Powered By Blogger

Saturday, August 05, 2006

MENCARI HUKUM


I.

Perompakan atau perampokan menjadi-jadi di Kuala Lumpur dan Selangor. Hakikatnya penduduk di kedua tempat ini dalam ketakutan pada setiap malam dan awal pagi. Bajingan memang bermaharajalela. Rumah Lope di Ladang Tremelbye dipecah dalam operasi ”kutip rejeki” pada awal pagi sebelum subuh dan rumah Ordinary Superhero di Bukit Antarabangsa pula selepas subuh. Itu tak pelik. Lama dulu rumah kawanku yang berjiran dengan Ketua Polis Negara, dirompak pada jam 1.30 tengah-hari! Dalam keadaan yang terang benderang. Polis yang menjadi sentri hanya di sebelah pagar tak menakutkan langsung.

Pembunuhan bersabit dari rompakan kecil-kecilan menjadi kebiasaan, seolah-olah nyawa tak bernilai lagi. Setiap hari akhbar memuatkan berita-berita pembunuhan. Setiap hari bĂȘ. Tak payahlah saya menceritakan tentang pembunuhan yang berekoran dari seruan ghaib yang diterima pembunuh. Anak memenggal kepala ayah dalam masjid. Kawan menikam rakan sekerja di rumah. Dan anak menikam ibu dan ayah. Semuanya berekoran seruan ghaib yang tiba-tiba timbul. Tak kiralah sama ada seruan ini dimangkinkan oleh kegilaan atau dadah.

Perogolan dan pembunuhan? Apa kurangnya. Seolah-seolah negara kita ni tak ada keselamatan langsung. Setiap bulan pasti ada dua atau tiga kes. Bukan hanya di bandaraya-bandaraya. Di kampung pun berlaku. Kejam dan mengerikan.

Saya teringatkan kepada Kota Jakarta pada awal pemerintahan Pak Harto dulu. Sama keadaannya seperti yang saya ceritakan. Akhirnya tentera-tentera malam yang beroperasi secara sulit membuat rondaan malam dan membunuh sesiapa sahaja yang berjalan-jalan tanpa sebab serta yang tidur di tepi-tepi parit, longkang dan terowong di Kota Jakarta. Akibatnya tak ada sesiapa yang berani keluar malam, meronda-ronda tanpa tujuan. Berkeliaran tanpa keruan. Dan Kota pun menjadi aman.

Kalau kita juga lakukan sedemikian dan mana-mana pencuri yang ditangkap dijatuhkan perbicaraan a la kangaroo court, iaitu dengan serta-merta dan hukumannya pula adalah dengan memotong tangan mereka. Tanpa bius. Tapi dengan parang tajam. Dengan sekali cantas. Bagaimana?

Ah jangan, kerana kata pemimpin, nanti ramai yang bertangan kudung. Biarlah kita hidup dalam ketakutan. Redhalah dengan kecurian. Jangan sekali-kali menakutkan pencuri-pencuri dan perompak-perompak atau bajingan dengan ugutan sebegitu.

Dan jangan pula pandai-pandai menjalankan hukum rejam ke atas pezina atau perogol, kerana nanti harga batu akan melambung. Akan melambung pula kos projek jembatan Pulau Pinang Kedua. Mungkin juga akan menyebabkan Singapura tak jadi membeli batu-batu dari Malaysia. Kerana ada yang berlumuran dengan darah si kena hukum.

Issyh, jangan fikir untuk buat yang bukan-bukan. Jangan memandai-mandai.


II.

Kelmarin seorang sahabat (kami memanggilnya Ustaz, tetapi bukanlah ustaz, sebenarnya) bertanya kepadaku. ”Andainya Lindaseronok (Joy = seronok) mati. Ana bukannya hendakkan dia mati, tapi mati itu satu kepastian. Dimanakah beliau akan dikebumikan?”

Sebelum sempat aku menjawab, beliau meneruskan,”Kalau mengikut hukum syarak, tak boleh di perkuburan Islam kerana beliau telah mengisytiharkan dirinya keluar dari Islam. Tapi kalau mengikut hukum pentadbiran, mestilah di perkuburan Islam kerana beliau secara pentadbirannya masih Islam – mengikut maklumat pada Mykadnya.”

Aku hanya mengiakan.

Beliau menambah lagi, ”Tapi hari tu si Moorthy, bagaimana? Beliau tak ada kad pertukaran agama dan Mykadnya pula masih mengakuinya sebagai orang Hindu. Hanya dari pengakuan kawan-kawannya beliau dikatakan Islam. Dan pengebumian mengikut hukum syarak.”

