Ada pula pesanan Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam supaya orang Islam tak bertopi seperti ulamak Yahudi.

Memang benar, kepada seorang lelaki, aurat adalah kawasan antara pusat dan lutut, tetapi kesopanan dalam pakaian adalah adab yang digalakkan oleh Islam. Justeru itu sekiranya kita ke mahkamah hanya dengan ber-Bermuda Short, kita akan dihalau dari mahkamah kerana dianggap tak sopan dan menghina. Meskipun kita dapat membuktikan bahwa kita seorang Islam dan pakaian itu sesuai dan memadai mengikut kehendak Islam. Kesopanan. Itulah yang menjadi isu. Begitu juga kesopanan Islam tentang janggut dan misai. Islam metertibkan cara-cara menjaga misai dengan rapi supaya hujung-hujungnya tak melepasai bibir dan mencecah kedalam air kopi atau teh, dan supaya janggut dan misai pula tak bersambung seperti orang Yahudi.

Adab pakaian Islam bukanlah semata-mata ikutan Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam daripada keadaan disekelilingnya tetapi dibentuk dan diperbaikki daripada apa yang menjadi amalan kebiasaan, kepada sesuatu yang lebih sempurna, kemas dan teratur. Kesimpulannya Islam yang dibawa Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam juga mempunyai gaya pakaian yang tersendiri. Jadi bagaimana pula serban yang dipakai dan janggut yang ada pada dagu Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam itu adalah stail ikutan kaum pagan Arab?

Apa jua hujjah untuk tidak membenarkan pemakaian serban di kalangan penuntut sekolah, buatlah dengan fikiran yang rasional. Janganlah dikaitkan sunnah Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam dengan stail paganistik. Apakah tindak tanduk Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam dalam kehidupannya semata-mata ikut-ikutan keadaan sekeliling?

Lupakah hakim yang ariff itu kepada seorang Tun yang dulunya menghina-hina janggut nabi dengan mengungkapkan bahawa dizaman Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam tidak ada Gillette. Baru saya ceritakan tentang Temasya Okaz, yang juga laksana sebuah hypermarket yang menjual peralatan dan barangan yang canggih manggih. Daripada pedang yang dapat membelah dada manusia dengan sekali cantas, kepada pedang yang dapat megerat pedang yang lain dengan sekali libas. Apalah sangat dengan pisau cukur yang digembar-gemburkan untuk mencukur misai dan janggut. Yang saya ingat dulu-dulu John Wayne pun dapat mencukur janggut dan misainya dengan rapi hanya dengan menggunakan Bowie Knife. Apa kini terjadi pada Tun itu? Sedang melalui penghinaan pada peringkat paling tertinggi! Cakapnya berbelit-belit dan dilaporkan pula lagi dengan penuh putar-belit. Maka janganlah belitkan hidup dengan masalah.

Tertanya pula saya, begitu besarkah kesalahan memakai serban sehingga menyebabkan pemecatan tiga pelajar dari sekolah? Banyak kes-kes yang lebih teruk (seperti memukul guru, mencuri atau penglibatan dalam geng samseng dan perjudian) yang hanya dihukumkan dengan penggantungan dari sekolah! Mengikut pendapat seorang teman saya, seorang peguam, pembuangan memang tak wajar.

Thursday, July 06, 2006

Iktibar

Mohd. Yassin bertandang lagi ke KL. Setiap musim panas di Teluk, begitulah keadaannya. Tok-tok Arab keluar bercuti ke negara-negara yang lebih dingin. Dan kali ini sebagaimana Tok-tok Arab yang lain, Yassin meskipun berbangsa Somali, ke KL. Kebetulan pula empat anak-anaknya belajar di sini.

Seronoknya berbual dengan Yassin kerana meskipun apa tujuan kedatangannya menemuiku, beliau akan mukadimmahkan perbualan atau perbincangan dengan hal-hal diniah. Apa saja yang dibincangkan akan dikaitkannya dengan agama.

“So Brother, I was expecting to see you as President of Somalia this time.” Aku mulakan.

“You know, akhi,” sambutnya, “it is the warlords taking control. Not through the election processes that I have been involved in. But through the use of guns. And now what have they? Ben Laden’s recorded message to them is placing the whole of Somalia in deep trouble. We are now branded as terrorists. Why? It is all because of one resource just discovered in Somalia. Oil and gas. So we know who is behind this entire fiasco.”

“Muslims must learn to be more democratic,” ujarku.

“Do you know, akhi, how many people died during the first and second world wars?” Tanyanya.

“At least 10 million in Russia,” jawabku, “not killed by the enemies but by the Russian armies themselves.”

“Thirty million, akhi, thirty million. After the wars the nations had a meeting and they decided to stop all future wars among themselves, that is, and to live in peace. So what was decided were:

  1. They agreed that all nations must have a leader that can deliver his work honestly, efficiently and effectively. To achieve this, they decide to hold regular elections. To implement a democractic process. To check and counter balance the power, they decided to have parliaments, senates and houses of legislations. They make education compulsory. They drew out social programmes for the people.

  2. Then they agreed that the leader must have the ability to deliver justice. Processes of justice were established.

  3. Then they decide to achieve growth among them. Thus the implementation of the Marshall Plan in Europe.

  4. Then they created greater co-operation among the nations such as the EU and other economic blocs.

They went through this process, brother, and they achieved peace. And those who initially were not in the loop such as the communist bloc, were left out. The war that is happening today is not among them but outside their nations. In countries with rich resources because they need new sources of cheap resources. It happened to certain South American nations, to Iraq and Sudan for example. And now Somalia. This will continue.”

“So, brother, what about us?” Aku cuba mencari jawapan.

“Brother, we are deaf and dumb and blind. Allah SWT has given us the best example. He sent the best leader in the Prophet Muhammad sollahu ‘alaihi wassalam. He came in with an example of leadership, and he brought justice. Then peace prevailed among the tribes. The Arab nations became united. Then he brought in education. The Quran itself is a source of all worldly knowledge. Economic progresses were achieved during his time. Rules for transactions and markets were set by the Prophet, in line with the dictates of the Quran. He brought in legal reforms, or imposed laws among the nations. The trade routes flourished from that time because of the accepted code of conduct. You know better than me that the international promissory notes were started by the Arab traders. And many many more examples that we have learnt from history.”

“So, what about us?" Aku bertanya lagi.

“As I said akhi, we are deaf, dumb and blind. We are not just rejecting the ways of Islam but are also not taking good the ways of the West.”

Perbualan kami di kedai Kampong Pandan Curry House ketika itu diganggu oleh seorang budak Bugis yang nak menjual burung cenderawasih kepada kami. Ceritanya tentang cenderawasih melupakan kami kepada masalah politik dunia.

Wednesday, June 28, 2006

Dakwah di Masjid Fateh

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain, kalau anda menuju ke Manama (ibu Kota Bahrain), di persimpangan mana sekalipun, sama ada menuju ke Shari' (jalanraya) al Malik Faisal ke Budaiya, atau ke Gudaibiya atau pun ke Juffair, anda akan bertemu dengan papan-tanda papan-tanda yang menunjukkan arah yang berlainan ke Saudi Arabia. Tak kiralah, kalau terdahulunya papan arah ini menunjukkan ke kanan, selepasnya ke kiri, kini pula ke depan dan kemudiannya ke belakang. Semuanya halatuju ke destinasi yang sama. Saudi Arabia.

Kalau ditanya kepada Hussain, pemandu teksi (kebanyakan pemandu bermazhab Syi’ah dan nama-nama mereka kalau tidak 'Ali, mungkin Hassan atau Hussain atau Ja'afar. Dan mereka amat selesa berbicara denganku apabila diberitahu bahawa bapaku juga bernama 'Ali, nama kecintaan mereka dan aku juga bersilsilahkan al Hussaini.), kenapa sebegitu pelbagai? Mereka akan menjawab, “The Saudis coming here are always drunk. No matter where they drive, they will reach Saudi Arabia! Because Bahrain is small and the island is round.”

