Powered By Blogger

Thursday, March 30, 2006

Ikan Aya untuk Orang Kaya

I.


Sewaktu kecilku, kampungku di Kuala Terengganu, merupakan kampung yang termiskin. Mungkin di Malaya. Keseluruhan penduduknya adalah dari golongan kais pagi makan besok, dan kais petang makan kosong. Itulah Kampung Pantai Telok. Kini sudah tak wujud lagi, kerana kekerapan dilanda ombak tengkujuh, maka keseluruhan penduduk telah di tempatkan ke kawasan lain. Kebanyakan ke Seberang Takir.

Aku masih ingat kepada seorang kawan, bernama Awang. Abangnya juga bernama Awang, tetapi dipanggil Awang Long. Bapanya juga Awang. Pak Awang. Kesemuanya Awang. Kemiskinan hingga kepada ketidakupayaan untuk memilih nama-nama untuk keluarga. Hinggakan emaknya juga kami panggil Mak Awang.

Setiap kali aku kerumah Awang, makanan mereka hanya satu. Singgang kepala ikan. Kepala ikan aya. Atau ikan tongkol. Dan singgang ini mungkin sudah mula dimasakkan sebulan dulu. Hanya air yang ditambah setiap hari untuk menambahkan kuah. Kepala ikan tak diluakkan, kerana kalau dimakan, bermakna, habislah ramuan atau perencah utama makanan mereka. Dan yang aku ingat, adalah tentang baunya. Sudah enak. Kebolehan, kepandaian, keistimewaan orang Kuala Terengganu itulah satu-satunya. Menyinggang 'ikang aya'. Atau ikan tongkol. Ikan makanan orang papa dan miskin.


II.

Hari ini adalah kegembiraan kepadaku kerana ikan tongkol telah mencapai martabat yang tinggi. Martabat elit. Satu kepala ikan tongkol lauk nasi dagang telah mencecah tahap harga RM45.00!. Kurang RM5 sahaja daripada RM50. Masakan Mak Ngah Sapiah dari Chendering.

Kalaulah Awang dan Pak Awang dan Awang Long dan Mak Awang masih ada, kemungkinan besar mereka dapat mengaut sama manfaat ini, dan berupayalah mereka untuk menukar nama-nama mereka kepada Danial, Amar, Aina atau Atif.

Bandingkan. Di kawasan Masjid India, kepala kambing yang dimasak kari pekat, dijual pada harga RM25 satu kepala. Dan harga se ekor kambing adalah sekitar RM425. Jadi macam mana kepala ikan tongkol dinisbahkan dengan harga ikan, tak dapat nak dipastikan.

III.

Untuk memastikan yang memang juadah ini wajar diletak harga sebegitu, petang tadi aku menalipon seorang penjual nasi dagang yang aku kenali.

"Hello Mok Mek," aku membuka perbualan.

"Hello, hello. Awang ke tu?" beliau menyahut.

"Ya Mok Mek. Ning nak tanya sikit. Betur ke ppala ikang aya 45 rial se ppala?" Aku mulakan wawancara.

"Hor betur dor-oh lah tu Awang." jawab Mok Mek.

"Dah bak pa gak mahar macang bedir tu?" Aku meninggikan suara.

"Haih Awang. Ning Mok Mek nok kkabor sikit." Mok Mek pun mula meninggikan suaranya. "Le ning gok mung ingak geh berapa se-tong? Kayu api dok sah katalah. Kor mahar lagi pasa pohong kor payah nak cari. Lori upah bawok ikang nya naik arga bukangnya sikit. Doh upah nyyiang ikang pung mung ingat berapa? Naik jugak. Air batu pong bukangnya murah. Naik harga jugak. Doh mung ingak lada, asang gelugur, garang, nnisang, lekuah, gula, nyor dok naik ke? Mung ning gok kkecek melepah je. Harga minyak naik 30 seng, sapa nak beleber? Serema Mok Mek kena tanggung." Mok Mek meleter.

"Ya Mok Mek, betor Mok Mek. OK ya Mok Mek, nak gi semayang ggarik sebetar." Aku letak talipon, kerana jawapan balas tiada padaku.

Lagi-lagi sindrom 30 sen.

37 comments:

dith said...

