Thursday, July 06, 2006

Iktibar

Mohd. Yassin bertandang lagi ke KL. Setiap musim panas di Teluk, begitulah keadaannya. Tok-tok Arab keluar bercuti ke negara-negara yang lebih dingin. Dan kali ini sebagaimana Tok-tok Arab yang lain, Yassin meskipun berbangsa Somali, ke KL. Kebetulan pula empat anak-anaknya belajar di sini.

Seronoknya berbual dengan Yassin kerana meskipun apa tujuan kedatangannya menemuiku, beliau akan mukadimmahkan perbualan atau perbincangan dengan hal-hal diniah. Apa saja yang dibincangkan akan dikaitkannya dengan agama.

“So Brother, I was expecting to see you as President of Somalia this time.” Aku mulakan.

“You know, akhi,” sambutnya, “it is the warlords taking control. Not through the election processes that I have been involved in. But through the use of guns. And now what have they? Ben Laden’s recorded message to them is placing the whole of Somalia in deep trouble. We are now branded as terrorists. Why? It is all because of one resource just discovered in Somalia. Oil and gas. So we know who is behind this entire fiasco.”

“Muslims must learn to be more democratic,” ujarku.

“Do you know, akhi, how many people died during the first and second world wars?” Tanyanya.

“At least 10 million in Russia,” jawabku, “not killed by the enemies but by the Russian armies themselves.”

“Thirty million, akhi, thirty million. After the wars the nations had a meeting and they decided to stop all future wars among themselves, that is, and to live in peace. So what was decided were:

  1. They agreed that all nations must have a leader that can deliver his work honestly, efficiently and effectively. To achieve this, they decide to hold regular elections. To implement a democractic process. To check and counter balance the power, they decided to have parliaments, senates and houses of legislations. They make education compulsory. They drew out social programmes for the people.

  2. Then they agreed that the leader must have the ability to deliver justice. Processes of justice were established.

  3. Then they decide to achieve growth among them. Thus the implementation of the Marshall Plan in Europe.

  4. Then they created greater co-operation among the nations such as the EU and other economic blocs.

They went through this process, brother, and they achieved peace. And those who initially were not in the loop such as the communist bloc, were left out. The war that is happening today is not among them but outside their nations. In countries with rich resources because they need new sources of cheap resources. It happened to certain South American nations, to Iraq and Sudan for example. And now Somalia. This will continue.”

“So, brother, what about us?” Aku cuba mencari jawapan.

“Brother, we are deaf and dumb and blind. Allah SWT has given us the best example. He sent the best leader in the Prophet Muhammad sollahu ‘alaihi wassalam. He came in with an example of leadership, and he brought justice. Then peace prevailed among the tribes. The Arab nations became united. Then he brought in education. The Quran itself is a source of all worldly knowledge. Economic progresses were achieved during his time. Rules for transactions and markets were set by the Prophet, in line with the dictates of the Quran. He brought in legal reforms, or imposed laws among the nations. The trade routes flourished from that time because of the accepted code of conduct. You know better than me that the international promissory notes were started by the Arab traders. And many many more examples that we have learnt from history.”

“So, what about us?" Aku bertanya lagi.

“As I said akhi, we are deaf, dumb and blind. We are not just rejecting the ways of Islam but are also not taking good the ways of the West.”

Perbualan kami di kedai Kampong Pandan Curry House ketika itu diganggu oleh seorang budak Bugis yang nak menjual burung cenderawasih kepada kami. Ceritanya tentang cenderawasih melupakan kami kepada masalah politik dunia.

18 comments:

hjghaz said...

Tuan Keng,

Salam...

The odds for Yassin to be President of Somalia is remote..

He is qualified to be our leader in Malaysia, however, as his idol is MUHAMMAD SAW.

We are now too occupied with
4 questions by a person...
BUT we tend to forget the QUESTIONS by MUNKAR n NAKIR.

Keng, bila Krishnan nak convert/revert....?

Ku Klux Klang said...

Di Indonesia Imam-Imam bala tentera senang dengan duit curahan dari Amerika Syarikat untuk melawan fundamentalis, di Somalia Imam-Imam perang (warlords) senang dengan duit dari Santa Claus, samalah keadaannya dengan Jordan dan Egypt - semuanya dapat duit upah. Di negara jiran, keganasan dibuat-buatkan, ancaman di omong-omongkan supaya duit terus datang (setakat ini hanya Gus Dur saja, seorang buta, yang dapat melihat); di Somalia Imam-Imam perang berlaga sesama mereka didalang oleh orang ketiga supaya negara itu tak akan pulih atau disatukan), di negara Ahram dan Khazanah Petra, balasan balik untuk dolar berdarah ialah mereka mesti jadi pendera (torturer) orang-orang Islam yang dihantar dari seluruh pelusuk dunia..itu dia 'rendering', bukan rahsia lagi. Mereka berancang, tapi jangan susah kawan-kawan, Tuhan lebih berupaya merancang. Tapi maaf kalau saya buat satu cadangan, suapaya kita orang Islam tidak berkata bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) itu satu 'idol', walau pun maksudnya tak diniatkan, sebab idol itu maknanya 'patung', dan patung itu menjadi sembahan. (Na'uzubiLlah).

abdullahjones said...

burung yang hanya turun kebumi untuk mati. hah! hahaha.

