Powered By Blogger

Sunday, June 04, 2006

Petanda-petanda

I.

Petanda negara yang menuju kemerosotan ekonomi adalah berkembangnya warong-warong dan perniagaan di kaki-lima. Disamping pengangguran yang meningkat. Dan meningkatnya penipuan dan kecurian.

Di Malaysia terutamanya di KL, warong-warong tumbuh biak seperti cendawan yang muncul, selepas hujan lebat, di kebun getah. Pengangguran semakin meningkat. Setiap tahun tak kurang dari 5,000 graduan yang tak dapat pekerjaan. Penipuan? Bacalah akhbar-akhbar.. kalu tak menipu bank atau syarikat sendiri; pesakit ditipu bomoh atau Datin ditipu selebriti. Kecurian? Juga bacalah akhbar-akhbar. Ganasnya pencuri masakini sehingga bas dari bengkel pun dihijack. Persis adengan filem Holywood. Itulah hakikatnya. Gaya hidup KL sudah bertukar.

Biaknya Ah Long pula, kerana susahnya untuk berurusniaga dengan bank-bank. Cubalah ke mana-mana bank untuk meminta pembiayaan sama ada secara Islam atau kafir, anda akan pulang dengan kecewa sekecewanya. Tinggalah kereta anda dimana-mana di kota raya; tak sampai setengah jam akan terselit di celah wiper-blades, pelbagai kad-kad khidmat dari syarikat-syarikat Ah Long yang menjanjikan perkhidmatan yang pantas dan senang. Bukan untuk jumlah yang kecil-kecilan tapi juga besar-besaran.

Itulah petandanya ekonomi negara semakin sempit. Akibatnya, tekanan jiwa dan mental semakin dialami oleh penduduk kotaraya KL. (Pasti lebih pening dari yang dialami Cik Rampai minggu lalu). Penduduk di Kampung Indah hidup dalam ketakutan kerana khuatirkan kampung akan diratakan angkara kerakusan ahli-ahli politik kampungan, dan penduduk di kawasan yang lebih elit pula dalam kebimbangan rumah akan ghaib ditimpa tanah runtuh akibat hujan yang berterusan. Kecualilah penduduk di Tremelbye Estate.

Itulah yang dinamakan perkembangan Kerbside Economy. Ekonomi kaki-lima. Dan rakyat pun mula 'berminda kaki-lima'.

II.

Kelmarin buat kesekian kalinya Kerajaan Kelantan diberi amaran supaya tak meneruskan usaha untuk mengeluarkan Dinar Emas. Bukannya satu usaha yang baru. Bahkan merupakan satu daripada inisiatif untuk melepaskan diri dari dibelenggu oleh matawang US Dollar. Satu projek yang dibibitkan oleh Tun M sewaktu beliau menjadi PM.

Kelantan telah tidak menggunakan kebijaksanaan untuk melaksanakan Dinar. Dan Menteri yang menjawab tidak menggunakan kepandaian untuk menangani hal ini. Sepatutnya pelaksanaannya yang dicadangkan oleh Kelantan janganlah bertembong dengan undang-undang negara kerana Malaysia terikat kepada peraturan IMF, yang terikat pula kepada Bretton Woods Convention 1944. Di bawah Convention ini, matawang tak lagi bersandarkan emas. Malahan di bawah peraturan IMF negara-negara ahli diharamkan dari mengeluarkan matawang yang bersandarkan kepada emas. Sandaran utama mestilah kepada Dollar USA.

Untuk lari dari keadaan ini banyak insiatif yang dijalankan dibawah konsep Community Currency , iaitu matawang khas yang digunakan untuk komuniti yang mempunyai keahlian khas. Komuniti seperti ini banyak berkembang di alam siber dan ada juga kelab-kelab di Eropah yang mula menggalakkan ahli-ahli untuk berurusan dengan emas. Sepatutnya begitulah yang perlu diperkenalkan di Kelantan. Kelantan memang sesuai untuk mengeksperimenkan kaedah ini kerana banyak perantaraan pertukaran yang berlandaskan barang-kemas emas, melalui sistem Ar Rahnu, yang begitu populer.

