Adakah sumpah Mahsuri masih lagi wujud dan kini telah meliputi pula keseluruh Negara Malaysia? Telah menjadi kebiasaan bagi mantan Perdana Menteri Malaysia untuk ‘memusuhi’ Perdana Menteri yang sedang berkhidmat.
Imbas kembali: Tunku dan Tun Hussein pernah menentang Dr. M.
Dan sekarang: Dr. M menentang Pak Lah. Dr. M bilang 'Malaysia is a half past six nation'!
Kenapa? Janganlah berbengkok hubungan kerana jambatan bengkok.
II.
Shahrir Samad menegaskan bahawa telah menjadi dasar kepada MP-MP Barisan Nasional untuk menentang atau tidak menyokong mana-mana usul daripada MP Pembangkang. Muktamad. Justeru beliau memegang kepada keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Backbenchers di Parlimen Malaysia. Dan Najib pun telah menerima keputusan untuk menerima hasrat Shahrir itu tanpa memanggilnya untuk menjelaskan kedudukannya.
Fikrah apa kah ini? Islam atau Islam Hadahri kah sikap sebegini?
III.
Bank Negara Malaysia telah menaikkan kadar faedah OPR untuk kali ketiganya dalam tahun ini (dalam jangkamasa 4 bulan! Baru 4 bulan!!). OPR kini mencecah 3.50%. Dan mengikut kajian dari Rating Agency Malaysia Consultancy Services, kadar ini akan mencecah 4.0% pada tahun ini untuk memendapkan kadar inflasi negara yang telah mengembang ke taraf 3.5% setakat ini. Mengikut pendapat bank OCBC pula, kadar OPR mungkin meningkat 4.25% pada penghujung tahun 2006.
Kadar OPR meningkat => Kadar pinjaman naik;
Kadar pinjaman naik => Harga pengeluaran naik;
Harga pengeluaran naik => Kos kosumer meningkat;
Kos kosumer meningkat => Inflasi meningkat;
Inflasi meningkat => Kadar OPR naik.
Seronoknya permainan ni!
OPR akan terus meningkat. Kadar OPR berlandaskan juga kepada kadar faedah Federal Reserves (Fed Rate) di USA. Dollar Amerika semakin lemah, dan tentu sekali Fed Rate akan terus meningkat. Maka ini juga pemangkin untuk OPR dinaikkan.
IV.
Harga minyak naik? Minyak apa?
*Nota: Kerana Mu. Tajuk dikir barat populer tahun 70-an.
29 comments:
Tuan Keng,
Minyak naik atau naik minyak?
Buat cam di sini satu ketika masa minyak petrol naik, ada laporan akhbar mengatakan, boleh ganti petrol dengan vegetable oil, habis minyak masak di supermarket demo borong...
Harapkan pagar, pagar makan padi
Harapkan kuba, kuba kerit tali
harapkan akar, akar kekoh ubi
Harapkan selipar, selipar ketik kaki
HARAPKAN BANK, PITIH KENO CURI
Kisah gertok berbengkok glelok tak selesai2 lagi.Nyetok cadangkan kita perluaskan sungai golok supaya kapal boleh masuk shortcut, bina pelabuhan di muara golok. Biar pulau singa putih mata.
Ayah Keng,
Anak dulu Yeop belanja tak melebihi RM3000 saja. Anak ni dah dua kali lipat. Ini sumpahan OPR ke Ayah Keng?
OPR maksudnya Oh, Pedih Rasanya.
FaEz: Selamat datang ke blog saya. Terima kasih daun keladi.
Jange demo ssilak boh minyak masak dalam taki petrol. Minyak masak tu diproses tuk buak bio-diesel. Tapi lor ni gak, minyak masok pun mahe bedooh.
Nyetok:Kawe kkene sungguh ko ddikir demo. Leh wak bok dok?
NBB: Kalau tak naik pun memang dah mahal pun.
Yeop: Banyak duit Yeop. Mintak pinjam sikit.
Keng,
bank tu nak cover balik NPL yang depa bagi, biasalah bunga bank mana pernah mengecut kembang sokmo. Tapi itu tak kelakar sangat dibandingkan GLC yang tak penah untung tetiap tahun. masuk akal ke..haha. nantilah syarikat GLC yang saya terajui akan menjadi yang pertama seumpamanya meencatatkan perolehan dan bukannya defesit. Cayalah! Nanti saya panggil Keng sebagai pembaca doa selamat dan tahlil upacara itu. InsyAllah
Politik kekadang tak ubah macam panjat tiang licin, kalau kau tak terajang orang maka orang akan umpil kau ke bawah kau dan tak akan sampai ke puncak. Kekadang yang menegakkan kebenaran akan dihina, dipulau dan pelbagai perbuatan zalim. KEJI.
jarang kita melihat orang berdiri di mana kebenaran berada, mereka berdiri di sebelah KEPENTINGAN.
