Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain, kalau anda menuju ke Manama (ibu Kota Bahrain), di persimpangan mana sekalipun, sama ada menuju ke Shari' (jalanraya) al Malik Faisal ke Budaiya, atau ke Gudaibiya atau pun ke Juffair, anda akan bertemu dengan papan-tanda papan-tanda yang menunjukkan arah yang berlainan ke Saudi Arabia. Tak kiralah, kalau terdahulunya papan arah ini menunjukkan ke kanan, selepasnya ke kiri, kini pula ke depan dan kemudiannya ke belakang. Semuanya halatuju ke destinasi yang sama. Saudi Arabia.
Kalau ditanya kepada Hussain, pemandu teksi (kebanyakan pemandu bermazhab Syi’ah dan nama-nama mereka kalau tidak 'Ali, mungkin Hassan atau Hussain atau Ja'afar. Dan mereka amat selesa berbicara denganku apabila diberitahu bahawa bapaku juga bernama 'Ali, nama kecintaan mereka dan aku juga bersilsilahkan al Hussaini.), kenapa sebegitu pelbagai? Mereka akan menjawab, “The Saudis coming here are always drunk. No matter where they drive, they will reach Saudi Arabia! Because Bahrain is small and the island is round.”
Di sebelah barat daya Bahrain, terdapat jembatan King Fahad, sepanjang 25 km. yang menyambungkan pulau ini ke Al Khubar dan ke Dhahran, daerah-daerah di sebelah Timur Saudi Arabia. Kawasan yang ramai dengan pengikut mazhab Syi’ah. Dan pada hari-hari Khamis mereka akan berduyun-duyun ke Bahrain untuk berihat dan bermaksiat. Bahrain adalah kawasan bebas cukai dan juga bebas maksiat. Mungkin bukan maksiat kepada mereka. Mungkin. Jambatan inilah yang menjadi penghubung nyawa kepada kaum Syi’ah Saudi. Kalau di Al Khubar atau Dhahran mereka tak bebas sepenuhnya untuk hidup dengan pegangan mereka, maka di sini mereka teramat bebas. Mudah dan bebas dengan khamar dan mut’ah.
Di Manama, masjid terbesarnya adalah Masjid Fateh. Tersergam indah di Juffair. Putih bersinar dalam keterikan cahaya matahari Manama. Pintu utamanya setinggi lebih dua puluh kaki dan ruang solatnya dapat memuatkan 7,000 jemaah. Menjadi kemegahan kepada akiteknya dan juga kerajaan yang membinanya.
Akan tetapi pengalamanku bersama-sama Ordinary Superhero dan TH (bosnya) pada suatu subuh yang syahdu, di musim panas beberapa tahun yang lalu, sungguh menyedihkan. Kami bertiga yang menginap di Gulf Hotel, yang letaknya lebih kurang 600 m dari Masjid Fateh, telah pergi ke masjid di awal pagi, untuk menjadikan solat fajar pada hari itu sebagai saksi kami pada pagi pertama kami di Bahrain. Setibanya di masjid, segala pintu-pintu berkunci rapat. Dalam melilau-lilau mencari jalan masuk maka akhirnya datanglah seorang tua untuk membuka pintu dan menyalakan lampu-lampu masjid.
Setelah menunggu selama setengah jam, si tua tadi pun melaungkan azan. Sangkaan kami pasti ahli-ahli kariah akan datang berduyun-duyun untuk berjemaah. Tetapi harapan kami meleset. Sungguh meleset. Setengah jam kemudiannya, hanya kami berlima termasuk imam yang menjadi jemaah solat fajar di Masjid Fateh. Bayangkan, pada hari-hari lainnya pasti sekali jemaah solat fajar hanyalah imam dan bilal. Sahaja. Berdua.
