Powered By Blogger

Monday, April 17, 2006

Blog on Dogs

Dulu sewaktu Dr. Roza menceritakan mengenai peristiwa bapanya diherdik oleh seorang wanita, ekoran tegurannya terhadap kelaku anak wanita tersebut yang membaling-baling batu kepada anjing, terlintas difikiranku tentang sikap kebencian orang-orang Melayu kepada anjing. Dengan amat terlampau. Adakah najis menjadi penyebab untuk membenci? Seandainya begitu kenapa jemaah-jemaah masjid tidak mengambil sikap yang sama untuk membersihkan najis-najis di tandas masjid. Dan tidak meninggalkan begitu sahaja selepas membuangnya? Basmikan sehabis-habisnya. Dengan sepenuh kegeraman.

Dalam blog yang terdahulu pula Kim menyatakan hasratnya untuk membela anjing dan Lope pula menyingkapkan peristiwa yang menimpanya di Hudeidah apabila beliau ditanya tentang pegangan agamanya oleh orang yang sedang memeluk anjing. Sungguh menarik perihal anjing.

Dalam hukum fiqah, cara-cara melayani anjing dikaitkan kepada arahan Rasulullahi sallahu ‘alaihi wassalam, bersabit cara-cara membersihkan bijana air yang dijilat anjing. Penyuciannya adalah secara menyamak bijana tadi dengan menyucikannya dengan air dan tanah. Permulaannya dengan tanah dan kemudiannya dengan enam kali laluan air. Disinilah timbul perbezaan pendapat fuqahak tetang apa yang sebenarnya najis. Anjingkah atau air liurnya? Yang hidup atau yang mati? Maka berbezalah hukum antara mazhab-mazhab.

Imam Malik menganggap anjing sebagai suci ketika hidupnya. Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri pula berpendapat, kulit-kulit anjing dan babi juga boleh disucikan secara menyamak, kerana hadis riwayat Muslim menyatakan: Apa jua kulit haiwan, suci apabila disamak. Imam Syafie pula berpendapat sebaliknya. Segala sentuhan anjing sekiranya basah; hidup atau mati, wajarlah disamak. Maka bagi orang Melayu, kemungkinan untuk menghindarkan daripada susah-payahnya untuk menyamak, maka anjing perlulah dihalau dan dipukul, dan telah menjadi seperti budaya hingga ke hari ini. Senang begitu. Tetapi lupakah kita tentang kisah seorang pelacur yang dijanjikan syurga kerana memberi minum anjing yang hampir-hampir maut akibat kehausan yang amat?

Tidak terdapat sepatah pun ayat dalam al Quran yang mengeji anjing. Malahan terdapat dalam al Quran cerita mengenai Qithmir, anjing yang mengikut pemuda-pemuda ashabul kahfi kedalam gua. Dalam hadith riwayat Muslim yang disebut oleh Imam Nawawi, dalam kitabnya al-Mubarakafuri - Tuhfat al-Ahwadhi ada menceritakan bahawa Rasulullah sendiri ada memelihara anjing. Akan tetapi setelah dikhabarkan oleh Jibrail tentang keengganan malaikat pembawa rahmat untuk memasukki rumah yang ada anjing, maka Rasululullah telah mengeluarkan anjing tersebut daripada rumahnya.

Itulah anjing, disalah anggap oleh kita sehingga menjadi sinonim kepada kehinaan, sebagaimana pertelingkahan dua orang sahabat, seperti terdapat dalam puisi Turki lama, yang mana seorang yang bernama Tahir, telah memanggil sahabatnya yang lain dengan panggilan 'anjing'. Maka mangsa penghinaan tadi pun mengeluh:

Tahir efendi bana kelp demiş,
iltifatı kendince zahirdir;
Maliki mezhebim benim zira;
İtikadımca kelp tahirdir.

