Powered By Blogger

Saturday, March 11, 2006

Porno

“Indonesia berevolusi terlampau deras.” Itulah pendapat teman saya Pak Rachmat, pada suatu pagi sewaktu kami berbincang tentang politik Indonesia di bawah Bapres SBY. Di Indonesia, kesemuanya di akronimkan. ‘Bapak President’ menjadi ‘Bapres’. ‘SBY’ pula adalah singkatan kepada ‘Susilo Bambang Yudhoyono.’

“Maksud Bapak?” seruku.

“Ya ngapa tidak, Pak Keng, sekarang demokrasi terlampau maju sehingga segala apa yang hendak dijadikan undang-undang, perlu dibicang secara terbuka terlebih dulu sebelum diputuskan oleh MPR sebagai undang-undang.” Balasnya. "Ramai rakyat Indonesia masih bingung dan terkejut dengan kebebasan yang tertiba begini, sebegitu cepat dan berlainan terus dari keadaan semenjak Bung Karno dan kemudiannya Pak Harto dan seterusnya sehingga Bu Mega."

“Kan baik begitu!” ujarku pula.

”Ya, kok gitu sekali, ada isu yang bisa dibawa ke umum secara meluas, dan ada yang tak perlu.”

”Tak paham Pak,” aku menjawab, ”Maksud Bapak bagaimana?”

”Yah, ini isu pornografi dan pornoaksi yang mau diharamkan di seluruh Indonesia. Apa perlu dibincang-bincang? Kan budaya Indonesia sendiri teratur dan bertertib serta bersopan. Apa perlu dibincangkan tentang apa itu budaya dan apa pula vulgarita?”

Secara kebetulan sewaktu aku di Jakarta, heboh tentang Ainul Rokhimah (’Ainul Rohimah atau Mata yang Penuh Penyayang), yang berentap dengan Hj. Raden Oma Irama atau Rhoma Irama, raja dangdut Indonesia. Ainul amat berkecil hati kerana dalam hujahnya kepada satu badan penilai, Rhoma menyokong kuat pengharaman keatas pornografi dan pornoaksi kerana kesan-kesan negatifnya kepada umum. Dan dalam memberikan contoh yang dimaksudkan, Rhoma telah mengungkit tentang pornoaksi yang diaksikan oleh Ainul.

Ainul pula berhujjah kembali bahawa beliau amat sedih, kerana dalam aksi-aksinya pakaiannya sopan. Tidak mendedahkan kulit atau isi yang kental. ”Kok gue dibilang lucah. Ini keterlaluan, deh. Apa gue lebih teruk dari pengacara di kaca tivi yang menonjol pangkal payudara dan peha mereka? Kenape gue difitnah gini deh? Gue sedih mas, sungguh ngak adil Haji Rhoma bilang gue gitu.”

Gitulah perentapan antara Ainul yang lebih dikenali dengan nama glamornya Inul Darutista dan Rhoma Irama. Darutista pula bererti ’Dara yang berdada besar', yang masyhur dengan persembahan dangdut bergaya bekel atau loncat sana, loncat sini dengan liar membuat orang menjadi gempar. Masyhur dengan gerudi pinggul atau ngeburnya.

Memang diketahui umum bahawa matlamat Rhoma adalah untuk menghalang penginulisasi (INULisation) ketitisan darahnya yang terakhir. ”Dada Inul membara dengan hasutan; lebih bahaya dari SARS,” ujar Rhoma.

”Ya, Pak Keng, beginilah Indonesia. Dan ada pula yang anti undang-undang itu bilang bahawa telanjang bukan lucah. Itu satu seni.” Keluh Pak Rachmat.

‘Ainul Rokhimah binti ‘Abdullah. Jo' sedih mbak, Yo wis goyang teruuus. Kalaulah mbak bukan dari jenis yang akan mati. Teruskan. Teruskan.

Dan di Malaysia, apa kurangnya. Sudah banyak juga orang yang berkepala sebegitu.

