Powered By Blogger

Friday, August 25, 2006

Bezakan



BAB 1.


Kriing, kriiiing, kriiing…………………Kriing, kriiiing, kriiing…………………Kriing, kriiiing, kriiing…………………


“Assalamu alaikum, Majlis Agama di sini.” Seorang yang bersongkok yang asyik membaca akhbar tabloid, acuh tak acuh menjawab talipon yang bertalu-talu deringannya.

“Wa alaikumus salam Tuan. Saya ada masalah berat tuan,”

“Siapa cakap tu?”

“Nama saya Idris, Tuan. Masalah saya Tuan, anak angkat saya bercinta dengan seorang budak India.” Idris mulakan ceritanya.

“Nak masuk Islam ke?..” Tuan itu bertanya.

“Tak Tuan. Gadis tu tak nak masuk Islam. Tapi dia paksa anak angkat saya masuk agama dia Tuan. Suruh kawin di geraja.” Jawab Idris. Cemas.

“Hah, ni kes berat. Tak kan anak sendiri tak boleh jaga. Tak nasihat dia ke?” Tanya Tuan.

“Dah puas Tuan. Sekarang dah lama tak balik rumah dah.” Jawab Idris.

“Ini kes bukan bawah jagaan saya En. Idris. Boleh tak awak talipon balik minggu depan. Minta sambung kepada Ustaz Kadir, pegawai kaunseling. Ustaz tu tu sekarang bercuti kerana cuti sekolah.”

Tuan itu meletakkan gagang talipon dan kembali membaca berita perkahwinan seorang duda dengan seorang penyanyi. Dia tersenyum-senyum gembira. Tumpang seronok.

“Hello, hello…” Idris. Terpingga-pingga.


BAB 2.

Triiing, triiing, ……….

“God bless. Salvation Centre. Daniel here. Can we help you?”

“God Bless, my brother. This is Janet Murugesu.”

“Ah, Janet. How are you? How is Kulup progressing with the lessons?”

“Not much progress yet, brother, as he is still confused and is constantly being disturbed by his family members. They are trying to bring him for counselling to the Pejabat Agama.” Janet.

“Christ. In that case we need to protect him. Can you bring him here today so that we can keep him safe with us?”

“That is what I thought of brother. We will be there at noon. God Bless.” Janet.

Daniel wasted no time. He quickly sent an e-mail addressed to the Salvation Group. The Group comprises of several lawyers, NGOs, the various church organizations, certain 'Malay' NGOs, church activists and pastors. The mail was short and simple:

God Bless Brothers,

We have an urgent situation at hand. We have to save a friend who is seeking salvation. Matter has been brought to attention of Jabatan Agama. Need to mobilize all resources to stop process and provide assistance.

He will be brought to the Center this afternoon for refuge. Need volunteers and counselors to assist him. Please bring food supplies.

God Bless.

BAB 3.

Tepat jam 12.00.

Janet tiba dengan Kulup. Mereka disambut dengan penuh keriangan dan kasih saying. Tak timbul rasa kekok kepada Kulup. Beliau terasa amat selesa, selamat dan diterima di kalangan kawan-kawan yang baru ditemui. Dan dijanjikan pula keselamatan yang berpanjangan.

Dengan sekali tekan butang send maklumat tersebar merata, melalui e-mel. Tak perlu tunggu habis cuti sekolah atau cuti kahwin atau apa-apa cuti pun.


BAB 4.


Hari hari berikutnya.

Encik Idris, masih mencuba-cuba untuk meminta bantuan dari badan-badan Islam. Pelbagai-bagai nasihat yang diberi, tapi tak ada khidmat yang diperolehi.


Nota:
Nama-nama yang digunakan bukan yang sebenarnya.

Akan tetapi ini cerita benar yang berlaku minggu ini. Kulup ini anak yatim piatu yang diambil oleh En. Idris sebagai anak angkatnya.

26 comments:

Ordinary Superhero said...

MasyaAllah...

Sayuti said...