Beberapa tahun kemudian, aku ke Bahrain lagi untuk menghadhiri seminar. Kali ini hanya bersama TH (tanpa Ordinary Superhero). Selepas sessi pembentangan kertas kerjaku, moderator untuk sessi itu berlari anak menujuku dan menyerahkan kartu namanya. Dan dengan tercunggap-tercunggap menjemput aku dan TH untuk membuat lawatan ke pejabatnya.
Rupa-rupanya dalam keadaan Islam dipinggirkan di Bahrain, terdapat satu badan dakwah, Call to Islam, yang begitu gigih menyampaikan risalah kepada pekerja-pekerja asing. Sewaktu kami tiba di pejabat dakwah tersebut, terdapat kelas-kelas untuk muallaf-muallaf yang terdiri dari wanita Filipina dan Sri Lanka. Akan tetapi dakwah mereka yang paling berkesan adalah di Masjid Fateh.
Di masjid Fateh, ahli-ahli badan ini bertugas sebagai tourist guide. Disebabkan kerajaan Bahrain mengawal kerja-kerja dakwah, maka badan ini telah berjanji kepada kerajaan bahawa yang mereka akan sampaikan kepada pelawat masjid hanyalah tentang bangunan turistik tersebut. Tak akan ada langsung maklumat-maklumat provokasi tentang agama-agama lain. Dan kami pun dibawa ke Masjid Fateh untuk didemonstratkan cara mereka berdakwah. Seorang petugas telah disediakan untuk kami dan kami disuruh bertanya apa-apa saja kepadanya.
“This is a mosque, a house for the Muslim worshippers. The foundation stone was laid on December 15, 1983 and the mosque was officially opened on June 2, 1988. The total area covering by the mosque comprises of 150,000 square metres. The centre is named after Shaikh Ahmed Al Fateh who conquered Bahrain in 1783. Beautiful Quranic verses are inscribed across the underside of the dome, and decorate the mihrab and the walls of the edifice.
The large dome is 16 metres high and 22 metres wide and its inside is illuminated by twelve ornate stained glass windows. Two 70 metre imposing minarets frame the dome.” Begitulah mukkadimahmya. Dan kami pun dibawa masuk keruang solat tengah.
“The front part of the hall is the mihrab, where the imam stands and leads the prayer. Each prayer time is indicated by the azan,” dan beliau pun berdiri dihadapan dan melaungkan azan, dengan suara yang sugguh merdu. Perbuatan ini telah menarik perhatian beberapa pengunjung-pengunjung yang lain dan mereka pun datang menyertai kami. Petugas tadi sambung lagi, “Muslims pray five times daily. The one who leads the prayer is called an imam. He can be anybody at all. In Islam any man can lead the prayers.”
Tiba-tiba bertanya seorang pengunjung, “Aren’t there any bishops or priests in Islam?” Seorang lagi pula mencelah, “Why do you pray towards Makkah?” Belum sempat petugas menjawab, tanya lagi yang lain, "Why don't ladies pray side by side with men?" Pelawat berebut-rebut untuk menyoal. Dan segala soalan-soalan yang diutarakan dijawabnya dengan cara yang sopan dan amat menarik. Begitulah selalunya keadaan yang dialamai oleh petugas. Pelawat-pelawat seolah-olah kanak-kanak sekolah ke Muzium, berebut-berebut untuk bertanya soalan. Kunjungan pelawat-pelawat selalunya memakan masa lebih 2 jam, kerana keseronokan mereka dengan maklumat yang diberikan. Berbeza dengan pelawat ke Masjid Negara KL yang datang hanya untuk bergambar dan pulang. Kunjungan yang tak melebihi 15 minit.
Begitulah mereka menanamkan minat tentang Islam. Secara indirect. Dengan secara begini, ia itu secara memperkenalkan cara-cara masjid digunakan, telah menarik minat ramai isteri tentera-tentera USA yang bertugas di Bahrain untuk mempelajari tentang Islam. Ramai juga yang telah menerima syahadah.