Ini pertunjukkan Inul di Malaysia tahun dulu. Usah bilang yang penonton yang gila-gila tu dari masyarkat Indon. Yang memberi izin tu siapa?

23 comments:

zizie ali said...

dan di malaya, tak ada ribut-ribut. inul akan menggerudi lagi di sini. mawi tak akan istihar perang kpd inul.

Pak Malau said...

Bila dia nak ke Malaya? Tolonglah bawa ke Mersing. Boleh Pak nasihatkan.

Chika Chika said...

aduh, gwe lagi geleman deh nonton show nya inul. Ngak sukakkkk....

tak fhm kenapa dia perlu buat show kat malaysia. Lagi tak fhm kenapa dia dihalalkan masok malaysia? tak fhm.....

Yeop-Harley said...

Ayah Keng

Welcome back! Sebenor nya teman ada kat konsert Inul tu...orang yang kena angkat tu(dlm gambor) orang kampung teman le...tengok rambut pun dah kenal..anak penakan tok batin....

Nurul aper yang cayor!!

kunci hilang said...

Di Malaysia, ada raja dangdutkah?

abdullahjones said...

ada. saya.

loppiess said...

sama saja dehh..kok mas rhoma pun tergedik gedik..campur jante tino.

Anonymous said...

tunggu iwan fals dtg..

Anonymous said...

Misalnya Yeop naik motonya bertelanjang, tapi pandu dengan penuh sopan, maka itu seni.
Tapi kalu Mat Rempit pandu gila-gila, itu lucah.

Atau sebaliknya??

Betul tak Yeop?

Anonymous said...

Tambahan:
Kalau tengok gambar Loppies tu sewaktu kecil berlari telanjang, ha itulah seni.
Tapi kalau la ni Loppies buat gitu, itu kes naya. Lucah.

Bunga Rampai said...

Sudah kembali ya Keng, kembali dengan wajah baru :))

takdenama said...

terimakasih singgah di blog saya. saya memang jarang update blog. sejak saya join torrentmalaya.

Pegawai Khalwat said...

Ha ha ha.....

Sekarang yang berpakaian menampakkan separuh payudara dah mudah ditemui di mana-mana kelab malam/disko/pub.

Rasanya tak lama lagi akan merebak ke kaca tv. Tengoklah.

Sebab dulu, selepas zaman 80an, mana ada boleh pakai baju tak berlengan kalau show di RTM.

Sekarang? Hu hu hu......

Jangan salahkan seni, salahkan orangnya.

Sama seperti politik, politik tidak kotor, orang yang membuat ia kotor.

NATO said...

Astaghfirullahal azim...na'uzubillah min zalik.. x leh nak kata ape..tak kuasa!!!!

Sayuti said...

mula2 saya gelak dulu dengan komen Encik AJ yang menjawab soalan kunci hilang.

Tuan Keng,
pada pendapat saya, persoalannya bukan siapa yang beri izin. sebaliknya, persoalannya ialah apa yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki keadaan ini.

dalam konteks tuan ini, kita melihat dari sudut hiburan. kita lihat rata2 orang gemarkan hiburan. tapi, kebanyakannya tersalah pilih hiburan itu.

bukan tiada hiburan alternatif. ada. tapi, bila muncul saja, pelbagai tanggapan negatif diberikan. sebagai contoh, kumpulan2 nasyid kontemporari yang membawa lagu2 yang rata2 berunsur cinta. pelbagai tohmahan diberikan.

ya, memang kadang2 liriknya kurang sesuai. tapi, sikit2 orang akan beralih kepada mereka. ini namanya strategi.

dalam kes inul, manusia secara semulajadi menjadi defensif apabila jari dituding ke arah mereka. walau salah sekalipon, mereka tetap akan mempertahankan diri sendiri. cara pertahanan terakhir ialah menuding jari ke arah orang lain yang kesalahan mereka dirasakan lebih besar, atau cukup untuk melindungi kesalahan kita sendiri.