Sayuti said...

berbincang, kemudian bertindak. bukan berbincang, kemudian lupa.

yang perlu dibincangkan, apakah tindakan kita. bukan tindakan orang lain.

kemudian, bertindak mengikut perancangan.

bukan mencari salah, atau menyalahkan.

sekadar pandangan.

zizie ali said...

itu jpg cenderawasih? cantik.
p/s..tidak salah mencari salah. yg salah ialah tak mengaku salah bila bersalah.sekadar pandangan.

The Lost Butterfly said...

It's hard to dismiss the matter that u know and u perfectly realize that u know but try hard to make dunno. ehhmm...how ah?

simah said...

is present..just reading..interesting ..politics n corruption..cant they be separated? they always come hand in hand..that is really sad

blackpurple said...

Ceria Mohd Yassin dan Cenderawasih ada perbezaannya. Tapi kalau dicari tetap ada persamaannya....

Pegawai Khalwat said...

Sekarang AS dah jadi kuasa Unipolar. Dah susah nak ada perang Dunia ke-3. Kecuali ada pakatan antara negara yang mahu berperang.

Ku Keng said...

Hjghaz:

If we go by odds, then Sollahuddin al Ayyubi would not have recaptured the Holy Lands. He failed several times before finally successfully managed to recapture Baitulmaqdis.

Krishan is at the moment interested in looking at bank accounts.

KKKlang:

Imam-imam perang terpesona dengan janji-janji kuasa yang akan dimilikki.

Dan ya idola, paling disalahgunaka di media massa tempatan.

Sayuti:

Yut, komen anda dijawab oleh zizie tadi.

Deb:

Try harder, as the motto for AVIS goes.

Simah Hanim:

Politics promised to wipe out corruption but in the end the corrupts controlled politics.

blackpurple:

Ini sedang saya mencari-cari.

Tuan Pegawai:

Negara-negara yang mau berperang belum ada lagi Pakatan mereka, tetapi sekarang negara-negara lain berpakat-pakat untuk menyuruh mereka berperang.

Ku Keng said...

A Jones:

terlupa tadi nak komen. kata budak bugis tu cenderawasih hanya di awan-awanan dan turun ke bumi hanya untuk mati. tapi dalam net, terdapat pelbagai gambar burung yang hinggap di bumi, dan hidup bersuka-ria. kita pun ditipu sebagaimana negara-negara barat membuat-buat cerita untuk menakutkan kita semua. begitulah adanya. kena sokmor.

kim_labu said...

Dodok kat angkasapuri rupanya burung tu, patut ada lagu
Cenderawasih
burung diangkasa...

Psst! burung tu 'makan angin' sajakah?

Anonymous said...

testing 123...

bunga rampai said...

Salam.
Andai cenderawasih itu juga 'deaf, dumb and blind', masihkah ia dikagumi?

"Muslims must learn to be more democratic". Bagaimana agaknya untuk melakukannya dalam dunia yang semakin kalut dengan percanggahan politik?

Kita sering alpa pada sejarah agama sendiri. Itu puncanya ada pemimpin yang 'd,d,b'asyik berkompromi itu ini hingga lupa tugas sebenar memimpin di jalan yang diredhai. Juga, apa kurangnya kita-kita yang di bawah ini yang ada juga 'd,d,b' asyik mengikut telunjuk, tidak berani membantah, takut jadi miskin? Pandangan peribadi.

Eh, terpanjang pula komen kali ini. Kalah komen En. Peg Khalwat yang biasanya komen panjang-panjang di blog Bro keng ini :)

Pucukmanis said...

Assalamu'alaikum Ayah Keng,

Dah sihat betul ke? Diharap Allah sentiasa melidungi ayah keng.

Saya dah baca semua Ayah Keng punya cerita. Tapi bila baca tentang hari bapa tu... betul-betul syahdu sebabnya I pun dah tak punya ayah. Namun ayah tetap dihati ku. Ayat-ayat suci sentiasa ku hadiahkan untuknya. Alhamdulillah.

NBB said...

Ada banyak minyak kat Somalia? Ada harapan tak harga minyak nak turun??

dr in the house said...

Apa khasiat burung Cenderawasih?

Tak sihat? Hope its just demam biasa.

Ku Keng said...

Kim:

Mengikut sohibul hikayah, budak Bugis tu, "Cenderawasih datangnya dari syurga, Pak. Hanya bermain-main di awan-awanan dan makanannya air-air di udara." Kalau percayakan dia, susah kita.

Rampai:

Jangankan sejarah negara, sejarah hidup sendiri pun kita nafikan. Jadi terperangkaplah akibatnya.

Kembara ke mana kali ini?

Pucukmanis:

Semoga menjadi iktibar. Dan semoga doa anak kepada bapa sendiri, dimakbulkan Illahi, dan memudahkan keadaan almarhum.

NBB:

Bukan mereka menurunkan harga minyak, tapi mereka yang naik minyak.

Puan Dr.:

Khasiat cenderawasih, budak itu mengeluarkan sebotol minyak dari sakunya dan lihat sekeliling, "ini Pak, minyak cenderawasih, Buat pengasih. Untuk berniaga, kasi senang, dan untuk berkasih, kasi sayang!"

Alhamdulullah, dah sembuh dan sihat. Demam-demam biasa.