Tuesday, August 08, 2006

Boikot, Boikot dan Boikot

I.

Secara kebetulan atau begitulah dinamakan takdir, aku menerima kelmarin dua mel yang mengandungi maudhuk (tajuk) yang sama.
B-O-I-K-O-T I-S-R-A-E-L.

Mel pertama dari Pucuk Manis, amat menarik kerana di samping mengandungi senarai barangan yang ada kaitan dengan Yahudi, juga mengandungi satu pengajaran tentang seekor burung yang cuba memadamkan api yang begitu menyemarak sewaktu Namrud mencampakkan Nabi Allah Ibrahim ke dalam api.

Jadikan kisah si burung kecil yang cuba untuk memadamkan api yang dinyalakan untuk membakar Nabi Ibrahim sebagai iktibar. Burung ini telah cuba memadamkan api tersebut dengan mengambil dan mencurahkan air hanya dengan menggunakan paruhnya yang kecil. Tetapi apabila ditanya malaikat kenapa dia berbuat begitu, burung itu menjawab bahawa (di akhirat nanti, bila di tanya Allah S.W.T kelak), dia (walaupun mengerjakan perkara yang mustahil untuk memadamkan api), sekurang-kurangnya telah melakukan sesuatu untuk menolong seseorang yang mempercayai Allah, sewaktu ianya dalam keadaan bahaya!!!

Alangkah malunya kita di akhirat nanti sekiranya tidak dapat menjawab sama ada kita pernah melakukan ikhtiar sebegitu. Sedangkan burung yang tak berupaya itu, seakan-akan mempunyai banyak keupayaan dan kelebihan cuba membuat sesuatu. Amat berbeza sikapnya jika di bandingkan kita yang masih berdiam diri...

Masihkah kita akan berdiam diri?
Masihkah?



e-Mel kedua dari Ku Kelak Klang ("KKK") pula mengandungi makalah Case for Boycotting Israel, yang ditulis oleh Virginia Tilley. Virginia Tilley pula bukanlah beragama Islam!

It is finally time. After years of internal arguments, confusion, and dithering, the time has come for a full-fledged international boycott of Israel. Good cause for a boycott has, of course, been in place for decades, as a raft of initiatives already attests. But Israel's war crimes are now so shocking, its extremism so clear, the suffering so great, the UN so helpless, and the international community's need to contain Israel's behavior so urgent and compelling, that the time for global action has matured. Read more...

Dan KKK berpesan:

Please pass it on.
But please don't read while drinking in Starbucks
pretending to be cool,
or shopping in Tesco's trying to be that too.
There's nothing cool about drinking or shopping for Israel...

Well, while you're at it,
boycott Nestle too.
They're as Israel as you can be.
Will we be dead from that?
Not likely,
but the Palestinians and the Lebanese people would thank you.


II.

Awal pagi ini pula aku menerima sms dari seorang kiyai, Pak Habib dari Jakarta, yang berbunyi sebegini:

Kemudian mereka berperang selama sebulan, dengan saling menyerang, dengan burung (ditafsirkan sebagai, roket dan bom), dilemparkan kepada Israel dan kepada kalian. Dan ketika tiba bulan berikutnya, Tuhanmu berfirman "Hari ini Aku menghunus pedangKu untuk membunuh musuh-musuhKu dan menolong kekasih-kekasihKu." Lalu mereka bertempur dalam peperangan yang belum pernah disaksikan sebelumnya.


~ Hadith riwayat Ibn Asakir, dalam kitab "Al Mahdi Al Muntazhar fi Wishooli Ahlus Sunnah". (Sanad Hadith bersumberkan kepada Sunan Abu Dawud). ~.

Peperangan inikah dan bulan inikah, yang dimaksudkan? Wallahu a'lam.


III.

Tetapi yang paling mengejutkan Ahad lalu (The Sunday Mail 6 Aug) adalah fatwa dari seorang ulamak Wahabbi, Sheikh Safar al Hawali yang mengfatwakan bahawa Hezbollah adalah kumpulan Syaitan dan tidak wajib mendoakan kemenangan bagi mereka!

Sekarang terang dan nyatalah kenapa dan mengapa ramai Melayu menjadi murtad!!

IV.

Berita-berita mutakhir tentang peperangan dan perjuangan di Lebanon boleh didapati di sini dan di sini.



16 comments:

Ordinary Superhero said...

Ayoh Keng,

Itu lah yang nak diperbesar2kan oleh penyokong2 zionis. Kunun nya sudah ada perpecahan dan sokongan kepada Hezbollah telah berkurangan.

Shida said...

Tuan Keng,
Sekarang x mahu guna produk NESTLE x ape dah.. Tuan Keng boleh oder perencah mee bandung dan asam pedas dari saya.. ternyata sah tidak menyumbang ke Jew.. he he he..

Sayuti said...

Tuan Keng,
Terkedu dengan perkara no III itu. Betul2 terkedu.

Op said...

dan apabila seluruh umat islam bersatu, tibalah hari itu.

gitartong said...

zionis sedang ketawa

dith said...

Ya saya pon terkedu membaca hal no 111!.
Apakah benar semua yg memegang fahaman Wahabbi, bependirian sebegini? kalau betul, sedih! Semakin hari semakin jelas ketidakbaikan ajaran mereka yg kononnya nak mengelakkan segala bidaah....