(...sambungan tidak rasmi)

bab 5:

Kemudian Kulup mengumumkan pertukaran agama beliau, dan ingin memohon segala maklumat peribadi beliau ditukar seadanya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Tuan di Majlis Agama tadi terbaca dalam tabloid. Dia tersentak. Kemudian, dengan segera dia menghantar email berikut:

"Saudara2ku,

Status Melayu Islam sedang dicabar oleh Kafir Laknatullah. Mereka tidak puas hati dengan Melayu-Islam dan mahu memurtadkan semua anak2 kita. Mereka mahu menghancurkan kita.

Kamu sayangkan bangsa dan agama kamu? Sila forward email ini kepada rakan2 yang lain."

Tuan itu menekan butang send. Dalam sekelip mata, email itu merebak dan memenuhkan ruang siber dan inbox email2 orang Melayu-Islam.

Seorang demi seorang tampil menyalahkan orang yang lain, kecuali dirinya sendiri.

Badan agama menyalahkan badan bukan kerajaan, badan bukan kerajaan menekan kerajaan, kerajaan menekan badan agama, badan agama menyalahkan media, media menyalahkan badan bukan kerajaan, badan bukan kerajaan menyalahkan media balik, media menyalahkan kerajaan pula, kerajaan marah media, media menyalahkan badan agama...

Dan isu sistem perundangan timbul, isu sejarah timbul, dan pemimpin politik dipersalahkan.

Jari terus menuding kecuali ke arah cermin.

Bab 6:

"I am happy now. I have found salvation!" Kulup exclaimed in front of the enthusiastic crowd.

The crowd cheered and clapped.

"Aleluyah!" one voice shouted. The word echoed throughout the crowd.

Bab 7:

Tuan pejabat agama tadi beritahu versi ceritanya kepada kawannya, seorang penceramah.

Penceramah itu kemudian mengulangi cerita itu kepada hadirin dalam setiap sessi ceramahnya.

Hadirin2 menjadi marah dan beremosi. Terpekik melaung "Allahu Akbar!" tanpa sedikit pon menghayati kalimah suci tersebut.

Yang penat, balik ke rumah dan tidur.

Yang lebih rajin, bercerita kepada kawan2:

"Idris itu tak pandai menjaga anak angkatnya..."

"Kerajaan kita tidak tahu mentadbir dan tidak menjaga syariat Islam! Kita harus tukar kerajaan!"

"NGO itu sudah melampau!"

"Ah, ini semua sebab nasyid kontemporari! Geli geleman!"

"Datuk K dan Siti tu sebenarnya, diorang gitu2 dan gitu2..."

Yang paling rajin, pergi berdemonstrasi sehingga mencetus kacau bilau. Polis datang suruh bersurai, dimakinya polis itu.

(cerita ini rekaan semata2 dan terus bersambung...)

Persoalan: Kenapa lebih banyak tindakan berbentuk 'responsive' daripada 'preventive'?

NOTA: Maaf Tuan Keng, saya salah guna tempat komen ini. Saya emotional sikit sekarang akibat tekanan kerja.

Anonymous said...

all one is need is extra attention plus information!

but sorry to say when one enquire, one being stared one kind and 1001 reasons came up saying 'we are not sure whether we are going to tell u the right thing'...

Thank God, there are one or two are pretty helpful!

blackpurple @ jowopinter said...

Hmmm....

Siapa harus disalahkan.. satu jari menuding ke arah orang, tiga atau empat jari menuding ke arah diri sendiri...

Cuba baca pandangan sahabat blogger kita, Hamka dalam mengupas persoalan ini;
http://keretamayat.blogspot.com/2006/08/mengapa-mereka-murtad_15.html

Anonymous said...

not blaming anybody but help needed is unreacheable...

Anonymous said...

not blaming anybody but help needed is unreacheable...

tuan tanah said...

Cerita ini mengingatkan saya kepada cerita yang satu lagi ini.

This is a story about four people: Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody.

There was an important job to be done and Everybody was asked to do it.
Everybody was sure Somebody would do it.
Anybody could have done it, but Nobody did it.
Somebody got angry about that because it was Everybody's job.
Everybody thought Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody wouldn't do it.
It ended up that Everybody blamed Somebody when actually Nobody asked Anybody.

Bunga Rampai said...