Tahir Effendi menggelarku sebagai anjing yang dikeji;
Malahan itu kepujian untuknya sendiri secara zahir;
Kerana aku bermazhab maliki;
Dan itikad kami bahawa anjing itulah tahir.
Nota:
Efendi: Gelaran hurmat untuk lelaki.
Tahir: Bersih atau suci


Kebanyakan fuqahak membenarkan pemeliharaan anjing-anjing untuk keperluan hidup seperti memburu, menjaga ternak, mengawal keselamatan dan menjaga ladang atau tanaman. Akan tetapi diharamkan untuk tujuan peliharaan biasa atau untuk pertunjukan atau pameran.

Alkisah, Aba Yazid al Bistami, pada satu ketika telah terserempak dengan se ekor anjing di satu laluan yang sempit. Untuk mengelakkan dirinya daripada terlanggar dengan anjing tersebut dan terkena najis, maka beliau pun mengundurkan diri ke belakang. Tiba-tiba terdengar oleh Aba Yazid kata-kata anjing tersebut kepadanya,”Adakah hinanya aku sehingga engkau menjauhkan dirimu daripadaku? Adakah aku memilih untuk dijadikan anjing? Dan adakah kamu dilahirkan manusia atas pilihanmu sendiri?” Mendengar kata-kata ini Aba Yazid diceritakan telah mengambil anjing tersebut sebagai gurunya. Wallahu a’lam.

Sebuah karangan sufistik masyhur oleh Muhammad ibn Khalaf Ibn al-Marzuban, bertajuk Buku Tentang Ketinggian Kedudukan Anjing-anjing Berbanding Kebanyakan Mereka yang Berpakaian, menceritakan tentang ketinggian sifat-sifat dan ketaatan anjing berbanding manusia yang penuh dengan penipuan dan kedurjanaan.

Dulu aku pernah menjadi tamu di rumah seorang kawan yang ada memelihara se ekor anjing Alsatian yang begitu jinak. Menjadi rakan bermain anak-anaknya dan anjing itu begitu manja dengan mereka. Sewaktu aku tiba di rumah tersebut, tuan rumah telah menyediakan selipar yang baru dan bilik khusus supaya dapat aku mengerjakan solat tanpa gangguan. Dan setiap kali aku ke ruang tamu, anjing tersebut dibawa keluar atau diletak di tempat yang jauh daripada ruang tersebut. Suatu pagi sewaktu aku bersendirian dirumah, aku ternampak anjing tersebut merenungku dari jauh dan kemudiannya anjing itu berjalan-jalan mengelilinggi ruang tamu di mana aku sedang duduk sambil membaca akhbar. Dengan tak disedari, sewaktu aku sedang khusyuk membaca, anjing terebut melompat ke atas ribaku dan terus menjilat tanganku. Sungguh memeranjatkan. Agaknya anjing tersebut hairan kenapa selama dua hari aku di situ, tak sekali pun aku menggosok-gosok kepalanya atau menegurnya. Begitulah sayangnya dan berperasaannya anjing kepada manusia.

38 comments:

Anonymous said...

walaupun haram anjing itu utk dimakan, tp anjing ttp makhluk Allah jua.

Queen Of The House said...

Interesting observation, Keng.
Tapi kan .... disebabkan conditional behaviour, I have an intense fear of dogs, no matter how small or friendly. Takut kena jilat. ANd it doesn't help that I was once chased by an over-friendly Alsation when I was small.

Anonymous said...

Keng,

Saya ada cerita benar mengenai ANJING. Sebelum itu saya mohon maaf kerana komen ini memang panjang. Jika ada yang baik ambilah untuk teladan dan jika tiada satupun yang elok melainkan buruk adanya buanglah jauh-jauh.

Tanah bapa saya terlibat dengan projek kerajaan. Urusan pengambilan balik dan bayaran pampasan dibuat. Kami tidak berpuas hati kerana terdapat bukti penyelewengan. Kami membuat bantahan dan mematuhi prosedur ditetapkan termasuk membayar deposit sebanyak 3k(ribu). Apa yang menghairankan ialah Pihak Pejabat DAERAH menafikan menerima bayaran dan borang N(borang bantahan) sedangkan saya mempunyai salinan bank draf, resit bayaran dari pejabat daerah dan borang N yang berchop dan bertandatangan seorang pegawai di Pejabat Daerah. Pegawai Pejabat Daerah itu meminta salinan dari saya, tanpa mengsyaki apa-apa saya memberi sesalinan dokumen berkenaan, namun mereka masih menafikan perkara tersebut. Bosan dengan tindkan Pegawai Daerah itu, saya membuat laporan polis dan melaporkan di BPR. Siasatan menyatakan wang itu ada diterima oleh Pejabat Daerah, tapi tiada tindakan dibuat bagi jalan penyelesaian. Pegawai yang terlibat juga tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Oleh kerana perkara ini terbengkalai begitu saja, saya membawanya ke pengetahuan orang yang lebih berkuasa. Hingga ke Peringkat Menteri Besar.