Di sebelah barat daya Bahrain, terdapat jembatan King Fahad, sepanjang 25 km. yang menyambungkan pulau ini ke Al Khubar dan ke Dhahran, daerah-daerah di sebelah Timur Saudi Arabia. Kawasan yang ramai dengan pengikut mazhab Syi’ah. Dan pada hari-hari Khamis mereka akan berduyun-duyun ke Bahrain untuk berihat dan bermaksiat. Bahrain adalah kawasan bebas cukai dan juga bebas maksiat. Mungkin bukan maksiat kepada mereka. Mungkin. Jambatan inilah yang menjadi penghubung nyawa kepada kaum Syi’ah Saudi. Kalau di Al Khubar atau Dhahran mereka tak bebas sepenuhnya untuk hidup dengan pegangan mereka, maka di sini mereka teramat bebas. Mudah dan bebas dengan khamar dan mut’ah.

Di Manama, masjid terbesarnya adalah Masjid Fateh. Tersergam indah di Juffair. Putih bersinar dalam keterikan cahaya matahari Manama. Pintu utamanya setinggi lebih dua puluh kaki dan ruang solatnya dapat memuatkan 7,000 jemaah. Menjadi kemegahan kepada akiteknya dan juga kerajaan yang membinanya.

Akan tetapi pengalamanku bersama-sama Ordinary Superhero dan TH (bosnya) pada suatu subuh yang syahdu, di musim panas beberapa tahun yang lalu, sungguh menyedihkan. Kami bertiga yang menginap di Gulf Hotel, yang letaknya lebih kurang 600 m dari Masjid Fateh, telah pergi ke masjid di awal pagi, untuk menjadikan solat fajar pada hari itu sebagai saksi kami pada pagi pertama kami di Bahrain. Setibanya di masjid, segala pintu-pintu berkunci rapat. Dalam melilau-lilau mencari jalan masuk maka akhirnya datanglah seorang tua untuk membuka pintu dan menyalakan lampu-lampu masjid.

Setelah menunggu selama setengah jam, si tua tadi pun melaungkan azan. Sangkaan kami pasti ahli-ahli kariah akan datang berduyun-duyun untuk berjemaah. Tetapi harapan kami meleset. Sungguh meleset. Setengah jam kemudiannya, hanya kami berlima termasuk imam yang menjadi jemaah solat fajar di Masjid Fateh. Bayangkan, pada hari-hari lainnya pasti sekali jemaah solat fajar hanyalah imam dan bilal. Sahaja. Berdua.

Beberapa tahun kemudian, aku ke Bahrain lagi untuk menghadhiri seminar. Kali ini hanya bersama TH (tanpa Ordinary Superhero). Selepas sessi pembentangan kertas kerjaku, moderator untuk sessi itu berlari anak menujuku dan menyerahkan kartu namanya. Dan dengan tercunggap-tercunggap menjemput aku dan TH untuk membuat lawatan ke pejabatnya.

Rupa-rupanya dalam keadaan Islam dipinggirkan di Bahrain, terdapat satu badan dakwah, Call to Islam, yang begitu gigih menyampaikan risalah kepada pekerja-pekerja asing. Sewaktu kami tiba di pejabat dakwah tersebut, terdapat kelas-kelas untuk muallaf-muallaf yang terdiri dari wanita Filipina dan Sri Lanka. Akan tetapi dakwah mereka yang paling berkesan adalah di Masjid Fateh.

Di masjid Fateh, ahli-ahli badan ini bertugas sebagai tourist guide. Disebabkan kerajaan Bahrain mengawal kerja-kerja dakwah, maka badan ini telah berjanji kepada kerajaan bahawa yang mereka akan sampaikan kepada pelawat masjid hanyalah tentang bangunan turistik tersebut. Tak akan ada langsung maklumat-maklumat provokasi tentang agama-agama lain. Dan kami pun dibawa ke Masjid Fateh untuk didemonstratkan cara mereka berdakwah. Seorang petugas telah disediakan untuk kami dan kami disuruh bertanya apa-apa saja kepadanya.

This is a mosque, a house for the Muslim worshippers. The foundation stone was laid on December 15, 1983 and the mosque was officially opened on June 2, 1988. The total area covering by the mosque comprises of 150,000 square metres. The centre is named after Shaikh Ahmed Al Fateh who conquered Bahrain in 1783. Beautiful Quranic verses are inscribed across the underside of the dome, and decorate the mihrab and the walls of the edifice.

The large dome is 16 metres high and 22 metres wide and its inside is illuminated by twelve ornate stained glass windows. Two 70 metre imposing minarets frame the dome.”
Begitulah mukkadimahmya. Dan kami pun dibawa masuk keruang solat tengah.

The front part of the hall is the mihrab, where the imam stands and leads the prayer. Each prayer time is indicated by the azan,” dan beliau pun berdiri dihadapan dan melaungkan azan, dengan suara yang sugguh merdu. Perbuatan ini telah menarik perhatian beberapa pengunjung-pengunjung yang lain dan mereka pun datang menyertai kami. Petugas tadi sambung lagi, “Muslims pray five times daily. The one who leads the prayer is called an imam. He can be anybody at all. In Islam any man can lead the prayers.

Tiba-tiba bertanya seorang pengunjung, “Aren’t there any bishops or priests in Islam?” Seorang lagi pula mencelah, “Why do you pray towards Makkah?” Belum sempat petugas menjawab, tanya lagi yang lain, "Why don't ladies pray side by side with men?" Pelawat berebut-rebut untuk menyoal. Dan segala soalan-soalan yang diutarakan dijawabnya dengan cara yang sopan dan amat menarik. Begitulah selalunya keadaan yang dialamai oleh petugas. Pelawat-pelawat seolah-olah kanak-kanak sekolah ke Muzium, berebut-berebut untuk bertanya soalan. Kunjungan pelawat-pelawat selalunya memakan masa lebih 2 jam, kerana keseronokan mereka dengan maklumat yang diberikan. Berbeza dengan pelawat ke Masjid Negara KL yang datang hanya untuk bergambar dan pulang. Kunjungan yang tak melebihi 15 minit.

Begitulah mereka menanamkan minat tentang Islam. Secara indirect. Dengan secara begini, ia itu secara memperkenalkan cara-cara masjid digunakan, telah menarik minat ramai isteri tentera-tentera USA yang bertugas di Bahrain untuk mempelajari tentang Islam. Ramai juga yang telah menerima syahadah.

Begitulah Masjid Fateh dimanfaatkan masakini. Dan itulah caranya berdakwah dengan hikmah. Tak ada petugas-petugas yang memberi maklumat secara bertempik-tempik dan meraung-raung, sehingga bergegar seluruh kampung.

Dan Lope, surau kampung pun tak juga-juga bertambah jemaahnya!

Sunday, June 18, 2006

Hari Bapa. Hari Ayah. Hari Pak. Hari Bak.

Hari ini rupa-rupanya Hari Bapa. Aku telah diperingatkan tentang Hari Bapa dari blog-blog yang aku ziarahi, dua tiga hari lepas. Tetapi kerana kebiasaan tak menyambut hari-hari khas sebegini, maka tak ku nukilkan di ingatan bila sebenarnya jatuh Hari Bapa. Hari yang telah ditetapkan tanpa usah berukyah. Hanya berhisab. Tanpa keperluan untuk diistiharkan oleh Pemegang Mohor Majlis Raja-raja. Malahan hari Maulud juga tak ku ingat bila akan bertepatan dengan tarikh Gregorian. Yang aku pasti 12 Rabi’ul Awwal tu tarikh kelahiran Rasululluahi sollallahu ’alaihi wassalam, dan yang aku pelajari dari syarahan Maulud Dato’ Asri Haji Muda dulu, maulud disambut pada bulan-bulan Hijriah yang berakhir dengan awwal dan akhir. Itulah kebiasaan masyarakat pondok di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Patani.

Pagi ini aku dikejutkan oleh anakku Mizdan, dengan ucapan ”Selamat Hari Bapa, Ayah”

”Bila?’ tanyaku.

”Hari ini!” jawabnya.

