Powered By Blogger

Tuesday, May 16, 2006

Kami Juga Mempercayai Ibrahim a.s.

I.

Sebulan dulu aku menerima e-mel dari Tel Aviv, daripada orang yang tak ku kenali.

Dear Sir, My name is Sharoon,” terkejut aku kerana sangkakan aku dihubungi Ariel Sharon yang sedang tenat. “I got your address from the mails you sent Ben. Ben, he died two days ago, alone in his apartment. We only realized it today when we went to check why he did not come to see us for two days. Your mails to him, he printed all for distribution to friends. Stacks of copies in his room. He was good man and we feel sad to lose him.”

Demikian bunyinya.

Aku tak pernah berjumpa dengan Ben. Benjamin Meyer. Tapi interaksiku dengannya bermula apabila seorang pekerjanya, Chris kawan lamaku yang berasal dari Ipoh, memerlukan wang untuk mendapat rawatan pakar di UK, memohon hutang daripadanya dan menjanjikan bahawa hutang itu akan dilunaskan olehku. Bila terdengar namaku, Ben bertanya, ”A Muslim? You believe that he will pay you? They are no good.” Itulah pandangan Ben terhadap orang Muslim, dan ketika itu pula baru beberapa hari berlakunya pengeboman di kota London.

Dan mulalah Chris menceritakan tentang kaum Muslimin di Malaysia dan bagaimana masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama, hidup secara harmonis di sini. Tetapi setiap fakta yang dinyatakan dihujjah balas oleh Ben bahawa kesimpulannya orang Islam itu jahat. Setelah beberapa lama berdialog antara mereka, beliau menyuruh Chris bertanyakan dariku tentang jihad dan undang-undang jihad.

Maka aku membalas e-mel Chris dengan menghuraikan satu persatu tentang erti sebenarnya jihad dan hukum-hakam jihad. Bagaimana Islam melarang pembunuhan keatas warga tua dan kanak-kanak; tentang pengharaman membunuh mereka yang berselindung dalam rumah ibadat; tentang pengharaman membunuh ternakan dan pemusnahan kebun dan ladang; tentang cara melayani tahanan dan lain-lain. Dan juga tentang larangan keras untuk menggunakan api untuk membunuh. Hatta semut sekalipun.

Begitulah bermulanya hubunganku dengan Ben melalui Chris. Seorang penganut Katholik.

E-mel berikutnya pula, aku jelaskan tentang halalnya penyembelihan Yahudi kepada orang Islam dan tentang makanan kosher. Dan juga tentang khatan atau bersunat. Persamaan amalan dengan orang Yahudi. Persamaan-persamaan ini sungguh mengejutkan Ben.

Dan aku sambung lagi tentang cara ibadat orang Yahudi yang menyerupai pergerakan solat orang Islam. Qiyamnya, rukuknya dan sujudnya.

Reaksi Ben adalah, ”The elders never informed us of the similarities between Islam and Judaism.” Terbongkarlah kepadaku bahawa mereka disengajakan jahil tentang Islam.

Hubungan kami menjadi lebih rancak. Aku teruskan kepadanya penerangan tentang bagaimana kaum Yahudi maju dibawah kerajaan Islam Sepanyol; tentang perlindungan yang diberikan di Moroko, kepada kaum Yahudi sewaktu mereka dihalau keluar dari Sepanyol dalam peristiwa kejam Spanish Inquisition, dan bagaimana Soros membantu kaum Muslim Bosnia sewaktu berlakunya peperangan antara Serbia dan Bosnia dulu. Apabila ditanya kenapa beliau membantu orang-orang Islam, jawab Soros, ”For their protection to the Jews during the World War!”

Inilah yang membuka hati Ben untuk lebih mengenali kaum Muslim dan Islam. Akhirnya beliau bertindak untuk pulang ke Tel Aviv dan memulakan satu gerakan untuk mewujudkan keharmonian antara Kaum Yahudi dan kumpulan Islam. Dan yang paling menggembirakan adalah Ben telah menghalalkan hutang Chris kepadanya.

