Powered By Blogger

Tuesday, July 25, 2006

Marhaban ya Rajab, ya Syahrulllah!

Besok Rabu 26 Julai, jatuhnya hari pertama Rajab.

Diriwayatkan bahwa Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka:

  • Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keridhaan yang besar dari ALLAH SWT;
  • Dan barang siapa berpuasa pada hari ke-27 Rajab, ia itu pada hari Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa;
  • Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rajab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT;
  • Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rajab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat;
  • Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan;
  • Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga;
  • Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya."

Bulan Rajab juga bulan untuk menyelesaikan zakat tahunan yang masih tertunggak dan bulan untuk merayu keampunan dari ALLAH SWT. Sebagimana sabda Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam, "Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rajab."

Tersebut riwayat Abdullah Nifaq yang masyhur. Abdullah merupakan seorang manusia pada zaman Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam, yang hidupnya penuh dengan kemungkaran. Ketika matinya Abdullah, tak ada sesiapa yang berkeinginan untuk pergi menguruskan jenazahnya. Sehinggalah Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam disuruh oleh Jibril untuk menziarahi jenazah tersebut serta mengarahkan pengurusannya. Sewaktu jenazah Abdullah dibawa keperkuburan, Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam tersenyum kerana menyaksikan malaikat-malaikat yang berebut-rebut untuk menyambut jenazahnya.

Apabila Baginda menceritakan peristiwa tadi kepada sahabat-sahabatnya, mereka pun medesak kepada balu Abdullah supaya menceritakan sebab-sebab yang menjadikan Abdullah begitu istimewa pada sisi Allah. Akhirnya balunya membongkarkan rahsia amalan Abdullah pada setiap Rajab.

Kata balunya, "Meskipun kehidupannya penuh dengan kemungkaran, beliau tidak pernah putus harapannya kepada ALLAH SWT untuk mendapatkan pengampunan. Lazimnya pada setiap datangnya bulan Rajab, Abdullah akan tekun beribadat dan mengamalkan pembacaan Istighfar gubahannya yang kini di kenali sebagai Istighfar Abdullah Nifaq". Atas perintah Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam Istighfar tersebut telah disalin oleh Sayyidina 'Ali karramallahu wajhah untuk diwarisikan kepada seluruh umat Islam.

(Istighfar ini terdapat dalam kitab Majmuk Syarif).

Wallahu 'a' lam.

Marhaban ya Rajab, ya syahrullah.
Selamat datang wahai Rajab, wahai bulan Allah.

14 comments:

Ordinary Superhero said...

Ayoh Keng, terima kasih atas ingatan ini. Tok lamo doh nok poso wei.

abdullahjones said...

Semoga mayat abdullah yang ini nanti juga menjadi rebutan para malaikat menyambut.

Mama Pongkey said...

Jazak Allah khairan kathira untuk peringatan ini... :D Selamat Menyambut Bulan Rejab!

dith said...

Marhaban ya Rajab!

Anonymous said...

Insya Allah, moga kita semua dapat menambahkan amalan kita serta memperbanyakkan puasa di bulan Rejab ini. Thank you so much for the information.

hjghaz said...

Tuan K,

Salam....

Besar pahala bagi tuan atas makluman sebegini.

Tertarik dengan tarikh Isra Mi'raj
yang juga tarikh pernikahan Siti N. Bagus, tapi terlepaslah pahala 5 tahun kalau tak di rebut.

Lagi satu.. agak2 mana lebih ramai yang datang Masjid Wilayah..Hari Forum Akidah Ahad lepas atau hari Siti nanti???

Anonymous said...

Tuan,

I hope its not too much for me to ask Tuan to "publish" the Istighfar Abdullah Nifaq in this blog.

May ALLAH SWT reward you with so much more "Ajhar" Amin.

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban ya Rajab!

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Sering saja mengingatkan dan mengilmukan, sungguh ikhlas. Terima kasih banyak-banyak.

Selamat menyambut bulan Rajab.

KakNi said...

Terima kasih daun keladi.

Bulan rejab juga -pada yang belum habis qada puasa tu- kenalah settlekan segera.

Anggun said...

Kisah yang sungguh menyentuh hati tuan. Sungguh banyak fadilat Rejab ni, MasyaAllah..

Semoga Tuan terus menulis dengan kisah Syaban & Ramadhan pula..

Syukran Jazilan

loppiess said...

berbuka apa hari ni En.Keng?
popia Ali ( bukan popia syiah ) pun ok, :)

blackpurple @ jowopinter said...

Rajab datang lagi...kemudian Syaaban...kemudian Ramadhan..... Saban tahun begitulah putarannya..

Cuma kita belum pasti samada Rajab yang akan datang kita masih ada lagi...?

Salam Rajab....

Ku Keng said...

Ord Superhero:

Ggitulah wei, tidur celek, tidur celek, abih setaong.

Lentiform:

Most welcome. Hope you are able to observe the fast.

A Jones:

Amin. Maha Pengasih Allah SWT kepada maklukNya yang memohon keampunan.

Kenakelayan:

Alhamdulillah.

Puan Dr.:

Allahumma bariklana rajaba...

Anon 1:

Insha Allah.

HjGhaz:

Mungkin secara kebetulan. Kita doakan atas segala apa yang baik.

Pastinya, jemaah Juma'at di masjid itu ramai. Lebih ramai dari yang datang ke forum hari itu.

Wafa:

Do'anya panjang. Terbaik rujuk kepada Majmuk Syarif. Banyak edisi terdapat sekarang.

Rampai:

Salam kembali sebagaimana kebiasaan. Semoga Rajab membawa kemenangan kepada kita dalam jihad nafsu kita. Dan kemenangan kepada sekalian Muslim yang ditindas.

~Ahni~:

Tepat. Bukan saja zakat yang tertunggak, tetapi segala kewajipan lain yang tertunggak.

Usha:

Ahlan. Lama tak menjelma. Semoga Rahmat Allah keatas kita semua.

NBB:

Begitulah perjalanan masa.

Anggun:

Insha Allah, kalau ada bahannya.

Lope;

Nasib baik ada baki kurma Ramadhan lepas. Tapi enaknya Lope, kurma muda yang sedang ranum pada musim panas begini.

Kalau popia yang setanding dengan popia Ali, di depan masjid baru Pekan Setapak. Masjid baru ni di depan masjid lama. Dan masjid lama di sebelah rumah Alm. Rahim Kajai. Supnya juga top.

Blackpurple:

Rindunya diri kepada Rajab, Syaaban dan Ramadhan satu keberkatan pada diri sendiri. Alahai, adakah akan ada lagi umur ini untuk beribadat dalam Ramadhan sepertimana pada tahun yang lalu-lalu, atau terlebih baik dari itu?

Anonymous said...

Uncle keng,
Boleh bagi tak rujukan hadith sahih untuk fadhilat bulan Rejab ni?

Jazakallah khair.