Seminggu lepas, aku telah keliru dengan hari. Sangkaku pada suatu hari yang lepas adalah hari Khamis dan aku hanya bersantai dirumah meskipun telah diberitau isteri bahwa itu adalah Jumaat. ”Tak,” kataku, "besok Jumaat." Beliau hanya diam kerana sangkanya mungkin beliau yang tersilap. Beberapa minit kemudian, aku menerima panggilan dari pejabat memperingatkan bahawa ada temujanji pada pukul 10 hari itu. ”Besok,” jawabku, ”pada hari Jumaat, bukan hari ini!”. Dan jawapan yang ku terima, membuatku tersentak, bahawa sebenarnya aku tersilap hari.

Hari Jumaat. Ritual ku pada pagi-pagi lagi, menziarahi pusara Ayah, dan pada hari itu ternyata aku sudah amat terlambat. Cepat-cepat aku mempersiapkan diri dan terus ke perkuburan dalam perjalanan ke pejabat. Tetapi hari itu, aku di lupakan oleh Allah SWT tentang banyak perkara-perkara. Sesampai di kubur Ayah, selepas memberi salam, aku menjadi tergamam. Aku terlupa bacaan Selawat Syajarah yang sudah menjadi amalan kebiasaan. Berkali-kali aku cuba memperingatkannya, tetapi selawat tersebut terlepas daripada ingatan. Ku cuba lagi selawat-selawat lain yang selalu menjadi bacaan hadiah untuk arwah-arwah. Juga terlupa. Dan dengan linangan air mata, aku merenung ke kubur ayahku dan menyedari bahawa hari-hariku dan usiaku juga sudah jauh berlalu. Jauh tertinggal dan terbiar sehingga pada hari ini Allah SWT telah mengambil ingatanku hanya buat seketika, dan aku menjadi begitu kelam-kabut.

Meskipun ayahku sudah hampir lima tahun ke alam Barzakh, tetapi ingatanku kepadanya masih kuat sekali. Amat kuat. Aku malu kepadanya kerana tidak menjadi seorang bapa sepertinya. Ayahku tak tinggi pelajarannya. Hanya peringkat Thanawi, dan mempelajari Inggeris hanya di kelas-kelas malam. Tetapi arwah Ayah mempunyai pengetahuan ilmu yang luas. Baik ilmu dunia atau ilmu ukhrawi. Daripada beliaulah kami adik-beradik menimba ilmu-ilmu terutamanya tentang ilmu agama.

Kali terakhir aku bersamanya adalah dua hari sebelum beliau pulang kerahmatullah. Pada satu pagi Jumaat sewaktu dalam perjalanan ke pejabat aku memarahi diriku sendiri kerana tak menjadikan tabiat membaca al Quran atau wirid-wirid sewaktu dalam perjalanan ke pejabat atau kemana-mana. Sebagaimana kebiasaan Ayah. Dan pada tengah-hari tersebut sebaik melangkah keluar dari masjid, aku menerima panggilan daripada anak saudaraku Nadiah, untuk memberitahu bahawa Tok Wan-nya rebah di masjid, sewaktu bersolat Jumaat. Aku menerima berita itu dengan tenang, dan memang terlintas pada hatiku bahwa beliau telah meninggal, meskipun kesihatannya seperti biasa. Aku menalipon abangku di London untuk menyampaikan berita dan menalipon lagi kepada adikku (bapa kepada Anak Saudara MIA), dan kepada anak sulungku Adem supaya membuat persiapan sekiranya betul Ayah telah meninggal. Dan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah barulah terlerai air mata kerana kehibaan kehilangan ayah. Bukan hanya kehilangan seorang bapa tetapi kerana kehilangan tempat kami menimba ilmu.

Seminggu dua ini memang ingatanku kepadanya kuat kembali kerana hanya dua minggu lalu tiga orang rakan masjidnya datang menziarahiku dan seorang daripada mereka, yang tak pernah aku ketemui, menanggis apabila melihatku. ”Ini anak Pak Wan ke?” tanyanya, ”He was my colleague many years ago. I remember when I was in Kota Baru, he used to call me from Kuala Terengganu, and his first question was always, ’Dah sembahayang ke?' In fact, in 1961, I advised him to accept his promotion and be transferred to KL.” Tak habis-habis beliau menceritakan pengalamannya bersama Ayah, dan apa-apa yang dipelajarinya daripada arwah Ayahku.

Setahun selepas kematian Ayah, sewaktu aku di Masjid Nabawi, terlintas pada ingatanku akan kebiasaan pesanan Ayah untuk disampaikan salamnya kepada Rasulullahi sallahu ‘alaihi wassalam. Dan apabila aku membuka buku Do’a Ziarah, terjatuh sekeping kertas yang tertulis rapi dengan tulisan Ayah, “Assalamu 'alaika ya Rasulullah. Assalamu ‘alaika ayyuhan nabi, warahmatullahi wabarakatuh.” Seakan-akan Ayah ketahui tentang ziarahku ke makam Rasul.

Dan hari ini pula adalah Hari Bapa. Aku tak dapat memberi ucapan yang sama kepadamu Ayah, sebagaimana ucapan yang aku telah terima daripada anakku yang juga cucumu. Tetapi hanya do’a yang dapat ku mohonkan kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi kepada mu, wahai Ayah, kasihan belas sebagaimana belas kasihannya kamu, wahai Ayah, kepada kami, sewaktu kami kecil-kecil dulu. Semoga kuburmu menjadi sebahagian daripada kebun-kebun di syurga, wahai Ayah. Semoga aku menerima syafa’at Rasulullahi sollallahu ’alaihi wassalam wahai Ayah, supaya aku dapat bertemu lagi denganmu dan dengan Che (ibu), di alam akhirat nanti.


Wa inna inshaa Allahu bikum la hiquun.

Thursday, June 15, 2006

Tahukah Anda tentang Negara Champa?

Di sebabkan kesibukkan tugas, pada ketika ini, saya muatkan disini untuk pandangan para sahabat bloggers, satu bahagian dari penyelidikkan yang sedang saya persiapkan tentang Negara Champa. Sebuah negara yang kerapkali dikelirukan dengan Negara Kemboja. Champa mempunyai pertalian yang erat dengan sejarah orang-orang Melayu dan perkembangan Islam di Nusantara.

Malah, Wali Songo yang dimasyhurkan di tanah Indonesia, adalah para mubaligh dari Champa, yang ada perkaitan kekeluargaan dengan Raja-raja Patani dan dengan ulamak-ulamak Patani yang masyhur seperti Sheikh Daud al Patani.

Demikian seterusnya:


Kerajaan Baru Champa di Panduranga.
Adakah ini kerajaan Islam Champa?

Akhirnya pada 1471, Kerajaan Ðai Viět di zaman Dinasti Le, sewaktu pemerintahan Le Thanh Ton (1460 – 1479), berjaya merampas Vijaya, ibu negeri Champa ketika itu. Le Thanh Ton telah mengambil sebagai tahanan seramai 30,000 orang Cham dan membunuh sekitar 60,000 orang tahanan-tahanan perang termasuklah Raja Champa dan ahli-ahli keluarganya.

Dengan kejatuhan Vijaya pada 1471 maka keluasan Negara Champa semakin mengecut dan ibu negara Champa berpindah untuk kesekian kalinya. Kali ini jauh ke selatan ke Panduranga. Mengikut sejarah, semenjak perlantikan Po Tri Tri sebagai raja untuk keseluruh Champa dan dengan perpindahan beliau ke Panduranga untuk menubuhkan kerajaan yang baru, maka bermulalah perkembangan Islam secara besar-besaran di Champa. Bahasa Sanskrit yang selama ini menjadi bahasa rasmi Champa juga tidak digunakan lagi.

Semenjak era inilah Champa bertukar corak. Tidak pasti sama ada Champa terus menerus diperintah oleh raja Islam sehingga kejatuhannya ke Vietnam, akan tetapi berdasarkan kepada keunikan sistem pentadbiran yang di amalkan di Champa di mana terdapat pelbagai kerajaan dalam satu wilayah pada masa yang sama, maka berkemungkinan bahawa ada raja-raja Islam yang memerintah Champa pada zaman tiga abad selepas kejatuhan Vijaya.

