Dalam Sahih al Bukhari disebutkan tentang kegembiraan Abu Lahab apabila mendengar berita kelahiran Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wassalam yang disambutnya dengan pembebasan hambanya Tsuwaibah.Wahai Junjungan Kekasih Allah,
Kaulah Penunjuk,
Kaulah Pemimpin,
Kaulah Cahaya di atas Cahaya,
Selawat dan salam kami rafakkan,
Memohon ampun dan keberkatan,
Atas ummahmu sekalian.
Dan dalam mempertahankan sambutan mawlud untuk memperingati kelahiran Nabi, Al Hafiz Syamsuddin Muhammad Nasiruddin Ad Dimisyqi telah mengarang sebuah syair yang bermaksud:
Kalaulah si kafir (Abu Lahab) ini yang dicelai;
Di dalam al Quran dinyatakan di neraka ia kekal abadi;
Tersebut setiap Isnin kepada beliau Allah anugerahi,
Keringanan kerana kegembiraannya tentang kelahiran Ahmad;
Apatah lagi seorang hamba yang bergembira sepanjang hayat,
Menyambut Maulud Ahmad dan matinya dalam keadaan bertuhankan kepada yang Ahad?
Aku bermohon syafaatmu wahai Junjungan,
sebagaimana janjimu kepada umatmu yang ringan...
timbangan kanan.
Syafi'na Ya Rasulullah.
26 comments:
masyaAllah. terlalu mendalam dan indah syair ini.
...menganugerahinya keringanan kerana kegembiraannya...
oh! saya tidak tahu tentang keringanan azab abu lahab setiap isnin itu. terima kasih bro.
:) Hehehe you beat me to this. I was about to blog about Abu Lahab's lessened tortures every Monday too...
Selamat menyambut Maulidur Rasul! :)
Keng,
Tiada harapan selain Allah,
Tiada contoh selain Nabi,
Tiada kata seindah al Quran,
Tiada jalan selurus as sunnah,
Tiada perjuangan selain Islam,
Selamat Meyambut Maulidur Rasul 12 Rabi'ul awwal 1427.
It is such Mercy of Allah that makes one
not to lose hope...wallahualam
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala alihi wasobihi wasallim
(berselawat lah kita banyak2)
p/s: tuan, saya dah sampai ke kampung bongek hujung minggu lalu. teringat dekat tuan.
indah!
Tuan Keng,
Terima kasih untuk info.
Terima kasih untuk puisi.
Aku akan gunakan untuk berdakwah kepada para sahabat yang masih alpa.... termasuk aku.
Keng,
semasa di Yaman ( Hudeida ), arab itu menyuruh aku membaca alfatihah utk membuktikan aku ini muslim.
ohhh..bagaimanakah si muslim yang mendukung anjing itu menilai aku?
(mahu saja aku mencabut pisau tradisional yg terselit di pinggangnya dan mengugutnya sambil mencekak lehernya..............).
Cantik.....
"....berpesan2 pada kebenaran, berpesan2 pada kesabaran"
Loppiess
Mungkin dia mazhab Maliki kot (anjing bukan najis)?
Tapi memang betul, tak sedap bila kita sesama Muslim mula jadi judgemental.
Keng,
Saya ingat nak bela anjing dan dah memesan dengan sepupu nak beli baka anjing jirannya yang cantik. Saya nak letak di kebun bertujuan menghalau musuh tanaman. Dalam keluarga saya, saya seorang yang serasi memelihara anjing dan suka kepada binatang tersebut.Maksud suka disini bukanlah nak belai-belai macam bela kucing. Adik beradik yang lain jangankan anjing, kucing pun mereka benci dan geli.
TQ...
Ayah Keng
Tiap2 jumaat khatib ada berpesan kpd hadirin sekalian ...selawat dan salamlah keatas Nabi Muhammad sallallah 'alaihi salam, sesungguhnya sesiapa yang berselawat keatasnya, Allah berselawat keatas mereka 10 kali.Maka beruntunglah orang yang berselawat.
Untuk mengenali baginda maka kita kena baca sirahnya dan mengenali sahabat2 beliau.
Kalau boleh taklim dan taklum kat rumah.
Ana dah pergi tabligh dgn tok batin ,Ante bagaimana?
Moga kita tidak menyambut Maulid macam Abu Jahal. Peribadinya disambut, dihormat dan disayang tetapi ajarannya ditolak dan diketepi.
Reminds me of Hadith Nabi SAW,
more or less sounds like this:
If something is not right than
you must correct it with your hands, if you can't then with your words, if you can't then with your heart, but this is the most weakest action among the three.
Tho la al baad ru alaina
min thani yaaa til wadaaa'
waaja baas syukru alaina
maadhaa aaa lillahi daaa'
On tuesday 11/04, channel 52 of astro showed documentary of Rasulullah...amazing edification from the non-muslims, hope they will repeat the documentary again like before.
Reminds me of Hadith Nabi SAW,
more or less sounds like this:
If something is not right than
you must correct it with your hands, if you can't then with your words, if you can't then with your heart, but this is the most weakest action among the three.