Menteri yang memantau keadaan sepatutnya mengkaji keperluan ini dari segi sumbangannya kepada kekayaan orang ramai dan keupayaan Dinar Emas untuk membendung inflasi (masakini pada kadar 4.8%)

Saya pernah aktif dalam pletform untuk melaksanakan Dinar dan Dirham bersama-sama Umar Vadillo, yang mempelopori pelaksanaan Dinar dalam masyarkat Islam. Tetapi buat seketika kami mengundurkan diri kerana ada beberapa eksperimen yang sedang kami jalankan supaya pelaksanaan ini licin dan teratur. Permulaannya insha Allah adalah untuk memperkenalkan sistem matawang haji dalam bentuk Dinar dan Dirham.

Bayangkan sekeping Dinar yang saya beli 5 tahun dulu pada nilai RM185 sekeping, sekarang nilainya hampir RM350. Begitulah keupayaan Dinar untuk mengatasi inflasi. 1500 tahun dulu di tanah Hijaz, se ekor ayam berharga 1 Dirham, dan kini di Makkah begitulah juga nisbah harganya.

Banyak terdapat keupayaan sistem Dinar dan Dirham untuk mengatasi masalah kemunduran ekonomi, inflasi, pentadbiran kekayaan dan lain-lain. Dan terpentingnya untuk mengatasi masalah terbesar umat Islam iaitu riba. Menurut hadith Rasulullahi sallahi 'alihi wassalam, "Sekecil-kecil dosa orang yang mengamalkan riba adalah seperti ianya berzina dengan ibunya sendiri."



Nota:
1 Dinar mempunyai kandungan 4.25 grammes emas 22k.
1 Dirham pula mempunyai timbangan perak (100%) seberat 3 grammes.

Banyak terdapat penjual dinar dan dirham di KL, tetapi hubaya bahaya.

30 comments:

dith said...

Keng,

In a nutshell I get what you're trying to say eventhough my 'non-economy/finance' mind can't digest many of your financial phrases and expressions. But knowing your solid background, i trust 100% if not more,what you say!

Thanks for the info.

simah said...

interesting...

cuma saya tak berapa faham pasal penggunaan wang dinar emas..kira dinar tu digunakan dlm urusan jual beli seharian ker? boleh explain sikit tak keng bey..?

zizie ali said...

dirham dan dinar membuat saya terkenang acara melelong hamba dalam 'ali baba bujang lapuk'. bgmanapun, terima kasih mr keng krn berjaya menyalur maklumat dgn gaya yg tersendiri. menarik.

Ordinary Superhero said...

Unfortunately, the bright young exco of the kelantan government did not put his thought thoroughly before he announced it.

kunci hilang said...

Pandangan yang amat bagus.

p/s. hubaya itu apa?

Ku Keng said...

Puan Dr.:

Nevertheless they are just theories, so take it with care. I might still err.

Everything prepared for Sofi's hmecoming?

Simah Hanim:

Nanti akan saya hantarkan mekanisma penggunaan Dinar dan Dirham. Ianya tak mustahil untuk dihidupkan kembali penggunaannya.

Zizie:

Kadangkala ada yang dapat dipelajari dari P Ramlee. Yang baik-baik aja lah. Terima kasih juga kerana komen yang menggalakkan.

Dengor kabar di KT ada semejid kristal. Betul ke?

Ordinary Superhero:

Agaknyu dia pun nak jadi superhero. Sekeh ppalo baru tau!

Kunci Hilang:

Terima kasih. Itulah keluhan hati yang bimbang kepada keadaan yang tak terkawal.

Maaf ayat tu tak lengkap. Dah saya lengkapkan. Hubaya dipopulerkan oleh Dato Onn sewaktu PAS mula ditubuhkan dan bergerak aktif di Gunung Semmangol. Katanya "Hubaya, hubaya bahaya dari Gunung!". Hubaya maksudnya, 'lebih-lebih lagi'

dith said...

