Seolah-olah menjadi dekor yang mandatori untuk restoran-restoran Kari Kepala Ikan untuk menghiaskan dinding-dinding mereka dengan ayat-ayat al Quran. Terpampang Ayatul Kursi atau Tiga Qul. Tak mencukupi dengan itu ditambah lagi dengan gambar Kaabah dan Masjid Nabawi berbentuk 3-dimensi yang dihiasi indah dengan lampu yang menyahdukan pemandangan. Ada pula restoran yang lebih innovatif. Papan tanda ditulis dengan huruf jawi. Lam Wau Ta' Wau Sin.
Agama atau al Quran menjadi daya tarikan. Kerana dinding-dinding sudah terpampang indah dengan ayat-ayat suci, maka restoran berkait berjaya dalam menambahkan keselesaan kepada pengunjung. Pasti halal. Aku tak mengatakan bahawa ada kemusykilan tentang kehalalannya. Tapi inikah caranya? Tak kiralah siapa tuan empunya restoran tersebut. Mamak ke, Hindu ke, Ah Long ke atau Melayu ke. Semuanya standard. Percayalah hanya satu atau dua restoran Kari Kepala Ikan di KL dimilikki oleh orang Islam. Kebanyakannya, ya kebanyakannya tidak.
JAKIM terlau sibuk dan ghairah merampas al Quran dari Syria atau Mesir yang diimpot tanpa tanda mohor JAKIM. Sehingga menjadi kebingungan kepada penjual al Quran. Kalaulah langkah penapisan ini dah dilengkapkan dengan jentera yang tersusun dan teratur, tak ada sesiapa yang akan bersungut. Akan tetapi untuk menunggu sehingga tujuh bulan untuk mendapat "keputusan kelulusan" adalah tak masuk akal sama sekali.
Begitulah keghairahan JAKIM dalam mengunakan kuasa. Tersalah tempat.
29 comments:
Salam Keng,
Ingin tahu.
1) Apa hukum ayat-ayat suci dijadikan bahan dekorasi dinding tidak kira rumah atau apa jua premis. Kadang tu ada dekor yang menjangkau beribu ringgit, dan tuannya amat berbangga kerana dia mampu.
2) Ada teman-teman bukan seagama merungut tidak senang ke rumah teman-teman yang beragama Islam kerana dinding rumah dipenuhi ayat-ayat suci pelbagai warna dan gaya. Saya kira hal ini menimbulkan ketidakharmonian dan membentuk sempadan pemisah antara kaum dan agama. Apa pendapat Keng?
Terima kasih.
Sebentar tadi dalam rancangan tv3 NONA ada slot mengenai Pelaris. Antara yang menarik kelihatan 2 gadis bertudung berjumpa Bomoh Siam, Dihadapan Bomoh Siam ialah arca-arca Buddha, mereka meminta pelaris untuk bertemu jodoh dan disegani di tempat kerja. Bomoh siam memasang colok dan bersembahyang sambil menjampi bedak nyonya(bedak buku) lantas menyuruh gadis memakainya. Juga mengenai seorang peniaga yang meletakkan ayat 786 serta 1000 dinar. Juga bomoh yang memandikan seorang wanita untuk menaikkan seri muka(kononnya). Keng, mujurlah saya bukan bomoh lelaki itu......
Saya membaca sebuah buku mengenai Fadhilat surah Yassin. Surah Yassin ini ada khadam yang menjaganya, katalah saya membaca Yasin 40 dengan niat perkataan saya didengari oleh seseorang/atau hajat saya tidak mengalami halangan yang besar. Khadam-khadam ini apabila diseru akan mendengar seruan...Benarkah begitu.
Kalau nak tahu kesahihan halal atau tidak tuan Keng, yang paling selamatnya makan aje makanan masakan isteri tercinta...*wink*
JAKIM = Jabatan Kebajikan Islam (Hadhari) Malaysia.
Qur'an dari Syria dan Mesir dirampas kerana di Syria dan Mesir tak ada Islam Hadhari.Mungkin.
Aku tak mau komen pasai Quran dari Syria, sebab aku tak tahu benda tu. Baik aku komen benda yang aku tahu.
Betul cakap Tuan Keng, kalau di Tanjung ni, lagi banyak kedai terutamanya Mamak yang meletakkan ayat suci Al-Quran sebagai lesen halal. Terutama kedai yang baru.
