Saturday, July 15, 2006

A La Pagan?



Sebelum kedatangan Islam, temasya Okaz di luar kota Makkah, merupakan temasya tahunan yang gemilang. Lebih gemilang dari World Cup. Temasya yang di tunggu bukan hanya oleh penduduk Makkah, tapi oleh keseluruh pedagang dan peniaga dan ahli-ahli seni tanah Hejaz dan Arab, dan dari kawasan-kawasan lain disekitarnya.

Di Okaz, akan dipamerkan barangan yang datangnya dari seluruh pelusuk tanah Arab. Bau-bauan yang semerbak, dari campuran bunga-bungaan dan kayu-kayu wangi seperti ‘oud dan gaharu dan lain-lain kayu ekosetik dari benua Afrika, India dan Asia (ketika itu belum lagi dikenali dengan nama-nama tersebut). Barang-barang tenunan yang cantik-cantik; pakaian yang menarik; peralatan perang yang dibuat dengan kemahiran yang tertinggi dan pelbagai lagi barang-barang yang meskipun tak berjenama, dibuat atau dihasilkan dari pembuat yang termasyhur.

Dan antara yang didagangkan termasuklah juga tenunan dari Sidon, Sutera dari Cina, wangi-wangian dari Hindi, batu permata dari Serendib, tempaan dan peralatan logam timah dari Kallan. Kallan? Ya Kallan yang sekarang ini bernama Kelang, di Selangor. Begitulah mengikut kajian sejarah, Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam ada mempunyai sebilah pedang yang ditempa dengan adunan timah dari Kallan, dari Tanah Melayu. Barangan dari Eropah? Mungkin barangan seperti cuka, arak, minyak makan dan minyak masak yang baik dari Romawi. Belum ada kasut dari Itali. Tiada apa-apa dari negara-negara Eropah yang lain kerana benua Eropah pada ketika itu dalam kemunduran dan hidup dalam keadaan yang amat dhaif. Mereka hidup dalam bangsal-bangsal yang tidak mempunyai bilik air dan tandas.

Acara kemuncak Okaz adalah pertandingan nazam dan syair yang dikarang dengan bahasa yang amat kelasik dan tinggi, serta tersirat dan terselit padanya pelbagai maksud yang indah dan menawan. Rayuan-rayuan kasih dan ma’syuk dan gambaran keindahan alam; serta kata-kata nasihat dan pesanan yang mendalam. Bukan mengandungi setakat berpuluh bayt tetapi ada yang sehingga beribu bayt karangannya. Pemenang diberi anugerah sastera dan disanjung tinggi. Menjadi sebutan dan pujian di keseluruhan tanah Arab. Begitulah berhasratnya penyair-penyair dan penyajak-penyajak untuk menggondol hadiah dan angugerah tersebut. Tidak sabar menunggu pertandingan tahunan sastera di Okaz.

Kepintaran orang Arab bukan hanya dapat mengarang syair-syair dan sajak-sajak ini dengan indah tetapi mereka juga dapat menghafal syair-syair dan sajak-sajak lama yang terkenal dan masyhur dengan tepat dan tanpa cacat-cela. Tanpa tertinggal hatta sepatah huruf sekalipun! Begitulah kekuatan daya ingatan mereka. Meskipun mereka kesemuanya buta-huruf. Ilmu penulisan tidak berkembang kerana kebanyakan keperluan tidak bertulis dan direkodkan. Penulisan belum lagi menjadi satu kebolehan masyarakat yang meluas pada masa itu. Bermakna, kebiasaannya apa jua yang didengar walaupun hanya sekali sahaja, dapat dilekatkan pada ingatan mereka dengan baik untuk beberapa lama. Daya ingatan menjadi satu kemegahan semulajadi bangsa Arab ketika itu.

Arab pada ketika jahiliyyah bukanlah bangsa yang lekeh dan mundur. Mereka kaya dengan gaya hidup, seni dan budaya. Kecacatan mereka hanyalah akidah. Kaabah pada ketika itu dihiasi dengan pelbagai patung-patung dan berhala-hala yang menjadi sembahan mereka.

Selepas kedatangan Islam dan ilmu penulisan diperkenalkan, berkembanglah ilmu khat dengan bentuk penulisan yang cantik. Tulisan menjadi indah dan berseni dengan khat-khat kufi dan nasakh, yang artistik, misalnya. Dan maju setapak lagi kesusasteraan Arab selepas karya-karya mereka ditulis dan dibukukan. (Cara-cara menulis bukanlah daripada Islam tetapi Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam menggalakan perkembangan ilmu ini).

Apabila Al Quran diturunkan dalam gaya bahasa yang tinggi dan indah dan kali ini pula dengan gaya dan nahu yang lebih tinggi yang mereka tak pernah dengari, ada yang terpesona dengannya. Sehingga ada yang yang menganggap Al Quran itu dibawa oleh seorang tukang sihir kerana begitu mempesonakan. Dan maju bertapak-tapak lagi kesusteraan Arab dengan ilmu nahu yang baru diperkenalkan ini oleh bahasa Al Quran. Disinilah bermulanya perbezaan bahasa Arab dan bahasa Al Quran.

Disebabkan kebolehan orang Arab untuk mengingati apa yang mereka dengar, maka penghafalan Al Quran dan pengingatan kepada kata-kata Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam menjadi perkara yang amat senang bagi mereka. Justeru ramai yang dapat menyampaikan Al Quran dengan baik meskipun buta huruf. Dan meskipun setelah seratus tahun kewafatan Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam, masih ramai yang ingat akan kata-kata dan perbuatannya. Ini adalah kenyataan.

Islam membawa akidah yang murni kepada satu kaum yang sudah tinggi dalam ketamaddunan gaya hidup dan budaya pada ketika itu. Yang nyata adalah Arab di Makkah dan Okaz sebelum Islam berbeza dengan Arab di padang pasir. Seperti langit dan bumi. Meskipun mereka dari kawasan yang sama.

Beratus tahun kemudiannya, tanah Inggeris mencapai kemajuan. Mahkamah-mahkamah diperkenalkan dan hakim-hakim yang bersidang untuk memberi hukuman dipakaikan atau dihiaskan dengan pakaian yang baik-baik dan indah-indah. Dihiasi kepala mereka dengan cemara yang berikal mayang. Mereka nampak terhurmat dan segak. Senang berfikir kerana cemara memanaskan kepala mereka dalam kedinginan cuaca Inggeris. Tapi sayangnya cemara yang dipakai kebanyakannya dibuat daripada bulu babi. (Ini dinyatakan oleh Almarhum Hakim Tan Sri Hashim Yeop Sani apabila beliau bertindak membuang cemara dan menggantikannya dengan songkok dulu). Meskipun kini ada hakim di Malaysia yang tak bercemara sebegitu tapi ada juga yang terdapat kesan balutan kepala mereka dengan cemara babi. Masih kuat. Sehingga menganggu fikiran mereka.

Terkejut saya apabila terbaca pendapat seorang hakim yang arif yang menjatuhkan hukuman bahawa serban itu adalah pakaian paganistik yang diikut-ikuti dan ditiru oleh Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam, kerana Baginda dilahirkan dan dibesarkan dalam masyarakat pagan Arab. Ianya bukanlah identiti Islam, yang patut diikuti dan dianggap sebagai hukum Islam.

Pernah pada suatu ketika Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam berpesan kepada seorang sahabat beliau supaya tidak memakai lilit pinggang diluar jubah kerana itu adalah gaya pakaian Nasrani, dan pada seorang sahabat yang lain supaya tidak melabuhkan jubah sehingga melepasi buku lali seperti kaum Yahudi. Ada pula pesanan Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam supaya orang Islam tak bertopi seperti ulamak Yahudi.

Memang benar, kepada seorang lelaki, aurat adalah kawasan antara pusat dan lutut, tetapi kesopanan dalam pakaian adalah adab yang digalakkan oleh Islam. Justeru itu sekiranya kita ke mahkamah hanya dengan ber-Bermuda Short, kita akan dihalau dari mahkamah kerana dianggap tak sopan dan menghina. Meskipun kita dapat membuktikan bahwa kita seorang Islam dan pakaian itu sesuai dan memadai mengikut kehendak Islam. Kesopanan. Itulah yang menjadi isu. Begitu juga kesopanan Islam tentang janggut dan misai. Islam metertibkan cara-cara menjaga misai dengan rapi supaya hujung-hujungnya tak melepasai bibir dan mencecah kedalam air kopi atau teh, dan supaya janggut dan misai pula tak bersambung seperti orang Yahudi.