Sewaktu kemenangan HAMAS di Palestine, Ben bertanya lagi tentang cara-cara pendekatan yang patut diambil. Dan aku menasihatkan supaya mereka menguhulur tangan kepada HAMAS dengan mengistiharkan bahawa “We are also believers of the Prophet Abraham.” Malahan, mengikut Chris yang juga ke Tel Aviv sewaktu itu, itulah slogan yang mereka paparkan di sepanduk-sepanduk sewaktu berdemonstrasi membantah sikap Kerajaan Israil, terhadap penduduk Palestine.

Malangnya Benjamin Meyer pergi sebelum dapat kami bertemu. Mengikut Sharoon dalam mel seterusnya, usaha-usaha Ben masih diteruskan dan mereka sudah mulai diterima oleh penduduk Islam di Israil dan juga di Palestine.


II.

Begitulah senangnya Cik Rampai, untuk berdakwah. Cuba sampaikan kepada kawan-kawan (juga yang Islam), maklumat yang asas dan yang ringan-ringan tentang Islam. Yang seterusnya adalah urusan Allah SWT.

Pada hari Vesak Jumaat lalu, saya bertanyakan kepada Chong, seorang teman berbangsa Cina yang menjadi penganut fahaman Buddhisma, tentang siapakah Maitreya. Kerana tiada jawapan darinya maka saya terangkan tentang apa yang dikhabarkan tentang Nabi Muhammad sollalahu 'alaihi wassalam dalam kitab, Chakkavatti Sinhnad Suttanta.

Chris pula kini ghairah mencari perbandingan tentang cerita-cerita dalam Kitab Injil dan al Quran. Minggu lalu beliau menalipon untuk memberitahu, "I didn't know that the Ka'aba was built by Abraham!"

Ya, sememangnya urusan hati adalah urusan Allah SWT.

III.


Selain bersolawat kepada Keluarga Ibrahim a.s. di dalam tahiyyat akhir, kita sendiri tak banyak mengenali tentang sejarah Nabi Ibrahim a.s.

Di Selatan Turki, di Şanlıurfa, terdapat kesan-kesan peristiwa pembakaran Nabi Ibrahim a.s. oleh Namrud.

Api yang dinyalakan ditukarkan Allah SWT menjadi tasik yang masih wujud dan kayu-kayu api menjadi ikan yang jumlahnya kini berjuta-juta ekor. Ikan-ikan ini tak mempunyai racun akantetapi bolih meracuni sesiapa yang memakannya!


Kesan peralatan untuk mencampak Nabi Ibrahim a.s. kedalam api juga masih wujud di atas bukit ditapak singgahsana Namrud. Kedua-dua tiang itu adalah replika tiang alat pembaling (trebuchet) Nabi Ibrahim a.s. ke dalam api.

Allah SWT telah mengekalkan kesan-kesan sejarah untuk menjadi iktibar kepada makhlukNya.




Nota: Gambar-gambar dari galeri Dick Osseman.

43 comments:

hjghaz said...

Sdr Keng,

Tahniah, suatu langkah yang bijak dari Sdr. Semua yang baik bermula dari mencari persamaan bukannya perbezaan.....mcm kita mencari jodoh, ianya berputik dari persamaan......permusuhan bermula dengan perbezaan.

Ku Keng said...

HjGhaz: Salam Hj. Selamat datang ke blog saya. Saya setuju supaya kita mencari persamaan dan bukannya perbezaan.

NBB: Kebetulannya beliau bekerja di UK. Kalau dia di Ipoh pasti dia mencari NBB untuk mendapatkan nasihat. BTW, cepat betul membaca blog. Bozz tak ada ke?

Yeop-Harley said...

Ayah Keng
Entri yang bagus untuk orang2 macam saya yang jahil ttg kisah nabi2. Nama geleri owner tu macam nama kawan teman kat Tengganu, Nik Osemang

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Baca. Hayati. Selami. Fikir. Imbas kembali. Bertanya diri. Renung hadapan. Sebaknya hati. Termenung panjang.

"mencari persamaan bukannya perbezaan" - ungkapan ini punya kesan yang cukup kuat.

Terima kasih Bro menghidangkan juadah untuk santapan rohani.

Alhamdulillah.

sinaganaga said...

Keng,
Bila agaknya teman2 'Kami Penulis B.L.O.G.' boleh minum2 kopi dengan Keng?

Anonymous said...

Keng,

Alhamdulillah! I am forever awe of your dipolamtic ways in dakwah and hope to emulate you in whatever way I can, insyallah!