Saya ceronok today cuti(kejap lagi saya nak jumpa cikgu saya)
KIM_labu
waahh keng, banyak analisis dan angka kali ni..memang gubra keng..semuanya kerana..tiga kupang.
tigaaaaaaaaaa kupanggggggggggg..:)
I) Tok..tumpang tanye..mantan tu apa? mind my vocab..byk kurang..
Pak Lah tu mcm Mawi la..sbb tu org ramai support dia dulu..coz background dia..la ni..??
II) saya sokong pendirian Dato' Shahrir..patut Pak Lah kena jd mcm dia..dah tua ni liat nak ikut cakap org..
III) Cek sokong pok yeop..Oh Pedih Rasanye..pasrah je lah gamaknye..
IV) semua yg related to minyak termasuk org yg nak membayar rege minyak tu..naik minyak!
tak paham pasal financial ni.. tapi jangan mesia jadi mcm turki udah..at one point..due to inflation, tiap kali masuk kedai nak beli barang..harga mesti berubah...now it is better tapi tu la...iskh...apasal semua pasal duit...nak hidup kena ada duit..disebabkan duit mcm mcm jadi... manusia sudah bertuhankan duit..
Tuan Keng,
I. Faham.
II. Buat-buat tak paham.
III. Memang tak paham.
IV. Terlebih paham.
Pss... tak nak komen banyak, takut satu bab pun berjela-jela.
sesuai dgn topik financial pokcik Keng, ambo nyanyi satu lagu hamba duit mp3
I
Buat macam Singapura..adakan jawatan Senior Minister.. Mentor Minister...!!!
II
Tabik pada Shahrir....
IV
Orang naik minyak bila minyak naik...!!!
Imagine this. Can an ex-PM make a come back???
Kim:Keadaan ekonomi pun macam panjat tiang licin. Tak semestinya selalu dapat naik. Semoga GLC yang akan diterajui maju jaya.
Lope:jangan asyik menyanyi Lope. Bulldozer dah masuk kampung. Habis ampaian dilanggarnya.
Mc Kay:
(I). Jadi sokongan berdasarkan sentimen dan bukannya kerana kewibawaan!
(II).Sama-sama kita.
(III). Pak Yeop tak apa, sekiranya berlaku inflasi lagi, dia boleh ekspot motor dia ke USA.
(IV).Jangan cepat naik minyak. Kalau gajah naik minyak habis orang lari.
Simah Hanim:Takut-takut Malaysia menuju ke arah itu. Insha Allah tidak.
Tuan Pegawai:Tak seronok kalau Tuan Pegawai tak komen panjang lebar.
Nyetok:Hok nyanyi tu ado arape jadi juaro AF tahun nimg. Terima kasih atas sumbangan.
Blackpurple:Sudah menghilang zaman kegemilangan politik Melayu. Kini zaman pentadbiran porak peranda. Semua jadi bos.
Puan Dr.:Paradigm shift?
Tuan,
I.
Tentang isu Dr M dan Pak Lah, pendapat saya ada dinyatakan secara tidak langsung di blog saya bawah entri profesionalisme
II.
Tentang isu Shahrir, banyak persoalan yang timbul. antara polisi dan integriti. antara prinsip peribadi dan peraturan perkumpulan. antara pendapat sendiri dan semangat berkumpulan. Otak saya sekarang terlalu occupied dengan kerja2 dan soal2 lain untuk memikirkan masalah ini.
III.
ini bidang tuan. rasanya saya pernah komen tentang ini satu ketika dulu.
IV.
Minyak gas? Minyak angin? Minyak yuuyee cap limau?
Huhu.
p/s: kerana mu, bukan kerana tiga kupang saja. (ditujukan utk loppies)
It's a vicious circle, bank rates and inflation and cost of consumer goods. Yang merasa, the small fries.
Past PMs and present PMs - same thing too. Ingat dulu masa Tunku disanjung, bila dah tak jadi PM lagi, his opinion didn't count for much. And the past & the then present PM didn't see eye-to-eye on a few issues. Now Dr M is in the same boat. The other former PMs were lucky in a way .... they didn't live to taste life as a former PM.
Fikrah 'PLAY SAFE!
hahaha!
saya faham.. saya faham..
Nyetok, bakpo lagu demo tu bunyi laju benar. Lagu Halim Yazid tak dok ko?
Keng,
Banyak sungguh buat penyelidikan...
Aaaa, Kak Nor dah tidur ke?
Ha ha.
Keng,
Kesiaannnn. Sebelum saya sampai ke sini, di depan sana ada belangkas jantan mati meragan, jangan sampai dia mengendap sudahlah.