Keng,

:))Ini lah orang perempuan. Cepat percaya kat orang 100%, hehe. Husnudzon ya akhie!

We've planned several things but nothing overtly special. FIL buat kenduri aqiqah anak sedara cum homecoming koot. You are cordially invited if you happen to be around Kuantan on the 8th July.

Anonymous said...

susah kalau guna dinar ni dlm urusan jual beli. bygkn beli srtkhbar bg syiling dinar,jenuh fenin kepala mamak tu nk cari belen. :)

Sayuti said...

I. Setuju, tapi tidak sepenuhnya.

II. Setuju dari segi teori. Tapi, masih memikirkan dari segi perlaksanaan.

Cuma tuan, bukankah matawang disandarkan pada rizab emas sesebuah negara?

Bagaimana jika Dinar dan Dirham ini pula didagangkan nanti?

Cerita Lain:
Dulu2 waktu saya tingkatan lima (ketika itu zaman ekonomi gawat), saya jadi peserta pertandingan pidato kepimpinan peringkat kebangsaan.

salah satu daripada lima tajuk yang perlu disediakan peserta ialah 'kegawatan ekonomi: sistem ekonomi Islam sebagai penyelesaian'. pagi hari pertandingan, cabut undi, dapat tajuk yang bukan tajuk itu. Tajuk yang saya dapat berkaitan dengan 'Koridor Raya Multimedia'. saya kalah teruk (ketiga terakhir. yang lagi dua tu, gagal menamatkan pidato) walaupon mendapat tepukan gemuruh di awal pertandingan - sebab pantun intro.

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,

I.
Bukan setakat di KL, di Tanjung juga sudah banyak gerai-gerai seperti itu. Bukan apa, ada yang sudah jadi jutawan nasi lemak.

Tapi ada yang juga sekadar mencari wang tambahan.

Saya pernah cuba membuat cerita tentang gerai dan ekonomi kaki lima. Tapi tak menjadi, kerana tiada isu dan lebih menjurus persoalan sosial.

II.
Err.... minta tuan Keng jelaskan dalam bahasa Melayu mudah lengkap dengan contohnya.

Otak daif seni saya ni tak dapat mencerna apa yang ingin disampaikan dengan jelas.

Psss... heran, kalau aku komen blog Keng mesti panjang berjela.

Queen Of The House said...

Agaknya apakah kesudahannya .. Tun M's proposal tu, I mean. It looked good at that time. Sekarang ni harga emas tinggi. Kalau dulu ada duit emas tu, mwahahaha sekarang boleh kaut untung.

Anggun said...

Tuan Keng,

Guna dinar dan dirham untuk musim haji? Menarik bunyinye..Macammana tu? Mungkin tuan perlu teruskan eksperimen tuan & kongsikan bersama kami InsyaAllah. Moga usaha tuan berjaya.

Artikel tuan kali ini menarik sekali..cuma..tuan ada cadangan bagaimana mengelakkan pengangguran yang berleluasa, tambahan dengan percantuman bank-bank yang meninggalkan ramai bekas2 pekerjanya tidak bepekerjaan..aduh!!

Anonymous said...

tindakan terus mematahkan dan memadamkan hasrat kelantan untuk menggunakan dinar emas oleh kerajaan mengapa? kenapa tidak diperhalusi lagi? ceh!

Yeop-Harley said...

Ayah keng

Kemungkinan perkataan 'samah" mungkin lenyap dari kamus dewan kelantan.
btw syaya setuju penggunaan emas ni.Minggu depan syaya ada dialog dgn INCEIF boleh tanya pasal tajuk ni.

Unknown said...

Penggunaan Dinar Emas sudah lama dibincangkan, lama sebelum disebut Tun M. Tidak ada pihak yang benar-benar serius mahu melaksanakannya.