Adab pakaian Islam bukanlah semata-mata ikutan Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam daripada keadaan disekelilingnya tetapi dibentuk dan diperbaikki daripada apa yang menjadi amalan kebiasaan, kepada sesuatu yang lebih sempurna, kemas dan teratur. Kesimpulannya Islam yang dibawa Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam juga mempunyai gaya pakaian yang tersendiri. Jadi bagaimana pula serban yang dipakai dan janggut yang ada pada dagu Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam itu adalah stail ikutan kaum pagan Arab?

Apa jua hujjah untuk tidak membenarkan pemakaian serban di kalangan penuntut sekolah, buatlah dengan fikiran yang rasional. Janganlah dikaitkan sunnah Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam dengan stail paganistik. Apakah tindak tanduk Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam dalam kehidupannya semata-mata ikut-ikutan keadaan sekeliling?

Lupakah hakim yang ariff itu kepada seorang Tun yang dulunya menghina-hina janggut nabi dengan mengungkapkan bahawa dizaman Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam tidak ada Gillette. Baru saya ceritakan tentang Temasya Okaz, yang juga laksana sebuah hypermarket yang menjual peralatan dan barangan yang canggih manggih. Daripada pedang yang dapat membelah dada manusia dengan sekali cantas, kepada pedang yang dapat megerat pedang yang lain dengan sekali libas. Apalah sangat dengan pisau cukur yang digembar-gemburkan untuk mencukur misai dan janggut. Yang saya ingat dulu-dulu John Wayne pun dapat mencukur janggut dan misainya dengan rapi hanya dengan menggunakan Bowie Knife. Apa kini terjadi pada Tun itu? Sedang melalui penghinaan pada peringkat paling tertinggi! Cakapnya berbelit-belit dan dilaporkan pula lagi dengan penuh putar-belit. Maka janganlah belitkan hidup dengan masalah.

Tertanya pula saya, begitu besarkah kesalahan memakai serban sehingga menyebabkan pemecatan tiga pelajar dari sekolah? Banyak kes-kes yang lebih teruk (seperti memukul guru, mencuri atau penglibatan dalam geng samseng dan perjudian) yang hanya dihukumkan dengan penggantungan dari sekolah! Mengikut pendapat seorang teman saya, seorang peguam, pembuangan memang tak wajar.

28 comments:

Jiwa Rasa said...

Malang sungguh nasib umat Islam di negara kita. Dapat pula Tuan Hakim yang bodoh. Antara sunnah dengan sunnat pun tak dapat nak beza. Boleh bagi hujjah yang bodoh dan jahil macam tu.

Eloknya Hakim tu je kita `sunat'kan sekali lagi. Baru dia tau makna sunat...

bunga rampai said...

Salam.
Baca dan hayati. Gunapakai seketika dalam fikir untuk mengimbas diri. Ya, kerdilnya diri. Cerna dan mantapkan dalam matahati.

Terima kasih. Nukilan ini mengutuhkan lagi tanggungjawab kembara saya.

dr in the house said...

Bila saya baca headlines tentang kata-kata Hakim itu dalam akhbar, saya berasa sungguh sedih dan terus mengutuknya kerana membuat menyataan mengikut nafsu.

Pada pemikiran saya, kenyataannya itu boleh jatuh kepada syirik kecil. Mengapa tidak? Dalam syahadah kita , kita telah menjadi saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Dan kita tahu Nabi Muhammad itu kekasih Allah. Manusia yg maksum. Dia telah diturunkan sebagai contoh terbaik untuk umat terkini. Dgn mengatakan "tidak semua yg Nabi buat patut menjadi contoh dab mungkin ada perbuatannya yg tidak sesaui', ini secara tidak langsung telah mengurangkan mandat yang telah kita berikan dalam syahadah kita. Ini bermakna syahadah kita mungkin rosak. Nauzubillah!!

Saya fikir ini adalah precedence kepada sesuatu yg ,lebih besar berkaitan dgn bermacam enactment2 berkaitan hukum Islam. Dan mungkin juga ini adalah sebahagian perang Tun itu dgn penggantinya. Waalahualam.

Baru heboh pasal kes Murtad Lina Joy di mana peguamnya menghina Islam. Tetapi hakim ini tidak sensitif dan terus menambah kekeruhan dgn kenyataan yang sangat menyakitkan hati orang Islam yang yg sepatutnya sensitif!

dr in the house said...

p.s. Jiwa Rasa- saya sokong cadangan si Hakim itu di sunat semula supaya dia faham makna sunnah dan sunat.

BTW---jgn kita dikena hukum contempt of court sudah! hehe

abdullahjones said...

Bro, terima kasih untuk tulisan ini. Terima kasih banyak.Saya amat suka.Jika saja saya boleh menulis seperti ini.

Anonymous said...

Dear Sir,

Kes yang tuan sebutkan itu rasanya tuan maksudkan kes Meor Atiqulrahman. Kes ini hamba telah kaji sewaktu di University hamba dan terus terang hamba tidak pulak tahu yang kes tersebut telah dibuat rayuan sehinggalah hamba terbaca di akhbar tentang keputusan rayuan tersebut. Sebenarnya kes tersebut telah pada awalnya diputuskan di mahkamah tinggi seremban dan hamba nak letak alasan penghakiman bagi kes tersebut di mahkamah tinggi sebelum ia telah di"overul"kan di Mahkamah Persekutuan kerana hamba begitu kagum dengan kebijaksanaan tuan hakim mahkamah tinggi. Please comment on the judgement. I would like to hear your thoughts on it.


Browse Legislation Article Practice Notes Forms My CLJ Members' Menu Sign Out

Case Citator

[2000] 1 CLJ 393
PDF


--------------------------------------------------------------------------------

MEOR ATIQULRAHMAN ISHAK & YANG LAIN LWN. FATIMAH SIHI & YANG LAIN

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SEREMBAN
MOHD NOOR ABDULLAH H
[SAMAN NO: 22-13-98]
15 DISEMBER 1999
[Penghakiman untuk plaintif-plaintif; perintah sekadarnya.]

PENGHAKIMAN

Mohd Noor Abdullah H:

Plaintif 2 dan plaintif 3 adalah dua adik beradik berusia sembilan tahun dan lapan tahun, bekas penuntut darjah tiga dan darjah dua di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir (FELDA) Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan. Plaintif 1 sepupu mereka dan belajar di darjah lima. Mereka mengambil tindakan undangundang ini melalui bapa/bapa saudara mereka. Defendan 1 ialah Gurubesar sekolah itu.

Mereka mendakwa telah dibuang sekolah kerana memakai serban di sekolah di samping memakai pakaian seragam sekolah. Dalam pernyata tuntutannya mereka mendakwa telah dihalau dari sekolah kerana memakai serban, diketuk di kepala, ditumbuk dan diaibkan oleh Gurubesar perempuan sekolah itu. Akhirnya mereka dibuang sekolah kerana degil memakai serban bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah. Pelantar tindakan ini ialah: mereka dibuang sekolah bertentangan dengan kebebasan berugama, larangan membezabezakan kerana ugama, kaum, keturunan dan tempat lahir; mereka dibuang sekolah tanpa diberi peluang untuk didengar yang bertentangan dengan prinsip keadilan semulajadi dan dengan demikian dinafikan peluang untuk merayu; mereka dibuang sekolah kerana didorong oleh niat jahat/mala fide tanpa menimbangkan hukuman yang lebih ringan seperti menggantung sekolah; mereka dibuang sekolah atas dua perintah yang dikeluarkan, pertama oleh Jawatankuasa Persatuan Ibubapa Guru Sekolah dan kedua oleh Gurubesar.

Oleh yang demikian, plaintif-plaintif memohon perintah mahkamah supaya mengisytiharkan pembuangan sekolah itu tidak sah, terbatal dan tidak berkesan dan mereka hendaklah diterima semula belajar di sekolah itu.