Anonymous said...

salam,
Pak Keng ceritalah lagi tentang persamaan Islam dan Jew di sini dan pengalaman -2 pak keng yang sangat menarik. Pak Keng terima kasih memberi ilmu.

Wasalam,
Akak

Nyetok said...

Pokcik Keng touu.. Tabik duluh skeping. Entry yg mmbawa bnyk pengajaran, syabas pokcik, tak layok Nyetok nak komen..

Anak Nabi kita ada enam orang,
Dua lelaki empat perempuan,
Qassim, Abdullah, Siti Ruqayyah,
Zainab, Ummu Kalsum, Siti Fatimah,

KakNi said...

Mesej entry ini lebih kurang dgn yang ini

Betul ke ikan-ikan tu tak boleh dimakan?

simah said...

Keng bey..

the effectiveness of this entry...memang tak boleh nak lawan la..

si ben tu..dlm usaha usaha murni dia ni..dia terbuka tak nak masuk islam? ker dia meninggal as a non muslim?

Mama Pongkey said...

MasyaAllah :) semoga Allah memberkati usaha Tuan Keng dan yang seangkatan..

Di UK ada juga usaha sedemikian, Maimonedes Foundation. Dan di Mawlid yang saya hadiri salah seorang interpreter sign languagenya berbangsa Yahudi.

Saya personally lebih senang bergaul dengan bangsa Yahudi daripada yang atheist. Orang Yahudi walaupun tidak mengamalkan agamanya lebih understanding akan agama orang lain.

Sayuti said...

hadir.

(tiru bergen, tp bergen sudah lama membisu. mana dia pi?)

dith said...

HAPPY BIRTHDAY KENG EVENTHOUGH YOU DON'T CELEBRATE, I WISH YOU THE BEST OF EVERYTHING FROM ALLAH SWT

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,

Alhamdulillah.

I. Ilmu yang Tuan beri itu satu saham. Yang makin meningkat bila disebarkan. Terima kasih kerana beri kami peluang untuk ada syer sekali.

II. Setuju.

III. Rasanya bukan setakat Nabi Ibrahim A.S., malah Nabi-Nabi yang lain. Kalau ditanya siapa Nabi Ulul-Azmi, entah berapa orang yang boleh jawab.

Psss.... Minta izin untuk gunakan info dan ilmu di sini untuk saya kembangkan dalam skrip teater.

Korakora said...

kalau kau baca sejarah yahudi. terlalu banyak cerita2 mengenai nabi yang aneh2 dan pelik2, tulisan mereka.

kata mereka, nabi lut berzina dgn dua anak perempuannya.

kata mereka, nabi sulaiman meniduri isteri yg dalam haid.

kata mereka, nabi daud merampas isteri panglimanya dgn menghantar panglima itu ke medan perang dgn harapan dia terbunuh.

kalau kau mahu turunkan satu persatu mengenai yahudi, terlalu banyak penyelewengan mereka.

lalu, bagaimana mungkin kebenaran dan penyelewengan akan bersatu?

Unknown said...

Sdr Keng,

Tahniah atas usaha dakwah sdr. Itulah hikmah namanya. Menggunakan kebijaksanaan dalam menyampaikan Islam. Kita menyeru, bab hidayah serah pada Tuhan.

Yang sedih, makna hikmah telah diselewengkan oleh orang Melayu. Hikmah disalahertikan sebagai lemah lembut. Maka lembiklah orang melayu yang sudah sedia lemah dan lembut. Kepala disekeh, disepak pun masih boleh duduk diam..hikmah katanya...

Anggun said...

Tuan Keng,

Tuan memang punya banyak pengalaman. Terharu baca approach yang tuan guna dalam menyampaikan dakwah secara 'implicit', seiring saranan nabi kita menyampaikah dakwah secara hikmah..MasyaAllah.

Tapi..eh..setuju dengan sinaga..bila boleh kami semua penulis blog duduk semeja dengan tuan..Pasti lebih banyak ilmu yang boleh tuan kongsikan..

BTW,..Selamat Panjang Umur..Semoga tuan sentiasa mendapat keberkatan Allah swt disamping dikurniakan kesihatan yang baik dan hati yang bahagia serta amalan yang soleh..amin..

simah said...