Salam. Ya, perbezaan yang amat ketara. Sedih.

Berkasih sayang fitrah semulajadi manusia, ia mengerat persaudaraan dan membawa muafakat, lantas bisa menyatukan ummah. Umat Islam tahu akan perkara ini.

Tapi kini kebanyakan kita sudah lupa untuk berkasih sayang sesama insan dek terlalu sibuk menyemai dan menuai kasih pada harta dan kuasa, pada rupa dan status, pada nama dan pangkat.

Kita lupa untuk bersyukur, kita juga lupa untuk berserderhana dalam banyak perkara.

Ayuh kita bangkit, tanamkan rasa berTuhan, semarakkan kasih sayang kita, mulakan dengan diri kita sendiri, bermula dari keluarga kita.

ufukhati said...

Bak nyanyi orang dulu-dulu :

Bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
.........

Renungan :

Kita sendiri terima ilmu agama daripada didikan sejak kecil (atau selepas kecil) bukan selepas lahir ke dunia terus tahu Tauhid, Fikah, Usuludin tanpa belajar apa-apa.

Itu sahaja.

Pegawai Khalwat said...

Maulana Keng,

Setuju dengan Sayuti. Aku lihat dari dulu masyarakat kita ni lebih bersifat responsive. Tidak progresive dan proaktif.

Kalau dah terhantuk barulah terngadah.

Bila dah ada orang mati lintas jalan baru sibuk nak buat jejantas atau lampu isyarat.

Bila dah ada orang kena rogol di tempat letak kereta baru nak letak CCTV.

Bila ada tanah runtuh timpa rumah baru nak pasak bumi.

Semuanya selepas dan bukan sebelum. Tak ramai yang suka mencegah dari mengubat.

Psss.... ini pun ada orang nak cadangkan agar blog dipantau. Mungkin dia nak mencegah la kot.

(Heran aku, kalau aku komen blog Keng mesti panjang berjela)

simah said...

salam keng bey
minta maaf lama dah tak menjenguk blog keng bey..

saya ada baca email yg diforwardkan yg sudah ramai orang islam di malaysia yg murtad..sampaikan ada web pages sendiri dengan list nama n cerita dia orang sendiri mcm mana depa murtad....betul ka ini semua semakin meluas?

2 cerita diatas sangat menyedihkan... terutama cerita yg pertama.. 2 response berlainan ..

Mama Pongkey said...

Astaghfirullah...
Apa nak jadi sekarang ni...

KakNi said...

“Ini kes bukan bawah jagaan saya En. Idris. Boleh tak awak talipon balik minggu depan. Minta sambung kepada Ustaz Kadir, pegawai kaunseling. Ustaz tu tu sekarang bercuti kerana cuti sekolah.”

Ini memang kes di bawah jagaan sesiapa tetapi adalah tanggungjawab semua orang Islam!
Ada ilmu, ada kuasa tapi tak nak tolong, memang tak patut betul!

KakNi said...

Maksud saya "Ini bukannya kes di bawah jagaan sesiapa..."

Lagi satu tuan keng boleh ke saya nak copy entry tuan keng ni nak email kat kawan?

Queen Of The House said...

It's a true story? Masyaallah, that is scary!!

Ku Keng said...

Ord Super:

Begitulah hakikatnya.

Tapi Alhamdulillah, Jami'ah Dakwatul Islamiah Selangor dah bersetuju untuk menubuhkan Call Center khas untuk ehwal ini. Insha Allah.


Sayuti:

Yut, sungguh tepat dan menyakitkan hati. Tapi itulah hakikatnya.

p.s. Yut, Kalau Tuan Pegawai Khalwat nak buat drama yang menrangkumi Bab-bab di atas, kita mintak royalti ye!

Lost Butterfly:

Now we need to do the right thing. And to admit that we have not been doing the right thing.

Blackpurple:

Yang disalahkan adalah pada yang ada kuasa tapi telah melakukan kezaliman. Dan tak perlulah Hamka menyalahkan dirinya sendiri di atas segala-galanya kerana Allah SWT membebani kita hanya pada tahap yang kita dapat pikul. Marilah kita semua menyalahkan diri sendiri kerana tak mau bekerjasama dalam hal-hal keagamaan.