Defendan-defendan dalam pembelaannya menegaskan bahawa plaintif-plaintif dengan memakai serban di sekolah telah melanggar peraturan 3(f), (v) Peraturan Sekolah 1997 dan sebagai Gurubesar yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin sekolah beliau telah bertindak membuang mereka dari sekolah selaras dengan kuasa yang diberi oleh undang-undang. Mereka telah diberi peluang secukupnya untuk didengar walaupun tiada prosiding dijalankan yang memerlukan plaintif-plaintif diberi hak untuk didengar.

Kes ini menonjolkan persoalan sama ada seorang pelajar sekolah yang memakai serban di samping memakai pakaian seragam sekolah boleh dibuang sekolah kerana memakai serban.

Gurubesar dikatakan telah membuang sekolah pelajar itu menurut kuasa undang-undang yang diberi kepadanya di bawah Peraturan Sekolah 1997, Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) Bandar Baru Serting. Peraturan Sekolah 1997 ini telah disediakan oleh Gurubesar menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975, Kementerian Pelajaran yang antara lain menghendaki:


4. Peraturan-peraturan Sekolah (School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid: Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah.


Lampiran C.

Setiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masingmasing secara bertulis. Peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya.


Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah.


...


Gurubesar hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Gurubesar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam Senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing.

Peraturan Sekolah 1997, Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) yang disediakan oleh Gurubesar itu antara lain memperuntukkan:


3. Pakaian


a. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dengan lengkap dan kemas.


b. ...


c. seluar panjang bagi murid lelaki dan kain bagi murid perempuan - warna biru gelap (blue black).


d. ...


e. ...


f. Murid lelaki


(i) Baju putih lengan pendek, kasut getah putih, sarung kaki putih dan samping warna biru gelap.


(ii) ...


g. Murid perempuan


(i) Baju kurung putih, tudung putih, kasut putih dan sarung kaki putih.

(ii) ...


i. Larangan pakaian


(i) Semua murid dilarang memakai jubah, turban (serban), topi, ketayap dan purdah.


(ii) ...

Peraturan Sekolah 1997 ini dipetik dari Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 yang menyatakan:


2. Peraturan pakaian seragam murid-murid sekolah adalah seperti berikut:


2.1 Sekolah Rendah


2.1.1 Pakaian Murid-Murid Lelaki


Seluar


(i) Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar pendek berwarna biru tua (navy blue). Seluar panjang yang sama warnanya boleh dipakai sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa/penjaga mereka.


(ii) ...


2.1.2 Pakaian Murid-Murid Perempuan


Pakaian murid-murid perempuan adalah 'pinafore tunic' berwama biru tua (navy blue) dan labuhnya hendaklah sampai ke lutut.


Baju Kurung dan Kain Sarung


Murid-murid perempuan boleh juga memakai baju kurung sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa/penjaga mereka dengan syarat baju kurung itu berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua.


Tudung/Mini Telekung


Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung/mini telekung dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi 2 sama dan tudung/mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan muridmurid yang memakainya.


2.2 Sekolah Menengah


2.2.1 Pakaian Murid-Murid Lelaki


Seluar

(i) Seluar bagi murid-murid Sekolah Menengah (Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkat Enam) adalah seluar pendek atau seluar panjang sekiranya dikehendaki oleh mereka atau ibubapa/penjaga mereka. Warna bagi seluar pendek atau panjang ini adalah hijau ke hitamhitaman (dark olive).


(ii) ...


2.2.2 Pakaian Murid-Murid Perempuan


Pinafore Tunic


Pinafore tunic adalah berwarna torquoise dan labuhnya hendaklah sampai ke paras lutut.


Blouse


Blouse adalah berwarna putih dan berlengan.


Murid-Murid Perempuan Tingkatan VI

Pakaian bagi murid-murid perempuan Tingkatan VI adalah sket (skirt) berwarna turquoise dan blouse berlengan berwama putih.


Labuh skirt hendaklah sampai ke paras lutut.


Baju Kurung dan Kain Sarung


Murid-murid perempuan Sekolah Menengah juga dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna torquoise.


Tudung/Mini Telekung


Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung/mini telekung dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi 2 sama dan tudung/mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan muridmurid yang memakainya.

Surat Pekeliling ini dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peraturan pakaian seragam sekolah dipaparkan dengan tujuan untuk menyelam alir pemikiran, kefahaman dan halatujuan pembuat dasar di Kementerian Pendidikan mengenai Perlembagaan Persekutuan dan status ugama Islam di Negara ini.

Ulasan pertama saya mengenai Peraturan Pakaian Seragam Sekolah ini ialah peruntukan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki dan pakaian pinafore tunic bagi murid perempuan di Sekolah Menengah adalah membelakangkan ugama Islam di mana yang dahulu dikemudiankan dan yang kemudian didahulukan dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Murid lelaki dikehendaki memakai seluar pendek tetapi diberi pilihan memakai seluar panjang. Murid perempuan pula dikehendaki memakai pinafore tunic dan blouse (skirt bagi Tingkatan VI) tetapi diberi pilihan memakai baju kurung dan kain sarung atau tudung/mini telekung. Sepatutnya pakaian murid lelaki ialah seluar panjang dengan memberi pilihan memakai seluar pendek dan pakaian murid perempuan ialah baju kurung, kain sarung dan tudung/telekung dengan memberi pilihan memakai pinafore tunic dan blouse atau skirt. Dengan cara sedemikian peraturan pakaian seragam ini akan selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:


Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Soalan: Apakah makna 'Islam' dan 'ugama' dalam Perlembagaan ini?

Islam sebagai ad-deen merangkumi keseluruhan aktiviti kehidupan manusia dari lahir sehingga mati, dan bangun pagi hingga ke tidur malam yang ditunjukkan oleh Rasulallah yang mendapat wahyu dari Allah dan termaktub dalam Quran. Ugama Islam memperakui ugama Yahudi dan Kristian dan mengiktiraf Taurat, Zabur dan Injil. Islam ugama sejagat yang boleh diterima oleh semua ugama lain.


Menurut S. Abdul A'la Maududi dalam buku The Islamic Law and Constitution, 7th Ed. March 1980. "There can be no doubt that Islam is not just a mere collection of dogmas and rituals but it is a complete way of life covering all fields of human activities, may they be private or public, legal, political. economic, social, cultural, moral or judicial."

Menurut The Holy Quran New Revised Edition n. 434 p. 155 by Abdullah Yusuf Ali:


Islam is not sectarian, non racial, non doctrinal and is a universal religion. Islam is just submission to the will of Allah. This implies (1) Faith, (2) doing right, being an example to others to do right, and having the power to see that the right prevails, (3) eschewing wrong, being an example to others to eschew wrong and having the powers to see that wrong and injustice are defeated.


Islam therefore lives not for itself, but for mankind.

Ugama/Agama menurut Kamus Dewan ed. 3 ialah "kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahnya, kepercayaan pada Yang Maha Kuasa: ugama Islam, ugama Kristian".

Ugama/religion menurut Concise Oxford Dictionary 9th ed. ialah 'the belief in a superhuman controlling power, especially in a personal God or gods entitled to obedience and worship.'

Saya rujuk kepada Perlembagaan India untuk mencari makna 'ugama' yang sepatutnya lebih tepat dan relevan jika saya rujuk kepada Perlembagaan Pakistan yang tiada dalam Perpustakaan Mahkamah.


Religion is a matter of faith with individuals or communities and it is not necessarily theistic.


There are well known religions in India like Buddhism and Jainism which do not believe in god or in any Intelligent First Cause. A religion undoubtedly has its basis in a system of beliefs or doctrines which are regarded by those who profess that religion as conducive to their spiritual well being, but it will not be correct to say that religion is nothing else but a doctrine of belief. A religion may not only lay down a code of ethical rules for its followers to accept, it might prescribe rituals and observances, ceremonies and modes of worship which are regarded as integral parts of religion and these forms and observances might extent even to matters of food and dress - Constitution of India, Art 25. Religion, meaning of - (Words and Phrases - "Religion") [AIR 1954 SC 282 Vol. 41 CN 68]

Pada pendapat saya "Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai" bermakna Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara ini seperti Kristian, Buddha, Hindu dan selainnya. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati - tinggi, teguh dan terampil. Jika bukan sedemikian Islam bukanlah ugama bagi Persekutuan tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di negara ini dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan manamana ugama yang dianutinya, tiada lebih satu dari yang lain.