Saya tidak pandai berpura baik, didepan khalayak. Dengan maki hamun dan sumpah seranah, saya menanyakan bahawa pembayaran dan bukti menunjukkan terdapat penyelewengan, sehingga kes tuntutan tidak dapat dibawa ke mahkamah. Sampai satu peringkat saya menghamburkan perkataan ini di depan Menteri Besar."Lebih baik meletakkan anjing makan tahi dari meletakkan orang makan rasuah dan tidak amanah di Pejabat Daerah, pantang nampak duit, semua nak mentekedarah. Kepada pegawai daerah itu pula saya bertanya sambil menunjukkan tandatangan di borang N, ini tanda tangan bangkai siapa?

Pegawai itu berkata' Awak kalau mahu minta tolong kami selesaikan cakap baik-baik barulah kami mahu menolong"

"Macam ni punya kerja menyusahkan orang, mahu orang appreciate, mahu saya ucap terima kasih kerana menyebat duit saya? Ini bukan tolong ini tanggungjawab. Awak datang sini bekerja dan kerajaan bayar gaji dari cukai yang rakyat bayar. yang ramai-ramai ni sukarelalah, datang sini tak dapat gaji bulanan? Kalau begitu kita tutup pejabat daerah, kerajaan pun jimat duit tak perlu bayar gaji pekerja-saya.

Macamana mereka boleh menggelapkan wang dengan begitu berani? Menerima pemberian sewenang-wenangnya tanpa ada rasa jijik seperti jijiknya najis anjing dan babi.

Saya menghormati manusia bukan dari pangkat, darjat, harta, rupaparas atau umur tapi dari segi ahklak.

Dalam satu kes- saya melihat wanita bertudung mencuri, mengumpat dan pelbagai perlakuan yang tidak sepatutnya. Saya bertekad jika saya mahu menutup aurat saya akan pastikan tingkah laku mesti dipelihara, saya tak mahu mencemarkan imej dan suruhan agama dengan perlakuan keji saya yang akan memberikan impak buruk kepada suruhan agama suci ini.

Di atas kedegilan saya, selalu saya bermohon agar saya mati dalam Islam dan saya sempat mengotakan niat saya itu. Insyallah. maha suci tuhan maha Mengetahui.

Pegawai Khalwat said...

Benar seperti kata Tuan Keng, ramai yang sudah lupa perkara anjing ni.

Dalam budaya Melayu khususnya, anjing dan babi diletakkan taraf yang paling bawah sekali. Sekiranya kita dimaki dengan panggilan anjing dan babi, nesacaya ramai yang akan melenting.

Tapi aku rasa nilai kita dah berbeza. Dah tak ramai Melayu yang sensitif dengan perkataan anjing dan babi. Kalau dimaki carut dengan panggilan makhluk Allah itupun, dah tak kisah.

Tapi masih ramai yang memandang hina binatang berkenaan. Tapi rasanya, generasi baru ini sudah boleh bertoleransi dengan binatang berkenaan. Tak kisah walau dimaki carut, tak kisah kalau si hidung penyek dijual satu bangunan dengan barang segar lain, tak kisah kalau anjing datang merapati.

Cuma risaunya, toleransi itu atas dasar apa, kesedaran atau sudah hilang sedar.

(Heran... aku kalau komen blog Keng mesti panjang berjela)

Bergen said...

Can you sama' with soap? It's kinda difficult to find earth when you live in an apartment in upstate New York for example.

Bunga Rampai said...