Keunikan sistem pemerintahan Champa adalah kerana Champa terdiri daripada perseketuan pelbagai kaum yang dikenali majmuknya sebagai 'Urang Champa'. Selain daripada kaum Cham sendiri, penduduknya juga terdiri daripada pelbagai kaum etnik daripada rumpun lain yang juga daripada rumpun bahasa Austronesia iaitu puak bukit (hill tribes) yang terdiri daripada kaum-kaum Chru, Edê, Hroy, Jörai, Rhade (Koho), dan Raglai dan termasuk juga mereka daripada rumpun bahasa Austroasiatic seperti kaum Dera atau montanagards[1]yang terdiri daripada kaum-kaum Ma, Sré dan Stieng.

Meskipun terdapat raja, yang memerintah Champa secara keseluruhannya, terdapat juga raja-raja kecil misalnya Raja Bao Dai, yang menjadi raja untuk kaum etnik yang tertentu. Ini mempunyai persamaan dengan kaum Batak dan Mandiling di Indonesia, misalnya, yang mempunyai raja-raja mereka sendiri, tetapi semata-mata sebagai raja adat. Dalam mengkaji sejarah Champa mungkin pengkaji sejarah tidak memahami kedudukan raja pada kaum masing-masing dan hal ini telah menimbulkan kekeliruan di sebabkan dalam satu zaman yang sama akan terdapat rujukan kepada dua atau tiga raja yang berlainan nama. Dalam tradisi pemerintahan Champa, hanya raja yang mempunyai kekuatan tentera dan kekuasaan politik negara diiktiraf sebagai ‘Raja kepada Raja-raja ('Rajatiraja') Champa’ (“King of Kings of Champa”). Berdasarkan kepada manuskrip-manuskrip yang terdapat berkemungkinan besar selepas kejatuhan Vijaya, kuasa ini pernah untuk beberapa ketika dipegang oleh raja yang beragama Islam.

Mengikut rekod sejarah Negeri Johor, pada 1594 kerajaan Champa telah menghantar bala tenteranya untuk membantu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Sultan Johor (memerintah: 1571 – 1597) dalam peperangannya dengan Portugis[2]. Daripada rekod-rekod Belanda pula terdapat catatan bahawa perhubungan baik antara Kerajaan Melayu Johor dan Champa wujud pada 1607, iaitu sewaktu Champa di bawah pemerintahan Po Nit dan Johor pula di bawah Sultan Alauddin Riayat Shah II (memerintah: 1597 – 1614).

Ini tak mungkin berlaku sekiranya tidak ada persamaan atau ikatan yang kuat antara kedua negara tersebut. Apakah asas setiakawan antara mereka? Adakah kerana mereka menganuti agama yang sama atau disebabkan oleh persamaan rumpun bangsa?

Daripada rekod-rekod yang terdapat di Belanda pula, terdapat maklumat yang meperkukuhkan pendapat bahawa pada tiga abad tersebut, Raja Champa adalah terdiri daripada raja yang beragama Islam dan Bahasa Melayu pula digunakan dengan meluas di Champa. Terdapat sepucuk surat yang dikirimkan oleh Raja Champa pada 1680 kepada Penguasa Syarikat Dutch East Indies (“VOC”) di Betawi[3], dalam bahasa Melayu. Raja Champa sewaktu itu, Po Saut, di dalam surat tersebut telah menggelarkan dirinya sebagai “Paduka Seri Sultan”. Dengan gelaran ini, sebagaimana yang diterangkan, besar kemungkinan bahawa kedudukannya adalah sebagai Rajatiraja atau ‘Raja kepada Raja-raja di Champa’! Pada zaman itu pengaruh Bahasa Melayu di negara-negara pesisiran pantai di Asia Tenggara sungguh meluas sehinggakan Raja Kemboja juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa diplomatik dalam perhubungan surat menyuratnya dengan pihak-pihak Portugis dan Belanda[4].


Nota Kaki:


[1]. Rumpun kaum yang sama dengan kaum Kadazan di Sabah dan Alisan di Taiwan.
[2]. Lafont, P. B., "Aperçu sur les relations entre le Campa et l'Asie du Sud-Est," Actes du Séminaire sur le Campa organisé à l'Université de Copenhague, le 23 mai 1978 (Paris: 1988b) pp. 71-82. Lihat William Collins: ibid. m.s. 18.
[3]. Batavia sebelumnya dipanggil Jayakerta. Sekarang ini letaknya di Jakarta.
[4]. Manguin, Pierre Yves, "Etudes cam II; l'introduction de l'Islam au Campa," Bulletin de l'Ecole Française d'Extrême-Orient, Vol. LXVI (1979) pp. 255-287. Lihat William Collins: ibid. m.s. 18.

Sunday, June 04, 2006

Petanda-petanda

I.

Petanda negara yang menuju kemerosotan ekonomi adalah berkembangnya warong-warong dan perniagaan di kaki-lima. Disamping pengangguran yang meningkat. Dan meningkatnya penipuan dan kecurian.

Di Malaysia terutamanya di KL, warong-warong tumbuh biak seperti cendawan yang muncul, selepas hujan lebat, di kebun getah. Pengangguran semakin meningkat. Setiap tahun tak kurang dari 5,000 graduan yang tak dapat pekerjaan. Penipuan? Bacalah akhbar-akhbar.. kalu tak menipu bank atau syarikat sendiri; pesakit ditipu bomoh atau Datin ditipu selebriti. Kecurian? Juga bacalah akhbar-akhbar. Ganasnya pencuri masakini sehingga bas dari bengkel pun dihijack. Persis adengan filem Holywood. Itulah hakikatnya. Gaya hidup KL sudah bertukar.

Biaknya Ah Long pula, kerana susahnya untuk berurusniaga dengan bank-bank. Cubalah ke mana-mana bank untuk meminta pembiayaan sama ada secara Islam atau kafir, anda akan pulang dengan kecewa sekecewanya. Tinggalah kereta anda dimana-mana di kota raya; tak sampai setengah jam akan terselit di celah wiper-blades, pelbagai kad-kad khidmat dari syarikat-syarikat Ah Long yang menjanjikan perkhidmatan yang pantas dan senang. Bukan untuk jumlah yang kecil-kecilan tapi juga besar-besaran.

Itulah petandanya ekonomi negara semakin sempit. Akibatnya, tekanan jiwa dan mental semakin dialami oleh penduduk kotaraya KL. (Pasti lebih pening dari yang dialami Cik Rampai minggu lalu). Penduduk di Kampung Indah hidup dalam ketakutan kerana khuatirkan kampung akan diratakan angkara kerakusan ahli-ahli politik kampungan, dan penduduk di kawasan yang lebih elit pula dalam kebimbangan rumah akan ghaib ditimpa tanah runtuh akibat hujan yang berterusan. Kecualilah penduduk di Tremelbye Estate.

Itulah yang dinamakan perkembangan Kerbside Economy. Ekonomi kaki-lima. Dan rakyat pun mula 'berminda kaki-lima'.

II.

Kelmarin buat kesekian kalinya Kerajaan Kelantan diberi amaran supaya tak meneruskan usaha untuk mengeluarkan Dinar Emas. Bukannya satu usaha yang baru. Bahkan merupakan satu daripada inisiatif untuk melepaskan diri dari dibelenggu oleh matawang US Dollar. Satu projek yang dibibitkan oleh Tun M sewaktu beliau menjadi PM.

Kelantan telah tidak menggunakan kebijaksanaan untuk melaksanakan Dinar. Dan Menteri yang menjawab tidak menggunakan kepandaian untuk menangani hal ini. Sepatutnya pelaksanaannya yang dicadangkan oleh Kelantan janganlah bertembong dengan undang-undang negara kerana Malaysia terikat kepada peraturan IMF, yang terikat pula kepada Bretton Woods Convention 1944. Di bawah Convention ini, matawang tak lagi bersandarkan emas. Malahan di bawah peraturan IMF negara-negara ahli diharamkan dari mengeluarkan matawang yang bersandarkan kepada emas. Sandaran utama mestilah kepada Dollar USA.

