Powered By Blogger

Tuesday, April 04, 2006

Barakah

I.

Satu masa dulu di Sydney. Semasa melangkah masuk ke dalam teksi melalui pintu kanan di belakang pemandu. Pemandu teksi tersebut bertanyakan aku dengan nada tinggi. "What did you say?"

Aku tergamam, "I didn't say anything."

"No you said something. What did you say?" hentaknya.

Kawan-kawanku terkejut. Kehairanan. Mereka menyangkakan aku telah berkata sesuatu yang menyakiti hati pemandu tadi.

"You said something when you entered the taxi," dia menyambung lagi.

"No. I did not say anything." Aku meninggikan suara sambil membetulkan tali keledar.

"Yes. Did I hear you say Bismillah..." dia. Dengan suara yang lebih tinggi.

"Of course I said Bismillah..." Aku membalas.

"You are Muslim?" dia mengalih pandangan kebelakang.

"Alhamdulillah I am," aku menyahut.

"Asssalamu alaikum," dia menghulurkan tangan, "I am Mohammad. From Palestine."

Ah. Lega kami semua. Dan masing-masing memperkenalkan diri.

Itulah takdir pertemuan. Selalunya kami tak berbual dengan pemandu teksi kalau di Sydney, kerana bahasa mereka kadangkala kasar dan jarang pula yang ingin berbual.

Dalam perjalanan untuk pulang ke hotel kami berbual rancak tentang cara-cara masyarakat Islam mendidik anak-anak di tengah-tengah budaya yang bertukar-tukar dari kuning ke hitam. Tentang Palestine. Tentang sikap kerajaan terhadap pelarian Palestine. Dan tentang makanan halal. Dan hari itu kami makan halal di kedai Arab yang agak jauh dari kota Sydney, iaitu di Lakemba. Sempat bersolat di masjid Lubnan sebagai kesaksian ingatan kami kepada Allah dan yang pentingnya mendapat kawan baru.

II.

Dan satu lagi peristiwa lain. Sewaktu di Frankfurt, semasa tiba dari Leipzig dalam perjalanan pulang ke KL, entah apa kesilapannya, pegawai di Steigenberger Hotel yang terletaknya di Frankfurt Airport (di mana tempahan bilik telah dibuat oleh seorang sahabat) menafikan bahawa kami ada tempahan untuk bermalam di situ. (Selepas pulang, teman yang membuat tempahan telah memohon maaf kerana rupanya tempahan yang dibuatnya adalah pada hari berikutnya. Kesilapan haribulan!) Kerana kepenatan, aku malas untuk bertengkar panjang dengan pegawai hotel itu. Lantas aku mengajak temanku ke sebuah hotel lain, letaknya agak 3km. dari airport, yang menjanjikan bilik kepada kami sekiranya perlu.

Di perhentian teksi sewaktu itu ada dua buah teksi yang sedang menunggu pelanggan. Apabila diberitaukan destinasi, pemandu teksi pertama, yang berbangsa Afrika telah memanggil pemandu teksi yang di belakangnya dan bercakap-cakap sesuatu. Sangkaan kami, hari itu kami pasti akan dijual. Manalah tau.

"I will take you Sir," sahut pemandu kedua kepada kami. Kami tak berkata apa-apa dan terus menaikki teksinya.

Dalam perjalanan ke hotel, apabila beliau ditanya kenapa pemandu pertama tak mau mengambil kami,"No Sir, he wants to go to the City to change shift. Your hotel is off the way." jawabnya. Ahh, barulah lega perasaan kami.

Kemudian dia berpaling ke belakang dan bertanya, "You Malaysian? Last week I drove a Malaysian for few days," bilangnya dengan megah. Dan perbualan pun menjadi rancak. Sempat berbual tentang asal usulnya, waktu solat, makanan halal dan macam-macam lagi. Sesampai di hotel, dia menawarkan diri, "Tonight I take you to the Turkish mosque, then we go for dinner at a Turkish restaurant."

Alhamdulillah bukan satu masjid yang sempat kami tinggalkan kesaksian tahyatul masjid, tetapi di dua buah yang masing-masingnya berjauhan. Begitulah mesranya Ibrahim, nama pemandu tersebut, dengan kami. Beliau yang berbangsa Kurdish dan bermazhab Syi'ah, merupakan pelarian dari Turki. Selepas makan di sebuah restoran Turki, Ibrahim mengsyorkan pula kami singgah dirumahnya. Waktu itu sudah larut malam. Sesampainya kami di rumahnya, isterinya telah menunggu dengan juadah teh dan baklava, satu manisan Turki yang masyhur.