Hinggakan emaknya juga kami panggil Mak Awang hehe, kelakar ni.

Anyway, pasal Mak Ngah Sapiah ni. Tadi baca dalam paper. She defended herself saying that the complainer didnt reveal the truth. She didnt sell only the kepala of ikan aya. In actual fact what she sold him was a big plastic full of lauk ikan aya, the head and other parts plus some fish roe and plus nasi dagang fit to feed 25 human heads!!! Naya ke orang tua tu kena fitnah! :p

Tapi gak, mesti sedap lauk ikan aya nasi dagang dia kan? Rempah buak sendiri ler tu.

btw, about doa :Ya muqallibul qulub sabits qalbi 'ala dinika , I learned from someone that it's good to say that doa after the last sentence of salawat in the last tahyat before we give salaam. Not realizing before, I made the mistake of moving my tongue when saying it. Now I've learned to just run the dua in my head!

Bunga Rampai said...

Salam.

I - Enak nian masakan singgang ikan Tengganu. Kegemaran. Ke sana saja, singgang ikan yang pertama dicari :)

II - Terfikir, kenapa ada di antara kita tidak mahu hidup bersederhana apabila sudah kaya raya?

III - Lagu Tiga Kupang, saku penuh padi ... la la la ... Pedulikan sindrom 30 sen, ayuh bersedekah apa yang mampu.

Anonymous said...

makang nasik ngang kuoh singgang palle ikang aye. mok awang ke pok awang ke awang long ke awang ke lalu kot depang pun dok perasang!!!

Sayuti said...

lepas ni saya nak komplen harga ayam nandos boleh tak? kenapa yang dijual di pasar malam tu jauh lebih murah?

balik2 sindrom 30sen itu jugak.

Pegawai Khalwat said...

Ikan singgang? Kepala ikan aya?

Aku nasi kandar kari kepala ikan tau la.

Anonymous said...

Keng, Selepas 'akad jual beli' masihkah dibenarkan untuk membatalkan jual beli itu?

Tapi kalau sayalah jadi pembeli beberapa benda yang saya ambilkira ialah,
1. Makanan tu sedap.(benda sedap memang mahal)
2. Bersih-Nampak makcik Sapiah pembersih-airtangan orang tua memang sedap. Dan sudah barang tentulah makcik tu memulakan kerja memasak dengan Bismillah selain saya sendiri yang melafazkan sebelum menjamah.

Tengok gambar kuah gulai makcik Sapiah tu kecur air liur.

Ikelah said...

macam mana ikan aya menjadi ikan tongkol? sewaktu bersekolah mereka dari pantai barat memanggil ikan tongkol sedangkan kami di pantai timur memanggil ikan aya. mungkin jika ikan aya murah dan ikan tongkol mahal sedangkan ia sama. seperti mana terh tari di warung dengan teh tarik hyatt special bendanya sama tapi harga berbeza.

awang ni nama melayu. bila sebut awang saya teringatkan 3 awang. 1 cucu pak awang, 2 awang suami catherine firdaus, 3. awang omar anak MB pahang.
still bagus nama ni.

Bergen said...

Sir keng, don't you have a strange feeling that the guy was out to destroy Mak Ngah's reputation as the established nasi dagang seller since 1961. She has been doing this for 45 years. Does this mean anything to the guy?

It ain't right to do something like this to a 70 year old grandma. She doesn't need this.

I hope the TV or the papers will show this guy's face.

Sayuti said...

aminnn

abdullahjones said...

oh! satu lagi. Imam Mat Zin bukan Imam Masjid Kampung Panching. Imam Masjid Panching namanya Pok Pie. Tauke kedai runcit sebelah Balai Polis.

abdullahjones said...

Bro keng, saya ada tulis mengenai masjid tempurung tadi. sekarang hilang. jadi saya ingin memberitahu sekali lagi yang Bro telah menguris hati saya apabila bercerita tentang masjid itu.

tadi saya terangkan panjang lebar mengenai masjid itu, sekarang malas. cuma saya ingin memberitahu yang masjid itu di roboh disebabkan tamak dan kedekut. tatapi yang lebih penting, masjid itu di roboh kerana bodoh. teramat bodoh!

abdullahjones said...