Begitulah Masjid Fateh dimanfaatkan masakini. Dan itulah caranya berdakwah dengan hikmah. Tak ada petugas-petugas yang memberi maklumat secara bertempik-tempik dan meraung-raung, sehingga bergegar seluruh kampung.
Dan Lope, surau kampung pun tak juga-juga bertambah jemaahnya!
22 comments:
Salam.
Sesuatu yang amat penting untuk dihayati, direnung dan dipraktikkan.
Terima kasih nukilan ini.
Mohon izin memberi pandangan/pendapat yang berikut:
Masjid di kawasan perumahan saya sering saja mengadakan ceramah agama sebelum atau selepas waktu solat. Ceramah itu menggegar satu kampung! Paling tidak sedap didengar pabila ceramah mula mengutuk si polan itu dan ini, organisai itu dan ini, agama itu dan ini.
Saya bingung.
Assalamu alaikum Tn Keng
Seronok baca blog spot nie, terutamnya tentang artikel sebegini.
Yang merisaukan ialah, zaman sekarang, orang bukan islam nak masuk islam dan betul-betul mengikuti ajaran islam. Orang islam pula nak keluar dari islam, kalau tidak murtad pun (na uzu billah), perkara-perkara yang dilakukan sungguh memalukan dan merosakkan imej islam.
Tuan Keng,
Bertuah sungguh tuan..dapat menyaksikan berbagai method da'wah yang diaplikasikan di negara lain.
Kadang2 kita tidak terfikir betapa cara yang indirect itu lebih membuka hati dan hidayah..
PS..Kenapa kali ni ambil masa lama sangat nak update blog tuan?
Tuan Keng,
Saya pernah tulis di blog saya tentang perkara yang sama. Berdakwah dengan membawa rakan-rakan yang belum Islam melawat ke masjid.
Kerja dakwah ini boleh dibuat oleh semua ahli kariah di masjid di tempat masing-masing.
Soalnya, siapa yang berani dan mahu mulakan?
http://jiwarasa.blogspot.com/2006/03/mari-menjual-islam.html
Sebab tulah Allah swt turunkan nabi di kalangan orang Arab. Tapi nampak gaya, dah balik jahiliyyah. Baru semalam saya baca entah di mana tentang masyarakat Lubnan yang lebih barat dan hedonisitik dari org barat.
Agaknya siapa yang mempelopori style ceramah menjerit2 dan mencaci2 yek? Kan lebih elok jika kita dengar ceramah yang tenang dan sopan tanpa perlu jerit hingga tegang urat leher.
p.s. Keng tulis bebas maksiat , sekali baca ingat bebas dari maksiat, :p
Keng, I believe you have loads of similar experiences which need to be archived. If only you have the time, eh?
Tuan Keng,
Rasanya surau dan masjid kita dulu pernah mengalami zaman kemurungan yang sama seperti Masjid Fateh.
Tapi sekarang dah berbeza sebab tidaklah lagi cuma Bilal dan Imam menjadi pelengkap fardu kifayah.
Biarpun mungkin dari pelbagai fahaman yang berbeza tapi mazhab yang sama, tak kisahlah. Asalkan jangan menimbulkan rasa tidak senang hati dan sebagainya.
Dan saya setuju, kita belum betul-betul mengeksploitasi masjid-masjid kita seluruh tanah air yang indah-indah belaka, setidak-tidaknya bersejarah.
Itu tak boleh, ini tak boleh, kawan ni pakai seksi, tak tutup rambut bagi perempuan, mendedahkan lutut, baru lepas minum arak; semuanya dijadikan alasan.
Sedangkan boleh rasanya kita menyediakan alternatif seperti kain tudung, kain pelikat dan sebagainya.
Dalam masjid ada seni, seni Islam yang halus dan indah, yang boleh menarik perhatian orang.
Entahlah.....
Psss.... ketenangan dalam masjid pun ramai yang tidak sedar.