Salam,
Aduhai ... teringat, saya pernah dimaki 'anjing keparat' hanya kerana ketegasan saya. Peristiwa itu mengajar saya menghormati anjing.

Mama Pongkey said...

Dah pergi luar negeri ni barulah rasa takut terhadap anjing tu dah beransur hilang. Phobia pun sebab dulu pernah kena kejar dengan anjing semasa kecil, ditambah pula dengan kesusahan menyamak.

Akan tetapi sewaktu terpaksa berkongsi dapur dengan non-muslim, rakan serumah Malaysia yang banyak pengalaman, meletakkan pokok berpasu kecil di dapur. Setiap kali terasa was-was (housemate suka makan/masak babi, aduhai) kami samaklah dengan tanah dari pasu tersebut. Lama2 kerja menyamak tu terasa tidaklah begitu berat. Senang aje kan sebenarnya, sekali simbah dengan air bercampur tanah, enam kali dengan air mutlak. Lepas tu kalau nak lagi power bubuhlah sabun banyak2.

Dekat UK kalau anjing membuang najis tuan empunya anjing mesti mengutipnya, tak boleh dibiarkan begitu sahaja. Bagus mereka ni.

Rasanya kalau darurat, lebih2 lagi kalau mualaf pulang ke rumah ibu bapa non-muslim pembela anjing, mereka mengambil pendapat Imam Malik, ie anjing tidak najis. Tapi ini kalau nak buat kena tanya ulama dululah.

loppiess said...

keng,
menarik tulisan engkau dan coment2 yg ada...dan aku juga tentunya ingin berkongsi cerita aku pulak lah.

Anjing Mr Tow maksudku. Rumahnya selang sebuah rumah dari rumahku. Anjing tu bukan tak kenal aku tapi bila nampak aku dia menyalak macam aku ni datang nak bunuh Mr Tow.

Ada dua tiga kali fikiran jahat datang kemindaku..eerr utk meracun anjing lahanat tersebut spt melempar sardin yg di bubuh racun tikus atau tulang yg direndam dgn racun rumpai tapi...tak sampai hati bukan kerana kesian kepada anjing tersebut tetapi kesian pada Mr Tow. Dia baik kepadaku.

Suka suka dia saja bila bila nak menyalak. tak kira magrib, subuh atau insyak. Aku gerammm tahu Keng.

Tapi demi muhibbah, aku tahankan. Bukan saja Mr Tow menghantar limau dua kotak setiapkali fatt choy malah dia juga menghadiahkan bonzai kepada aku.

Tapi jiran sebelah rumahku, En. Batumalai nampaknya sudah hampir berpatah arang dgn Mr Tow. Anaknya Jaya akan menduduki UPSR hujung tahun ini..dia hanya mampu membelikan penyumbat telinga kepada anaknya bila anjing lahanat itu menyalak.

begitulah Keng,
anjing Mr Tow telah menghitamlegamkan sebarang simpatiku kepada binatang yg bernama anjing!. Cukuplah.

Sayuti said...

puan kim,
jangan jadikan alasan itu untuk tidak menutup aurat. samalah seperti berkata 'aku tidak mahu sembahyang selagi masih buat maksiat'. menutup aurat itu bakal menjaga diri kita daripada perlakuan maksiat, jika kita benar2 faham maksud disebalik menutup aurat itu - melindungi maruah diri.

tuan keng,

dari mula pembacaan, saya memikirkan cerita2 tentang anjing yang boleh saya kongsi juga, tapi tuan dah cover semua. saya teringat satu tulisan bertajuk, pada anjing itu ada sifat2 orang soleh yang saya catat dalam buku jurnal saya. tertinggal di rumah (skang masih di ofis). saya tak tahu sama ada sama dengan yang tuan tulis di atas, tapi nanti saya check balik.

saya juga teringat kemarahan abang saya ketika pulang dari bengkel motor. dia mengelak untuk masuk ke kedai ketika tauke kedai itu suruh pilih spare part yang dicari sebab ada anjing di situ. tauke kedai itu mengomen, "gua talak paham pasal apa olang melayu takut sangat sama anjing."