Untuk lari dari keadaan ini banyak insiatif yang dijalankan dibawah konsep Community Currency , iaitu matawang khas yang digunakan untuk komuniti yang mempunyai keahlian khas. Komuniti seperti ini banyak berkembang di alam siber dan ada juga kelab-kelab di Eropah yang mula menggalakkan ahli-ahli untuk berurusan dengan emas. Sepatutnya begitulah yang perlu diperkenalkan di Kelantan. Kelantan memang sesuai untuk mengeksperimenkan kaedah ini kerana banyak perantaraan pertukaran yang berlandaskan barang-kemas emas, melalui sistem Ar Rahnu, yang begitu populer.

Menteri yang memantau keadaan sepatutnya mengkaji keperluan ini dari segi sumbangannya kepada kekayaan orang ramai dan keupayaan Dinar Emas untuk membendung inflasi (masakini pada kadar 4.8%)

Saya pernah aktif dalam pletform untuk melaksanakan Dinar dan Dirham bersama-sama Umar Vadillo, yang mempelopori pelaksanaan Dinar dalam masyarkat Islam. Tetapi buat seketika kami mengundurkan diri kerana ada beberapa eksperimen yang sedang kami jalankan supaya pelaksanaan ini licin dan teratur. Permulaannya insha Allah adalah untuk memperkenalkan sistem matawang haji dalam bentuk Dinar dan Dirham.

Bayangkan sekeping Dinar yang saya beli 5 tahun dulu pada nilai RM185 sekeping, sekarang nilainya hampir RM350. Begitulah keupayaan Dinar untuk mengatasi inflasi. 1500 tahun dulu di tanah Hijaz, se ekor ayam berharga 1 Dirham, dan kini di Makkah begitulah juga nisbah harganya.

Banyak terdapat keupayaan sistem Dinar dan Dirham untuk mengatasi masalah kemunduran ekonomi, inflasi, pentadbiran kekayaan dan lain-lain. Dan terpentingnya untuk mengatasi masalah terbesar umat Islam iaitu riba. Menurut hadith Rasulullahi sallahi 'alihi wassalam, "Sekecil-kecil dosa orang yang mengamalkan riba adalah seperti ianya berzina dengan ibunya sendiri."



Nota:
1 Dinar mempunyai kandungan 4.25 grammes emas 22k.
1 Dirham pula mempunyai timbangan perak (100%) seberat 3 grammes.

Banyak terdapat penjual dinar dan dirham di KL, tetapi hubaya bahaya.

Wednesday, May 31, 2006

Kejutan sewaktu Lamunan

I.

Mohon maaf kerana tidak mengupdate blog buat seketika.

II.

Sehari selepas gempa di Yogjakarta, aku terjaga kerana kejutan bunyi mesej yang diterima pada phone-bimbit. Pada 2.30 pagi. Daripada seorang teman di Malang, Jawa Timur.

Ya Allah, Bagaimana jika gempa terjadi pada malam begini... saat manusia masih menikmati dengannya malam dengan tidur yang nyenyak; dengan mimpi-mimpi yang indah, diiringi keletihan tubuh badan kerana seharian menumpuk harta. Rumah-rumah mereka terkunci kerana takut harta hilang .. akan tetapi tak sekali-kali bisa selamat dari gegaran yang Kau hantarkan. Bukan sahaja mungkin musnah kerana kehancuran akibah gegaran; tidak juga dari bajingan yang berkeliaran mencari kesempatan.

Saudara-saudaraku, teman-temanku, pemimpin-pemimpinku.. mari sempatkan waktu sedikit di malam hari untuk memohon perlindungan dari Ilahi
.

Begitulah gegak gempita yang tak tersentuh di hati kita kerana alasan-alasan bahawa kita berjauhan dari gunung berapi dan keretakan pelantar. Begitulah tertambatnya kita pada setiap kejadian yang berungsurkan kepada nature atau kejadian alam dan bukan lagi kehendak Ilahi.

Teringat aku akan pesanan Sayyidina Ali karramallahu wajhah, supaya mengamalkan Ayat 7. "Sekiranya aku membacanya, tak aku takut kepada keadaan, meskipun bumi akan terbelah dan gunung-ganang akan tebalik". Demikian pesanannya.

n.b.: Ayat 7 terdapat dalam Majmuk Sharif.

III.

Mercy Malaysia sedang menerima derma untuk mangsa-mangsa.


IV.

Untuk pengetahuan para bloggers, Ayat 7 adalah seperti berikut:


Tuesday, May 16, 2006

Kami Juga Mempercayai Ibrahim a.s.

I.

Sebulan dulu aku menerima e-mel dari Tel Aviv, daripada orang yang tak ku kenali.

Dear Sir, My name is Sharoon,” terkejut aku kerana sangkakan aku dihubungi Ariel Sharon yang sedang tenat. “I got your address from the mails you sent Ben. Ben, he died two days ago, alone in his apartment. We only realized it today when we went to check why he did not come to see us for two days. Your mails to him, he printed all for distribution to friends. Stacks of copies in his room. He was good man and we feel sad to lose him.”

Demikian bunyinya.

Aku tak pernah berjumpa dengan Ben. Benjamin Meyer. Tapi interaksiku dengannya bermula apabila seorang pekerjanya, Chris kawan lamaku yang berasal dari Ipoh, memerlukan wang untuk mendapat rawatan pakar di UK, memohon hutang daripadanya dan menjanjikan bahawa hutang itu akan dilunaskan olehku. Bila terdengar namaku, Ben bertanya, ”A Muslim? You believe that he will pay you? They are no good.” Itulah pandangan Ben terhadap orang Muslim, dan ketika itu pula baru beberapa hari berlakunya pengeboman di kota London.

Dan mulalah Chris menceritakan tentang kaum Muslimin di Malaysia dan bagaimana masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama, hidup secara harmonis di sini. Tetapi setiap fakta yang dinyatakan dihujjah balas oleh Ben bahawa kesimpulannya orang Islam itu jahat. Setelah beberapa lama berdialog antara mereka, beliau menyuruh Chris bertanyakan dariku tentang jihad dan undang-undang jihad.

Maka aku membalas e-mel Chris dengan menghuraikan satu persatu tentang erti sebenarnya jihad dan hukum-hakam jihad. Bagaimana Islam melarang pembunuhan keatas warga tua dan kanak-kanak; tentang pengharaman membunuh mereka yang berselindung dalam rumah ibadat; tentang pengharaman membunuh ternakan dan pemusnahan kebun dan ladang; tentang cara melayani tahanan dan lain-lain. Dan juga tentang larangan keras untuk menggunakan api untuk membunuh. Hatta semut sekalipun.

Begitulah bermulanya hubunganku dengan Ben melalui Chris. Seorang penganut Katholik.

E-mel berikutnya pula, aku jelaskan tentang halalnya penyembelihan Yahudi kepada orang Islam dan tentang makanan kosher. Dan juga tentang khatan atau bersunat. Persamaan amalan dengan orang Yahudi. Persamaan-persamaan ini sungguh mengejutkan Ben.

Dan aku sambung lagi tentang cara ibadat orang Yahudi yang menyerupai pergerakan solat orang Islam. Qiyamnya, rukuknya dan sujudnya.

Reaksi Ben adalah, ”The elders never informed us of the similarities between Islam and Judaism.” Terbongkarlah kepadaku bahawa mereka disengajakan jahil tentang Islam.

Hubungan kami menjadi lebih rancak. Aku teruskan kepadanya penerangan tentang bagaimana kaum Yahudi maju dibawah kerajaan Islam Sepanyol; tentang perlindungan yang diberikan di Moroko, kepada kaum Yahudi sewaktu mereka dihalau keluar dari Sepanyol dalam peristiwa kejam Spanish Inquisition, dan bagaimana Soros membantu kaum Muslim Bosnia sewaktu berlakunya peperangan antara Serbia dan Bosnia dulu. Apabila ditanya kenapa beliau membantu orang-orang Islam, jawab Soros, ”For their protection to the Jews during the World War!”