(Heran betul aku, kalau aku komen blog Keng mesti panjang berjela)
Tuan Keng,
saya setuju dengan langkah: 'Tak akan ada langsung maklumat-maklumat provokasi tentang agama-agama lain.' kerana provokasi itu mengundang konflik.
untuk jiwa rasa, jawapannya mudah. segalanya bermula dengan diri sendiri.
Kalau ditanah suci seronok tengok orang ramai ke masjid unutk beribadat...
Tuan Keng,
Itulah dah lama saya tertanya-tanya kenapa tak ada langsung maklumat tentang ugama Islam dalam berbagai bahasa di masjid-masjid kita. Bila ada pelawat bukan islam ke Masjid Jame' ke, ke Masjid negara ke, yang beraku ialah mereka memakai jubah dan bergambar. Tak ada ke si bijak pandai dari jabatan ugama Islam yg nak menulis risalah utk disebarkan? Kalau tidak pun, cetaklah buku 'Why we Chose Islam' dan bagikan dengan percuma. Kenapa tiada? Orang Pas asyik nak mencaci orang UMNO di Masjid, orang UMNO asyik nak robohkan Masjid orang Pas (di Trengganu). Kita lupa nak berdakwah bila ada peluang, bila nampak masjid, kita sama kita berlumba nak tunjuk siapa lebih wara'.
begitu keng, ingatkan surau di tremelbye shj kosong tetapi masjed Al Fateh yg gah itu pun serupa.
makanya dakwah amat perlu kepada orang islam itu sendiri utk kembalikan mereka kesurau /masjid dan menghidupkan jemaah.
tiadanya organisasi yg kuat/jemaah maka kita kan menjadi seperti biri biri yg bersendirian, ianya akan menjadi intaian serigala.
demikianlah.
;-)
Hmmm... Malam. Di masjid Putrajaya. Ramai yang berkeliaran dan bersantai di Dataran di hadapannya. Bila masuk waktu Isya', mereka masih lagi berkeliaran dan bersantai sambil merenung bulan dan bintang2. Tidak teruja sedikit pun untuk sama2 masuk ke masjid dan ikut berjemaah..... Siapa agaknya perlu dipersalahkan....tepuk dada tanyalah iman....
Tuan Keng,
Salam.........
Ramai peminat gelisah blog lama tak updated. Bila Keng demam (bukan demam bola), yang tahu hanya
kenalan rapat..itu pun satelah "Da Vinci Code" terbongkar di Warung Koboi.
Kena Teh Halia satu round lagi???
Salam
Cik Rampai:
Salam.
Teringat saya kepada peristiwa yang menimpa biduan Ahmad Daud dulu. Sewaktu beliau (almarhum)baru berpindah ke T Melawati dulu, hasratnya memanglah nak berjinak-jinak dengan surau yang disebelah rumahnya saja. Tetapi bila terdengar ustaz yang datang mengajar, melalui pembesar suara yang menghala ke rumahnya, membuat contoh perkara yang tak digemari padanya sekeluarga, maka tawar dan hambarlah hatinya.
Bertuahlah ustaz itu dan semoga berbahagialahnya diakhirat nanti.
Wafa:
Yang di luar tau apa yang nak dicari. Tapi yang di dalam sesat dalam cahaya.
Anggun:
Semua orang bolih berdakwah. Ingat, "Our duty is to convey, not to convert!"
p.s. Bukan senang nak berblog. Kadangkala ketandusan modal!!
Jiwa Rasa:
Benar sekali. Begitulah saranan 'Amr Khalid. Betulkan diri. Kemudian betulkan qariah.
Puan Dr.:
Yang suka menjerit-jerit tu tak sedar bahawa ada juga yang tertidur di hadapannya! Tak berkesan.
Bebas (dari) cukai dan bebas (ber)maksiat!!
Insha Allah I will start.