Aku ni memang leliru kalau makan di sini. Biasanya aku makan di kedai-kedai mamak yang memang dah wujud berpuluh tahun di sini, sebab tak ada keraguan lagi (yang ragu bab kebersihan saja).
Kalau kedai baru pun setakat nama-nama besar seperti Kayu, Pelita dan Subaidah. Nama-nama lain? Entahlah.... tiba-tiba saja muncul.
Memang keliru..... Jadi siapa-siapa yang datang ke Tanjung ni, kalau nak makan nasi kandar khususnya, konteklah aku, boleh aku cadangkan yang selesa atau yang halal atau yang sedap.
Pssss.. ada kes, kedai makan kecil di sebuah kompleks beli belah lama, kedai Melayu. Tapi satu hari tu waktu pagi, bukan Melayu yang menghantar makanan (nasi lauk campur), terus jadi isu, dikatakan bukan Melayu yang masak. Tak tahu betul ke tak.
what happened to the sign kat kedai makan yang just tulis *halal* kat pintu masuk? dah tak pakai ker keng bey?
Rampai:
(1)Ada dua bab di situ. Yang pertama dalam menghurmati ayat al Quran, memang pada tempatnya. Diletak ditempat tinggi dan bermegah dengan kecantikan ayat dan makna ayat. Yang kedua, sekiranya menjadikan riak maka dosanya pada sifatnya.
(2)Sikap begini keterlaluan, kerana kebebasan pada tuan rumah tak sepatutnya dipertikaikan. Yang rumah Cina berbau colok tak ada sesiapa yang mengomplen. Pergi rumah Hindu keluar bau minyak, tak pun kita bersungut.
Itulah pandangan saya, adanya.
Kim:Itu pasti khurafat. Walau pun digunakan ayat al Quran.
Dalam bab khadam tu, saya kurang arif. Perlu tanya Dr. Amran Kasimin.
Zizie:Mungkin. Baru saya tau.
Tuan Pegawai:Yang paling saya minati dulu di Simpang Enam. Ada lagi tak? Psss...di KL pun ada kedai sebegitu. Di Pertama Kompleks. Pekerja semua Indon.
Simah Hanim:Tanda halal masih ada, tapi untuk memperkukuhkan lagi kehalalannya didekorkan dinding-dinding dengan ayat al Quran.
Kalu jatuh ko're perangai ketam apo jadik??
Tak munasaboh lansung ketam ajar anok,
Didikan tak btul contoh hok takdok gamok,
Ayoh jale undur ibu bjale ngesot,
Sabit turun mnurun ketam bjale rekyok.
Wahai ayoh bonda pikirlah baik-baik,
Ore tuo kato bapak borek anok rintik,
Ayoh terjun telaga anak terjun parit,
Ayoh curi angsa anok curi itik,
Ayoh kedai kopi, anok wakaf buruk,
Ayoh main aji, anok main terup,
Ayoh berehi judi anok berehi mabuk,
Ayoh togok todi anok togok ubat batuk.
Ayoh stesen bas, anok stesen kereto,
Ayoh kijo malas, anok duduk sajo,
Ayoh sepak kertas, anok sepak botol,
Ayoh seludup beras, anok seludup ganja.
Ayoh tipu anok, anok tipu saing,
Ayoh jale rekyok, anok jale nyegeng
Ayoh otok kersot, anok otok mereng,
Ayoh baso rongok, anok baso sumbing.
Ayoh keras keng, anok keras pedal,
Ayoh ore jahil, anok kaki smacau
Ayoh kaki lobey, anok kaki kacau
Ayoh sepak kambeng, anok sepak kuba
Tuan Keng,
Aku tak pasti di mana Simpang Enam tu. Mungkin namanya dah bertukar. Banyak kedai-kedai lama hari ni dah bertukar tempat dah dah bertukar tangan.
Yang bertukar tempat, tak apa kerana masih ada pengikutnya. Yang bertukar tangan (terutama tukang masak), habislah kesedapannya.
Maaf kalau bercerita pasai restoran pulak. Sambung balik bab salahguna ni.
saya setuju sesangat ngan nasihat maklang tu.. kalau byk sgt kemusykilan kat luar tu...makan je kat 'dalam'...
saya pasti ramai surirumah di luar sana tu amat bersyukur akan keadaan was2 yg berlaku sekarang..
selalule org kat opis yg balik makan kat rumah ..tak pun siap tapau food dr rumah... alhamdulillah..
one man's poison is another man's meat...!
hadir...