Kerajaan Kelantan harus dipuji kerana berani ambil inisiatif. Lagipun skop penggunaannya masih kecil iaitu hanya di Kedai Pajak Ar-Rahn dan mungkin pembayaran gaji anggota pekerja kerajaan negeri, jika bersesuaian.

Inisiatif ini patut disokong untuk keluar dari sistem kapitalis berasaskan riba yang sudah berakar umbi di dunia ini.

Malangnya, kepentingan politik kepartian di negara kita mengatasi segala-galanya. Simbol mesti didahulukan dari kebenaran.

hjghaz said...

Sdr Keng,

Salam...

Datanglah petanda macammana pun, yang buta, pekak, dan tuli tetap
akan menafikannya(Denial Syndrome).

Inflasi, stagflasi, bird-flu semuanya tak de kesan pada Malaysia. Paling terbaru "The Government has never been richer....

Doakan ALLAH jangan uji/hukum kita dengan apa yang kita tak mampu atasi.....

Salam

Anonymous said...

Tuan Keng,
Sekarang banyak pihak yang menyarankan supaya kita kembali kepada emas. Duit yg kita pakai harian hanyalah 'fiat money' yang hanya berasaskan kepada kepercayaan. AS hampir muflis, tetapi wangnya masih dipercayai. Itu saja. Yang menampunginya hanya angin.

Satu lagi cara kita orang biasa boleh 'keluar' dari ekonomi yang dikuasai oleh bank ialah dengan mengadakan 'wang tempatan' seperti yg sekarang dilakukan di tempat-tempat di Britain dan Kanada. Kalau anda mencari akan bertemu dgn satu usaha bersama di antara org-org Islam dan Keristian yg anti 'usury' utk kembali kpd mas dan duit yg benar-benar berharga. Di antaranya ialah kawan saya Daud Pidcock. (Carilah dia di Google)

Satu lagi cara yg kita juga boleh guna sekarang ialah dengan mengguna skim 'barter'. Pelaksanaannya sekarang misalnya oleh 'Bartercard' (sila lawati www.bartercard.com) yg boleh diguna a la kad kredit.

Nota: Saya tak tahu sama ada Dato Onn yg mempopulerkan 'hubaya-hubaya' tetapi kerapkali perkataan itu digunakan oleh Imam di dalam khutbah Jumaat lama. Misalnya, "Hubaya-hubayalah perbuatan makan suap...". Satu daripada maksud 'hubaya-hubaya' ialah jangan sekali-kali...

Anonymous said...

Tuan Keng

Saya ingat nak propose kat Pak Lah mintak di jadikan Tuan keng Economy Advisor la. Apa kata!

KakNi said...

saya pun boleh baca ajelah tapi tak boleh nak komen pasal isi cerita entry ini sebab tak pandai hal-hal ekonomi ni...

Ku Keng said...

Puan Dr.:

Shukran jaziila for the invitation. Insha Allah will notify if happen to be around in Kuantan.

ms b3rry:
Tak menyusahkan. Sekarang zaman smart chips and plastic cards. Akan lebih senang untuk dipraktikan.

Sayuti:

I & II. Alhamdulillah. Sekarang Yut, emas tak diberikan nilai sepadan lagi meskipun negara tersebut mempunyai berton-ton rezeb emas dalam gedung yang gadang. Itulah pandainya G7 memerintah dunia.

Cerita Lain: Kamu ni macam-macam pengalaman dalam hidup yang sebegitu muda. Lain kali kalu perlu berpantun, hubungi Karam S Walia.

Tuan Pegawai:

I.
Pasaraya Kakilima di KL sudah lebih hebat. Dilaporkan pelacur-pelacur dan daghai-daghai, yang terdiri dari pelajar IPT pun berniaga di kakilima Bukit Bintang.

II.
Insha Allah akan saya sediakan dalam bahasa non-teknikal.

Psst. Seronok baca komen panjang-panjang.