Inilah yang membuka hati Ben untuk lebih mengenali kaum Muslim dan Islam. Akhirnya beliau bertindak untuk pulang ke Tel Aviv dan memulakan satu gerakan untuk mewujudkan keharmonian antara Kaum Yahudi dan kumpulan Islam. Dan yang paling menggembirakan adalah Ben telah menghalalkan hutang Chris kepadanya.

Sewaktu kemenangan HAMAS di Palestine, Ben bertanya lagi tentang cara-cara pendekatan yang patut diambil. Dan aku menasihatkan supaya mereka menguhulur tangan kepada HAMAS dengan mengistiharkan bahawa “We are also believers of the Prophet Abraham.” Malahan, mengikut Chris yang juga ke Tel Aviv sewaktu itu, itulah slogan yang mereka paparkan di sepanduk-sepanduk sewaktu berdemonstrasi membantah sikap Kerajaan Israil, terhadap penduduk Palestine.

Malangnya Benjamin Meyer pergi sebelum dapat kami bertemu. Mengikut Sharoon dalam mel seterusnya, usaha-usaha Ben masih diteruskan dan mereka sudah mulai diterima oleh penduduk Islam di Israil dan juga di Palestine.


II.

Begitulah senangnya Cik Rampai, untuk berdakwah. Cuba sampaikan kepada kawan-kawan (juga yang Islam), maklumat yang asas dan yang ringan-ringan tentang Islam. Yang seterusnya adalah urusan Allah SWT.

Pada hari Vesak Jumaat lalu, saya bertanyakan kepada Chong, seorang teman berbangsa Cina yang menjadi penganut fahaman Buddhisma, tentang siapakah Maitreya. Kerana tiada jawapan darinya maka saya terangkan tentang apa yang dikhabarkan tentang Nabi Muhammad sollalahu 'alaihi wassalam dalam kitab, Chakkavatti Sinhnad Suttanta.

Chris pula kini ghairah mencari perbandingan tentang cerita-cerita dalam Kitab Injil dan al Quran. Minggu lalu beliau menalipon untuk memberitahu, "I didn't know that the Ka'aba was built by Abraham!"

Ya, sememangnya urusan hati adalah urusan Allah SWT.

III.


Selain bersolawat kepada Keluarga Ibrahim a.s. di dalam tahiyyat akhir, kita sendiri tak banyak mengenali tentang sejarah Nabi Ibrahim a.s.

Di Selatan Turki, di Şanlıurfa, terdapat kesan-kesan peristiwa pembakaran Nabi Ibrahim a.s. oleh Namrud.

Api yang dinyalakan ditukarkan Allah SWT menjadi tasik yang masih wujud dan kayu-kayu api menjadi ikan yang jumlahnya kini berjuta-juta ekor. Ikan-ikan ini tak mempunyai racun akantetapi bolih meracuni sesiapa yang memakannya!


Kesan peralatan untuk mencampak Nabi Ibrahim a.s. kedalam api juga masih wujud di atas bukit ditapak singgahsana Namrud. Kedua-dua tiang itu adalah replika tiang alat pembaling (trebuchet) Nabi Ibrahim a.s. ke dalam api.

Allah SWT telah mengekalkan kesan-kesan sejarah untuk menjadi iktibar kepada makhlukNya.




Nota: Gambar-gambar dari galeri Dick Osseman.

Sunday, May 07, 2006

Kerana Mu*!

I.

Adakah sumpah Mahsuri masih lagi wujud dan kini telah meliputi pula keseluruh Negara Malaysia? Telah menjadi kebiasaan bagi mantan Perdana Menteri Malaysia untuk ‘memusuhi’ Perdana Menteri yang sedang berkhidmat.

Imbas kembali: Tunku dan Tun Hussein pernah menentang Dr. M.

Dan sekarang: Dr. M menentang Pak Lah. Dr. M bilang 'Malaysia is a half past six nation'!

Kenapa? Janganlah berbengkok hubungan kerana jambatan bengkok.

II.

Shahrir Samad menegaskan bahawa telah menjadi dasar kepada MP-MP Barisan Nasional untuk menentang atau tidak menyokong mana-mana usul daripada MP Pembangkang. Muktamad. Justeru beliau memegang kepada keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Backbenchers di Parlimen Malaysia. Dan Najib pun telah menerima keputusan untuk menerima hasrat Shahrir itu tanpa memanggilnya untuk menjelaskan kedudukannya.

Fikrah apa kah ini? Islam atau Islam Hadahri kah sikap sebegini?

III.

Bank Negara Malaysia telah menaikkan kadar faedah OPR untuk kali ketiganya dalam tahun ini (dalam jangkamasa 4 bulan! Baru 4 bulan!!). OPR kini mencecah 3.50%. Dan mengikut kajian dari Rating Agency Malaysia Consultancy Services, kadar ini akan mencecah 4.0% pada tahun ini untuk memendapkan kadar inflasi negara yang telah mengembang ke taraf 3.5% setakat ini. Mengikut pendapat bank OCBC pula, kadar OPR mungkin meningkat 4.25% pada penghujung tahun 2006.

Kadar OPR meningkat => Kadar pinjaman naik;
Kadar pinjaman naik => Harga pengeluaran naik;
Harga pengeluaran naik => Kos kosumer meningkat;
Kos kosumer meningkat => Inflasi meningkat;
Inflasi meningkat => Kadar OPR naik.

Seronoknya permainan ni!

OPR akan terus meningkat. Kadar OPR berlandaskan juga kepada kadar faedah Federal Reserves (Fed Rate) di USA. Dollar Amerika semakin lemah, dan tentu sekali Fed Rate akan terus meningkat. Maka ini juga pemangkin untuk OPR dinaikkan.

IV.

Harga minyak naik? Minyak apa?


*Nota: Kerana Mu. Tajuk dikir barat populer tahun 70-an.

Sunday, April 30, 2006

Kuasa Yang Berleluasa

Seolah-olah menjadi dekor yang mandatori untuk restoran-restoran Kari Kepala Ikan untuk menghiaskan dinding-dinding mereka dengan ayat-ayat al Quran. Terpampang Ayatul Kursi atau Tiga Qul. Tak mencukupi dengan itu ditambah lagi dengan gambar Kaabah dan Masjid Nabawi berbentuk 3-dimensi yang dihiasi indah dengan lampu yang menyahdukan pemandangan. Ada pula restoran yang lebih innovatif. Papan tanda ditulis dengan huruf jawi. Lam Wau Ta' Wau Sin.

Agama atau al Quran menjadi daya tarikan. Kerana dinding-dinding sudah terpampang indah dengan ayat-ayat suci, maka restoran berkait berjaya dalam menambahkan keselesaan kepada pengunjung. Pasti halal. Aku tak mengatakan bahawa ada kemusykilan tentang kehalalannya. Tapi inikah caranya? Tak kiralah siapa tuan empunya restoran tersebut. Mamak ke, Hindu ke, Ah Long ke atau Melayu ke. Semuanya standard. Percayalah hanya satu atau dua restoran Kari Kepala Ikan di KL dimilikki oleh orang Islam. Kebanyakannya, ya kebanyakannya tidak.

JAKIM terlau sibuk dan ghairah merampas al Quran dari Syria atau Mesir yang diimpot tanpa tanda mohor JAKIM. Sehingga menjadi kebingungan kepada penjual al Quran. Kalaulah langkah penapisan ini dah dilengkapkan dengan jentera yang tersusun dan teratur, tak ada sesiapa yang akan bersungut. Akan tetapi untuk menunggu sehingga tujuh bulan untuk mendapat "keputusan kelulusan" adalah tak masuk akal sama sekali.

Begitulah keghairahan JAKIM dalam mengunakan kuasa. Tersalah tempat.