Peruntukan 'Islam ialah ugama bagi Persekutuan' hendaklah ditakrif dan ditinjau tujuannya dengan membaca bersama peruntukan lain dalam Perlembagaan khususnya Perkara 89, 152, 153 dan 14.


Perkara 89 memelihara tanah rezab orang Melayu terus menerus kekal sebagai rezab orang Melayu melainkan dipinda oleh undang-undang yang diluluskan dengan kelebihan undi 2/3.


Perkara 152 menetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dengan syarat tiada larangan menggunakan bahasa lain.


Perkara 153 memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak.


Perkara 14 menetapkan perolehan kewarganegaraan berdasarkan kepada ciri kelahiran di negara ini asalkan ibu atau bapanya pemastautin tetap atau pada masa kelahirannya ia tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain.

Perkara 89,152 dan 153 memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan bumiputra manakala Perkara 14 memberi keistimewaan kepada orang bukan Melayu.

Saya jejak kata-kata bijaksana YAA Raja Azlan Shah Ag LP dalam kes Dato' Menteri Osman bin Baginda & Anor v. Dato' Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus [1984] 1 CLJ 28; [1981] 1 MLJ 29:


In interpreting the Constitution two points must be borne in mind. First, judicial precedent plays a lesser part than is normal in matters of ordinary statutory interpretation.


Secondly, a Constitution being a living piece of legislation, its provisions must be construed broadly and not in a pedantic way - "with less rigidity and more generosity than other Acts" (see Minister of Home Affairs v. Fisher)".

Saya sedia maklum dan terikat menerima stare decisis keputusan kes Hjh. Halimatussaadiah bte Hj. Kamaruddin v. Public Services Commission Malaysia and Anor [1994] 3 CLJ 532; [1994] 3 MLJ 61. Dalam kes itu plaintif, seorang kerani di pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak memakai purdah di waktu pejabat yang dilarang memakainya menurut Surat Pekeliling yang berbunyi: "apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja." Plaintif diberi notis tunjuk sebab dan beliau menjawab menurut surah 24 Quran seorang perempuan Muslim wajib menutup mukanya kecuali mata dan beliau memakai purdah untuk mengelakkan fitnah dan beliau berhak menganuti ugamanya menurut Perlembagaan.

Diputuskan:


Kebebasan ugama yang dijamin di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak kerana Perkara 11(5) tidak membenarkan sebarang tindakan yang bertentangan dengan sebarang undang-undang am berkaitan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam, atau kemoralan. Larangan terhadap seseorang pegawai awam wanita untuk memakai pakaian yang menutup mukanya semasa bekerja tidak menjejaskan hak perlembagaan perayu untuk mengamalkan ugamanya.


Pemakaian purdah tidak kena mengena dengan hak perlembagaan Perayu untuk menganuti dan mengamalkan ugama Islam.

Hakim bicara menerima pendapat Mufti Wilayah Persekutuan bahawa Islam tidak melarang perempuan Muslim memakai purdah dan Islam tidak pula mewajibkannya memakai purdah, seterusnya hakim bicara berkata tiada apaapa yang menyalahi undang-undang dalam membuat syarat tentang pakaian yang harus dipakai oleh pegawai Kerajaan semasa bekerja demi tatatertib perkhidmatan asalkan syarat itu tidak bertentangan dengan ketenteraman awam, akhlak atau kesihatan.

Saya juga sedia maklum dan terikat menerima keputusan kes Che Omar bin Che Soh v. PP [1988] 2 MLJ 55 yang memutuskan:


the term 'Islam' or 'Islamic religion' in Article 3 of the Federal Constitution in the context means only such acts as relate to rituals and ceremonies.

Dalam kes itu persoalan yang perlu diputuskan ialah: adakah menjatuhkan hukuman mati mandatori di bawah Akta Dadah Berbahaya atau di bawah Fire Arms (Increased Penalties) Act 1971 - yang bukannya hudud atau qiisas menurut ugama Islam - bertentangan dengan "Islam ialah ugama bagi Persekutuan" dan kerananya hukuman itu taksah dan takberperlembagaan. YAA Salleh Abbas LP memutuskan: "It would thus appear that not much reliance can be placed on the wording of art. 3 to sustain the submission that punishment of death for the offence of drug trafficking or any other offence, will be void as being unconstitutional."

Dengan segala hormatnya kes memakai purdah berbeza dengan kes memakai serban. Seorang yang memakai purdah yang memperlihatkan kedua matanya sahaja seperti dalam kes Hjh. Halimatussaadiah tidak dapat dicam atau dikenalpasti, sifulan atau sifulan, lelaki atau perempuan. Seorang yang memakai serban boleh dicam. Seorang yang memakai purdah sedemikian boleh menjejaskan keselamatan awam tetapi tidak bagi seorang yang memakai serban. Saya percaya itulah yang dimaksudkan dengan "kebebasan ugama tidak mutlak kerana perkara 11(5) Perlembagaan tidak membenarkan sebarang tindakan yang bertentangan dengan ketenteraan awam, kesihatan awam atau moral" yang terkandung dalam penghakiman kes itu.

Dengan hormatnya fakta kes dalam kes hukuman mati mandatori itu dan isu pokok yang di pertikaikan adalah jauh berbeza dengan kes yang sedang dibicarakan. Di sana hukuman mati mandatory adalah sah di sisi undangundang sibil tapi tak sah di sisi undang-undang syarak, maka hukuman itu sah menurut Perlembagaan. Tetapi di sini memakai serban adalah sah di sisi hukum syarak dan tidak pula taksah di sisi undang-undang sibil bagi orang Muslim maupun bagi orang bukan Muslim maka memakai serban adalah sah menurut Perlembagaan. Saya percaya Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim Negara ketika itu dan ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu sekarang boleh memaafkan saya kerana ingin dengan rasa rendah diri dan kerdil memberi pendapat yang menyimpang, sesuai dengan saranan YAA Raja Azlan Shah Ag LP bahawa Perlembagaan itu hidup dan patut diberi pentafsiran "with less rigidity and more generosity than other Acts" dan sesuai pula dengan kata dua petikan YAA Tun Salleh Abbas sendiri yang berkata "kalau Islam bermakna rituals and ceremonies" maka ada kes tetapi jika Islam bermakna an all-embracing concept maka tiada kes. Pendapat saya bukan bersifat menyangkal, saya sekadar memperlihatkan pandangan dari sudut dan kacamata lain yang kehijauan. Sebenarnya ruang itu terbuka sebagaimana ditanya:


Q. What DOES "Islam is the religion of the Federation" mean in Article 3(1) of the Constitution of Malaysia?


A. That must await another day, another case.


(The religion of the Federation by Professor L.A. Sheridan [1988] 2 MLJ XIII).

Sekarang saya ingin menyahut soalan itu dan menjawab:


A: Mungkin kes ini, apabila muktamad nanti.

Perlembagaan dalam kontek memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan Raja-Raja Melayu dan sebagai quid pro quo telah mendaulatkan Islam menjadi ugama Persekutuan dan memertabatkan Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu bukan Bahasa Malaysia dan bukan juga Bahasa Kebangsaan (sebagai katanama khas) atau bahasa rasmi. Pada nada yang sama Islam bukan ugama rasmi Persekutuan sepertimana Bahasa Melayu bukan bahasa rasmi Persekutuan. Pada pengertian saya Islam sebagai ugama rasmi dengan menambah "rasmi" kepada 'ugama' akan menyempitkan keluasan dan kesejagatan/universaliti Islam kepada perbuatan rituals and ceremonies sahaja seperti menepung tawar, membaca doa, membaca yaasin serta tahlil dan mengupacarakan hari sambutan Islam. Saya tidak menduga dan menyangka orang Melayu dan Raja-Raja Melayu dahulu sanggup bersetuju untuk memberi dan mengiktiraf kewarganegaraan orang bukan Melayu berdasarkan kelahiran dan sebagai balasan Islam dijadikan ugama Persekutuan tetapi terbatas kepada rituals and ceremonies sahaja. Islam berdaulat sebelum dijajah dan tidak berdaulat lagi semasa dijajah. Mereka menuntut kedaulatan itu dikembalikan selepas dijajah. Mereka dapat sebahagian dan hilang sebahagian.