QOTH:
Tunggu dulu,jangan beli mas sekarang kerana harga tinggi. Selalunya komoditi ada market adjustments; harga akan turun. Waktulah beli. Tak guna beli perhiasan barang kemas. Beli emas TOLA. Jongkong yang kecil. Tapi jangan lupa zakat tahunan.

Anggun;

Projek ini ala debit card. Mudah dan senang untuk dilaksanakan. Hanya memerlukan kepada Bullion Centre Dinar sahaja.

Kalau menganggur, bolih jual Dinar Virtual.

Gitartong:
Ingat kenyataan Dato Sharir. "Yang dari Pembangkang tu semuanya salah".

Yeop:Tak akan hilang Yeop. Tak lama lagi samah akan menjadi lebih meluas dari rial, di Kelantan.

INCEIF tu apa Yeop? Anak syarikat UNICEF ke?

JiwaRasa:

Banyak kemalang-malangan di Malaysia Bro. Tun M pun kata, "Malangnya saya memilih yang tak layak untuk menggantikan saya!" Malang, malang!

Dalam menjayakan konsep Dinar, tak perlu tunggu Kerajaan. Kita buat saja. Dinar bernilai emas, duit bernilai janji.

hjghaz:

Salam kembali.

Yang dulu mengatakan orang lain pekak,sekarang dah terkena denial syndrome juga. Macam-macam perkara mula terbongkar. Belumpun sampai satu dekad lagi.

Kami "Amin" kepada do'a anda.

KKK:

Dalam pelaksanaan Dinar, pelaksanaan pertama adalah untuk menafikan bahawa cash rules. Dengan memberikan kekuatan kepada tenaga dan tanah, maka senang untuk melaksanakan barter atau counter-trading. Kekuatan penukaran akan lebih terserlah. Dan ini akan diikuti oleh community currency yang dimaksudkan. Currency ini pula akan disandarkan kepada Dinar. Begitulah process penukaran kepada Dinar yang terbaiknya. Insha Allah yang berjaya.

Permulaan, kami telah memulakan pelombongan emas di Mozambique untuk memulakan pengumpulan emas. Secara bermusyarakah dengan tenaga kerja.

Terima kasih atas informasi yang diberikan.

Pidcock yakin sesungguhnya bahawa Napoleon itu Islam.

Ya, dulu Dato Onn mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu kemarahannya kepada Sh. Abu Bakar Bakir dari Ma'ahad Gunung Semanggul.

Wafa:

Pak Lah ada penasihat ekonominya yang lebih berkelayakan. Lulusan Oxford Cambridge. Saya hanya lulusan IPT.

Lentiform:

Jangan konfius. Nanti saya terangkan mekanismanya dalam blog akan datang. Tentang Datin dan selebriti tu tak pasti siapa. Saya hanya ternampak tajuk muka depan tabloid Melayu di perhentian bas.

~ahni~:

pelan-pelan. lama-lama akan faham. seperti menggunakan komputer juga. Insya Allah.

maklang said...

terimakaseh tuan atas informasi ini...

Bunga Rampai said...

Salam.

I - di kawasan pedalaman juga warong/gerai kaki lima/tepi jalan bukan lagi perkara baru - tempat untuk anak-anak muda yang mengganggur hebat berbincang masalah penggangguran. Alahai.

II - 2 tahun dulu seorang teman beri usul supaya beli dinar. Saya tak beli. Sekarang dia usul lagi. Tengah mencongak.

p/s Mohon maaf, yang berikut tidak ada kena mengena dengan entri ini. Tapi saya kira Bro Keng arif mengenainya. Minta pendapat dan pandangan - adakah penglibatan kedua-dua yayasan ini di M'sia tidak bercanggah dari aspek akidah agama Islam...maksud saya, orang-orang Islam yang menerima bantuan dari yayasan ini:

1. Friedrich Naumann Foundation
2. Konrad Adenauer Foundation

Mungkin boleh buat entri baru mengenai perkara ini?