Monday, April 24, 2006

Manok Seronok

Dah bermula kesibukkan di Sarawak. Dewan Negeri akan dibubarkan untuk pemilihan umum yang baru. Akan bertaburanlah janji-janji; berapi-apilah maki hamun, dan bergegarlah seluruh negeri dengan ugut-ugutan. Teringat aku akan Long Pasai. Bukannya nama orang tapi nama satu mukim atau daerah yang aman dan bebas dari kesesakan kotaraya.

Long Pasai jauh di pedalaman. Hubungan dengan bandar-bandar lain hanya melalui jalan udara, sungai dan jalan hutan. Belum wujud jalanraya atau lebuhraya ke Long Pasai. Kepada penduduk Long Pasai, menikek belon menjadi kebiasaan. Seperti menaikki bot penambang. Taklah seperti kita di Semenanjung, sebelum Air Asia beroperasi, kenderaan udara menjadi pilihan hanya untuk yang berada. Mengikut kawanku seorang pilot MAS yang pernah bertugas di Sarawak, bukan saja manusia yang nikek belon, malahan manok (ayam), itek, anjing dan kucing antara lain, juga dibawa bersama. Seronoknya manok! Tak ada yang membantah atau akan membantah dengan kebebasan membawa bagasi sebegini, kerana sudah kebiasaan kepada semua penumpang dari pedalaman Sarawak. Itu mengikut maklumat dari kawanku. Bohong dia, bohonglah aku.

Nasib baiklah Raja Brooke tak menjadikan Sarawak sebahagian daripada UK. Hanya sebagai jajahan Raja Inggeris. Dan sekarang Sarawak dah pun merdeka. Seandainya Sarawak dalam UK, bayangkan apa yang akan terjadi kepada orang-orang Kelabit dan Iban. Mereka akan diharamkan dari membawa ternakan-ternakan di dalam belon. Berpandukan kepada arahan Department of Health UK, yang tertera, sebagai langkah untuk mencegah bird flu dari merebak.

Begitulah manok atau ayam. Tiba-tiba membawa ketakutan. Tak tepatlah kalau kita kiaskan ketakutan dengan chicken out lagi. Kerana yang takut sekarang adalah manusia.

Jangan pula ayam dijadikan sesuatu untuk ugutan. Bayangkan dalam pilihanraya ini ada yang kecewa kerana tak dipilih sebagai calon atau yang tak puas hati dalam keputusan atau marah kerana janji-janji tak pernah dikotai, berjalan ke tempat awam dan berpakaian sebegini..........






Nota:
Nikek = naik;
Belon = kapal terbang.

Saturday, April 22, 2006

Blog on Dogs: Komen



Tak disangka topik anjing membawa kenangan suka duka kepada ramai teman-teman bloggers. Terima kasih di atas komen-komen yang sungguh menarik. Terima kasih kepada Sayuti dan Lope kerana tolong menjawab sewaktu ketiadaan saya, beberapa komen terutamanya dari Kim yang banyak sekali pengalaman tentang anjing dan manusia yang mau bersifat seperti anjing.

Anjing tetap menjadi masalah kepada kita kerana perkaitannya dengan hukum taharah atau kebersihan, yang menjadi keperluan asas untuk solat.

Adakah boleh dibasuh bekas terkena air liur atau bahagian anjing yang basah dengan air dan sabun? Untuk memastikan supaya jawapan saya betul, maka saya telah meminta pandangan Ustaz IK. Jawapan beliau:
Imam Syafie menghukumkan bahawa bekasan anjing, sama ada air liurnya atau mana-mana basahan dari badannya, adalah najis. Wajib dibersihkan dengan menyamak. Kalau tak disamak tak sah solat, misalnya. Akan tetapi mazhab-mazhab lain tak menghukumnya najis. Hanya menghukumkan bahawa air lior dan basahan pada badan dan anggota anjing mempunyai kekotoran yang membawa penyakit, maka wajiblah disamak.

Jadi menyamak menjadi wajib kepada semua mazhab. Menyamak dengan tanah dan air.

Dalam hal ini, Simah Hanim haruslah bertanyakan kepada ulamak di Turki tentang pandangan yang telah diberi. Dan kepada Berg, tinggal dimanapun tak menjadi masalah. Saya diberitahu oleh Awang Goneng bahawa di London, beliau mendapatkan dengan senang tanah liat untuk menyamak dari kedai-kedai yang menjual peralatan untuk pottery dan clay modelling.

Apakah khasiat tanah? Pernah saya terbaca satu makalah yang mengatakan bahwa tanah mematikan kuman rabies. Dan menurut ayah saudara saya di Besut, selalunya apabila kera ditembak, sewaktu jatuh ke bumi mereka akan dengan pantas mencapai tanah dan menelannya. Dengan serta merta, ia akan segar kembali dan kembali bergayut di atas pokok. Jadi dikampung-kampung di Besut, tanah liat terutamanya, diletakkan ke dalam air panas untuk dijadikan air penawar. Sayangnya tak ada kajian klinikal yang pernah dilakukan keatas pendapat-pendapat tersebut.

Sohehlah, sikap yang kita ambil mengenai anjing dan babi telah menjadi satu daripada penghalang untuk berdakwah di pedalaman misalnya, kerana kebanyakan penduduk di sana membela bintang-binatang tersebut. Maka satu pintu sudah tertutup rapat oleh kita sendiri. Kemas keming. Walhal beratnya hukum mengenai anjing dan babi taklah sebagaimana yang kita andaikan.

Phobia terhadap anjing ternyata adalah kerana ketakutan dan kegeraman. Begitulah pandangan QOTH, Wak Jawa, Rampai, Kenakelayan, Puan DITH, Lope, Sya, Romantis Selatan, Ahni dan Crimsonskye. Untuk kebalkan diri cubalah syor Sayuti dan Tuan Pegawai dengan memberi salam kepada Qithmir. Insha Allah mujarab.

Pandangan Atok, Tuan Pegawai, Jiwa Rasa, Black Purple dan Op pula lebih 'dog friendly', yang timbul juga dari pengalaman mereka yang tak menakutkan dengan anjing. Patutler anjing-anjing tak menyalak mereka sebagaimana Lope disalak oleh anjing Mr. Tow. Mungkin kerana Lope tak membalas kiriman limau Mr. Tow dengan gulai, ketupat dan rendang!

Disebabkan anjing bukan manusia jadi hukum bunuh diri tak dikenakan ke atas mereka sekiranya mereka dilanggar oleh Nurul. Nurul, jangan sekali-kali melanggar anjing-anjing yang asyik menggaru kutu di jalan. Susah payah pulak nanti kome ke SPCA nak membuat repot. Dan pasti sekali bumper depan lebih mahal daripada yang baru kome tukar.

Tok Rimau dan Naga harus waspada kerana Gitartong tak menyukai anjing, kucing, ikan, rimau dan juga naga! Kalau manusia menggunakan ngganjing untuk menghina, maka mungkin pula Zizie, anjing meghina sesama mereka dengan nnusia. Dan diharap Maklang dah terbangun kerana kebisingan salakan anjing di Kerteh. Terima kasih Wafa kerana memanjangkan cerita asal-usul Nuh kepada kami. Harap-harap ini bukanlah cerita Israliyat!

Akhirul Kalam. Pertelingkahan mengenai Tahir Efendi dalam puisi yang dikarang oleh Nef'i tak dilupai sebegitu saja. Selepas 300 tahun, puisi tersebut telah disambut oleh Tahir-i Mevlevi dengan jawapan berikut:

Zehr-i hicvi cihana neşredenin dili bi-şek zeban-ı efidir;
Tahir olmaz köpek;
Fakat beşere nef’i vardır;
O halde Nef’idir.


Beracunnya sindiran dari lidah mu laksana racun ular yang bisa,
Anjing sememangnya tidak dianggap suci,
Ternyata mereka hanya bernef’i kepada manusia,
O anjing sebenarnya kaulah Nef’i.

Nef’i: dari bahasa Arab naf’ah. Yang mempunyai manfaat.