Aku, ”Ia tak ia juga..”

“Jadi Lindaseronok pulak bagaimana? Di mana nak dikebumikan?” beliau berhujjah.

Aku, tak menjawab.

“Ana keliru Sheikh,” ujarnya lagi, “ini disebabkan oleh satu perkara.”

”Apa dia?” tanyaku.

”Undang-undang Sheikh. Kita hanya ada undang-undang sendiri. Jadi inilah yang mengharu-birukan keadaan. Yang ditetapkan oleh Pencipta sudah ada. Hukum Murtad dan cara-cara penghukumannya. Complete. Awat tak pakai saja hukum ni?”

Dalam hatiku terlintas pula jawapan, ”Nanti ramai pula yang akan dijatuhkan hukuman mati dan berkuranganlah penduduk negara kita!” Susah, susah. Kita maju atas dasar ekonomi konsumerism, jadi nanti bankraplah negara.


III.

Banyak perkara yang berlaku ekoran daripada pilihan kita sendiri.

Nati kita tanyakan tentang solusinya pada bakal calon pilihanraya dan bakal MB Selangor akan datang. YB Abdullah Jones.


IV.
Dan saya amat berharap yang pegawai penapis blog yang membaca entri ini akan membawa rungutan saya dalam mesyuarat lapurannya.

11 comments:

Ordinary Superhero said...

Ayuhai Ayoh Keng, dua tiga hari ni memang kawan2 kat Bukit Aman kena kerja lebih masa melawat blog2 yang femes. Tapi belum tentu dapat elaun over time.

Si Lina tu biar lah dia berseronok dengan persaan betapa besar dan gah nya dia boleh mencabar ketetapan Tuhan.

Sayuti said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sayuti said...

I.

itulah tuan. mereka tak faham konsep. undang2 Islam bukan untuk menghukum, tapi untuk menghindar.

prevention is better than cure.

II.

tak kiralah dikubur mana dia ditanam tuan, azabnya tetap ada. susah2 sangat bakar saja mayatnya.


III.

Ya ya. Pangkah dia.

IV.

Kalau boleh komen saya juga.

dith said...

Itulah natijah kerana mencari benda yang dah sedia ada depan mata tapi kita buat tak nampak!

* Keng, tak jadi pergi lagi, buat masa sekarang*

Pegawai Khalwat said...

I.
Tak apa tuan. Kalau batu habis, Link Kedua Pulau Pinang boleh dibuat dari besi atau kayu cengal.

II.
Kubur? Ada lagi ke tanah kubur time tu?

III.
Cepat-cepatlah YB AJ balik ke Malaya sebelum tambang MAS terus naik.

IV.
Ada jawatan tu ka? Nak applylah.

Anonymous said...

Aku konfius, sebab semejak dua mejak ada Islam Hadhari ni lagi teruk keadaan.

Anonymous said...

masa orang dok mengaji quran peringkat antarabangsa, ada akademi fantasia, semalam pulak konsert fantasia. Oii, orang kita suka berfantasia..cakap fasal ugama berkobar2, tapi penhayatan dan praktiknya di mana?

Anggun said...

Tuan Keng,

Sungguh menakutkan fenomena kini..Makin diterukkan dengan limpahan program2 melalaikan..hati manusia makin jauh dari Tuhan..Nauzubillah.

Adakah kita makin hampir meniti ke akhir zaman?

Anonymous said...

Kita jaga anak2 kita ya!

Anonymous said...

Keng, mung adakah photo lindaceronok ni? teringin nak nengok wajahnya.

Ku Keng said...

OS:

Semoga jawatan yang baru diadakan itu membawa ganjaran dan manfaat.

Ya seronok di dunia dan mungkinkah akan seronok di akhirat?

Sayuti:

Masalahnya Yut, masakini, penyakit mendadak dan kronik, jadi kena ambil drastic curative measures secepat mungkin.

Puan Dr.:

Matu dikelabui dengan hiburan.

Tuan Pegawai;

Jangan guna cengal. Akan jadi lebih mahal.

Orang Hilirang dan Orang Hilirang di Marang:

Dia kata nggaji ngajji, hiburang hiburang. Bila minyak kena air, dia beleming sikik je.

Anggun:

AKhir zaman kecil atau besar, semuanya membimbangkan kita.

Anon:

Minta e-mel dan akan saya hantarkan gambar yang dikatakan gambarnya. Nak bubuh di blog, takut tersalah orang.