Doğum gunun Kutlu olsun Keng Bey..Semoga Allah sentiasa memberkatimu..

Anonymous said...

dapat ilmu yang aku tak tau.
macam kata naga - bila bisa ngeteh bersama kami di bangsar bang?

Anonymous said...

alhamdulillah,

tulisan saudara ini memang mencabar minda fikir saya. Kalaulah saya diberi kelebihan yang sama....... alangkah baiknya.

maklang said...

Allah memang banyak meninggalkan kesan2 sejarah Nabi2. Ini untuk kita lah menilainya...

Ku Keng said...

Yeop Harley: Haik, Yeop buat-buat jahil pulak dah. Ada penyanyi zaman 70-an dulu bernama Adnang Osmang. Populer.

Sayuti sanggup menjadi murid kome, katanya.

Rampai:
Salam Rampai.

Sama. Serupa. Berbeza. Tapi tak ketara. Itu biasa.

Sama-sama.

Naga: Boleh tapi jangan pulak malam-malam. Pelita Jalan Ampang?

Puan Roza:

I have learnt a lot from you as well.

Visit Naimisa's blog for a good lesson on tajwid.

Akak:Ada site Muslim Jews. Nanti saya dapatkan addressnya. Yang terkenal antara mereka adalah Maryam Jameelah Begum.

Nyetok:

Berbakat sungguh anda dalam bergurindam. Nanti kita gabung tenaga. Menghidupkan gurindam lama yang penuh mesej sufi.

~ahni~: Ya blog itu sungguh menarik. Terima kasih kerana membawa saya kesana.

Alkisah ada yang mati kerana memakan ikan-ikan tersebut (Black Carps). Dan makanan ikan-ikan itu adalah abu-abu dari kayu.

Sayuti: Sekirannya anda dapat membaca komen ini di Langkawi, selamat Berbulan Madu.

Puan Dr.: Shukran. Bikhairin minkum aidan. Abadan.

Tuan Pegawai:

I. Hasrat saya supaya yang membacanya akan menyebarkannya juga. Terbaik.

II. Terima kasih di atas persetujuan.

III.Sekarang ibu-bapa belajar dari anak-anak yang belajar di TASKI. Tapi ada cadangan kerajaan nak mengharamkan TASKI kerana mereka berpakaian hijau!!

Psst. Izin sudah disampaikan.

Bukunota: Mereka berpecah 71 puak. Nasrani 72 puak dan umat Muhammad 73 puak. Hanya satu yang betul. Kita doakan semoga ada antara mereka yang dianugerahi hidayah.

Jiwarasa:
Benar. Hikmah kepada orang yang taqarrub dan hikmah kepada orang awam berbeza. Yang menjadi masalah kita yang awam, mempraktikan sifat taqarrub. Itulah yang menjadi kekeliruan seperti yang anda maksudkan.

BTW terima kasih di atas ucapan.

Anggun:Saya banyak belajar dari anak-anak saya!

Anggun, saya kirakan anda pasti seorang wanita. Jangan melepak dengan kami, nanti takut-takut menjadi fitnah. Ajak suami (dah bersuami?) boleh. Bukan begitu Naga?

Umur yang meningkat tak menjadikan saya tua. Hanya kemudaan saya dah mula berkurangan. Terima kasih di atas ingatan.

Simah hanim: Cok tessekur ederim. Allah kabul isim. Ensallah.

Op:Ya nanti kita rancangkan.

Naimisa:

Shukran. Saya telah lawati blog anda dan saya cemburu dengan ilmu yang ada pada anda. Terima kasih kerana berkongsi ilmu al Quran.

maklang:
Ya benar Maklang. Tafakkur itu digalakkan Allah untuk merenung iktibar-iktibar dari Nya.

Abang di laut OK? Insha Allah selamat mereka semua.

loppiess said...

buat keng,
banyak benor nilai nilai murni yg engkau cambahkan menjadi tunas, pokok dan mohon menjadi rendang menutup dari pijar kufur. Hidayah datang berbondong bondong mengalir ke dalam saku kalbumu.

bilalah aku ini..?