Keakraban yang terjalin itu bukanlah menghairankan, kerana pastinya ia timbul dari persamaan agama di antara kami dan Ibrahim (meskipun dia seorang Syi'ah). Tapi menghairankan apabila beliau tak mau menerima apa-apa bayaran upahan dari kami. Bersungguh-sungguh menolak pemberian kami.

Pagi keesokannya selepas Ibrahim menghantarkan kami pulang ke airport, temanku menghulurkan wang ke tangannya dan menyatakan, "This is for your children."

III.

Aku yakin bahawa perlindungan dari Allah SWT timbul dari keberkatan sedekah sebagaimana pesanan ibuku supaya sentiasa bersedekah sebelum bermusafir.

28 comments:

Anggun said...

Tok Keng..itulah barakah bersaudara dalam Islam. Memang tak dinafikan, bila kita kat luar negara, jumpa Muslim, somehow rasa macam ada pertalian pulak. Memang boleh bukak cerita..paling2 tanya dia Muslim ke? Then..can start from there.

Tapi..saya memang tabik bos ofis saya..sekali ke Istanbul untuk conference, saya suka tengok dia approach the Muslim there. Yang pasti mesti ajak makan..before you know it, dah jadi kawan.

Itulah hakikat keindahan persaudaraan di dalam Islam..hanya bermula dengan salam..

Anonymous said...

kenapa nak tunggu kat luar negara baru nak buat begitu? kenapa kat sini tak begitu? ya pasti majoriti (?) melayu di sini ada lah islam. apakah disini kita tidak bersaudara?

betul kata tuan keng, perlindungan Allah adalah yg terbaik. Subhanallah!!

Sayuti said...

kita di sini sibuk kafir mengkafir satu sama lain.

bertuah sungguh Tuan mempunyai pengalaman begini. moga2 saya ada rezeki untuk mengalaminya satu hari nanti.

Anonymous said...

"assalammualaikum.. saya gitartong. saya seorang muslim."

"saya pun muslim. habis tu?"

"marilah ke masjid. sudah masuk waktu"

"saya tahu di mana masjid. awak jalan dulu"

saya rasa, disini tiada siapa yang peduli pun sama ada saya muslim ataupun tidak.

dith said...

Alhamdulillah Keng,

Very welcoming incidences especialy when abroad.

So where are you off to for your next trip?

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,
Mungkin persekitaran yang buat jadi begitu. Fitrah Muslim seperti kita, bila terbuang di negeri yang tak ramai Muslim, kita akan sama-sama membantu.

Tapi kat sini, mungkin ramai yang berpendapat, 'dia Islam, aku Islam, kalau aku tak tolong dia, Islam lain akan tolong dia.'

Sebab tu ada juga yang ambil kesempatan walau sama-sama agama. Tak payah tunggu tau agama apa, asalkan loghat negeri berbeza pun dah ada yang ambil kesempatan.

Tak tahulah sama ada keadaan yang sama timbul di negara Islam lain seperti Indonesia atau Timur Tengah.

(Heran... kalau aku komen kat blog Keng mesti berjela....)

loppiess said...

ketika asar telahpun panjang maka kami pun sampailah ke sebuah pintu pagar. Jemputlah ke surau, magrib ni tuan. Engkau nak ngajor aku?, pi balik ajor anakbini dulu!.

Kemudian Amirsaf kata "doa utk dia banyak banyak".

ohh kami sentiasa tak lupa mendoakannya kerana kami bersaudara.

Sya said...

Alhamdullilah

abdullahjones said...

kadang-kadang bila orang terperanjat akan ke islaman kita membuatkan kita sedar yang kita ini tidak langsung ada unsur islam dari luar. tapi seperti kata banyak orang, luar tak penting. yang penting dalam.

blackpurple @ jowopinter said...

I
Kalau sesama Islam itu benar2 bersaudara... memang benarlah...

II
The power of bersedekah... Yang tulus dan ikhlas pastinya...

Mama Pongkey said...

:) Alhamdulillah.

Bagi kami kaum wanita pula, silap haribulan di negeri orang yang pertama sekali ditanya 'Are you married, sister? Do you want to get married? I know a good practising brother...'

:D

Ramai juga kenalan yang dapat sebab dari hijab orang dah tahu kita muslim. How about kaum lelaki pun sama2 outwardly muslim jugak? Sekurang2nya ada janggut kecik...

:)

Anonymous said...