Bro keng, saya ada tulis mengenai masjid tempurung tadi. sekarang hilang. jadi saya ingin memberitahu sekali lagi yang Bro telah menguris hati saya apabila bercerita tentang masjid itu.

tadi saya terangkan panjang lebar mengenai masjid itu, sekarang malas. cuma saya ingin memberitahu yang masjid itu di roboh disebabkan tamak dan kedekut. tatapi yang lebih penting, masjid itu di roboh kerana bodoh. teramat bodoh!

Anonymous said...

saya tak tahu kesedapan yang bagaimanakah ikan singgang itu. melampau betul harganya. makan kfc lagi berbaloi!

Yeop-Harley said...

Ayah Keng
Kawan teman dari pantai timur kata makanan singgang ni memang makanan feveret.Buah yang menjadi feveret ialah buah topah(tuffah).Buah hutan tropika ke?

Lagu tiga kupang memang klasik

maklang said...

Rasanya lepas kena compplain tu, jualan Makcik Sapiah akan lebih terkenal lagi. Seantero Malaya dah tahu. Mesti ramai nak singgah and rasa. Tapi memang nasi dagang dia sedap sebab my Abang selalu gi makan kat situ masa dia ada class di KT , dulu...Sabo je laa makcik oi....

Ku Keng said...

NBB:Kalau makan sayur organik pun serupa juga. Tapi hari tu DITH pesan supaya ke Kuantan kerana ikan murah di sana.

Puan Dr.:Budaya fitnah mefitnah. Tak masuk akal betul cara orang yang mengomplen tu. Takkan satu kepala dihidangkan untuk dia seorang. Tentu ada lauk sampingan, seperti telur, acar dan tentu juga ada nasi dagangnya. Pelik. Kalau pukulrata harga RM10 sekepala apa mahalnya?

Rampai: Wa alaikumus salam.

I - Di KL pun ada, depan bangunan baitulmal di Kampong Baru.

II - Itu makan orang sederhana, tapi mungkin orang yang menempah juadah tu tak sederhana. Maka komplennya pun kurang sederhana.

III - Nanti kita suruh Pak Pandir nyanyikan untuk kenangan semua.

kerabat:Aniaya dalam bentuk lain.

Tapi bukan semua orang mampu beli kereta baru. Jadi harga turun pun tak menfaatkan umum.

atok:orang sekampung ke?

madah berhelah:Rindu kepada mak jangan hanya kepada masakan. Mesti melebihi itu.

Sayuti:Macam mana Yut, sekarang masak sendiri dah ke? Pared pula pindah ke mana?

Tuan Pegawai:Hang ni tau pasai Tanjung je. Tapi yang menjadi kemegahan la ni, Pelita di Madras tu depa habaq kena kiu untuk makan nasi kandaq. Tiga tingkat pulak tu. Hebat orang Tanjung ni.

Kim:Sebenarnya kita mesti kembali kepada budaya beraqad. Jadi taklah keliru. Sesudah aqad pun boleh juga menarik diri. Dalam fiqah pun ada "cooling-off period", iaitu khiyarul majelis, kecuali aqad nikah.

Nanti kita buat blog meet di kedai Mak Ngah Sapiah tu.

iKelah:Tu namanya branding. Mahal bukan kerana enak tapi kerana tempat.

Maaf, siapa Catherine Firdaus?

Bergen:Problem is mass media. Irresponsible reporting. That's why I seldom take reports seriously. In Dungun the nasi dagang dekat kubur tu ada lagi tak?

Simah Hanim:Akibatnya kelmarin Mak Ngah menangis kerana dikompaun RM1000. Apa, Pegawai Kementerian tu tak ada diskresi langsung ke?

Sayuti:Amin bersama-sama.

Tuan Jones: Jangan bimbang dan merana, komen itu ada pada blog entri sebelum entri ini. Dalam kemarahan, sdr. tersalah tekan agaknya. Ya, masjid itu sentimental juga pada saya. Iannya seperti dalam kebun yang amat aman. Tak kenal ke pada Ayah Man tu? Tentang cerita perobohan masjid tu apakan daya, nafsu manusia terlampau rakus.