NATO said...

tok..ini yg buat saya cair dgn tok ni..saya nak puji lebih2 tak buleh..takut timbul ujub pula..biarlah Allah saje yg balas budi baik tok ni..

nanti bila saya dah mcm umur tok saya rasa nak jd macam tok la..cuma versi pompuan la..maybe tak menonjol sgt mcm tok tp asalkan tercapai maksud.. mohon dikabulkan Allah..

nanti ceritalah lg..seronok baca kisah2 nabi ni..nanti boleh pass on pada anak cucu..

Selamat hari lahir ya tok..

Ku Keng said...

Lope:

Saya hanya menanamkan minat mereka dengan perkara yang ada persamaan. Yang mudah-mudah. Ini kerana saya diingatkan oleh seorang Ustgaz bahawa kalau tak disampaikan sebibit pun tentang Islam kepada kawan-kawan yang bukan Islam, maka mereka akan mengadu hal kepada Allah SWT di akhirat nanti. Dan saya terlampau banyak dosa-dosa dalam kesilapan ini. Tak masuk yang lain-lain. Maka itulah saya bertekad untuk menerangkan tentang apa-apa jua yang Islamik kepada non-Muslim yang berkenalan dengan saya.

Semoga semua ini meringankan azab saya dialam kubur dan di Mahsyar. Begitulah Lope.

Mc Kay:

Berkongsi sama yang tak merugikan apa salahnya. Mc Kay sendiri pun pandai menulis. Saya hanya semenjak berblog mula belajar menulis dalam bahasa Malaysia. Malunya!!

Terima kasih atas ucap selamat. Semoga ibuku diampuni Allah dan disenangkan keadaanya di alam kubur.

tuan tanah said...

wahhh.. banyak sejarah yang saya pelajari dalam entry kali ni. terima kasih :)

Anonymous said...

I never knew that about Soros.

Interesting entry, this.

How come you never tell me stories such as these, when I come over for a visit?
Next time, I'm camping at yours with siblings et al.

ps: Happy Birthday, N**h!

Ku Keng said...

Tuan Tanah: Memang banyak yang dapat dipelajari dari sejarah. Kalau dikirakan, apa yang berlaku masakini, enteng. Yang telah berlaku lebih hebat dan lebih sophistikat.

Anak Saudara:
Maybe you have not read as much. If he is declared an enemy, then get to know him and you will realise that the mass media made him one. Not in reality.

Plenty more to tell.

p.s. thanks. A@@A.

Bunga Rampai said...

Bro Keng, salam.
Saya sudah usahakan sebagaimana yang disarankan. Hasilnya lumayan, atas izin-Nya jua. Terima kasih menjentik semangat yang bisa saja menguatkan matahati.

Moga hari ini yang damai dan tenang buat Bro & keluarga. Amin.

Anonymous said...

saya tidak tahu untuk me'ngomen' apa. tahniah en. keng atas ilmu ini.

Anonymous said...

Your are Excellent. And so is your site! Keep up the good work. Bookmarked.
»

Ku Keng said...

Rampai:

Salam Sis Rampai.

Alhamdulillah. Semoga Allah SWT membalas anda dengan ganjaran yang melimpah-ruah, kerana telah berusaha. Dan semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada sahabat anda.

Terimakasih di atas doa. Alhamdulillah kedamaian lebih terserlah dengan penerimaan berita yang baik.

Lentiform:Alhamdulillah wa sykrulilLah.

gitartong:Ilmu yang berkesan adalah yang disampaikan secara mudah dan senang.

Anon: Dalam mailbox, pengirim ini menghantar 10 e-mel yang seakan-akan. Entah manusia yang menghantar komen; entah mesin yang membuatnya!!

blackpurple @ jowopinter said...

Perkongsian yang cukup berguna.....!

Anonymous said...

Ku Keng,

Alhamdulillah kerana blog yang berguna.

Saya juga sentiasa mengingatkan org2 nasara bahawa Jesus isn't a Jew. 'Hakikat' ini hanya dimasukkan kedalam Injil hanya lebihkurang 200 tahun lalu. Isa (alaihissalam) dilahirkan di Judea, tapi itu tidak menjadikannya seorang 'Jew'. Di Judea ada berbagai bangsa, orang Yahudi hanya satu daripadanya.

