Powered By Blogger

Saturday, April 22, 2006

Blog on Dogs: Komen



Tak disangka topik anjing membawa kenangan suka duka kepada ramai teman-teman bloggers. Terima kasih di atas komen-komen yang sungguh menarik. Terima kasih kepada Sayuti dan Lope kerana tolong menjawab sewaktu ketiadaan saya, beberapa komen terutamanya dari Kim yang banyak sekali pengalaman tentang anjing dan manusia yang mau bersifat seperti anjing.

Anjing tetap menjadi masalah kepada kita kerana perkaitannya dengan hukum taharah atau kebersihan, yang menjadi keperluan asas untuk solat.

Adakah boleh dibasuh bekas terkena air liur atau bahagian anjing yang basah dengan air dan sabun? Untuk memastikan supaya jawapan saya betul, maka saya telah meminta pandangan Ustaz IK. Jawapan beliau:
Imam Syafie menghukumkan bahawa bekasan anjing, sama ada air liurnya atau mana-mana basahan dari badannya, adalah najis. Wajib dibersihkan dengan menyamak. Kalau tak disamak tak sah solat, misalnya. Akan tetapi mazhab-mazhab lain tak menghukumnya najis. Hanya menghukumkan bahawa air lior dan basahan pada badan dan anggota anjing mempunyai kekotoran yang membawa penyakit, maka wajiblah disamak.

Jadi menyamak menjadi wajib kepada semua mazhab. Menyamak dengan tanah dan air.

Dalam hal ini, Simah Hanim haruslah bertanyakan kepada ulamak di Turki tentang pandangan yang telah diberi. Dan kepada Berg, tinggal dimanapun tak menjadi masalah. Saya diberitahu oleh Awang Goneng bahawa di London, beliau mendapatkan dengan senang tanah liat untuk menyamak dari kedai-kedai yang menjual peralatan untuk pottery dan clay modelling.

Apakah khasiat tanah? Pernah saya terbaca satu makalah yang mengatakan bahwa tanah mematikan kuman rabies. Dan menurut ayah saudara saya di Besut, selalunya apabila kera ditembak, sewaktu jatuh ke bumi mereka akan dengan pantas mencapai tanah dan menelannya. Dengan serta merta, ia akan segar kembali dan kembali bergayut di atas pokok. Jadi dikampung-kampung di Besut, tanah liat terutamanya, diletakkan ke dalam air panas untuk dijadikan air penawar. Sayangnya tak ada kajian klinikal yang pernah dilakukan keatas pendapat-pendapat tersebut.

Sohehlah, sikap yang kita ambil mengenai anjing dan babi telah menjadi satu daripada penghalang untuk berdakwah di pedalaman misalnya, kerana kebanyakan penduduk di sana membela bintang-binatang tersebut. Maka satu pintu sudah tertutup rapat oleh kita sendiri. Kemas keming. Walhal beratnya hukum mengenai anjing dan babi taklah sebagaimana yang kita andaikan.

Phobia terhadap anjing ternyata adalah kerana ketakutan dan kegeraman. Begitulah pandangan QOTH, Wak Jawa, Rampai, Kenakelayan, Puan DITH, Lope, Sya, Romantis Selatan, Ahni dan Crimsonskye. Untuk kebalkan diri cubalah syor Sayuti dan Tuan Pegawai dengan memberi salam kepada Qithmir. Insha Allah mujarab.

Pandangan Atok, Tuan Pegawai, Jiwa Rasa, Black Purple dan Op pula lebih 'dog friendly', yang timbul juga dari pengalaman mereka yang tak menakutkan dengan anjing. Patutler anjing-anjing tak menyalak mereka sebagaimana Lope disalak oleh anjing Mr. Tow. Mungkin kerana Lope tak membalas kiriman limau Mr. Tow dengan gulai, ketupat dan rendang!

Disebabkan anjing bukan manusia jadi hukum bunuh diri tak dikenakan ke atas mereka sekiranya mereka dilanggar oleh Nurul. Nurul, jangan sekali-kali melanggar anjing-anjing yang asyik menggaru kutu di jalan. Susah payah pulak nanti kome ke SPCA nak membuat repot. Dan pasti sekali bumper depan lebih mahal daripada yang baru kome tukar.

Tok Rimau dan Naga harus waspada kerana Gitartong tak menyukai anjing, kucing, ikan, rimau dan juga naga! Kalau manusia menggunakan ngganjing untuk menghina, maka mungkin pula Zizie, anjing meghina sesama mereka dengan nnusia. Dan diharap Maklang dah terbangun kerana kebisingan salakan anjing di Kerteh. Terima kasih Wafa kerana memanjangkan cerita asal-usul Nuh kepada kami. Harap-harap ini bukanlah cerita Israliyat!

Akhirul Kalam. Pertelingkahan mengenai Tahir Efendi dalam puisi yang dikarang oleh Nef'i tak dilupai sebegitu saja. Selepas 300 tahun, puisi tersebut telah disambut oleh Tahir-i Mevlevi dengan jawapan berikut:

Zehr-i hicvi cihana neşredenin dili bi-şek zeban-ı efidir;
Tahir olmaz köpek;
Fakat beşere nef’i vardır;
O halde Nef’idir.


Beracunnya sindiran dari lidah mu laksana racun ular yang bisa,
Anjing sememangnya tidak dianggap suci,
Ternyata mereka hanya bernef’i kepada manusia,
O anjing sebenarnya kaulah Nef’i.

Nef’i: dari bahasa Arab naf’ah. Yang mempunyai manfaat.



10 comments:

Sayuti said...

tuan, sama2.

dith said...

:P

Bunga Rampai said...

Salam. Info yg menarik, terima kasih.

simah said...

satu entry utk jawab all the comments.menarik...dlm mazhab hanafi, mereka dlm kes menyamak mereka hanya membasuh dengan sabun.. bila saya tanya suami saya kenapa hanafi tak menyamak memakai air dan tanah..jawapannya ialah..masa zaman dulu air dan tanah memang is the logical thing to do tapi disebabkan zaman dah moden, sabun sigunakan utk menyamak instead of air n tanah....saya tak tahu kalau ada pendapat yg lain... i will ask my dad in law for further explanation...
Tapikan Keng bey, ramai sangat orang islam kat turki ni yg bela anjing dalam rumah...cuba bayangkan kalau kita org syafie pergi rumah dia orang..gamaknya lepas balik dari rumah tu mesti satu badan kena samak la gayanya kan?iskh......

loppiess said...

Keng, FYI setiapkali raya aku hantar lemang sebatang dan sepiring rendang pada Mr Tow.

Kami sesuai kan masuk iklan Petronas, :)

sinaganaga said...

Keng,
Gitartong cemburukan kami (naga dan rimau) sebenarnya... Maklumlah, kami ini handsome dan seksi!
Muerekekekekekekekekekeke...

Sayuti said...

ahh... rasa geli2 pulak anak tekak.

|X <--- ini adalah sebuah emotikon.

Pegawai Khalwat said...

Geli sebab anjing atau sebab Naga Sayut?

(Sori Tuan Keng, tumpang bertanya pada Sayuti di sini)

Anonymous said...

naga
cet!

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

ASsalamualaikom

One of saya nyer kawan ada told me that in a recent research by foreign scientist that kuman2 yang dtgnyer daripada anjing atau khinzir, hilang after seven washes yang dicampor dgn tanah

:D Islam tuh lengkap dari every sudut.

Good posting btw!