Gitarkaran: Banyak sangat gitar. Ada tempat simpan ke? Manakan sama KFC dengan nasi dagang ikan aya? Tapi yang pastinya rumah Mak Ngah tak akan dibaling molotov.

Yeop:Tofah itu dari perkataan Arab, Tuf-hah bermakna apel. Di Kelantan anggur dipanggil zabid. Hanya ikan tak dipanggil samak. Yeop, di kampung Tok Batin nasi dagang ada tak? Dan Yeop, ni pukul 1 pagi belum tidur-tidur lagi apasal?

Maklang:Abang makan di sana, dia tapau tak? Jangan-jangan dia bercerita tentan kesedapannya dan Maklang pun terkecur air liur mendengar.

Lentiform:Ah, another fan of ikan aya. Real Kelantan true blue.

Bergen said...

Heard about that nasi dagang kubur but I've never tasted it. Frankly I am not a big fan of nasi dagang but I there are a few good ones at ppasor. I like puluk cawang ikan tawor or ikang maseng.

Anonymous said...

Back home practically every guy is awang and every girl is dayang :)

Mula2 tu terperanjat jugak.. mustahil la 45 untuk kepala ikan aje. Must have a whole of other stuff as well. Kesian kat makcik tu..

Ordinary Superhero said...

Bedooh betul orang hok gi 'raid' kedai Mokcik tuh. Tak dok kijo sangat doh tu kot.

Kesiang mokcik tuh.

sinaganaga said...

Keng,
Terima kasih kerana datang memberi sokongan dan membeli buku Ayah Kita Bos. Tabik tuan!

zizie ali said...

keng:
pagi tadi bawa dua orang sahabat dari luar terengganu makan di kedai mak cik sepiah. tiga makan, satu tambah, teh tarik, milo kosong dua. semua sekali RM10.40.

aku: boss, ni bawak orang jauh mari makang.
anak mak cik sepiah (sambil angkat ibu jari): orang nok wak nyanya kita. koho rama orang mari.

loppiess said...

Keng,
aku dulu ( lama dahh ) ada berhenti makan di K.Tenganu. Total 5 orang. Gerai kecik dekat petrol pump. Belakang tu ada bukit bukit sikit dan rumah2 batu. Depan tu ada tempat luas ( lapangan tempat orang mundar mandir )tepi muara. Depan tu juga ada segugus gerai. Kalau ke depan sana tu ada simpang yg kalau belok kiri ada H Sri M'sia dan kalau arah yg berlainan terus belok kanan boleh pegi kg losong tempat keropok tu.

Balik ke cerita asal, makan 5 orang, makan sedap dan kenyang. Dalam gerai tu jugak pak cik towkey parking basikal dan motosikalnya. Makan hidang. Ada juga kepala ikan tongkol dan kepala ikan bilis.

Burrrqq..Samsul kawanku memang begitu. Aku tanya Pak cik. Berapa semua pak cik ( dlm loghat KL ). Dia bilang RM 18.00. Aku suruh Pak Cik kira sekali lagi. Masih Rm 18.00.

Murohhhh nyerrrr!

p/s : aku lebih suka mengunakan perkataan "wabak" dari sindrom.

Ku Keng said...

Berg: And I do like puluk cawang especially with ikang panggang.

Crimsonskye: Dayang, Zizie's entry has clarified it all.

OS: kesiang je dok jjadi. tolong samang retek orang hok uak fitnoh tu.

Naga: Kembali. Keseronokkan pada kami. Maaf Naga, Kak Nor terlupa nama kamu. Seharian dia memikirkan apa nama Naga ni.

Zizie: seder tu. sapa ati orang uak fitnah ke Mok Ngah. Dok apa, kang ler ning nnega kor larih.

Lope: Tempat tu di Balik Bukit. Sebenarnya kepala ikan tongkol pada hari tu percuma. RM18 tu untuk kepala ikan bilis. Nasib baik tak mintak tambah. Kerana harga tambah RM45!

blackpurple @ jowopinter said...

Ini soal kesedaran konsumerisme. Kalau dah tau RM45 tak payah la nak sibuk2 makan lepas tu nak komplen. Kuasa membeli kan pada kita?

Kesian Mak Ngah.....

Sya said...

