Monday, August 21, 2006
Krisis Akidah
I.
Krisis keruhanian yang melanda masyarakat kita amat runcing. Ada kes murtad dan ada kes amat hampir. Syirik.
Surat yang diterima Kak Nor, membawa kejutan kepada kami. Kerana bukannya dikirim oleh mana-mana Tok Cai, bahkan oleh OKB (Orang Kaya Baru) Abdul Razak!! Dengan megah dan bangga. Akhirnya masalah hidupnya diselesaikan oleh 'Tok Guru'. Begitulah ketandusannya usaha dan permintaan kepada Pencipta.
Teringat pesanan almarhum Ayahku dulu, tentang hadith yang mengingatkan bahawa "Kefakiran hampir kepada kekufuran".
II.
Ada seorang kenalanku yang suka memakai cincin. Habis jari-jarinya bercincin. Ada yang emas dan ada yang tiruan. Satu hari aku mengingatkannya.
"Bro. Emas tu haram. Dan Rasululullah berpesan. Jangan memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah. Haram juga!"
"Ah, nak sembahyang I bukalah cincin. Bukan masalah. Dan cincin ni saisnya hanya muat pada kedua-dua jari tadi aja. Nak buat macam mana?" balasnya mudah.
"Tapi dulu, Bro, aku ada juga terbaca buku tentang batu permata karangan Swami Ramakrishna dari Sri Lanka. Katanya, emas itu melemahkan nafsu syahwat lelaki, dan begitu juga sekiranya memakai pada jari-jari selain daripada jari manis dan kelingking. Saraf pada jari-jari tersebut ada perkaitan dengan saraf anggota seks dan sekira cicin dipakai pada jari-jari itu akibahnya timbul kesan negatif pada nafsu. Malahan mematikannya. Terutamanya kepada lelaki."
Beliau hanya mengerutkan muka. Tak berkata apa-apa.
Keesokan harinya kelihatan hanya dua cincin pada jari-jarinya. Di jari manis dan telunjuk. Tak ada lagi cincin emas. Tak pastilah aku apa yang mendorongkannya. Sunnah atau Swami!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Wah Keng... nasib baik sungguh kerana aku tak suka pakai cincin.
I.
demikianlah meruncing krisis akidah sekarang. bila manusia tak kenal Tuhan, begitulah jadinya.
II.
saya pulak tak ada cincin, hatta cincin nikah sekalipon. tapi, tidak seperti encik naga, saya suka pakai cincin kalau diberi. cincin yang bukan diperbuat dari emas, dan mempunyai batu berwarna hijau.
resam manusia, syahwat diutamakan daripada syariat. syariat sekadar dijadikan alasan untuk menghalalkan keinginan syahwat. na'uzubillah.
Tuan Keng,
1) Betul...krisis aqidah makin meruncing. Dan jangan lupa kisah dakyah Kristian yang makin hebat..mungkin hanya sejengkal saja dari kita..
Saya baru2 ini mendapat email yang berbunyi gembira dan bersahaja tetapi 'subliminal message' nya adalah dakyah Kristian..dan penghantarnya adalah sahabat sendiri yang sesungguhnya tidak terperasan maksud yang tersirat itu....Berhati-hatilah..
2) Cincin haram pakai dijari tengah dan telunjuk..betul ke haram? Harap tuan dapat lebih jelaskan..semoga semakin terang lagi bersuluh..
Jazakallahu Khairan Kathiran..
hahaha.
Keng,
Ada Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah :
Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah Peringkat Antarabangsa di Kuantan 25-28th August.
Pembentang Kertas Kerja : 14 Pembentangan
(renowned speakers from Middle East)
PERCUMA* Termasuk Beg Seminar, Buku Kertaskerja,
Tag Peserta, Alatulis, Sijil Penyertaan dll.
( Tertakluk kepada perubahan terakhir )
1. Joe bercerita tentang riba, bank konvensional dan Mudharabah kepada Syukor. Syukor yg berumur 25 tahun itu kembali bertanya "apa riba' tu Joe?".
2. Samsudin pada satu hari bercerita padaku "cincin raja kayu ni boleh halang engkau dari penyakit dan binatang buas menjauhi engkau". Aku terpinga-pinga.
setuju dgn keng. mmg sgt2 meruncing skrg ni keyakinan (keimanan) kpd ALLAH. dlm perkara ibadah khusus rasanya kurang, tp dlm urusan bukan ibadah khusus rasa agak teruk.
oh, saya suka pakai cincin. tapi malangnya sukar sangat nak cari saiz yang muat jari manis saya. selalunya mesti longgar. lepas ini mungkin saya kena cari adjustable ring saja, supaya boleh dipakai di jari manis atau kelingking saja.
Bro Keng, salam.
I : Ada seorang kawan saya kata...buat apa sibuk-sibuk dengan perkara kerohanian, kita bukan guru agama.
II: Orang kata, emas putih boleh dipakai oleh orang lelaki. Ada penjelasan?
p/s Terima kasih balasan untuk komen saya pada entri sebelum ini. Mohon tegur jika ada silap tingkah bahasa di blog saya.
isu murtad ni pun dah dibangkitkan oleh dato harussani...tapi aleh aleh dia pulak yang kena bantai...
kesian dia...apa nak jadi ngan our MPs...
cincin-no wear-jari- man-lemah....
tq for the info...
I.
Pada masa kini, fakir pun boleh kufur, kaya pun boleh kufur.
II.
Ha ha... Tuan Keng terus bijak berdakwah dengan hikmah.
Naga:
Nasib baik, nasib baik, kalu tidak setiap pembeli buku blog dipaksa membeli cincin!
Sayuti:
Zamrud Yut? Wah yang mahal-mahal tu lah yang kau suka!
Madah:
Jedi selepah bos tu ghoyak, ado apo apo perbezaan ke?
Anggun:
Dan saya juga hairan kenapa ada gadis-gadis yang suka pakai cincin di jari tengah? Tak manis langsung.
Jones:
Apa boleh buat Jones, nak kaya cepat.
Puan Dr.
Khabarnya seminar itu amat baik sekali. Sayangnya kalau tak berbahasa Arab.
Lope:
Inilah kejahilan abad ke-21 Lope.
Puan Tanah:
Nanti carikan cincin yang berikat getah.
Dik Rampai:
Kalau guru, maka dia boleh mengajar. Yang bukan guru, boleh sibuk mengikut.
Emas putih tu platinum. Tak ada perselisihan pendapat tentang ianya halal dipakai.
Usha
Apa kabar? Lama tak menjenguk dan meninggalkan pesanan?
Siput Sedut:
Jangan pula tiba-tiba memaksa suami bercincin di jari tengah!!
Lentiform:
Apabila memikirkan gejala-gejala ini, tak pasti ke mana halatuju masyarkat Melayu masakini.
Junita:
Dato Harussani dipertikaikan kerana mereka takut kepada kenyataan.
Tuan Pegawai:
Betul Tuan, yang kaya pun boleh menjadi agen pengkufuran.
Sunnah dia tak pernah baca.... Swami pon dia tak tahu apakebendanye... cakap engko je yang dia dengar... dia ikut cakap engko je, bukan sunnah or swami...hehhehe Macam berita tv gak... bom sini, bom sana.. entah2 diorang tengah sodap minum teh tarik.... equate that to the Quran..... and c what say u.
Post a Comment