Tuan Pegawai:
Mujurlah di negara kita banyak jemaah periok-cerek yang berjalan-jalan bergaz.
Dulu ada juga Rakan Masjid. Sekarang entah apa jadinya. Mungkin dekat pilihan raya nanti mereka akan aktif kembali.
Sayuti:
Yut, dulu kamu aktif berdakwah. Sekarang kenapa henti??
Maklang:
lebih elok sekiranya yang berduyun-duyun berjemaah di Haramain juga berduyun-duyun ke masjid setempat.
Deb:
I am flattered.
Ku Klux Klang:
Ada buku-buku keluaran Perkim dan Jamiyah Dakwah yang bertjuk sedemikian. Tetapi dikunci oleh AJK Masjid kerana tak memahami tujuan risalah-risalah tersebut diletak di sana.
Yang berpuak-puak tu kedua-duanya bodoh, bukannya lebih warak dari yang lain. Inilah yang dinamakan bijak tak belajar. Yang dari Pas tu lupa pesanan Fathi Yakan. Pendakwah bukanlah Penghukum.
Lope:
Sekarang harus dimulakan Lope, gerakan memakmurkan masjid dan surau kampung. Mungkin bolih minta bantuan JKK.
Has:
Ahlan wa sahlan. Ni petanda semakin segar dan pulih. Alhamdulillah.
Blackpurple:
Sepatutnya jemaah dilakukan di luar masjid. Di bawah cahaya bintang dan bulan. Baru ramai yang berjemaah sama.
Lentiform:
As I mentioned, our duty is to convey. Not to convert. They do not mind getting information on common issues between Islam and their religions.
Hjghaz:
Salam. Warong tu tak sedap. Kena cari yang lain.
conclusionnnya..marilah kita meramaikan masjid kan Keng bey?
Saya setuju..
Keng, baru perasan you have changed location from Bongek to Gombak.
Simah Hanim:
Hakli mutlakli fakad.
Puan Dr.:
Baru berjumpa alamat sebenar.
Lentiform:
Cuba, insha Allah berkesan.
Sunnguh interesting. Agaknya boleh tak orang kita (pendakwah, petugas di masjid, tourist guide) mencontohi apa yang dibuat di masjid Fateh ni? Indirect, subtle and friendly ... pasti lebih senang menarik perhatian orang ke arah Islam dari cara berdakwah yang mendesak, kasar dan sebagainya.
Ayoh Keng,
Terima kasih kerana meng-glamerkan blog hamba.
Terima kasih juga kepada kenangan bermusafir dinegara sebelah sana. Memang benar kata orang2 tua, jauh perjalanan luas pemandangan.
Itulah kali pertama hamba melihat orang memakai jubah berserban lengkap dengan tasbih ditangan tersenyum keluar dari panggung wayang. Itu lah juga pertama kali hamba melihat sosej yang tak boleh dimakan diletak bersebelahan dengan sosej yang boleh dimakan di sebuah hotel banyak bintang di negara Islam. Itulah kali pertama hamba melihat orang berlumba2 menogok air masam sebab minggu depannya Ramadhan dah nak bermula.
QOTH:
Tentu bolih sama sekali. Tetapi pentadbir masjid-masjid harus serius untuk bekerjasama dalam usaha ini.
Ordinary SH:
Kelmarin berkali-kali saya menalipon untuk mengucapkan belasungkawa keatas musibah yang menimpa sdr sekeluarga.
Ya, pengalaman itu amat berharga bagi kita semua. TH ketawa berdekah-dekah sewaktu diperingatkan tentang pengalaman kita.
tuan keng,
tak pernah berhenti. sentiasa berjalan. cara saja yang berbeza.
Ayoh Keng,
Ampun. Sebenarnya hamba dah re-activated nombor handphone yang lama. Nombor yang TH berikan kepada Tuan tempohari hanyalah nombor pre-paid sementara sahaja. Terima kasih atas ingatan Tuan.
Post a Comment