Powered By Blogger

Monday, March 27, 2006

Ayah Man Yang Aneh

Tak abis-abis Tuan Jones ni mengacah-acah DITH. Siapa dia sebenarnya Imam Mat Zain tu? Imam Masjid Panching ke? Manalah tau kalau-kalau beliau ada mempunyai kepakaran yang betul istimewa untuk mengubat budak-budak demam atau ibu yang sakit buasir. Kemungkinan satu ruang boleh disediakan khas untuk pengubatan secara alternatif untuk dikendalikan oleh Tuan Imam tersebut, di kelinik DITH!

Yang saya masih ingat di Masjid Kuantan yang berbentuk seperti flying saucer atau kuali terbalik dulu, ada seorang tua yang dianggap ganjil oleh kebanyakan jemaah masjid. Beliau dikenali dengan nama Ayah Man. Banyak yang mengatakan bahawa Ayah Man ni kurang siuman. Tapi kepada saya, kecuali esentrisitinya yang suka bercakap bersendirian, Ayah Man ni tak berbahaya. Beliau senantiasa berbaju kot khaki hitam dan berserban lilit gaya Patani. Setiap kali membasuh pakaiannya di tempat wudhuk, beliau akan menjemur atau menyidainya di pokok-pokok yang dijadikan pagar di tepi longkang di sekeliling masjid. Tapi pakaiananya taklah banyak, hanya sehelai dua baju dalam Pagoda dan sehelai kain pelikat India.

Kalau pada hari-hari Jumaat, Ayah Man sering duduk di barisan belakang di ruang dalam masjid. Sewaktu khatib membaca khutbah, Ayah Man seolah-olah mengajar atau menyampaikan syarahan kepada entah siapa, kerana kami tak nampak akan sesiapa lagi di sekelilingnya. Selain daripada jemaah solat Jumaat yang memang tak memperdulikannya. Percakapan Ayah Man tu jelas meskipun tak kuat.

Mengingatkan pesanan arwah ibuku, supaya menghulurkan derma atau sedekah sebelum bermusafir, maka Ayah Manlah yang menjadi penerima yang tetap daripadaku setiap kali aku bertujuan untuk pulang kekampungku di Kuala Terengganu atau kerumah bujang di Kuala Lumpur. Keanehan Ayah Man adalah apabila menerima sedekah, beliau akan menepuk-nepuk belakang pemberi sedekah serta membaca doa-doa tertentu. Dan doa-doa ini kadangkalanya panjang juga.

Tak aku ketahui bahawa Ayah Man ni seorang manusia yang mempunyai kebolehan yang luar biasa. Satu hari seorang teman, Nordin Che Lah (bekas pegawai DARA dan sepengetahuanku kini mengendalikan stesen minyak di Jalan Gambang) menziarahiku di pejabat, dan menceritakan tentang anak saudaranya yang hilang selama 4 atau 5 hari. Budak ini merupakan seorang budak yang tak bermasalah di rumah atau di sekolah dan kehilangannya menghairankan kaum keluarga dan kawan-lawan. Setelah habis seluruh pelusuk bandar Kuantan dicari dan masih lagi tak berjumpa, akhirnya terlintas di fikiran Nordin untuk meminta pertolongan Ayah Man.

Pada petang hari kedua kehilangan beliau pergi berjumpa dengan Ayah Man yang ketika ditemui sedang bercakap-cakap bersendirian di serambi Masjid. Setelah diceritakan tentang masalah yang di hadapi oleh keluarganya, Ayah Man tak berkata apa-apa, hanya mengangkat tangan sambil melambai-lambai dan menjerit dengan lantang, "Haih, Awang. Balik." Selepas melakukan sedemikian Ayah Man pun kembali ke alamnya yang tersendiri dan Nordin pun pulanglah dengan perasaan sedikit hampa kerana tak ada apa-apa yang diceritakan oleh Ayah Man tentang masalahnya atau telahannya tentang keadaan budak yang hilang itu.