(tiru bergen)
saya mementingkan apa yang di masak, tukang masak dan yang terpenting rasa yang di masak! Pss.. sebab itu saya teramat sihat barangkali.
Nyetok:Timokasih belanar gak wei, sebak atar ddikir hok comer den gguno sungguh. Sapo kare ning Awe wei? Demo sediri ko? Bulih kor kawe nok ambik nok bbagi kor saing rodong laing?
Tuan Pegawai: Dulu Simpang Enam pertemuan Air Hitam Road, Macalister Road, Gelugor Road, dll. The famous Craven A restaurant di satu penjuru antara Air Hitam dan Macalister. Itu zaman dulu-dulu. Mungkin sekarang dah ada jejantas!
Mc Kay: Kak balik makan ke? Kak, Kak tautak, tosai pun ada juga yang haram. Untuk menyedapkan ramuan, mereka taruh todi. Jadi sebab tu lah ada tosai yang masam dan kau! Tetapi sekarang kedai-kedai mamak dah guna cuka dah.
SayutiM:Alangkah ganjilnya Adikku Yut ini apabila hadir tanpa bersuara.
Gitartanpatali:Memang terbaik begitu. Tanpa tali pun gitar masih dapat mengeluarkan irama yang merdu.
kekadang musykil juga, nama restoran bunyinya muslim, pekerja2 yang dibawa masuk dari India tu betul2 muslim ke?
Ada orang kata restoran mamak ni tempat aktiviti money laundering...
ps: kalau dah was-was afdal ditinggalkan...
ganjil, tp benar tuan. takde apa2 yang nak ditambah, didebatkan atau dikongsi.
ingin menyebut sesuatu tentang radio, tapi itu IKIM, bukan JAKIM. dan tidak relevan.
maka, saya hadir untuk membaca.
Banyak restoran keng, yg perlu ialah kita kena berhati hati.
Pastikan betul betul halal dgn cara pertimbangkan dari berbagai sudut.
Orang yg perihatin ada gerak rasa.
itulah eloknya kita nak makan di sesuatu tempat tu perlu kita mengambil tahu dahulu, may be dengan bertanya pada kawan2 @ orang setempat
kadang2 rasa tak seronok sbb kita sebenarnya tak bebas nak mkn di mana2, contohnya macam kedai mamak ni le
Blackpurple:Kalu pun Money Laundering, tapi kenapa kain lap keja tak di launder mereka? Berbau hapak!
Pekerja asing? Baca blog terawal saya: http://keraskeng.blogspot.com/2006/01/gourmet-kopi.html#links
Sayuti:Kehadiran dicatat dan dikira mata.
Lope:Pemusnahan kedai-kedai di Kampung Indah, akan memupuskan restoran-restoran asli di bandaraya kita.
~ahni~: Kedai mamak pun bukannya murah. Baik makan di stesen minyak.
NBB: Bukan saya kata tak halal. Tapi kedai tu kepunyaan Islam ke? Ayat-ayat al Quran terpampang di dinding sebagai perhiasaan dan semata-mata untuk iklan! Wajar ke? Gi Sarawak nikek belon apa?
Lepas baca pasai tosai di taruk todi, malam tadi saya dan suami makan di kedai Devi 's corner di TTDI dengan kawan Mat Salleh. Mat Salleh nie, memang regular customer kat situ. kami order tosai dan lassi. Semuanya masam.
Teringat saya ceghita dalam blog nie terus saya tanya, Ada taruk todi ka?
Terkejut katak orang tu lantas menjawab.....ayo yo mana ada, ini tosai macam bikin dekat rumah punya.
Kawan Mat Salleh tu blur lalu tanya kat suami saya, What's todi? Explained.....
Sebenarnya, bila ada cop JAKIM pun kami kurang pasti kesahihan halalnya lepas dengar beberapa kes.