Puan Tanah:

Nobody ever did ask. Or when asked, nobody cares. Hopefully not anymore now.

Dik Rampai:

Masyarakat yang bermaufakat. Itulah yang sebaiknya.

Ufukhati:

Pentingnya hati terbuka untuk menerima ilmu.

Siput Sedut:

Kenapa jabatan agama suka melengah-lengahkan hal. Nak bercerai mengambil bertahun-tahun dan bertahun-tahun untuk mendengarkan kes. Sehingga nafkah dilupakan. Mereka perlu dirombak semula dan diberi tenaga baru.

.Tuan Pegawai:

Bila ada baru diadakan. Itulah lumrahnya.

(Tuan, kalu komen anda pendek, saya terkilan!)

Simah:

Selamat kembali dari cuti. Begitulah keadaannya dinegara anda sekarang.

Kenakelayan:

Sekarang keliru dan haru biru.

~ahni~:

Untuk melinkan,tak jadi masalah. Teruskan.

QOTH:

True and sad.

masaklomak said...

Once they kill all murtads.... lets.....:) & do it with a smile not grimm nor sad..... Just like the Jews.

Even prophets cant guarantee their kids the heavens. More so we. Just let it be. Its their choice. It is a free world and most of the times human laws are meant to be broken an dthis is not laws made by humans. So what if some one wants to exit.... what does the Quran say? Kill them? If you wont kill them then let them be.

Most people want to do something because it affects them; malu ka... segan ka.. anak dah convert.

Its too late baby.... If you wanna do something, should have been done before.. Even then theres no guarantee. What happen happened. Whats done, done. Move on. Doa je lah. Tak yah nak pandai2 buat judgement lak ... buat dosa ngumpat je. Kalau tak nak bunuh dia, Biak pi la dia... doa kan je kesejahteraan dia moga2 dia kembali ke pangkal jalan. Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Amin.

Anonymous said...

Astaghfirullah!

Very interesting article. Hard to swollow but that is the reality.

I ask myself everday, what should I do to help, as this will effect this country's future muslim generation!!!!

In my humble opinion, every muslims can play a role from home by "educating islamic values" and practise "Amar Ma'ruf Nahi Mungkar"

abdullahjones said...

bro, bila mau uo-date-la.

sinaganaga said...

Moral: Pegawai2 Agama Islam di Malaysia kena pergi kursus asas IT dan belajar macam mana nak buat blog?

Kan Keng? Kan? Kan?

sinaganaga said...

Or, Pegawai2 Agama Islam di Malaysia kena belajar bagaimana nak tekan punat SEND kat email tu?

Kan? Kan? Kan?

loppiess said...

setuju saja dgn yut tapi...yut pun salahkan orang orang yg suka salah menyalahkan orang lain tu..yut dah masuk bulatan!

mas keng & yut,
berfikirlah kita ( aku, keng dan yut ) untuk membuat solution.

Sya said...

Pernah berurusan dgn Pejabat Agama.. begitulah kerenah mereka tak tau bila nak berubah

dith said...

Keng:

Sheer pathetic. Those who are directly involved in the work of dakwah seemed so complacent. We are still being plagued with 'its enough to do the minimum' attitude.

Bunga Rampai said...

Akhirnya nampak juga kelibat Bro Keng di blog Pak AJ. Alhamdulillah, cuma masaalah streamyx yang mengganggu.

Saya nanti update seterusnya.
Salam.

Ku Keng said...

Masaklomak:

Masalah berpunca dari kita yang maukan Islam. Jadi sekarang yang diperlukan adalah total solution.

wafa:

whatever is being educated in the home is being indoctrinated outside the home and also in the home through the idiot box.

AJ:

Sori Bro., banyak masalah.

Naga:

Mereka menunggu keyboard jawi.

Lope:

Ya Lope mari kita cari jawapan kepada hal-hal ini. Bila nak jumpe?

Sya:

Mereka perlu diberi latihan semula.

DITH:

Too complacent and over authoritative.

Rampai:

Ya, dah mula aktif.