Saya menjejak pandangan Lord Denning pada mentafsir Perlembagaan "to ascertain for ourselves what purpose the founding fathers of our Constitution had in mind when our Constitutioual laws were drafted and not, in accordance with the usual practice base our interpretative function on the printed letters of the legislation alone." Perlembagaan Persekutuan adalah hasil adunan cendikiawan dan pakar undang-undang dari England, Australia, India dan Pakistan. Mereka menyediakan laporan yang diberi nama Laporan Reid Commission dan laporan ini adalah pandangan mereka setelah mendengar perbincangan, persetujuan dan pertelingkahan antara Kerajaan British, Raja- Raja Melayu dan Parti Perikatan Malaya. Laporan itu berkata:


We have considered the question whether there should be any statement in the Constitution to the effect that Islam should be the State religion. There was universal agreement that if any such provisions were inserted it must be made clear that it would not in any way affect the civil rights of non Muslims. In the memorandum submitted by the Alliance it was stated:


the religion of Malaysia shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non Muslim nationals professing and practising their own religions and shall not imply the state is not a secular state.


There is nothing in the draft Constitution to affect the continuance of the present position in the States with regard to recognition of Islam.

Raja-Raja Melayu menuntut supaya dimasukkan peruntukan "The Muslim or Islamic faith be the established religion of the Federation" suatu tuntutan untuk mengiktiraf kedaulatan Islam, pada masa dahulu, ketika itu dan akan datang.

Perlembagaan Persekutuan didasarkan kepada Laporan ini dan digubal seperti yang sedia ada. Peruntukan Perkara 3 mempunyai makna:

1. Islam ialah ugama bagi Malaysia yang terdiri dan kaum Melayu yang berugama Islam, Cina, India dan selainnya yang berugama Buddha, Hindu, Kristian dan selainnya.

2. Malaysia ialah negara sekular, iaitu mengamalkan undang-undang sibil dan common law yang mengatasi hukum syarak tetapi tidaklah menjadi tak sah setiap undang-undang yang selari dengan hukum Syarak jika ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan.

3. Malaysia boleh melaksanakan hukum Syarak terhadap orang Islam yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan.

4. Malaysia tidak boleh melaksanakan hukum Syarak terhadap orang bukan Islam.

Deraf Perlembagaan itu tidak menyebut tentang Islam walaupun Raja-Raja Melayu adalah ketua ugama dan ketua adat di Negeri masing-masing. Negeri Kedah melaksanakan hukum syarak ke atas orang Islam secara berdaulat dan mutlak sebelum dijajah tetapi kemudiannya disekat kepada perkara mengenai undang-undang keluarga, hartanah dan pewarisan. Saya percaya Negeri Melayu Bersekutu pun begitu. Adalah suatu penghinaan kepada Raja-Raja Melayu yang mendesak dimasukkan "the Muslim or Islamic faith be the established religion of the Federation", "Islam should be the State religion" jika hasil perjuangan itu sekadar menelurkan Islamic rituals and ceremonies sahaja dan bukan addeen al Islam as a complete way of life. Saya tidak berfikir begitu.

Peruntukan Islam sebagai ugama Persekutuan hendaklah diberi tafsiran yang sewajarnya. Ia bermakna Kerajaan bertanggungjawab memelihara menyemarak dan mengembangkan Islam sepertimana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang seperti mendirikan masjid dan pusat dakwah, menganjurkan musabaqah al Quran, menghafal al Quran, menyekat perbuatan mungkar seperti mengharamkan minuman keras, perjudian, pelacuran dan menyekat budaya kuning dan sepatutnya termasuk membuat undang-undang bagi menjamin rumah-rumah ibadat ugama-ugama lain tidak melebihi atau bersaing dengan Masjid Negara/Negeri dari segi lokasi dan keterampilan, saiz dan bentuk yang keterlaluan, ataupun terlalu banyak dan di merata-rata tempat yang takterkawal. Ugama-ugama lain hendaklah diatur-suai dan dihalatuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman dan damai dan tidak menggugat kedudukan utama ugama Islam bukan saja pada zaman ini tetapi yang lebih penting untuk zaman akan datang dan berterusan. Saya khuatir pembuat dasar di Kementerian Pendidikan kurang cermat pada menetapkan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki di Sekolah Menengah dan pakaian pinafore tunic dan blouse atau skirt bagi murid perempuan di Sekolah Menengah. Saya percaya penganut ugama Kristian dan ugama lain tidak membantah pakaian sempurna bagi murid sekolah dan pakaian seluar panjang dan pakaian kain dan baju kurung adalah pakaian yang sempurna dan sesuai. Mereka walau bagaimanapun di beri pilihan.

Islam menetapkan pakaian bagi orang Muslim sebagaimana firman Allah dalam Surah Al A'Raaf ayat 26:


26. Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.


Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

dan hadis Rasulallah yang berbunyi:


Seorang lelaki tidak boleh memandang aurat lelaki dan seorang perempuan tidak boleh memandang aurat perempuan.

Aurat ialah bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup atau wajib dilindungi dari pandangan orang ajnabi. Bagi lelaki, jika ia sudah akil baligh auratnya ialah bahagian di antara pusat dan lutut sebagaimana sabda Rasulallah:


Bahagian atas daripada lutut adalah aurat dan terkebawah dari pusat juga aurat.


Jangan kamu dedahkan paha dan jangan memandang paha orang hidup atau orang mati.

Bagi perempuan pula syarak menetapkan aurat perempuan lebih dari aurat lelaki dan perempuan wajib memelihara auratnya dengan sempurna lebih dari apa yang diwajibkan ke atas lelaki sebagaimana sabda Rasulallah:


Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat mendedahkan kedua tangannya kecuali setakat ini sahaja. Dan Rasulallah memegang separuh tangannya.


Gadis apabila kedatangan haid tidak layak menzahir tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan hingga sendi pergelangan tangan.

Saya percaya seandainya pembuat dasar di Kementerian Pendidikan sedar atau disedarkan tentang kaedah pakaian bagi orang Muslim dan mengutamakan Islam sebagai ugama Persekutuan, Kementerian Pendidikan tidak akan mewajibkan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki dengan pilihan seluar panjang atau mewajibkan pakaian pinafore tunic dan blouse bagi murid perempuan dengan pilihan memakai baju kurung dan kain sarung serta tudung/ telekung. Peraturan pakaian seragam sekolah Bil. 3/1983 tersebut adalah songsang dan takselari dengan Perlembagaan dan menurut Perkara 4, Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang takselari dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang takselari itu. Peraturan tersebut adalah terbatal. Adanya pilihan untuk memakai seluar panjang atau baju kurung dan kain sarung tidak dapat menyelamatkan atau menjadikan sah Peraturan tersebut.

Saya balik kepada Gurubesar yang menyediakan Peraturan Sekolah 1997 Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA). Pada hemat saya Gurubesar ini tiada bidang kuasa untuk "melarang semua murid memakai jubah, turban (serban), topi, ketayap dan purdah."

Gurubesar telah melampaui kuasanya dengan menentukan dasar/policy mengenai pakaian seragam sekolah yang terletak hak kepada Kementerian saja. Gurubesar kononnya membuat larangan itu berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1995 yang membenarkan: "Gurubesar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing." Gurubesar cuba menjustifikasikan larangan itu dengan berkata masyarakat tempatan berasal dari pelbagai keturunan dan budaya. Anak mereka datang ke sekolah dengan topi lebar keliling, topi lebar di depan, pakai songkok jaw, pakaian lilit kepala ala orang Kelantan. Saya tolak alasan itu kerana kalau itu masalahnya kenapa pula serban yang dilarang. Alasan itu tidak termakan akal.

Gurubesar telah membuat peraturan melarang murid memakai serban dan purdah di mana Kementerian tidak melarang pakaian tersebut dalam Peraturan Pakaian Seragam Bil. 3/1983. Ini menjadikan larangan itu tidak sah, terbatal dan tidak berkesan. Gurubesar tidak boleh membuang sekolah plaintif 1, plaintif 2 dan plaintif 3 berdasarkan kepada larangan memakai serban itu. Seterusnya peraturan ini setakat mana ia melarang murid lelaki memakai turban (serban) adalah juga terbatal dan tidak sah kerana ia melarang murid lelaki Sikh memakai turban. Gurubesar mungkin tidak berniat demikian tetapi itulah yang tersurat.