Keesokan harinya budak yang hilang itu, pulang kerumah. Dalam keadaan yang lesu dan seperti baru terbangun dari tidur. Apabila ditanya beliau menceritakan:

"Awang terdengar satu panggilan sewaktu melintasi stesen bas di bandar dan Awang pun terus menaikki bas. Tak teringat apa yang berlaku di atas bas, tetapi apabila tersedar, ternampak ada sungai dan masjid. Awang pun menuju ke masjid dan telah tinggal di situ. Tak ingat berapa hari di situ. Tapi pada satu petang, terdengar ada suara memanggil Awang dan menyuruh Awang pulang. Lantas Awang pun pergi ke stesen bas yang tak jauh dari masjid tadi dan tau-tau dah sampai di Kuantan."

Daripada ceritanya adalah diduga yang telah menaikki bas sehingga ke Kuala Lumpur kerana pada waktu itu stesen bas Kuantan - Kuala Lumpur adalah di Jalan Melaka dan letaknya pula tak jauh dari Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Itulah keanehan Ayah Man. Penuh misteri.

14 comments:

dith said...

Entry ni penuh soalan:

1) Tolong specify era cerita ini

2) Masjid Kuantan yg dimaksudkan ini adakah nasjid negeri sekarang?

3) Ayah Man ada lagi ke? Dia wali ke?

4)Tersedak Imam Mat Zain. Ustaz Mat Zain yg saya kenali ialah semasa kelas haji Tabung Haji. Ustaz Mat Zain kalau tak silap imam di Masjid batu 3 dan kawasan sekliling nya. Allahualam.

ps. btw, cerita pasal budak hilang. Baru ni ada lady bawa anak sedara, suruh saya check sebab budak tu hilang seminggu and claimed was drugged by 2 guys.Tidur kat tepi pantai PD. Kononnya dia tak sedar apa berlaku. Awak percaya cerita dia? Saya tak percaya.

Anonymous said...

mistik. bukan slapstik. bukan plastik. tapi mistik. kehebatan ayah man bukan macam ayah pin kan?

Ku Keng said...

Puan Dr:Soalan-soalan itu boleh ke dijawab melalui sms? :))

1: sekitar pertengahan 90an;
2: ya masjid di bandar. Tapi pertemuan saya dengan beliau di masjid lama, sebelum dirobohkan.
3: wallahu a'lam. Kalau dapat mencari En. Nordin yang disebut tu, mungkin dapat keterangan mengenai beliau. Wali ke dia? Itu pun kurang saya tahu.
3:Semoga umur Ustaz Mat Zain panjang.

p.s. Ya saya pun sering mendengar cerita sebegini. Sekarang orang pandai membuat cerita. Jadi susah nak memastikan kesohehannya.

gitarkapok: Berbeza, kerana dia tak membawa ajaran baru. Ayah Pin tu 'menakjubkan' sehingga tok-tok sami pun menghormatinya!!

Simah: Ya. Di Kuantan atau di Pahang dulu-dulu ramai yang mempunyai kebolehan sebegitu. Kerana amalan mereka kekal dan mereka tak sebok dengan dunia.

Saya gemar mendengar lagu-lagu klasik Munur Nurettin Selcuk. Terutamanya Aziz Istanbul.

blackpurple @ jowopinter said...

memang misteri betul Ayah Man ni.......

Anonymous said...