Tho la al baad ru alaina
min thani yaaa til wadaaa'
waaja baas syukru alaina
maadhaa aaa lillahi daaa'
On tuesday 11/04, channel 52 of astro showed documentary of Rasulullah...amazing edification from the non-muslims, hope they will repeat the documentary again like before.
Reminds me of Hadith Nabi SAW,
more or less sounds like this:
If something is not right than
you must correct it with your hands, if you can't then with your words, if you can't then with your heart, but this is the most weakest action among the three.
Tho la al baad ru alaina
min thani yaaa til wadaaa'
waaja baas syukru alaina
maadhaa aaa lillahi daaa'
On tuesday 11/04, channel 52 of astro showed documentary of Rasulullah...amazing edification from the non-muslims, hope they will repeat the documentary again like before.
Zizie:Allah yang maha Rahman.
A Jones:sama-sama. ingat mengingati.
Kenakelayan:even for a condemned, there is still room for His Mercy.
Saloma:Kembali. Kerana Islamlah segala menjadi indah.
Puan Dr.:Tak kan tengok kut tingkap je. Turunlah berarak sama. :))
Sayuti: Yut, nama kampong tu satu heritage budaya.
Kunci hilang:Alhamdulillah.
Tuan Pegawai:Kembali dan kembali. Ya itu terbaiknya.
Lope: Dulu budak jual rokok di Skopje, Macedonia, menguji Fatihahku. Itu pun dia tak percaya aku Islam. Kerana janggut tak panjang.
Sebagaimana kata Kenakelayan mungkin dia bermazhab Maliki.
Bila nak tulis buku tentang pelayaran?
Blackpurple:podo podo.
kenakelayan:Mungkin itu jin yang menyoal Lope. :))
Ada satu syari Turki mengenai anjing dan mazhab. Yang timbul dari perbalahan antara dua orang yang berlainan mazhab sehinggalah yang seorang memanggil yang lainnya ‘anjing’:
Tahir efendi bana kelp demiş,
(Tahir efendi memanggilku ‘anjing’)
iltifatı kendince zahirdir.
(Ini adalah kepujian kepada dirinya sendiri)
Maliki mezhebim benim zira,
(kerana aku bermazhab Maliki )
İtikadımca kelp tahirdir,
(Maliki beriktikad bahawa anjing itu tidak najis).
Kim_Labu:Dalam mazhab Shafie dibenarkan memelihara anjing untuk tujuan memburu atau menjaga ladang. Akan tetapi had-had untuk mengelakkan dari menjadi atau terkena najis mesti dijaga.
maklang: ya sama-sama
Yeop:Ya Yeop. Saya akan ambil ingatan. Yang berdakwah tu kome ke Tok Batin?
NBB:Ya anak Nurul.
Jiwa:Terima kasih. Kita ni leka dan alpa.
Wafa:Sekarang ni budak-budak berani menempelak orang dewasa apabila ditegur. Syusah.
Wafa, entah apa jadi kepada server blogspot ni. Lima kali saya cuba jawab komen, dan setiap kali ada error.
Keng- kawe kerje la!
Sori Tuan Keng,
Kenapa la jawapan saya keluar sampai tiga kali??? wal hal saya hantar sekali
Terima kasih Keng,
Sorry lambat balas, today busy pergi firm audit, untuk audit my establishment, lepas tu pegi spital, bukan sakit daa...derma darah. Sya berjumpa seorang pemuda Tionghwa bernama Leong-seorang chef yang mendapat latihan di Hiong Kong, masakannya sedap! Pemuda berhati mulia ini selalu menderma darah. Saya tertarik untuk menjejakinya. Ini langkah saya yang pertama untuk tujuan itu. Memang saya bimbang, ada apa-apa kesan, tapi Leong meyakinkan saya bahawa badannya tak mengalami sakit-sakit sejak dia berbuat demikian. Saya juga jarang sakit, cuma tertarik untuk menderma darah saja. Ambil masa lama juga, kerana umur yang sudah meningkat. Alhamdullillah segalanya OK!Mohon Allah beri saya peluang boleh menderma lagi pada masa depan.
Salam perkenalang (come here from AG's link),
Every year kat sini, kita buat Nusantara Mawlid, tunjuk to the other Muslims in the community cara kita. Tapi tahun ni unfortunately, Tuan Sheikh kita tersangatlah sibuk, jadi tak buat :(
Tapi gak le ning, koho ghama hok dok takwel pasa mawlid ni. Punoh... punoh...
All the very best.
saya nak derma darah juga, tapi tak boleh sebab berpenyakit. saya derma tenaga dan harta je lah.
Tuan Keng,
Api di biara Majusi terpadam dengan kelahiran Junjungan.
Api-api neon begemerlapan tatkala menyambut ulangtahun kelahiran beliau.
Puan Dr.: Hor, patutler tak turut berarak.
Wafa:Server error. Tak mengapa.
Kim: Alhamdulillah. Pengorbanan.
Atok:Terima kasih kerana bertandang. Tak apo, takwel tak ake abih-abih.
Sayuti: Yut, pun baik juga.
d'arkampo:Selamat datang juga. Tak mengapa, yang berneon tu mengikut-ikut tanpa ilmu. Gelita dalam cahaya.
Post a Comment