Hj. Ismail Sajad b. Sejat (SD3) seorang Timbalan Pengarah Urusan Pelajar, Bahagian Sekolah di Kementerian Pendidikan berkata tidak terdapat peruntukan dalam Peraturan yang membolehkan murid sekolah memakai serban sama ada aliran sekolah biasa atau aliran sekolah ugama. Selama 19 tahun perkhidmatannya beliau tidak pernah membaca peraturan mengenainya. Apabila disoal balas beliau berkata tidak juga terdapat Peraturan yang melarang murid memakai serban. Walaupun demikian, dasar Kementerian tidak membenarkan murid memakai serban. Apabila ditanya kenapa murid kaum Sikh boleh memakai turban tetapi murid Islam tidak boleh memakai serban, beliau tidak dapat menjawab. Beliau pun tidak pasti sama ada Gurubesar boleh melarang murid memakai serban berpandukan perenggan 4.1 Peraturan itu. Saksi menambah Gurubesar boleh membuat Peraturan yang selari dengan Peraturan/ Pekeliling Kementerian Pendidikan. Malangnya Gurubesar tidak membuat Peraturan yang selari dengan Peraturan/Pekeliling Kementerian atau merujuk peraturan melarang pakaian turban/serban itu kepada Jabatan atau Kementerian Pendidikan.

Plaintif 1 menerangkan kepada mahkamah dugaan dan cabaran yang dihadapi kerana memakai serban di sekolah. Dia berkata Gurubesar melarangnya memakai serban tetapi dia enggan kerana mengikut sunnah Rasulallah. Gurubesar menyuruhnya menanggalkan serban dan memakai songkok. Dia enggan. Pada 2 September 1997 Gurubesar suruh dia tanggalkan serban dan berkata kalau hendak sekolah di sini pakai songkok, kalau tidak pergi balik. Diapun balik. Pada esoknya di perhimpunan pagi dan penyampaian hadiah plaintif 1 menerima hadiah dari Gurubesar. Ketika itu Gurubesar mengetuk kepalanya dengan pensil sambil berkata 'masih tak tukar serban lagi' dan menyuruhnya balik. Dia pun balik. Pada 4 September 1997 selepas perhimpunan dan semasa dalam perjalanan ke kelas, Gurubesar terjumpa plaintif 1 dan mengetuknya dengan fail keras di pipi dan menjentiknya di dahi serta menyuruhnya balik. Dia pun balik. Antara 6 hingga 14 beliau pergi ke sekolah tetapi dihalau balik setiap hari. Akhirnya pada 27 semasa mengambil peperiksaan dan sedang menjawab soalan No. 14 Gurubesar datang dan bertanya kenapa degil sangat sambil menumbuk muka sebelah kanan plaintif 1 dan terkena cincin dan mencederakan. Dia disuruh balik dan tidak habis menjawab soalan. Biar terang-terang saya katakan saya percaya keterangan murid berusia 13 tahun ini. Saya amati keterangannya, cara, gaya dan perilakunya semasa memberi keterangan. Sebab kedua ialah Dr. Ishak b. Abdullah (SP2) mengesahkan ada memeriksa murid ini pada 27 dan mendapati 'blue black di sebelah kanan temporal region' muka murid ini. Kecederaan itu boleh disebabkan kena tumbuk yang ada pakai cincin. Anihnya Cikgu Rosiah bt. Suhud (SP4) yang mengawasi peperiksaan pada 27 itu berani berkata setakat Gurubesar ada menghampiri plaintif 1 tetapi taktahu apa berlaku antara mereka dan tidak melihat apa-apa kejadian. Saya dapati cikgu ini melindungi sesuatu maka mahkamah mencatatkan: "saksi tidak menjawab kerana dia tidak senang hati hendak menyatakan sesuatu." Saya percaya plaintif 1 dikasari, penjaganya (SP1) diberitahu, laporan polis dibuat, malahan Gurubesar pun tidak menafikan bulat-bulat. Gurubesar membuat helah dia cuma tunjukkan pensil ke kepala plaintif 1, dia hanya gesel pipi plaintif 1 dengan manila kad dan tidak menumbuknya.

Tindakan Gurubesar terhadap plaintif 1 mirip kepada sikap membenci. Pada penelitian saya bukan murid itu yang dibenci tetapi kedegilannya yang dihasut oleh penjaganya supaya tetap berkeras memakai serban kerana mengikut sunnah Rasulallah. Gurubesar merasa kuasanya sebagai Gurubesar dicabar, dia dikafirkan kerana melarang murid itu memakai serban, Kementerian dipersalahkan kerana melantik beliau, seorang perempuan, menjadi Gurubesar. Keangkuhan penjaga kononnya serban itu lambang keluarga (keluarga Syed) menyakitkan hati. Dia tidak mahu bertemu penjaga. Penjaga 'mengajar' Gurubesar dengan suratnya di ms 22 DBD. Akibatnya ketiga-tiga pelajar ini ibarat si kancil mati terpijak disebabkan dua gajah bergaduh. Yang satu jahil dan yang satu lagi angkuh. Saya dapati Gurubesar jahil tentang pakaian serban bagi orang Islam dan mempersendakannya (serban dikatakan turban ms 27 DBD) dan penjaga pula angkuh dengan keturunannya dan ketaksuban memakai serban yang hukumnya sunnat dipakai. Kalau tidak manakan dua orang Muslim, kedua-dua pendidik yang telah berkhidmat selama 21 tahun dan 25 tahun tidak dapat menyelesaikan masalah pakaian itu yang jika dipakai dapat pahala jika tidak dipakai tidak berdosa.

Kemuncak dari pertembungan dua insan yang jahil, angkuh dan sama-sama degil dan bermusuhan itu Gurubesar telah menghantar surat bertarikh 4 Ogos 1997 kepada penjaga (ms 24 dan 25 DBD) supaya pakaian serban murid-murid itu diganti dengan songkok untuk mengelakkan tindakan disiplin diambil. Perkara ini dibawa kepada Jawatankuasa Persatuan Ibubapa Guru Sekolah itu dan PIBG memutuskan dalam surat bertarikh 5 September 1997 (ms 35 DBD) "menghendaki mengeluarkan atau menukarkan anak-anak bawah jagaan tuan dari sekolah ini." DAN pada 3 November 1997 Gurubesar menghantar surat membuang sekolah ketiga-tiga murid tersebut.

Adalah diperhatikan dua surat terakhir Gurubesar merupakan surat memberitahu keputusan iaitu menukarkan sekolah dan membuang sekolah. Surat Gurubesar sebelum itu mengarahkan pakaian serban murid-murid itu diganti dengan songkok "untuk mengelakkan tindakan disiplin diambil". TETAPI langkah tindakan disiplin tidak diambil; Gurubesar tidak memberi notis untuk tunjuk sebab, atau memberi peluang untuk didengar. Sekiranya diberi peluang itu mungkin penjaga membangkitkan bidangkuasa Gurubesar membuat peraturan melarang pakaian serban, atau menjelaskan hukum pakaian serban itu ialah sunnat iaitu dibuat dapat pahala ditinggalkan tidak berdosa tetapi ia sunnah Rasulallah dan orang Muslim wajib mengikut sunnah Rasulallah dan bahawasanya beliau adalah contoh pemimpin yang terbaik. Penjaga mungkin juga menerangkan pakaian serban menyentuh akidah sebagaimana murid kaum Sikh memakai turban yang jika tidak dipakai tidak juga jatuh 'murtad'. Mahkamah ini percaya sekiranya Gurubesar mendengar perkara-perkara di atas beliau tidak mungkin bertindak begitu drastik sehingga menggelapkan masa depan tiga murid ini yang prestasinya cemerlang, cerah dan berpotensi. Dengan tidak memberi peluang untuk didengar murid-murid itu tidak dapat pertimbangan sewajarnya dan seterusnya tidak juga mendapat pertimbangan sewajarnya untuk dikenakan hukum selain dari dibuang sekolah.

