Powered By Blogger

Monday, April 24, 2006

Manok Seronok

Dah bermula kesibukkan di Sarawak. Dewan Negeri akan dibubarkan untuk pemilihan umum yang baru. Akan bertaburanlah janji-janji; berapi-apilah maki hamun, dan bergegarlah seluruh negeri dengan ugut-ugutan. Teringat aku akan Long Pasai. Bukannya nama orang tapi nama satu mukim atau daerah yang aman dan bebas dari kesesakan kotaraya.

Long Pasai jauh di pedalaman. Hubungan dengan bandar-bandar lain hanya melalui jalan udara, sungai dan jalan hutan. Belum wujud jalanraya atau lebuhraya ke Long Pasai. Kepada penduduk Long Pasai, menikek belon menjadi kebiasaan. Seperti menaikki bot penambang. Taklah seperti kita di Semenanjung, sebelum Air Asia beroperasi, kenderaan udara menjadi pilihan hanya untuk yang berada. Mengikut kawanku seorang pilot MAS yang pernah bertugas di Sarawak, bukan saja manusia yang nikek belon, malahan manok (ayam), itek, anjing dan kucing antara lain, juga dibawa bersama. Seronoknya manok! Tak ada yang membantah atau akan membantah dengan kebebasan membawa bagasi sebegini, kerana sudah kebiasaan kepada semua penumpang dari pedalaman Sarawak. Itu mengikut maklumat dari kawanku. Bohong dia, bohonglah aku.

Nasib baiklah Raja Brooke tak menjadikan Sarawak sebahagian daripada UK. Hanya sebagai jajahan Raja Inggeris. Dan sekarang Sarawak dah pun merdeka. Seandainya Sarawak dalam UK, bayangkan apa yang akan terjadi kepada orang-orang Kelabit dan Iban. Mereka akan diharamkan dari membawa ternakan-ternakan di dalam belon. Berpandukan kepada arahan Department of Health UK, yang tertera, sebagai langkah untuk mencegah bird flu dari merebak.

Begitulah manok atau ayam. Tiba-tiba membawa ketakutan. Tak tepatlah kalau kita kiaskan ketakutan dengan chicken out lagi. Kerana yang takut sekarang adalah manusia.

Jangan pula ayam dijadikan sesuatu untuk ugutan. Bayangkan dalam pilihanraya ini ada yang kecewa kerana tak dipilih sebagai calon atau yang tak puas hati dalam keputusan atau marah kerana janji-janji tak pernah dikotai, berjalan ke tempat awam dan berpakaian sebegini..........






Nota:
Nikek = naik;
Belon = kapal terbang.

18 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

ooo..di sana manok tu ayam ekk. Di pt jawa manok tu burung. Orang tua marah anak dulu2, "enggo sual, engko manok ea ketok..."

Pilihanraya sarawak. Mintaklah apapun masa ini... sure dapat...

Queen Of The House said...

About time. Very interesting that the Chief Minister is the longest-serving CM in the country (if I'm not mistaken.

sinaganaga said...

Keng,
Aku suka apabila Keng eja 'itik' sebagai 'itek'. Ha ha.

simah said...

cute entry..kat malaysia bird flu still on ka? mesti ayam ayam kat malaysia dok merdeka sebab depa *selamat* dari kena sembelih..

Sayuti said...

huh? election?

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,
Aku pun baru dua kali nikek belon.

Raja Brooke tu beruk yang broke.
Kalau tak kerana Rentap, Rosli Dhobi dan Sarawakian sendiri, maka kita tak adalah gamaknya gua yang terbesar di dunia.

Anonymous said...

kinek tok kamek tahu manek tu ayam. hehe...

Sya said...

Baca yr n3 teringat seorang kawan yg bernama Manok masa kat ITM dulu

dith said...

Keng, which came first? The siting of the cartoon pic or this idea to blog? :p

kunci hilang said...

makcik saya pernah berjiran dengan orang bugis.
Jirannya, ketika memanggil ayam untuk diberi makan, akan berteriak: "kruuu'ke manoook!"
maksudnya, 'Mari makan ayam!'

Tok Rimau said...

Aku duduk Sarawak 3 tahun. Balik sekolah, ikut budak Iban (Sli Pado namanya) tangkap ikan.

loppiess said...

Keng, aku pun baru balik dari rumah sepupu ku di Kg Kudei Baru, Kuching. Masa kat rumah dia aku pun membelek albom lama.

Ada satu gambar tu lah kan, buaya, besar sungguh Keng, besar bas mini!

percayalah kat aku keng...:)

Ku Keng said...

Blackpurple:Iban panggil untuk ayam tapi Melanau pula panggilan untuk burung. Serupa dengan Jawa. Aku sedang berfikir-fikir untuk apa yang nak dimintak.

QOTH: Longest serving. Durable.

Naga: Ya itek dan karabau!

Simah Hanim:Ayam mencari-cari minyak Cap Kapak untuk mengubati flu.

Sayuti: Haik Yut! Tertidur ke?

Tuan Pegawai:Rosli Dhobi, juga heroku.

Atok:Tu cakap Melayu Sarawak ke cakap Melanau?

Madah Berhelah:Janji-janji bertaburan macam air hujan petang di KL.

Kak Sya:Kalu jumpa dia jangan pandai-pandai pulak bagitau kat dia yang Kak Sya tau maknanya.

Puan Dr.:LOL. Pandai meneka.

Lentiform:Lembu dan Kerbau nak feri je.

Kunci:Mari makan ayam ke Mari makan, ayam?

Tok Rimau:Tangkap ikan di parit ke di sungai? Cuba cek, kot kot Sli Pado jadi calon pilihanraya.

Lope: Besaq gilak? Mungkin datok kepada Bujang Senang.

zizie ali said...

kali kedua saya mendengar 'long pasai'. kali pertama dalam dalam novelet 'cinta fansuri' karya samad said.
saya tiba-tiba teringin menjejak kaki ke long pasai.

Sayuti said...

tuan, tak berkesempatan nak ambil tahu. nasib baik tuan beritahu.

Anonymous said...

Keng, sudah buat saya teringin makan lauk itek.

Bunga Rampai said...

Salam. Tiap kali kunjung sini untuk baca komen, ah...lima ekor manok keliling pinggang tu juga yang saya nampak dulu.

Pilihan raya - janji ditabur mata pun kabur :)

Ku Keng said...

Zizie: Pergi cepat-cepat sebelum daerah ni di swastakan.

Madah Berhelah:Ya macam mana tau yang saya tak makan manok. Pusak lagi tak makan.

Sayuti:Kalu tau pun pasti Yut bukan pengundi di sana!

Kim:Peking duck?

Rampai:Salam kembali. Janji pilihan raya, semua yang kalah berkubur. Kerana terkena pukulan maut dari belakang.