Keng, dulu berhampiran kampung saya bersempadanan dengan Temerloh ada seorang lelaki(saya tak tau nak kata apa-adakah ini kehebatan? Entahlah) namanya ialah Abu Samah Kassim. Beliau masih ada hayat dan menetap di perkampungan bekas-bekas anggota Parti Komunis Malaya. Jika membaca majalah mastika terkadang jumpa gambar dia. Kata bekas-bekas polis Special Constable(SC) pakcik Samah ni boleh menghilangkan diri, menyerupai monyet dan sebagainya. Kesan-kesan tembakan yang boleh dikatakan seinci satu lubang pada diding pondok tempat beliau berlindung, namun dia masih ada hayat. Jika dia membaca dia akan tersenyum. Mungkin juga anak-anak saudara beliau membaca tulisan ini akan bersetuju(salah seorang anak saudara beliau sekarang menetap di Long Beach, California. Ini secebis kesah benar.

Yeop-Harley said...

Ayah Keng

Macam cerita budak yang kena pukau oleh kumpulan Black Metal aje si Awang ni...

"Ayoh haq bertimpas'..bahasa Banjar

maklang said...

Tak tahulah bila maklang baca entry ni meremang bulu ghoma lak. Dah malam2 ni sensorang kat bilik study ni. anak2 seme dah tidur. Tinggal Cik Abang je kat bilik sebelah. Takutlaa... baik masuk tidur. Kang termimpi2 laks.

zizie ali said...

misteri nusantara...

Ku Keng said...

blackpurple:Ya lebih misteri lagi dari blackmetal.

Kim Labu:Saya ada terbaca tentang Abu Samah. Ketulannya kebanyakkan yang menganggatoi PKM dulu datang dari Temerloh dan tinggi dengan ilmu duniawi. semoga ilmu-ilmu ini tak menyusahkan mereka sewaktu tahap sakratul maut.

Yeop: Lebi hebat dari cerita pukau tu Yeop. Tapi taklah sehebat kome dipukau oleh lauk pekasam banjar.

Simah Hanim:Kesemua tu pun saya gemar mendengar termasuk Emil Sayin dan Bulent Ersoy dan Orhan Gecenbay. Tentang link tu saya dah emailkan cara-caranya.

Madah Berhelah:Nanti kita carikan juga yang seperti Ayah Man untuk mengutip hutang tu.

NBB:Tepat. Soheh. Benar.

Maklang:Haih takkan dah besar pun takut-takut lagi. Baca ayatul Kursi 7 kali.

Zizie:Macam mana dengan 4x4 adventures. Tak kan tak ada cerita yang menarik atau lebih menarik?

Ku Keng said...

Simah Hanim: sent it to refcobass@rocketmail.com, however if it didn't arrive, click on the Babel Fish logo on this page and on the next page that opens, scroll down slightly and click on Babel Fish Translation in light blue ink. And on the following page, click on the bottom "I want this one!" The next page will give you the html codes and tags.

Sayuti said...

dalam ketakjuban kita pada cerita2 sebegini, jangan lupa bahawa yang mentakdirkannya adalah Allah SWT. Alam ghaib, karamah, mukjizat dan keajaiban adalah misteri. Pencipta semua ini pastilah jauh lebih misterius. Cuma misteri hanya akan terbongkar bila kita mempelajari tentangnya.

Tuan Keng, cerita yang sangat menarik!

Ku Keng said...

Yut: Ahlan wa sahlan ya Yut. Selamat kembali. Kami menunggu-nunggu zaman-zaman kamu akan menjadi seorang bapa pula.

Mama Pongkey said...

Kalau tak silap, ada konsep yang sebenarnya kalau nak ikutkan Tuhan memang dah lama nak turunkan bala kat sesuatu negeri, kalau tak kerana aulia Allah yang tak putus2 berdoa dan beribadah, maka Allah memperkenankan doa mereka, dan rahmah Allah mengatasi murkaNya.
Dengar khabar kat Syria ada 40 orang (abdal?).
I hope we never run out of these people, and maybe some of us can become wali too, ameen.

Ku Keng said...

Kenakelayan: Ada juga saya dengar begitu. Bumi yang diberkati dan dilindungi dimaksudkan bumi Sham. Kata pendapat yang meragkumi Iraq, Syria dan sebahagian dari Jordan.