dan saya masih teringat jenaka seorang penceramah, "anjing dia ligan (kejar) orang melayu ja. orang lain, cina, india, dia tak ligan. melayu ja. awat tatau? saya pon heran"

saya mengelak dari dekat dengan anjing, sebab pernah di kejar waktu kecik2 dulu. jadi fobia. skang, sudah kurang sebab hari2 waktu berjalan kaki ke stesen LRT, banyak anjing2 berkeliaran. cuma, sesekali kalau dia start lari nak kejar kucing, motor atau saja2 ber'mesra' dengan anjing2 lain, berdebar jugak saya.

petua kawan saya bagi lepas kena kejar anjing waktu kecik2 tu: kalau jumpa anjing, bagi salam "assalamualaikum ya qithmir,". insyaAllah tak dikejar.

boleh pakai ke?

maklang said...

(Present):0 Too sleepy to comment

dith said...

:))

Trust you to blog on anything and to do it excellently too, from an interesting title to apt analogies!

To reiterate my statement before, you sure have contacts in all level (plus being house guests to people who owns 'cute' and well-behaved Alsatians (I cant imagine Alsatian being that amiable though!! They will always be ferocious to me second to Rotweillers)

Anonymous said...

Saya memelihara anjing sedari kecil, untuk tujuan tertentu seperti menjaga harta benda dari gangguan binatang pemusnah, pun begitu saya tetap geli geleman dengannya. Biasanya saya akan mandi-bukan setakad mencuci sebahagian apabila saya mendukung anjing. Sekali dengan air tanah kemudian bilas dengan air biasa tanpa mengira berapa gayung. Dalam bilik air saya sentiasa ada ketulan tanah untuk tujuan itu.

Loppies,

Banyak orang membunuh anjing dengan membubuh racun dlam makanan, ada juga yang meletakkan jarum dalam telur. Anjing tidak menguyah makanan, makan secara membaham. Namun kedua-dua cara itu tetap menzalimi dengan kejam secara perlahan-lahan seperti orang/(syaitan yang menyerupai manusia) memberi santau(racun) kepada mangsa.

Sayuti,
Rukun Islam ada lima perkara, pun begitu saya selalupun menimbangkan untuk menutup aurat, bukan memakai tudung.

Pegawai Khalwat said...

Sayut,
Petua Qithmir tu, bole pakai. Aku dah pernah pakai dua tiga kali masa kecik dulu.

Masa besaq tak lagi la. Selalu kalau diancam aku jerkah saja anjing tu.

Sya said...

Kak sya cuma takut anjing yg garang... tapi bila tenguk anjing yg cantik dan cute.. selalu gak berkata kalau lah orang Islam dibenarkan memelihara anjing seperti memelihara kucing.. mesti rumah kak sya ada paling kurangnya seekor anjing

loppiess said...

kim labu,
aku tak pernah ingin melakukannya, fikiran jahat utk meracun cuma datang bila hati sakit yg amat. Aku sayang binatang, contohnya aku tak pernah menerajang kucing yg selalu datang menumpang tidur di kakiku.

Yut,
aku setuju dgn kim perihal tudung.

mak lang,
pegi tido dulu, nanti bila dah bangun, tulih komen balik.

Anonymous said...

Keng dan Loppiess,

Ya ya, saya mohon kamu berdua menulis mengenai fikiran jahat yang datang seketika ini. Saya juga pernah didatangi fikiran jahat ini pada waktu tertentu. Mungkin juga semua orang merasainya tatkala merasa begitu tertekan atau terlampau sakit hati atau apa-apa perasaan yang melampaui. Bagaimanakah menangani fikiran jahat yang datang seketika ini dengan baik. Ada yang terlajak kata dan perbuatan akibat fikiran jahat ini. Boleh kita berkongsi pendapat menanganinya dengan cara terbaik, agar tidak sesal kemudian. Mohon ya.

blackpurple @ jowopinter said...

kadang-kadang terfikir, kenapa majoriti kita perlu membenci anjing...

..teringat adegan bilal pegang anjing dalam filem "Gubra"

zizie ali said...