Sayuti said...

tuan, terima kasih atas ucapan itu. Dah balik baru boleh baca.

saya teringat sesuatu ketika dalam feri ke Langkawi, berkenaan entri tuan ini. kalau tuan pernah dengar lagu kumpulan rap soldier of Allah (pernah keluar dalam IKIM dot FM), mereka mengutuk 'ulamak2 boneka' amerika yang mengajar tentang 'abrahamic religion'.

ada kaitankah tema 'abrahamic religion' ini dengan tulisan tuan? atau, perkara yang berbeza sama sekali?

dith said...

Keng,

I believe you are busy wrapping up your 'business'?

Ku Keng said...

Ku Kelat Kling:

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Baru-baru ini saya menerangkan kepada kawan-kawan Nasara bahawa Da Vinci Code menghina Jesus yang dikatakan berkahwin dengan pelacur Mary Magdelene!! "Ini satu penghinaan kepada Jesus yang kamu sembah. The Isa that I believe is not of such a character." Baru mereka mula mengetahui tentang kepercayaan Islam terhadap Nabi Isa a.s.

Sayuti:

Saya tak pernah mendengar lagu tersebut.

Yang dimaksudkan tentang Abrahamic Faith adalah agama samawi, yang merangkumi agama-agama Yahudi, Nasara dan Islam.

Puan Dr:

Ya benar. Tak dapat untuk mengupdate blog buat seketika waktu.

Sayuti said...

tuan,

berkenaan komen tentang DVC, dan perkahwinan Jesus dengan Mary Magdalene tu, saya rasa itu bukan cubaan menghina. tapi, cubaan menunjukkan tema 'kasih sayang'. sebagaimana yang cuba ditonjolkan Yasmin dalam filem kontroversi Gubra itu. Faisal Tehrani telah mengecam filem Gubra, salah satu kecaman berkenaan tema ini.

tapi, pelacur juga manusia. kerjaya itu yang perlu dibenci, bukan pelakunya. pelakunya perlu diselamatkan kerana mereka juga manusia.

ingin saya hi-lite kisah pelacur dengan anjing itu.

menonton DVC telah menyebabkan saya memulakan kajian tentang sejarah Nabi Isa secara mendalam, kerana kebenaran yang ada dalam DVC itu - bahawa Jesus itu manusia.

Mama Pongkey said...

Perbincangan menarik tentang Da Vinci Code:

http://www.sunniforum.com/forum/showthread.php?t=14040&page=2&pp=10

Post #16 onwards.

Allahu 'alim.

Sayuti said...

akak KKL,

Saya dah baca. Terima kasih kerana pebincangan itu menyedarkan tentang kesilapan saya dalam komen sebelum ini. Mary Magdalene itu pelacur adalah dakwaan Gereja Katolik dan bukannya dakwaan penulis buku berkenaan. Penulis berkenaan menyatakan Mary Magdalene itu wanita suci (the sacred) yang dikahwini Jesus, seorang manusia. penulis buku berkenaan tidak mendakwa Jesus berkahwin dengan pelacur bernama Mary Magdalene, tapi, menyelar gereja Katolik yang membuat dakwaan Mary Magdalene itu pelacur sebagai satu cara memalsukan perkara sebenar.

Walau bagaimanapon, saya kecewa dengan perdebatan yang berlaku di forum berkenaan yang lebih berbentuk emosi daripada perbincangan intelektual. ada isi dalam perbincangan, tapi tidak berkembang dan berpusing2 pada perkara yang sama.

saya mempunyai satu teori yang berlainan tentang semua ini. cerita DVC telah membuatkan saya menilai beberapa ayat Al-Quran dan hadith tentang nabi Isa dari satu perpektif lain berdasarkan beberapa andaian saya sendiri, yang secara umumnya agak radikal.

saya akan tulis berkenaan ini satu hari nanti, bila topik DVC ini dah sejuk sikit. moga2, ada orang lain yang tulis dulu.

Ku Keng said...

Sayuti

Untuk komen anda yang pertama:
Kajian tentang Nabi Isa a.s. eloklah kita berpandukan kepada Al Quran dan al Hadith, supaya tak mengelirukan. Inilah terbaik Yut.

Untuk komen anda yang kedua:
Juga seperti komen saya di atas.

Kenakelayan: Ya saya pun rasa chatters tersebut, terlampau emosi. Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang dapat kita pelajari dari mereka. Alhamdulillah.

Sayuti said...

Tuan Keng, setuju.

Anonymous said...

Super color scheme, I like it! Good job. Go on.
»