Keng,

Ahli keluarga saya terdiri dari berketurunan muslim dan bukan muslim yang menganut agama berbagai, Buddha, Kristian, Toism dan Shinto. Saya memberi layanan yang pada pertimbangan saya sama adil(Mungkin tidak). Saya tidak pernah menyarankan mereka memeluk agama Islam, walaupun mereka kelihatannya tau mengenai Islam dari bual bicara bersama mereka. Ada ketika mereka menyatakan Tuhan Allah tidak membenarkan perlakuan tidak elok begini dan begitu yang disarankan oleh agama suci kita. Ahli keluarga yang menetap di Malaysia fasih berbahasa Melayu dan pandai membaca jawi serta pengucapan salam, mengucap kalimah Syahadah dan doa-doa ringkas seharian. Saya kabur dalam memberi penjelasan mengenai kegagalan mereka menemui akidah yang sebenar. Apa yang mampu saya berbuat ialah semoga dengan perlakuan yang baik terhadap mereka dapat memberi sinar untuk menembusi naluri mereka ke jalan yang diredhai. Sya bukanlah golongan yang pandai berdakwah kerana saya juga masih menimba pengetahuan dalam Islam.

Queen Of The House said...

Good things happen in many (mysterious) ways.

Keng, boleh elaborate sedikit macamana cara2 you/your mother bersedekah sebelum bermusafir?

Ku Keng said...

Anggun:Untung you. Ada kerja kosong di tak tempat kerja Anggun tu?

Atok:Ya Tok. Kenapa mesti tunggu-tunggu. Lama-lama terlupa dan terus tak laksanakan.

Sayuti:Betul Yeop, dalam kesibukkan kafir mengkafir tu yang berkata dia betul pun tak buat apa-apa. Insya Allah Yut,berkat beristeri, kamu akan murah rezeki. Tapi pergi haji dulu.

Simah hanim:Semuanya makhluk Allah. Jadi semuanya mesti dihurmati.

Gitarkapok:Dan ada juga yang kata, "Aku dok di sini bertahun-tahun dah, aku taulah mana mesjid."

Puan Dr.: Selepas ni nak ke Ulu Kenas. Ada tempat mandi bagus di sana.

Tuan Pegawai: Islam berkembang dalam keadaan yang tersepit. Kalau di luar negara, mereka bersatu. Tapi bila dah ramai, mulalah berpuak-puak.

Komen panjang tak apa, kerana keseronokkan pada kami yang membaca. Ahlan Tuan.

Lope:Amir tu baik. Ni nak diajak makan sedulang pun ditolak, apa punya manusia. Tapi ramai yang berperangai seperti tu. Kalau senang kerja dakwah, maka hambarlah hidup kerana tak ada challenge.

Kak Sya:Alhamdulillh.

A Jones: Ha, ha. Panjang kes tu.

Blackpurple: Pasti.

Kenakelayan: Nanti kalu berjanggut pulak dia kata, "You look like a good brother. Do you need a wife?"

KimSeorang kawan saya dalam keadaan yang sama. Dia kata "I tak pandai bersyarah, tapi dengan cara I hurmati mereka, sekarang I dah Islamkan 15 orang ahli keluarga."

QOTH: Selalunya sebelum bermusafir kami mencari yang layak tu di pasar-pasar, atau kalu tak ada, ke mesjid saja dan masukkan ke dalam tabung untuk anak yatim. Insha Allah. Tapi pasti juga ada jiran yang layak menerima. Amalkan.

Anonymous said...

Keng,

Kalau mempamerkan luaran yg biasa , org Islam tak kenal org Islam sendiri.

Tapi bila mempamerkan luaran yg Islamik, org puteh tuduh extremist, langsung ditahan di airport. Tak boleh masuk, :)

Anonymous said...

Keng,
Tolong jawab segera.

Saya nak pasang besi palang pintu pejabat, YB Dato MP menghantar kontractor untuk tujuan itu. Tau tau hari sekarang(pukul 5 kontractor tu datang dengan sebakul besar buah jambu madu dan ciku. Ini rasuah ke keng? Saya tak mintak dan tak tau pun apasal cina tu kasi. Kalau rasuah saya nak campak buah-buah tu. Dan tu cina tu kata nanti musim durian nak beri buah durian. Apalah nasib saya hari ni. Baik hati sungguh pulak cina kontractor tu. Ada apa hal pulak?

Ku Keng said...