Dikatakan tiga murid ini disiksa dua kali, sekali oleh PIBG sekolah yang menyuruh mereka bertukar ke sekolah lain dan sekali lagi oleh Gurubesar yang membuang mereka dari sekolah. Saya tidak sependapat mereka dihukum dua kali atau menerima bala dua kali kerana tiga murid itu tidak bertukar ke sekolah lain sehingga setelah dibuang sekolah.

Pembuangan sekolah murid sekolah tidak sama dengan pembuangan kerja pekerja awam yang tertakluk kepada Perintah Am atau pekerja swasta yang tertakluk kepada kontrak perkhidmatan. Bagi murid sekolah tidak ada peraturan sedemikian. Walaupun begitu, mahkamah di negara ini telah mengiktiraf common law di England supaya melaksanakan prinsip keadilan semulajadi/ natural justice seperti audi alterarn partem, nemo judex in causa sua atau peluang untuk didengar dan merayu dan yang menuduh tidak boleh menghakim. Lihat Kanda v. The Government of the Federation of Malaya [1962] MLJ 169. Dan prinsip ini boleh diperluaskan dan tidak tertutup: Raja Malek Muzaffar Shah v. Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis [1995] 1 CLJ 619; [1995] 1 MLJ 308. Lord Diplock memberi nafas baru dengan menamakan rules of natural justice kepada procedural impropriety untuk merangkumi pengkhianatan kepada undang-undang substantif atau prosedural: Council of Civil Service Unions v. Minister for the Civil Service [1985] AC 374.

Tiga murid sekolah ini tidak mendapat keadilan kerana tidak diberi peluang untuk didengar melalui penjaganya. Saya putuskan pembuangan sekolah mereka tidak sah, terbatal dan tidak berkesan. Saya perintahkan mereka diterima balik di sekolah itu dan memerintahkan defendan membayar gantirugi dan kos.

Untuk menyempurnakan dan menghias penghakiman ini saya menjawab persoalan yang ditanya pada awal penghakiman ini. Jawapan saya begini:

Tidak sempurna iman seseorang Muslim itu jika dia ditanya apa hukumnya bagi seorang Muslim melarang orang Muslim memakai serban lantas dia menjawab hukumnya sunnat atau harus. Jika terus didesak untuk menjawabnya maka saya jawab setiap orang Muslim ada hak untuk menganut dan mengamalkan ugamanya sebagaimana terjamin di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan dan melarang orang Muslim memakainya adalah bertentangan dengan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan dan tak sah dan terbatal. Larangan itu tidak berkaitan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak di bawah Perkara 11(5) yang mengatasi Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan.

Sebaik-baik tindakan ialah mencegah kemungkaran, tidak memaksakan sesuatu yang baik kecuali dengan contoh yang baik dan sebaik-baik ketakbuatan/ omission ialah tidak melarang orang untuk berbuat baik. Lebih makmur tidak dilarang orang Muslim memakai serban dan menutup aurat. Biarlah mereka menjadi contoh yang baik. Masalah ini timbul kerana orang Melayu takut kepada Bahasa Melayu dan orang Muslim takut kepada Islam. Mereka bertindak apa kata orang. Mereka tidak bertindak apa kata diri.


[Use Back Button To Go Back]


--------------------------------------------------------------------------------

Copyright © 1997 - 2006 CLJ Legal Network Sdn Bhd (192353 V)
All rights reserved.
Email: enquiries@cljlaw.com Phone: (603)-4270-5400

ujang said...

Bro. Keng,

On beard, it was narrated in Sahih al Bukhari, Volume 7, Book 72, Number 780:

Narrated Nafi':

Ibn Umar said, The Prophet said, 'Do the opposite of what the pagans do. Keep the beards and cut the moustaches short.' Whenever Ibn 'Umar performed the Hajj or 'Umra, he used to hold his beard with his hand and cut whatever moustaches. Ibn Umar used to cut his moustache so short that the whiteness of his skin (above the upper lip) was visible, and he used to cut (the hair) between his moustaches and his beard.

Anonymous said...

Tuan Keng,

Lama dulu dah diberitahu,
http://www.malaysia-today.net/blog/2004/10/hina-islam-hadhari-ambil-tindakan-hina.htm.

Sayuti said...

tuan keng,

atas dasar keseragaman, saya setuju dengan keputusan membuang pelajar dari sekolah setelah mereka berdegil (setelah amaran diberi) untuk mematuhi satu peraturan yang mudah, dan tidak pula bertentangan dengan Islam secara akidah (tidak memakai serban).

walau bagaimanapon, saya mengecam keras perkataan2 yang diguna pakai dalam penghakiman sehingga menyamakan serban dengan arab jahiliyah, seperti yang tuan komen dalam entry ini. juga, saya ingin mempersoalkan tentang signifikan komen 'naik unta', 'rumah dari tanah liat' dan 'bumbung daun kurma' dalam penghakiman tersebut.

di sini juga, saya ingin menyeru agar semua pelajar beragama Sikh di sekolah2 kebangsaan di Malaysia dikenakan tindakan yang sama dengan tiga pelajar berkenaan bagi menjamin keseragaman dalam peraturan sekolah.

dulu, saya menyokong keputusan tuan hakim mahkamah tinggi seremban. dengar cerita, tuan hakim kena transfer lepas buat penghakiman tersebut. terima kasih kepada si anu yang letak isi kandungan penghakiman di atas.

kini, mahkamah persekutuan pulak buat penghakiman lain. saya terpaksa akur juga sebab kuasanya lebih tinggi.

nanti, mahkamah padang mahsyar pula bagi penghakiman. sekarang juga saya terima keputusannya dengan penuh yakin walaupon penghakimannya belum dilaksanakan. kerana beriman pada qada dan qadar itu, rukun.


p/s: terima kasih atas doa tuan kepada nenek saya. moga2 husnul khatimah.

Pegawai Khalwat said...

Sekarang, siapa yang dikatakan jumud?

Saya berpendapat pembuangan sekolah adalah terlalu keras. Setuju mereka perlu dihukum kerana melanggar peraturan sekolah.

Tapi peraturan itu bukannya sampai membuatkan mereka ini jadi pengganas yang akan mengebom sekolah, memudaratkan pihak yang ramai.

Adakah patut masa depan anak-anak ini dicemarkan semata-mata perkara yang boleh diatasi dengan perundingan bijak.

Tapi saya tak setuju dengan kata-kata pihak tertinggi itu. Kerana saya selalu berpesan kepada diri sendiri dan orang lain, jaga lidah, bercakaplah apa yang kau tahu, bukan apa yang kau buat-buat tahu, atau tahu sikit-sikit saja.

Pss.... lepas ni apa pulak?

loppiess said...

keng,

1. sunnah sungguh jelas. setiap perlakuan sunnah tidak boleh di perlekehkan, di perlawakan, tidak boleh di pertikaikan, tidak boleh di ukur kepada masa atau zaman. Ia perlakuan junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
kalau sesiapa yg tidak mampu mengikut sunnah maka berdiamdirilah saja atau berdoa agar satu hari nanti akan mampu.

2. Tun, dia lelaki tua yg begitu malang. walaupun disekelilingnya penuh harta keduniaan dan pangkat yang berbagai namun kecamuk kalbu dan fikirannya begitu menekan hingga kesinambungan penghinaan yang di terimanya berterusan seperti irama orkestra. Dia lelaki tua yg duduk atas sarang kemasyuran yang sudah berlalu dan dia kini bermain dengan bayang bayang tentang kehebatan, keperdanaan fikiran dan idea dan kemaksuman tingkahlaku hingga dia sudah tidak mampu lagi menerima bahawa dia hanyalah seorang jongos yang dibuai kenangan dan mimpi indah cuma. Sanjungan masa lalu yg masih sedikit berbaki barangkali adalah hijab hitam untuk dia duduk sebentar dan berfikir , bertafakur atau menoleh kembali jalan jalan yang tertinggal. Dia kini bermain berseorangan seperti seorang lelucon yang sudah tidak ditertawakan lagi.

begitu aku kasihan. segelintir manusia telah ditakdirkan hidup dan bergelumang di dalam jajaran jalur sendiri yang diukir dari anggapan yang diri sendiri amat sempurna, amat betul serbaserbinya hingga sampai menyoal hukum dan menyoal sunnah.

keng, doakan mereka.