:)

simah said...

mcm kita syafie..kita kalau pegang anjing, kita kena samak ngan air n tanah... in hanafi pulak.. it is enough if you use sabun n air utk membersihkan diri bila sentuh anjing...setiap mazhab ada pendapat sendiri...apa pulak pendapat keng bey dlm hal ni?

Dan mcm anak saya...they live in a hanafi environment...naturally they r hanafi..so does that mean kalau depa terpegang anjing..nak kena basuh ngan sabun ker nak samak ngan air tanah? what do u think?

Anonymous said...

bagus entry ini. terbuka hati saya. tetapi saya memang tidak gemar membela binatang. tidak kira kucing, anjing, ikan, rimau, naga sekalipun kerana malas!

Anonymous said...

Keng,


Saya selalu berperasaan begini. Dulu ada disiarkan di akhbar, gambar sekeluarga yang sumbang muhrim, terdiri dari datuk, ayah dan abang mangsa, dalam hati saya sangat membenci mereka(walhal mereka dan kejadian itu tidak berkaitan langsung dengan saya)Kejadian berlaku negeri pantai barat semenanjung. Memandang mereka digari berangkai seolah MELIHAT KAWANAN ANJING DIRANTAI. Adakah hati saya akan ternoda dengan titik-titik hitam dengan demikian itu. Begitu juga bila saya menonton TV dan melihat orang yang didakwa bersalah melakukan rasuah atau pecah amanah atau jenayah lain. Mulut saya pun adakalanya menyebut sesuatu yang tidak elok. Saya tidak boleh berbohong menyatakan apa yang sebenar di hati saya, di dunia boleh terlepas tapi di akhirat ia dijelaskan dengan nyata. Mohon keng memberi penjelasan, saya bimbang titik-titik hitam itu menggelapkan hati saya. Juga saya terlanjur melakukan dosa tanpa saya sedari.

Sayuti said...

puan kim,
setuju. untuk melaksanakan yang lima itu, perlu ada perkara2 yang lain kan? solat tidak sah jika tidak menutup aurat. dan, kehidupan kita adalah refleksi kepada solat.

"sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"

jangan membenci orang yang melakukan, benci perbuatan yang dilakukan.

Anonymous said...

Teringat pada cerita dari
"anggun" semalam.


Ramai yang tidak mengetahui bahawa nabi Nuh a.s itu nama sebenarnya lain.

Pada satu ketika bila nabi nuh terserempak dengan anjing, beliau berkata, Mengapa hodoh sangat rupa anjing ini!!

Beliau terkejut bila anjing tersbut menjawab "Adakah tuan fikir saya suka dengan rupa saya? Allah yang menciptakan saya dengan rupa sebegini. Saya pun nak rupa cantik macam tuan.

Mendengar kata-kata anjing tersebut, Nabi Nuh a.s pun meraung2 meminta keampunan dari Allah swt di atas perkataannya itu. Beliau menyesal kerana menghina ciptaan Yang Maha Esa.
Kerana terlalu sesal, Nabi Nuh a.s meraung2 meminta keampunana dari Ilahi.

Allah mengampunakan Nabi Nuh dan menggelarnya dengan Nuh, iaitu ertinya "yang meraung"

Terima kasih Puan Anggun kerana berkongsi ilmu.

Anonymous said...

Keng

:)

Ada email kotak.

Unknown said...

Perbahasan ulamak mengenai keperluan menyamak apabila bersentuh dnegan anjing ini memnag menarik.

Saya pernah terbaca pendapat yang mengatakan;
anjing yang dikatakan perlu disamak itu merujuk kepada seekor anjing yg membawa penyakit pada zaman itu. Bukan kepada semua anjing. Itu sebab ada riwayat tentang sembelihan bintang buruan yg digigit anjing...

zizie ali said...

nganjing = mempersenda = menyindir = tidak hormat

sinaganaga said...

Keng,
Kirim salam kepada Kak Nor.
:)

KakNi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
KakNi said...

saya takutkan anjing kerana teringatkan peristiwa anjing kejar/gigit orang di dalam surat khabar

masa saya kecik-kecik dulu ada anjing yang putih melepak dan gebu (macam cerita anjing bernama Lassy) datang menumpang di rumah saya kat kampung (masa tu rumah melayu stail lama - tinggi bertiang, anjing lepak bawah rumah), anjing tu baik dan tak kacau kami sekeluarga tapi lepas tu kena tembak dengan jab. haiwan (sebab dianggap anjing liar lantaran tidak memiliki lesen)

saya sedih

Ku Keng said...