Sayuti:Terima kasih Yut. Saya dah baca entri anda. Minyak Yuyee dah naik harga, kerana limau mahal. Dua tiga bulan lagi anda perlu sediakan minyak ni banyak-banyak untuk menghilangkan pening-pening.
Ambil nasihat dari Yeop Harley, untuk memendekkan learning curve.
QOTH: Itulah kesedihannya. Tak ada kenangan manis antara mereka. Dan legasi Tun Razak hampir habis dimusnahkan. Termasuk oleh anaknya sendiri.
Lentiform:Unfortunately within his party, they do not accept such principles. Nanti kena tanya Sayuti tentang keadaan pasaran minyak senyonyong.
Kim: Play safe selectively.
Gitartong: Alhamdulillah anda pun faham. Kalau ada ujian, pasti akan lulus.
Madah Berhelah: Nyetok dibimbangkan akan memberi tentangan hebat kepada Ramli Shariff. M. Nasir berundur dari AF pun kerana mendengar Nyetok akan muncul.
Ordinary Superhero: Ore Besut teror-teror gak wei. Seterusnya dio nok buak rap pulak.
Naga: Iraisimasei. Kak Nor tanya mana buah tangan dari Jepun?
Midah Berkelah: hindarkan diri dari syak wasangka.
:) Larat senyum aje. Tak larat nak tambah apa2 sebab tak larat nak fikir dah.
But ramai orang punye work ethic (or lack thereof) scares me, na'uzubillah.
Semoga keadaan bertambah baik, inshaAllah.
Salam Bro Keng :)
I. Tun Razak ada menentang sesiapa?
II. Sikap Islam bagaimana? Sikap Islam Hadhari bagaimana?
III. (lagu) Oh, begini rasanya hatiku terluka, kerana dia ...
IV. Harga minyak urut pun naik.
Keng, just to say that I am quite myself today to visit your blog. thanks for your prayers.
Kenakelayan: Unfortunately ethics and the discipline of governance are best practise standards implemented by most western governments and non-Muslim corporations. Muslim dominated goverments or corporations would always adopt a stand or rule that says, "Don't you trust us, another Muslim brother?"
Rampai:
I. Tun Razak, menentang Tunku sewaktu diakhir-akhir era Tunku. selepas berlakunya peristiwa Mei 13. Hari ini Mei 15!! Akan tetapi taklah berlanjutan 'permusuhan' antara mereka kerana Tunku akui kewibawaan Tun Razak.
II. Islam ada standards yang sedia ada dalam hadith dan alquran. Islam Hadhari mengambil sikap accomodative. Mementingkan ketamaddunan dari lain-lainnya.
III. B flat ke A minor?
IV. Kata penjual minyak kerana harga kayu api meningkat.
Kah Has: Alhamdulillah kerana cepat sembuh. Doa itu senjata Mukmin.
Bro Keng, maaf bertanya lagi.
I. Kenapa Tun Razak menentang Tunku di akhir era Tunku? Sebab paling signifikan?
II. Apa maksud 'mengambil sikap accomodative'? Ada sangkut paut dengan masyarakat majmuk?
Komen saya: Menghidangkan pelbagai jenis Islam bukan sahaja mengelirukan orang bukan Islam malah orang Islam sendiri. Orang bukan Islam punya persepsi bahawa agama Islam tidak kukuh. Orang Islam yang pautannya lemah akan hanyut. Komen Bro.?
III. :))) C flat
IV. :(
Salam.
ooppsss lupa,
Terima kasih Bro Keng.
Rampai: 1969 merupakan titik hitam bagi pemerintahan Kerajaan Perikatan. Perikatan hampir-hampir gagal menjadi parti yang memerintah di beberapa bandar. Perkauman menjadi isu. Keadaan ekonomi Bumiputera teruk se amat-amatnya. Di situlah kelemahan Tunku yang menjadi kemarahan bagi sahabatnya yang lain dalam parti dan kerajaan. Dan Tun Razak terpaksa bertindak. Segala-galanya menjadi sejarah. Tapi dah dilupai oleh UMNO sendiri. Sehingga segala warisan Tun Razak seperti Dasar Ekonomi Baru, Kongres Ekonomi Bumiputera, dan hak keistimewaan Bumiputera dah dihancurkan. Dr. M sendiri dalam sulit tak menyukai Tun Razak.
UMNO merayakan hari jadi. Hari jadi apa, kerana UMNO asal dah berkubur. Yang sekarang adalah UMNO Baru!
Tentang Hadhari, yang dipentingkan adalah sumbangan Islam kepada ketamaddunan sains dan ilmu kemasyarakatan. Tidak kepada keruhanian.
Begitulah sedikit ulasan adanya.
Terima kasih sekali lagi.
Salam.
Post a Comment