Puan Dr.:Apa kata Tuan Jones? Kita juga nak belajar cara mana Tuan Jones dapat melepasi pemeriksaan di airport Heathrow. :))

Kim: Sekiranya pemberian itu semata-mata mengharapkan pemberian kontrak, maka pastilah haram. Ingat al raasyi wal murtasyii fin nar. Pemberi dan pemberi rasuah adalah kedua-duanya di neraka.

Ku Keng said...

Kim: Maaf, yang dimaksudkan adalah pemberi dan penerima rasuah...

Anonymous said...

Saya pulangkan buah-buahan itu. Takut nanti gelap pintu hati saya menerima kebenaran, jasa dek makan bebenda syubahah. Terima kasih kerana cepat jawab sementara cina kontractor tu ada.

Sayuti said...

tuan keng,
kalau dalam kompeni saya, dalam situasi kim_labu, pemberian itu boleh diterima dengan dua syarat:
1. semua orang tahu tentangnya (transparen)
2. tidak ada perasaan terhutang budi

adalah dibimbangi sekiranya tidak menerima, akan menimbulkan rasa tidak senang kepada pihak yang satu lagi.

sekiranya pemberian itu boleh menimbulkan situasi 'conflict of interest', maka orang yang menerimanya perlu, setelah melaporkan kepada bos;
1. pulangkan
2. jika tidak pulangkan, excuse kan diri drpd komiti penilaian kontrak dan tender selepas itu.

tapi, itu kompeni saya lah. kompeni orang lain tak tahu.

Ku Keng said...

Kim:Alhamdulillah. Itu terbaiknya.

Sayuti:Yut, saya rasa ada had harga pada barang yang dibenarkan. Akantetapi itu polisi dunia. Mengikut syarak, itu tetap rasuah. Jadi sebaiknya tak usah.

Anonymous said...

Jauh berjalan, luas pemandangan :)

(Tak pernah ke luar Malaysia lagi, except Brunei. Itu pun tak kira la kot, because it's considered as a balik kampung place)

Yeop-Harley said...

Ayah Keng
Pada suatu masa dulu bila Yeop dan Tok Batin pergi Sydney ada orang Thailand greet kami "sawadikap"..kira you nasib baik lah...jumpa pemandu teksi muslim boleh bawa balik rumah lagi.
You ni macam Ibnu Battuta...dapat peluang pusing satu dunia...lain kali ikut jalan Marco Polo lah

Ku Keng said...

Crimson:Yang penting bukan dekat atau jauh, tetapi dapat membuka kacamata kita kepada budaya-budaya yang berlainan.

Yeop:Ya ada deme komplen Tok Batin tu isap rokok merata-rata tak kira di tempat yang dibenarkan atau tidak. Kini sedang mempelajari Pelayaran Cheng Ho. Baca Yeop, "The World is Flat".

maklang said...

InsyaAllah, kami juga akan bersedekah sebelum bermusafir... Moga2 perjalanan akan sentiasa di berkati Allah, InsyaAllah

Awang Goneng said...

Dua cerita betul:
1. Seorang ustaz bersais kecil datang ke Londra untuk mencari makan. Satu hari dalam perjalanan dia ditahan oleh seorang 'mugger'. "I have no money," kata usatz itu, "I'm going to the mosque."

"You a Muslim?" tanya mugger itu.

"Ya," jawab ustaz itu; habislah, mugger yang Islamphobe rupanya!

"I'm a Muslim too," jawab mugger.

Habis project mugging.

2. Seorang Malaysia di New York membawa kereta laju; ditahan oleh seorang polis berkulit putih yang bengis. Bila dia keluarkan dokumen-dokumennya, polis itu lantas bertanya: "You a Muslim?"

"Yes," jawab pemandu itu, tergagap. Habislah, jumpa polis Islamophobe pula!

"I'm a Muslim too," kata polis itu.

Pemandu dibenarkan pergi dengan amaran sahaja.

Sayuti said...

sebaiknya memang tak usah Tuan. ada satu chapter berkenaan rasuah dalam polisi tersebut.

dalam kes di atas, dikategorikan sebagai hadiah. sedangkan Nabi juga menerima hadiah, mengapa tidak kita?

Anonymous said...

Best regards from NY! Maternity clothes women sizes Antique style engagement ring settings Used simplex fire alarm control Funnymobile phone video sites mat net fire alarm cable http://www.spyware-remover-3.info/vicodin-vicodin.html order viagra online rhinoplasty nalebuff teaneck natural max tooth whitener Blackberry no message service configured Wheelchair mountain bike Zyban muscle pain Franchising franchise business opportunities Neurontin and tumors Short queen size mattress How do i know if someone is gay Gate openers accessories