Mat, Jln Wireless said...

1) Tolong cerita sikit lagi pasal Kallan.
2) Undang undang skolah kata dddosa ke paka serbang?

Anggun said...

Tuan Keng,

Itulah hakim yang bercakap mengikut nafsu...dan kepentingan2 lain. Dapat kita bezakan antara kata-kata orang yang berilmu dengan kata-kata orang yang jahil..sangat terang dan ketara tuan...

Saya sebagai insan yang serba daif' sesungguhnya ingin mengambil iktibar..maklum...tidak terlepas dari sifat2 mazmumah..iman kadang di atas, kadang di bawah.

Sedikit sebyak tuan berjaya memberi panduan dengan 'mata pena cyber' tuan.

Illal liqa'.. :)

P.S..baru tau Kallan tu Kelang..menarik!!

sinaganaga said...

Keng,
Kalau aku tak ada emak ayah kakaks anak bini kak nor kak eton kak asiah daud - dah lama dah aku tinggalkan Malaysia.

Aaaa, aku mahu tinggal di Uganda, misalnya. :)

sinaganaga said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ku Keng said...

Jiwa Rasa:

Apabila manusia menggunakan akal untuk urusan agama, maka begitulah jadinya. Rujukan lama diperlekekahkan dan al Quran nak ditafsirkan kembali. Tapi dalam penafsiran yang sedang diusahakan didasarkan kepada terjemahan Abdullah Ali dan buku-buku orientalis.

Sehingga perbezaan antara sunnah dan sunat menjadi keliru.

Rampai:

23 Julai di Masjid Wilayah Perseketuan Jalan Duta. 9 pagi. Kami berhimpun untuk bantahan bersopan dan teratur. Kami menunggu anda.

Puan Dr.:

Memandai-mandai dlm urusan agama, bahaya. Boleh tergelincir akidah. Antaranya, itulah contohnya!

Bukan hanya hakim tak sensitif, orang Melayu pun sama. Yang heboh diperbincangkan kes CT dengan K. Melayu memperbodohkan diri sendiri dan akhirnya jadi bodoh.

Puan Dr. lagi:

Sekarang Jiwa Rasa sedang mencari doktor yang sanggup menjadi mudim.

A Jones:

Menulis ada mood. Bila terlampau geram, datanglah idea-idea. Tapi saya tetap mau belajar melukis spt kamu, bro!

Anon:

Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Saya menerima hujjah Tuan Hakim Yang Arif itu. Dan saya tabiknya kerana membuat kajian yang terperinci dalam membuat keputusannya.

Saya terpanggil untuk mengulang balik pendapat anda dan memperbetulinya sedikit. Sebenarnya, orang Melayu takut kepada bahasa Melayu dan orang pseudo Muslim takut kepada Islam. Dan sekarang hal-hal tentang Islam ditadbir oleh orang-orang sebegini!

Ujang:

Terima kasih kerana mengongsi maklumat tentang penentangan Rasul terhadap sikap pagan.

Anon 2:

Tepat sekali. Yang disunnahkan dilekeh-lekehkan, yang baru direka diagung-agungkan.

Sayuti:

Mahsyar tu pasti dan nyata Yut, tetapi kita mesti membantah percanggahan dengan perbuatan, perkataan atau hati. Jangan bagi can!

Tuan Pegawai:

Betul dan setuju Tuan. Bukan setakat itu. Mengapa perlu menghinakan sunnah sehingga memukul dan menampar pelajar yang berserban? Dan disuruh pula mereka bersongkok, walhal tak ada kelonggaran untuk bersongkok dalam peraturan sekolah! Apa kata kalaulah, na'uzubillah, ketiga-tiga pelajar tersebut mengambil sikap seperti Linda Joy, dan mengisytiharkan bahawa mereka sekarang penganut Sikh (tak kata agama) dan mereka mau berturban. Lagi naya.

Lope:

Cek e-mel. Komen anda amat cantik sajaknya. Boleh tak dimuatkan dalam e-sastera?

Lope, 23 Julai di Masjid Wilayah jam 9 pagi.

Mat JW:

(i). Itu cerita panjang Cik Mat ooi.
(ii). Undang-undang taghut. Bukan kira dosa pahala.

Anggun:

Biar jahil tapi pandai, lama kelamaan akan dapat ilmu untuk mencelekkan dirinya. Kalu jahil dan bodoh itu orang Gganu namakannya jahil-tukil. Contohnya sebegitulah.

Kalu tanya Wak Jawa di Kelang mereka akan ceritakan tentang Kallan. Kata mereka dulu di Kelang ada kallan letronik dan kallan besi dll. T

api mungkin anda tak akan faham kerana yang bercerita tu akan bercerita dalam bahasa jawa kuno!!

Naga:

Kak Nor kata anda akan pergi setakat seminggu saja kerana akan terlampau ingatkan kepada ramai lagi teman-teman lama.

Alhamdulilalh Kak Nor sihat. Kak Asiah baru dapat menantu.

Bila nak datang rumah?

dr in the house said...

Betul tu Keng,Saya suka baca gaya bahasa Loppies, sungguh berseni. Kalaulah saya pandai berbahasa sepertinya, saya akan menulis buku, insyallah!

blackpurple said...

Apa agaknya yang ingin ditegakkan oleh hakim itu.... atau maruah siapa yang ingin dipertahankan....hanya dia yang tahu...

wafa said...

Tuan Keng.

Saya ada satu soalan? Budak-budak beragama "sikh" boleh pakai "mundaz"/turban kepala kat sekolah ke?

Tak pernah dengar kena buang sekolah pun?

Jiwa Rasa said...

Tuan Keng & rakan-rakan,

Kita jumpa di masjid Wilayah 23 Julai!

crimsonskye said...

Saya pun sampai sekarang masih tertanya2 kenapa sebenarnya tak dibenarkan memakai serban, menyimpan janggut etc ke sekolah? Memang atas dasar keseragaman ke?

Nyetok said...

Lamo tok mari melawat pok keng. Byk ilmu ambo buleh bilo bc entry demo. Buleh pok keng terey sikit lagu mano nabi sipe rambut ngo janggut...

bunga rampai said...

Salam. Terima kasih atas jemputan. Saya baru tahu masa membaca blog loppiess tengahari tadi.
Apa kesudahan perhimpunan berkenaan?

Has said...

Keng, sibuk noh, tak dok update lama doh.

lentiform said...

I wonder if it has anything to do with a certain defunct but revived again movement?

Ku Keng said...

Puan Dr.:

Lope membisikkan kepada saya, "Sekiranya bahasa Inggerisku semacam Dr. Roza, aku akan menulis banyak buku dalam bahasa Inggeris!"

;)

blackpurple:

Mempertahakan kejahilannya. Tak ada lain.

wafa:

Kalu mengikut peraturan sekolah itu, pasti kena buang. Kalu pengikut Ayah Pin yang berkain pelikat hingga ke paras lutut pulak bagaimana agaknya?

Jiwa Rasa:

Alhamdulillah kami kesana, meskipun kena jauh berjalan dari tempat parkir kereta.

Crimsonskye:

Undang-undang keseragaman semata-mata. Tetapi kebebasan sepenuhnya diberi kepada anak-anak Kaur.

Rampai:

Salam kembali.

Perhimpunan berjalan dengan teratur. Tetapi saya masih bertanya-tanya sama ada yang hadhir tu akan sentiasa peka kepada isu-isu yang menjejas hak-hak mereka, atau tidak.

Kak Has:

Bukang sibok tapi streamyx beragang.

Lentiform:

Mereka berfikrah sedemikian meskipun organisasi dah berfungsi.

Ku Keng said...

Nyetok:

Nati ambo cerito bak rambuk den janggok nabi. Demor ni gak mesti rambut panje.

Junita said...

i was just blog hopping n found this entry interesting. apa lah daya kita hanya boleh menyuarakan rasa tak puas hati ttg hakim yang konon terer pasal agama. bab gamak tak gamak dia buat judgement macam tu, kita serah pada Allah di akhirat nanti. sometimes bala dtg pada semua, bukan pada mangkuk tu sorang, tu yg makcik takut nih...kena serpihan pun na'uzubillah....