Salam. Nanti bila pulang ke KL saya akan menjawab semua komen-komen. Insha Allah.

Anonymous said...

Keng

Jutaan terima kasih atas pandangan dan cadangan kamu. Saya ikutinya dengan patuh! Sebagai panduan dalam tindakan selanjutnya.

Brilliant!

:)

Romantis Selatan said...

dahulu saya tidak takut sama anjing. suatu hari di kawasan perumahan, dua ekor anjing liar sudah bawa dia punya geng serang saya. mak cik sebelah rumah kena serang. pekerja-pekerja kilang kena serang. anak-anak jiran kena serang. sejak hari itu saya takut dengan semua jenis anjing. sampai sekarang pun saya tak tahu macam mana nak hilang takut dengan anjing...

Anonymous said...

Saya agak fobia dengan anjing bukan kerana jijik atau seumpamanya. Lebih kepada rasa bimbang kalau2 diserang/dikejar (ada pengalaman peribadi). Sampai sekarang pun saya masih rasa tak berani untuk berjalan2 di sekitar tempat tinggal sendiri, yang sememangnya kawasan anjing2 berkeliaran, sama ada haiwan peliharaan ataupun tidak.

Anonymous said...

anjing sebenarnya binatang yang cute, comel dan bijak. namun ada hikmahnya mengapa air liur/tubuhnya yang basah itu haram buat kita.

sitilina said...

walau apa pun tentang anjing, saya takut pada mereka sebab suaranya amat kuat ketika menyalak. tp anjing comel dan kiut. saya rasa anjing lebih gagah dari kucing. tp bila sebut anjing, amcam xbest. apa kata kita sebut saja DOG? malahan, kita makan HOTDOG tanpa was2 sedangkan maknanya ANJING PANAS. cuba sebut ANJING PANAS mesti takde orang nak makan.

Ku Keng said...

aLoM ke?: Selamat datang mengunjung aLoM. Ya DOG menjadi generic. Diterima mungkin lebih sopan dari ANJING.

tojit: dan juga selamat datang tojit. Itu hanya sebagai parable, dan bukanlah penghinaan kepada anjing dengan diwajibkan misalnya dibunuh anjing-anjing atau dicela mereka sebagaima Iblis dilaknati. Memang itulah sifat kejadian anjing oleh Allah SWT, dan sifat-sifat ini ada rahsia kebaikannya misalnya menjadi teladan untuk manusia supaya menjadi tandaukur untuk kelaku. Wallahu a'lam.

Ku Keng said...

tojit:Surah al a'raf ayat 175. [7:175] "... umpama anjing yang dikejar, akan mengeluarkan lidah, dan apabila dibiarkan juga mengeluarkan lidah". Ini adalah diumpamakan kepada manusia yang hanya hidup untuk kehidupan material (hanya untuk dunia), dan menolak ayat-ayat Allah. Memandang enteng kepada amaran-amaran Allah seperti anjing yang berkelaku hanya secara spontan dan tak memikirkan apa yang akan berlaku selepasnya. Wallu a'lam.

Anonymous said...

akak haku keje kat hospital tawakkal, penah satu hari dia nak balik tunggu bas ada sekor anjing nak melintas pastu kena langgar dia pon terkehel di situ sambil meraung raung
second vehicle datang lenggek lagi meraung lagi

yang third vehicle tu stopler kono. tapi bila dia nengok anjing tu masih di situ tak berdaya dia pon selamba mamba jer dengan kadar perlahan menggilis anjing itu.
the horror!
ituler anjing bernama manusia sebenarnya......


2nd story
haku penah nengok sendiri nasib kucing tempang haku dibelasah digigit dan dibunuh beberapa ekor anjing jiran yang melepaskan anjingnyer (atau terlepas tapi tak peduli)
the horror!
tuan anjing tuler anjing sebenarnya....