Monday, April 17, 2006

Blog on Dogs

Dulu sewaktu Dr. Roza menceritakan mengenai peristiwa bapanya diherdik oleh seorang wanita, ekoran tegurannya terhadap kelaku anak wanita tersebut yang membaling-baling batu kepada anjing, terlintas difikiranku tentang sikap kebencian orang-orang Melayu kepada anjing. Dengan amat terlampau. Adakah najis menjadi penyebab untuk membenci? Seandainya begitu kenapa jemaah-jemaah masjid tidak mengambil sikap yang sama untuk membersihkan najis-najis di tandas masjid. Dan tidak meninggalkan begitu sahaja selepas membuangnya? Basmikan sehabis-habisnya. Dengan sepenuh kegeraman.

Dalam blog yang terdahulu pula Kim menyatakan hasratnya untuk membela anjing dan Lope pula menyingkapkan peristiwa yang menimpanya di Hudeidah apabila beliau ditanya tentang pegangan agamanya oleh orang yang sedang memeluk anjing. Sungguh menarik perihal anjing.

Dalam hukum fiqah, cara-cara melayani anjing dikaitkan kepada arahan Rasulullahi sallahu ‘alaihi wassalam, bersabit cara-cara membersihkan bijana air yang dijilat anjing. Penyuciannya adalah secara menyamak bijana tadi dengan menyucikannya dengan air dan tanah. Permulaannya dengan tanah dan kemudiannya dengan enam kali laluan air. Disinilah timbul perbezaan pendapat fuqahak tetang apa yang sebenarnya najis. Anjingkah atau air liurnya? Yang hidup atau yang mati? Maka berbezalah hukum antara mazhab-mazhab.

Imam Malik menganggap anjing sebagai suci ketika hidupnya. Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri pula berpendapat, kulit-kulit anjing dan babi juga boleh disucikan secara menyamak, kerana hadis riwayat Muslim menyatakan: Apa jua kulit haiwan, suci apabila disamak. Imam Syafie pula berpendapat sebaliknya. Segala sentuhan anjing sekiranya basah; hidup atau mati, wajarlah disamak. Maka bagi orang Melayu, kemungkinan untuk menghindarkan daripada susah-payahnya untuk menyamak, maka anjing perlulah dihalau dan dipukul, dan telah menjadi seperti budaya hingga ke hari ini. Senang begitu. Tetapi lupakah kita tentang kisah seorang pelacur yang dijanjikan syurga kerana memberi minum anjing yang hampir-hampir maut akibat kehausan yang amat?

Tidak terdapat sepatah pun ayat dalam al Quran yang mengeji anjing. Malahan terdapat dalam al Quran cerita mengenai Qithmir, anjing yang mengikut pemuda-pemuda ashabul kahfi kedalam gua. Dalam hadith riwayat Muslim yang disebut oleh Imam Nawawi, dalam kitabnya al-Mubarakafuri - Tuhfat al-Ahwadhi ada menceritakan bahawa Rasulullah sendiri ada memelihara anjing. Akan tetapi setelah dikhabarkan oleh Jibrail tentang keengganan malaikat pembawa rahmat untuk memasukki rumah yang ada anjing, maka Rasululullah telah mengeluarkan anjing tersebut daripada rumahnya.

Itulah anjing, disalah anggap oleh kita sehingga menjadi sinonim kepada kehinaan, sebagaimana pertelingkahan dua orang sahabat, seperti terdapat dalam puisi Turki lama, yang mana seorang yang bernama Tahir, telah memanggil sahabatnya yang lain dengan panggilan 'anjing'. Maka mangsa penghinaan tadi pun mengeluh:

Tahir efendi bana kelp demiş,
iltifatı kendince zahirdir;
Maliki mezhebim benim zira;
İtikadımca kelp tahirdir.

Tahir Effendi menggelarku sebagai anjing yang dikeji;
Malahan itu kepujian untuknya sendiri secara zahir;
Kerana aku bermazhab maliki;
Dan itikad kami bahawa anjing itulah tahir.
Nota:
Efendi: Gelaran hurmat untuk lelaki.
Tahir: Bersih atau suci


Kebanyakan fuqahak membenarkan pemeliharaan anjing-anjing untuk keperluan hidup seperti memburu, menjaga ternak, mengawal keselamatan dan menjaga ladang atau tanaman. Akan tetapi diharamkan untuk tujuan peliharaan biasa atau untuk pertunjukan atau pameran.

Alkisah, Aba Yazid al Bistami, pada satu ketika telah terserempak dengan se ekor anjing di satu laluan yang sempit. Untuk mengelakkan dirinya daripada terlanggar dengan anjing tersebut dan terkena najis, maka beliau pun mengundurkan diri ke belakang. Tiba-tiba terdengar oleh Aba Yazid kata-kata anjing tersebut kepadanya,”Adakah hinanya aku sehingga engkau menjauhkan dirimu daripadaku? Adakah aku memilih untuk dijadikan anjing? Dan adakah kamu dilahirkan manusia atas pilihanmu sendiri?” Mendengar kata-kata ini Aba Yazid diceritakan telah mengambil anjing tersebut sebagai gurunya. Wallahu a’lam.

Sebuah karangan sufistik masyhur oleh Muhammad ibn Khalaf Ibn al-Marzuban, bertajuk Buku Tentang Ketinggian Kedudukan Anjing-anjing Berbanding Kebanyakan Mereka yang Berpakaian, menceritakan tentang ketinggian sifat-sifat dan ketaatan anjing berbanding manusia yang penuh dengan penipuan dan kedurjanaan.

Dulu aku pernah menjadi tamu di rumah seorang kawan yang ada memelihara se ekor anjing Alsatian yang begitu jinak. Menjadi rakan bermain anak-anaknya dan anjing itu begitu manja dengan mereka. Sewaktu aku tiba di rumah tersebut, tuan rumah telah menyediakan selipar yang baru dan bilik khusus supaya dapat aku mengerjakan solat tanpa gangguan. Dan setiap kali aku ke ruang tamu, anjing tersebut dibawa keluar atau diletak di tempat yang jauh daripada ruang tersebut. Suatu pagi sewaktu aku bersendirian dirumah, aku ternampak anjing tersebut merenungku dari jauh dan kemudiannya anjing itu berjalan-jalan mengelilinggi ruang tamu di mana aku sedang duduk sambil membaca akhbar. Dengan tak disedari, sewaktu aku sedang khusyuk membaca, anjing terebut melompat ke atas ribaku dan terus menjilat tanganku. Sungguh memeranjatkan. Agaknya anjing tersebut hairan kenapa selama dua hari aku di situ, tak sekali pun aku menggosok-gosok kepalanya atau menegurnya. Begitulah sayangnya dan berperasaannya anjing kepada manusia.

Monday, April 10, 2006

Mawla ya solli wassalim



Wahai Junjungan Kekasih Allah,
Kaulah Penunjuk,
Kaulah Pemimpin,
Kaulah Cahaya di atas Cahaya,
Selawat dan salam kami rafakkan,
Memohon ampun dan keberkatan,
Atas ummahmu sekalian.
Dalam Sahih al Bukhari disebutkan tentang kegembiraan Abu Lahab apabila mendengar berita kelahiran Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wassalam yang disambutnya dengan pembebasan hambanya Tsuwaibah.

Dan dalam mempertahankan sambutan mawlud untuk memperingati kelahiran Nabi, Al Hafiz Syamsuddin Muhammad Nasiruddin Ad Dimisyqi telah mengarang sebuah syair yang bermaksud:


Kalaulah si kafir (Abu Lahab) ini yang dicelai;
Di dalam al Quran dinyatakan di neraka ia kekal abadi;
Tersebut setiap Isnin kepada beliau Allah anugerahi,
Keringanan kerana kegembiraannya tentang kelahiran Ahmad;
Apatah lagi seorang hamba yang bergembira sepanjang hayat,
Menyambut Maulud Ahmad dan matinya dalam keadaan bertuhankan kepada yang Ahad?

Aku bermohon syafaatmu wahai Junjungan,
sebagaimana janjimu kepada umatmu yang ringan...
timbangan kanan.

Syafi'na Ya Rasulullah.