sangat susah kita akan menemui seseorang yang menyebut, "ya, ini salah saya." sebaliknya rata2 berkata, "dia yang anjurkan itu, dia yang izinkan ini."

cuba kita lihat, sekiranya kita berdamping dengan orang2 yang suka bergelek2 ini, kita boleh ajar dia rukuk dan sujud pada yang satu pula. sebaliknya, kerana gelekan itu, kita jauhi diri dari mereka kerana kita tidak mahu jadi seperti mereka. sungguh mementingkan diri kita ini.

saya pinjam kata2 seorang bos di tempat kerja saya, "to change a culture is a journey. not a project. project has specific timeline. journey will take longer time, and it is full with obstacle. the question is, are we ready to take the first step towards this journey of change? or are we waiting for someone else to do it for us? you can always go for project, but project only involve certain people, and it doesn't change everything."

itu saja. mekasih.

Ku Keng said...

Zizie: Ya kita tak ape-ape. Selalunya gituler.

Pak Malau:Nanti akan Zizie maklumkan tariknya. Tapi Pak Malau jangan lupa makan ubat dulu. Mnta ubat dari Dr. Nurul.

Chika:Mungkin mereka tak ketahui bahananya.

Yeop:Memang dah agak dah. Ini sekampung dengan Yeop.

Kunci:Belum, tapi raja gelek ada.

A Jones: Ada di mana? Minta-minta bukan dalam kumpulan yang di dalam gambar tu.

Lenti:Glamer you!

Lope:Setuju. Kata dulang paku serpih.

Gitartong:Siapa pulak Iwan ni?

Maideen:Lope, betul ke?

Rampai:Ya sekali sekala kena tukar wajah. OK tak?

Takdenama:Har tu lah, kamu menghilang lama sangat.

Pegawai K:Betul perhatian anda.

NBB:Tau. Yang kome gemor tu hanya lagu M Daud Kilau.

Mc_Kay:Kenapa pulak ni?

Sayuti:Jawapan dlm komen kamu sendiri. Changing culture that is in existant in the society is not a project. But not importing it indiscriminately! Dalam hal ini, harus pandai memilih apa yang nak dibawa kedalam. Amacam, kami belum terima jemputan lagi.

Sayuti said...

tuan keng, agreed. jemputan? akan dikeluarkan secara rasmi menjelang hari tersebut.

Ikelah said...

menarik dan sungguh menarik. sebenarnya ramai peminat dangdut dan sealiran dengannya. jika ainul mania diharamkan bagaimana dengan aliran muzik yang lain yang juga tergelek-gelek atau terdada-dada. bagi saya ini persoalannya ke haluan manakah ingin kita bawa rakyat kita. destinasinya? kaedahnya? ia adalah soal nilai dan nilai yang kita ambil berasas atau bersandarkan apa. (tak pandai joget) ;)

Bunga Rampai said...

Bukan cita rasa saya terutama bab kening dan misai tu :) Sekali pandang ok, 2 kali pandang agak lucu. Tapi ok jugalah, lebih baik daripada gerudi yang entah apa-apa tu.

Ku Keng said...

ikelah: Dalam istilah Indonesia, pornoaksi, merangkumi semua.

Rampai: Yang menghairankan bagaimana suaminya mengizinkan si isteri menayang-nayangkan punggung kepada umum. Ah seni, seni.

Anonymous said...

Keng...ambo ni tok gheti nok dengar lagu dangdut. Ambo suko dengar dikir barat gan tengok wayang kulit. Best gilo weeeeehhhhhhh.....

A.Z. Haida said...

selepas demokrasi dikenalkan di indonesia, 3 presiden jatuh sebelum tarikh tempoh luput sebenar...
mungkin menarik kalo pornografi sama pornoaksi juga dijatuhkan walau nggak ada tarikh luput yang nyata...

Ordinary Superhero said...

Waduuuh, manis sekali namanya - Mata yang Penuh Penyayang. Bisa cair gue.