Tak nak komen apa2 cuma cam kata jowopinter "kuasa membeli di tangan kita" .. kalu maha jangang beli dok?

tapi yg pasti... tengahari ni kena cari nasik dagang.. makan ngan ekor ikang aye.. phew nasib baik tak suka kepala ikan aye.

Sayuti said...

Tuan Keng, hidup saya sama saja. cuma dah sempurna sikit perkahwinan saya setelah diadakan walimah.

Tuan Naga, saya nak pergi. tapi, bini saya mengurung saya dalam bilik. hehe. tapi, saya dah dapat satu copy.

Bunga Rampai said...

Terima kasih.Nanti akan ke sana, insyAllah. Sudi kiranya khabarkan nama gerai/kedai itu :)

Anonymous said...

terbaca dlm paper smlm, tulisan sapa lupa pulak, dlm mingguan malaysia. dia heran kenapa yg membeli kepala ikan pegi lapor kpd suratkhabar sdgkan kalau dia rasa mahal tak perlu dibeli. dan yg pegi raid pulak denda kerana tiada tanda harga, tidak kerana harga mahal. entahla yer... tp apa pun, mkn mmg masih murah kat KT. tok mkn sekali, semangkuk mee sup + teh o = RM2.20 saja. huhuhu

*cik keng... ye kita sekampung. hehe... ambe org dekak ngang manir jer...

FaEzHussain said...

ike ayo ke ikan tongkol ke ikan kaye ke, memang kena dengan nasi dagang.

singge ike ayo, make nasi panas2 pastu ade ule cicoh budu......fuhh tok tuo lalu pun tok prase....

FaEzHussain said...

oppss bukan ikan kaye...ikan kayu... (kawen dengan orang kuala kangsor, baruku tau ikan kayu=ikan tongkol)

Anonymous said...

hari tu 30 haribulang march, makang nasi dagang kat kedai kat cendering tu, boleh kata jiran kedai yang kena saman, dok tunggu waktu nak bayar, nak tengok harga, tup2 ada pula orang yang dah dulu2 tolong bayarkan.

hemm, kepala ikan pun dok asyik berkira, kalau mahal jangan dok makang, senang aje, habis cerita, soalnya yang jadi macam tu, nak tolong orang lain ke atau saja hasad campur dengki? tuhan saja yang tahu.

kunci hilang said...

keng,
jadi kamu pula Awang Keng?

Boleh tahan ucapan Mok Mek tu ya.

Ku Keng said...

blackpurple:katanya yang disangkanya taklah semahalnya! Sangkanya. Akhirnya jadi aniaya.

Kak Sya:jumpa nasi tu di mana?

Yut:Takkanlah sama! Sekarang kamu jadi ketua - khalifah - keluarga. Pahala solat berganda-ganda.

Rampai: Hanya satu kedai disebelah kawasan parkir kereta, depan Bangunan Baitulmal tu. Kedai Kelante.

Atok:Yang pergi raid pun patut disaman kerana samannya tak diletakkan tanda harga.

Manir kat sawmel?

FaEz:Ule pucuk ttere. Sedak kaklah.

Kak Has:Ada melekkak ke bayor? Hor orang hok gi makang tu, dok masok bok sungguh. Peel apenda dok tau.

Madah Berhelah:Nanti bulan depan ada Hari Ibu. Bawa ibu tengok konsert Mawi dan Siti.

Kunci Hilang:Ya, tiba-tiba jadi Awang Keng pulak dah. Kalu dibiarkan Mok Mek tu bercakap lagi, panjang pulak ceritanya. :))

Anonymous said...

sawmel? ade se je sawmel di KT. apa kita benar2 sekampung ke?

Ku Keng said...

Atok:Dulu Mmaner ada sawmel. Orang Mmaner ssohor pasa sawmel tu. Ambe kkapong laing. Ttanjong. Bbandar. Muka kuala.

Anonymous said...

oh ttanjung rupenye. muke kuale. dekak ngang nasik dagang fames dulu...

Anonymous said...

Di Jepun, ikae ayo ( sebutan Kelate ) tergolong dalam kategori ikan paling bernilai weh ! Diguna dalam kebanyakan masakan jepun, terutamanya dalam bentuk fish stock.

Mereka panggil " katsuo ".