Macam mana nak jadi HALAL HUB FOR THE MUSLIM WORLD nie?
alahai tuk keng..marah ke? memangla kita tak balik makan kat umah! satu.. sebab umah kita jauh.. dua.. sbb kita dah tapau dr umah.. buat apa nak balik umah!!??
lunch break sejam mana dan nak balik umah? kalau MD bg lepas sampai 2 jam ok gak! lgpun MD pun tak balik makan lunch kat umah!! poyo tul!
tosai memang saya suka tp setakat ni tak pernah beli sendiri ..slalu org belikan.. jd mana kita nak tau dia taruk todi ke tak? org yg gi belila kena cek! so sape salah? org yg makan ke org yg gi beli?
apalah nak kecohkan pulak..dah jd darah daging pun...tawakal je la..(la ni tgh belajar buat tosai ikut resepi dr dapur maklang) harap2 menjadi dan tak payah lg kirim kat org lain suruh beli!!!
tuan, mata yang dikira tu boleh redeem dengan apa2 tak nanti?
hehe
Minta maaf, tapi saya cuma nak bertanya... mohor Jakim tu memang diperlukan untuk setiap Al-Quran yang dicetak di luar Malaysia ke? Baru nilah pertama kali saya dengar pasal kena ada mohor Jakim untuk Quran import.
Tuan Keng,
Maaf, cerita pasal restoran lagi. Yaa... Craven A masih wujud tapi telah direnovate dan sudah tidak sedap seperti dulu sejak ketiadaan bapa tokey sekarang.
Ada dibuka beberapa cawangan tetapi ada yang dah ditutup kerana tidak berjaya.
Nanti aku buat satu entri pasal restoran ni lagi.
Tuan Keng,
Menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk menilai satu2 tempat makan itu halal ke tidak, waima ditulis tanda halal atau tulisan jawi ape sekalipun.
Kalau rasa2 tak pasti, hukum dah jadi syubahat..maka tinggalkanlah..senang cerita..(cakap senang ye..kalau memang dah terliur nak rasa tu, hmm..cabaran besarler tu).
Yang pasti...tapau dari rumah macam Mc_Kay cadang tu bagus. Tak pun 'pot luck' dari rumah..terjamin halal..jimat pun iye..Nanti kita jemput Tuan Keng sekali..itupun kalau sudi ler..eh..silakan..
Tuan Keng, pernah terbaca didada akhbar. Ayah si tuan punya Restoran Lam Wau Ta' Sin tu seorang philantropist yang sangat pemurah. Pernah disedekahkah beberapa ekar tanah untuk didirikan sekolah cina dan sekolah tamil.
Dan nampaknya, berkat 'sokongan' orang2 kita jugalah si tuan punya Kumpulan Sykt Lam Wau Ta' Sin sudah mengembangkan bisnes dengan membuka hotel pula - tak jauh, hanya sepelaung sahaja dari pejabat hamba.
Madah Berhelah:Syukurlah. banyak keadaan mengelirukan.
Wafa:Ya tosai bikin rumah punya todi tarok. Kedai punya cuka tarok. JAKIM kerja sambil lewa. Itu hakikatnya. Mereka kebanyakannya broker tanah.
Mc KayBukan marah, tapi bertanya kerana ingin menjamah lauk yang dibawa dari rumah.
Untung Mc Kay kerana ada orang yang tolong beli tosai. Tapi ambil pusing juga tentang mana dibelinya. Dan jangan ambil ringan kerana dah jadi darah daging. Sekurang-kurangnya insaf dan tak ulangi.
Sayuti:Point bolih masuk dalam Kad Mesra.
Crimsonskye:Dulu JAKIM kata memadai dengan surat izin berdasarkan kepada pengeluar dan pengimpot. Sekarang mereka mau teliti satu persatu. Tak belajar sampling theory agaknya. KDN kata lain dan JAKIM kata lain.
Tuan Pegawai:Tolong buatkan entri tentang Craven A. Dulu tokei kedai, bapa kepada kawan sekelas. Jadi bila pi makan dapat diskaun.
Anggun:Saya sudi menerima jemputan. Ofis kat mana?
Ordinary Superhero: Ya, dengan ehsan orang kita semua. Yang dibuatnya sekolah-sekolah Cina dan Tamil.
Ofis kat mana? Di panggung Odeon ke? Yang jual rekod hindustan tu ke?
skang ni nak makan pon payah... negara islam, susah makan?
ChikaDior:Lebih senang untuk makan di Melbourne. Kedai-kedai makan lebih telus.
Lentiform: Gubra sungguh mengabrakan. Kalau pasti digigit atau dijilat, seperti permainan atau benda-benda kecil yang menjadi permainan binatang, maka wajib disamak. Kalau was-was baik juga samak. Tapi kalau yakin tidak, maka tak perlulah dilakukan.
Kemana blog??
Post a Comment