Terima kasih.

loppiess said...

keng,

1.
orang orang di Tremelbye Estate baik2 saja cuma seorang dua yang menjual nasi lemak dan mee hon setiap pagi di sekitarnya telah di ambush oleh MPK , dimana jualan mereka di rampas dan gerai mereka disumbat ke dalam trak. ( ketika operasi itu dijalankan, aku melihat karipap jatuh bergolekkan di atas aspal )

Adapun makcik2 itu cuma mencari seringgitdua buat membantu suami mencari belanja sekolah anak anak telah dihukum sedemikian rupa..aku sedih keng,

Disisi Tremelbye Estate ini pula gah kilang kilang haram yang menjana pendapatan beratusjuta terus hidup dgn aman. Mr Tak Aik empunya kilang merasa betapa bertuahnya hidup di atas tanah aman dan kaya ini.


2.

Betapa lengkap ugama kita Keng, hinggakan sistem ekonomi pun tergaris dalam perlaksanaannya. Jika di perhalusi riba'itu ternyatalah ia sangat zalim dan satu kaedah penindasan yg teratur.


3.

selamat menulis lagi Keng, niatkan ia sebagai ibadah..:).

Sayuti said...

Tuan Keng,
pengalaman dan ilmu saya tak seberapa berbanding tuan dan orang2 yang lebih berumur.

izinkan saya komen tentang persoalan yang dikemukakan akak bunga rampai. saya tak tahu itu yayasan apa dan tak berkesempatan nak kaji. cuma, bila orang bertanya tentang sesuatu yang melibatkan persoalan akidah, saya lebih suka rujuk rukun iman. jika tiada penafian tentang perkara2 rukun iman (dari segi hati, lisan dan perbuatan), akidah tak rosak.

itu pendapat saya saja.

Nyetok said...

ore nego ngepeng kolon pulop doh sinih.. Dale blog pon bleh ngepeng, pitih mah punyo pasal.. Serial duo riyal , tigo riyal pat ringgit. keling kelantan xleh sebut pat riyal, sensitip.

Romantis Selatan said...

Salah satu petanda kemerosotan produktiviti dunia ialah...
Piala Dunia...

Salah satu petanda yang meningkatkan ekonomi dunia ialah...
Piala Dunia...

Salah satu peristiwa di mana penduduk dunia demam beramai-ramai ialah...
Piala Dunia!

Ku Keng said...

Maklang:

Semoga memanfaatkan.

Anon 1:

Betoi ka ni?

Rampai:

I. Sekurang-kurangnya mereka masih aktif berfikir dan tidak berdengung seperti sekerat dua kerat pemuda-pemuda di KL

II. Sekarang. Harga mas jatuh dari USD700 per oz ke USD551 per oz.

III. Mereka adalah yayasan badan-badan yang berdasarkan Liberal Politics, tidak menyebarkan agama-agama lain AKAN TETAPI menengahkan perjuangan dan dasar politik yang liberal dan sekular. Di sinilah kita harus berjaga-jaga.

Lope:

1. Warga Tremelbye harus menubuhkan NGO untuk memperjuangkan hak asasi mereka. Parti-parti politik memperjuangkan hak asasi ketua bahagian dan cawangan.

2. Hatta sabda Rasulullah, "Aku akan mengajar kamu adab di dalam tandas!"

3. Insha Allah Lope, dengan sokongan anda dan sahabat-sahabat lain.

NBB:

Tak jadi masalah NBB, kita gunakan sistem seperti prepaid card iaiatu kad pra-bayar telefon atau debit card.

Candle scent suppliers:

Ini namanya BAJANG. Pengacau daun.

Nyetok:

Kalu nyo ngepeng nyo wi sample dok apo jugak. Ni nyo wi air lior jo.

Romantis Selatan:

Saya diberitau di Brazil, ada sejumlah 2 juta pemain kelab-kelab.

Tengok bola jangan mis solat fajar. Itu harus jaga. Kalu miss, itu petanda yana amat tak baik.

Anonymous said...

yeh yeh not bad guys

Anonymous said...

dalam ramai nampak yang satu.dalam satu nampak yg ramai

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it »