Keng, you think the Wahabbis have a role in the rise of apostasy

jawat said...

minta kepastian, tu hadis sahih ke?
thanks.

sinaganaga said...

Keng,
Terus terang - bateri utk macintosh kami - made in Israel. Jika siapa2 terjumpa bateri utk macintosh made in negara2 lain - sila beritahu dan email saya!

kenakelayan said...

Pertolongan Allah sentiasa bersama pihak yang benar. Selain tindakan ekonomi dan usaha-usaha lain, jangan pula kita lupa senjata mukmin yang paling utama: doa.

Ku Keng said...

OS:

Alhamdulillah ramai sukarelawan yang telah bersiap sedia untuk ke Lebanon, dari merata pelusuk dunia. Tak ada perpecahan kecuali dari puak ultra Wahabbis dari Saudi.

Shida:

Tolong hantarkan sample kepada kami semua. Hari ini hari milad i.e. birthday, ke?

Sayuti:

Orang seperti ini, patut ditanam hidup-hidup.

Op:

Mari kita bersatu dalam memboikotkan barang-barang Israel. Di London, Sao Paolo dan NY, mereka lebih gigih memprotes. Kita di sini, suam-suam saja.

Gitartong:

Tak juga, mereka menangis-nangis.

Puan Dr.:

The Wahabbis are playing God's role in everything. Everybody are apostates in their eyes.

Jawat:

Kalu berdasarkan kepada Ibn Asakir, mesti tak palsu kerana beliau amat teliti dalam pemilihan hadith-hadith. Wallahu a'lam.

Naga:

Dah beli tak apa, tapi jangan beli yang lain-lain yang baru. Gunakan bateri itu untuk menjanakan bahan-bahan untuk melawan mereka.

Kenakelayan:

Doa adalah senjata yang paling ampuh. Sohih.

Ku Kluk Klang said...

Ku Keng,

Dalam dua-tiga hari ini saya kerap ke sebuah tempat sembahyang di sebuah hospital besar di London. Satu perkembangan menarik sekarang di London ialah kalau mau sembahyang, carilah sebuah hospital besar - ada kemungkinan ada sekurang-kurangnya sebuah musolla.

Apabila kami masuk ke tempat sembahyang di hospital itu (dismipan kemas bersih dan teratur) ada satu petition di papan kenyataannya yang berkata: "Dear Bro xxx, We petition for the removal of our Imam..." dan ditandatangani oleh lebihkurang 20 orang jemaah. Bila saya melihat itu reaksi pertama ialah ketawa, dan menggeleng kepala. Selepas itu, di wad, saya ternampak nurse lelaki Algeria yg tadinya menjadi Imam kami waktu asar. Terus saya bertanya kepadanya, kenapa begitu marah sekali kepada Imam Solat Jumaat. Jawabnya, politik Imam itu memecah-belahkan ummah pada saat yang genting seperti sekarang. Misalnya, tiap-tiap khutbah dia asyik mengecam Syiah saja, dan hingga memanggil Hizbullah syaitan. Saya rasa kesal sebab tidak menandatangani petition tadi, tapi, sebab saya bukan Jemaah di situ, teringat pula kepada Hadis yang berkata satu perkara yang tak disukai pada seorang Muslim ialah bila dia mencampuri perkara-perkara yg bukan halnya. Saya tak tahu menahu tentang latarbelakang di situ, jadi tak sayugia saya masuk campur...

Di London ramai Imam 'itinerant' yang pergi dari sebuah masjid ke sebuah masjid untuk menjadi Imam. Ada yang berapi, ada bermain api, ada yang senang menyala, dan ada yang bagus betul.

Wassalam.

Ku Klux Klang said...

Maaf nama saya masih Ku Klux Klang, tapi ...salah tapi.

Ku Klux Klang said...

Er, salah TAIP.

Ku Keng said...

Ku Klux Klang:

Ya bukan Kelak Klang atau Kelak Kling. Tapi Ku Klux Klang, Ku Klux Klang, Ku Klux Klang. Aa sekarang ingat dah.

"Imam-imam" yang suka menghukum itu sebenarnya bercakap dengan nafsu yang membara semata-mata kerana ingin mencari kemasyhuran. Tapi tak disedari bahawa mereka sesungguhnya menjadi masyhur sebagai perusak masyarakat.

Apa yang nak dipertikaikan sama ada Hizbullah itu syiah atau sunni. Sekiranya sewaktu melangkah untuk berjuang, mereka bertekad bahawa mereka adalah tentera yang ingin mempertahankan agama Allah, dan keluar pula dengan laungan La ilaaha illalLah, apakah yang dapat kita bersandarkan untuk menghukum tentang akidah mereka? Pendirian Yusuf al Qardhawi dalam hal ini amat bijaksana.

Ku Klux Klang, Ku Klux Klang ....

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng, maaf lama tak berkomen. Terlalu sibuk hatta mahu membaca blog sekalipun.

I.
Selemah-lemah iman adalah menegur dengan hati.

II.
Mungkinkah?

III.
Tanda-tanda dunia akhir zaman.

IV.
Terima kasih.

masaklomak said...

Kita sebok nak boikot, orang kat mekah dok bawa kereta chrysler and makan kat macdonald lagi .... kecik bonar batu kita ni. Doa je lah supaya batu kita membantu.