Powered By Blogger

Wednesday, May 31, 2006

Kejutan sewaktu Lamunan

I.

Mohon maaf kerana tidak mengupdate blog buat seketika.

II.

Sehari selepas gempa di Yogjakarta, aku terjaga kerana kejutan bunyi mesej yang diterima pada phone-bimbit. Pada 2.30 pagi. Daripada seorang teman di Malang, Jawa Timur.

Ya Allah, Bagaimana jika gempa terjadi pada malam begini... saat manusia masih menikmati dengannya malam dengan tidur yang nyenyak; dengan mimpi-mimpi yang indah, diiringi keletihan tubuh badan kerana seharian menumpuk harta. Rumah-rumah mereka terkunci kerana takut harta hilang .. akan tetapi tak sekali-kali bisa selamat dari gegaran yang Kau hantarkan. Bukan sahaja mungkin musnah kerana kehancuran akibah gegaran; tidak juga dari bajingan yang berkeliaran mencari kesempatan.

Saudara-saudaraku, teman-temanku, pemimpin-pemimpinku.. mari sempatkan waktu sedikit di malam hari untuk memohon perlindungan dari Ilahi
.

Begitulah gegak gempita yang tak tersentuh di hati kita kerana alasan-alasan bahawa kita berjauhan dari gunung berapi dan keretakan pelantar. Begitulah tertambatnya kita pada setiap kejadian yang berungsurkan kepada nature atau kejadian alam dan bukan lagi kehendak Ilahi.

Teringat aku akan pesanan Sayyidina Ali karramallahu wajhah, supaya mengamalkan Ayat 7. "Sekiranya aku membacanya, tak aku takut kepada keadaan, meskipun bumi akan terbelah dan gunung-ganang akan tebalik". Demikian pesanannya.

n.b.: Ayat 7 terdapat dalam Majmuk Sharif.

III.

Mercy Malaysia sedang menerima derma untuk mangsa-mangsa.


IV.

Untuk pengetahuan para bloggers, Ayat 7 adalah seperti berikut:


19 comments:

maklang said...

Bersyukur kita kerana dilindungi olehNya dan doa maklang untuk memudahkan saudara seIslam kita di sana...

Sayuti said...

(insaf)

dith said...

Thanks for the reminder. Btw, how are things with you?

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,
Baca, ingat, amal.
Terima kasih.

tuan tanah said...

terima kasih kerana pesanan.
saya kirimkan doa dari sini.

Pegawai Khalwat said...

I.
Eh.... nak minta maaf buat apa kalau tak buat salah.

II.
Kejadian alam, kalau Dia nak jadikan, tak payah tunggu analisis geofizik.

III.
Bagus!

Plsss... plat tetonik Asia Pasifik dan bergerak kerap. Rasanya tak lama lagi banjaran Titiwangsa akan terangkat. Kalau tidak pun tenggelam. Atau terbelah dua.

Ku Keng said...

Maklang:
Dalam kesibukkan memantau keadaan di Yokjakarta, berlaku pula tanah runtuh di belakang rumah - di Ulu Kelang.

Sayuti:
Yut, saya baru dapat panggilan untuk tenaga pembantu di kawasan Ulu Kelang.

Puan Dr.:
Same-same. Just sent you update.

Rampai:
Salam, Rampai.
Hayati. Cungkili. Tatapi.

Tuan Tanah: Semoga Allah SWT mengabuli doa kita bersama.

Tuan Pegawai:

I.
Maaf, kerana kemungkinan menziarahi berkali-kali tapi masih tak di update.

II.
Betul dan betoi.

III.

Hang sebut saja Banjaran Titiwangsa, ni di pinggirnya di Ulu Kelang, dah mula runtuh. Tak selamat, walhalnya.

Unknown said...

Masa tsunami dulu, ramai yang tersentak, terkejut, Ada yang berubah jadi baik. Mahu taubat.

Kini jadi lagi bencana di Jogjakarta. Tetapi kesannya tidak seperti dulu. Mungkin ramai yang menganggapnya sudah biasa.

Kita memang mudah lupa...

simah said...

qiamat dah semakin dekat..mcm tsunami tu..tu kan dah mini qiamat..yg baru meletup tu...hmmm.. Semoga Allah menolong kita..

Anggun said...

Tuan Keng,

Saya ada 2 soalan:

a)Ayat 7 tu ayat kursi ke..
b)Majmuk Sharif tu kitab ape..

Harap Tuan dpt jelaskan, untuk saya yang cetak ilmu pengetahuan ini.

Sekian adanya..Syukran Jazilan

NATO said...

tok..nak diamalkan ayat 7 tu bila ada musibah ke ataupun jd amalan harian sbg perisai (pendinding) utk diri dan keluarga?

Ku Keng said...

JiwaRasa:
Kata Tun M. Melayu Mudah Lupa.

Lentiform:
If we reiterate that corruption is rampant, they will say, 'Show proof'. But the proof is just high above the slope. That was a forest reserve!

Thanks for the note.

Simah Hanim:
Kata anak Nabi Nuh, "Tak mengapa ya abuya, bil banjir tiba, kami akan naik ke tempat yang lebih tinggi!"

NBB:
Hai, itu bunyi macam doa untuk minta supaya berlaku di Ipoh pulak! Marah sangat ke, pada ze bozz?

Anggun:
Soalan yang pertama ada pada entri terakhir blog.
Untuk soalan kedua. Kitab kecil yang mengandungi surah-surah Yaasin, Waaqi'ah, al Kahfi dll. dan juga doa-doa dan selawat. Tanya Burma jual kitab, mereka akan tunjuk berjenis-jenis.

Kalau tak beli mereka akan kata, "Kak, belanja air bolih?"

Mc Kay:

Tak kan bila nampak tanda-tanda baru nak baca pulak!

Mengikut sohibul hikayah, baca sebagai amalan. Buatkan pakaian. Jadikan sebati dengan badan. Maka mulalah hafalan.

Di Tesco tak ada jual kitab ni!

abdullahjones said...

bro, sila ke www.esastera.com.
sms dari malang itu telah di lagukan oleh airmas.

Ku Keng said...

A Jones:

www.esastera.com rupa-rupanya hambar diluar, tetapi seperti gua Ali Baba, apabila dapat 'menembusi' kedalam.

Bro., terima kasih kerana memberi pengiktirafan kepada madah Pak Didik Supriyanto dari Malang, JATIM. Semoga mesejnya dapat membakar semangat untuk hanya berharap dan terus berharap, kepada Ilahi.

Anonymous said...

salam takziah juga.. insaf juga..

Anonymous said...

Interesting website with a lot of resources and detailed explanations.
»

Anonymous said...

Have a nice day

Anonymous said...

Assalamu'alaikum, ayah keng

Dah sihat betul ke. Sedih betul bila baca you punya cerita pasal hari bapa because saya pun dah tak punya ayah. Tapi walau pun ayah dah tiada lagi, namun dirinya sentiasa bertakhta dihati ku. Dan ayat-ayat suci sering ku titipkan untuknya. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Interesting website with a lot of resources and detailed explanations.
»