Kegemaranku pada waktu malam, sekiranya keluar bersama teman-teman adalah untuk minum Cokelat Panas. Kerana ini memudahkan untuk tidur. Pada suatu malam, sewaktu aku bersama dengan seorang teman yang agak lama tak bertemu, seperti biasa aku meminta minuman tersebut daripada pelayan di restoran. Mendengar pesananku, Nassar, kawanku, ketawa terbahak-bahak. Sehingga menghairankan pelayan restoran.
"Kenapa Sar?" tanyaku.
"Bukan apa Sheikh," jawabnya. Memang beliau ini semenjak pulang ke tanah air, suka menggunakan gantinama Arab, seperti 'ana' dan 'anta', serta sering menggunakan 'Sheikh' untuk memanggil teman-teman. "Cuma teringatkan zaman jahiliyah dulu-dulu."
"Jahiliyah? Maksud anta?" jawabku.
"Hai, inilah kebodohan manusia," beliau mengeluh,"masa ana mula-mula tiba di Berlin dulu untuk mengambil PhD, setiap hari dalam musim salji, sebelum ke tempat latihan, ana akan minum segelas kecil brandy. Untuk memanaskan badan. Dan tengah-harinya pun sama. Maklumlah kesejukan di sana kadangkala dibawah tahap negatif."
"Habis tu?" aku kurang faham.
"Ini kebodohan Sheikh. Brandy hanya memanaskan badan untuk dua tiga jam. Selepasnya, ana kembali menggeletar kesejukkan. Dan ana hairan bagaimana teman-teman sekerja ana semuanya steady sahaja."
"Kemudian?" masih aku tak faham.
"Jadi satu hari ana tanyakan mereka. Macam mana anda memanaskan badan?" terangnya. "Dan jawapan yang terima daripada mereka amat memalukan ana, 'Heiße Schokolade. Herauf Ihren Körper zu heizen sie ist, das beste.' Minum cokelat panas. Tu terbaik untuk memanaskan badan! Dan keesokan harinya ana pun cuba. Aduh, sungguh malu. Ini ana yang membuat hukum sendiri untuk menogok brandy supaya memanaskan badan, konon-kononnya darurat, bukan saja mendapat dosa. Panas pun tak ada! Hanya akan mendapat kepanasan di neraka. Astaghfirullah."
Aku beristighfar panjang. Nassar juga nampak penyesalan pada air mukanya.
"Ini ana pulang ke tanah air, bukan apa-apa Sheikh. Ana mau mencari ilmu akhirat. Mungkin berkat doa mak ana agaknya. Dah penat ana menggunakan logik untuk membuat hukum hakam dan ternyata otak ana ini, meskipun mendapat PhD dari Germany pun, masih tak dapat memahami keperluan agama."
Tak beberapa lama kemudianya aku terserempak lagi dengan Nassar. Kali ini di Tol Sungai Besi. Beliau berpakaian serba putih dan berserban.
"Assalamu alaikum Sar!" sahutku, "Dari mana?"
"Wa alaikumus salam Sheikh. Ana dari kursus haji."
"Alhamdulillah," aku menyahut dalam hati. Begitu cepat Allah menukar hati manusia, yang begitu lama hanyut dalam arus mantika. Hanya dengan Cokelat Panas.
21 comments:
nasib baik tak ketagih brandy.. Tahniah Nassar!
Our iman waxes and wanes. Today it might be strong, the next day, so friable. Our faith on certain issues changes too. Today we believe in something, the next day , the contra proves to be more correct. Knowledge changes with time too. Allah can change any of our minds and hearts in split seconds. Thus it's our responsibilty to persist on our effort to increase our iman and faith. This dua is apt: Ya ALlah janganlah kau balik kan hati ini sesudah kau beri petunjuk. Ameen.
Hati saya sejuk membaca entri ini. Di luar masih sejuk, tapi saya tiada cokelat panas. :(
MashaAllah... semoga Allah merahmati kita semua, especially your friend tu..
Now I boleh jawab balik to my Hungarian colleague yang suka extol the necessity of minum mulled wine masa winter, kononnye wajib! :P
Kalau sejuk pakai aje baju banyak lapis..
*terasa teringin nak pekena milo kow panas satuu..*
Sheikh, Hidayah sheikh. Nassar terpilih sebagai penerimanya.
Such a simple message but with profound meaning. Alhamdulillah for your friend. And we all know chocolate is goodness, yes?
semoga kita di masukkan dlam golongan yang diredai Allah hingga ke akhir hayat.
Alhamdullilah... coklat dalam gambar tu nampak sedap
Diperkatakan orang,
Bahawasanya barang siapa yang meminum minuman terkutuk(makanan atau minuman haram(babi, anjing dan yang tidak halal-con. duit RASUAH atau yang syubahah, lantas menjadi darah daging)maka sudah barang tentulah ada kecenderungan akan terlibat dengan dosa-dosa keji yang lain. Apakah jika seorang bapa memakan wang rasuah, lalu menjadi darah daging ianya turut melibatkan anak dalam kandungan atau keturunannya kelak tidak peka untuk melakukan dosa? Benarkah begitu?
Jika tak silap ada kesah orang alim yang tidak sanggup membunuh, berZINA, dan lain-lain dosa telah DIHASUT OLEH IBLIS LAKNATULLAH- agar meminum benda jadah tu, sepas tu ianya terlibat dengan segala macam dosa yang disebutkan di atas. Kuss semangat mintak dijauhkan keturunan saya dari berbuat demikian.
Gitar: Asyik bertukar-tukar gitar je. Teringatkan pula kepada Man Kidal. Alhamdulillah dia banyak berubah, sehingga jauh meninggalkan saya sendiri.
Puan Dr.: Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala diinik. Amin.
kunci hilang: Ya cokelat OK, jangan sake!
NBB:Inilah pengaruh media massa. Yang menyihatkan badan tu sebenarnya, nasi lemak, roti canai dan teh tarik.
Simah Hanim: Kalau orang yang di Galata Koprusu tu mereka minum raki. Na'uzubillah min dzaalik.
kenakelayan; Cokelat lebah berkesan dengan baju yang tebal. Milo panas boleh pesan dari Nurul.
Lope:Ya Sheikh anta memang benar. Nanti moga kita syama-syama juga mendapatnya.
QOTH:But not too much of it. Nanti weight problem pulak.
iKelah: Amin. Belakang kena apa?
Sya: Ya, memang sedap. Hendak-hendaknya minum pada hari hujan. Jadi budak Form 2 tu apa jadi. Kawan saya ada menyelanggarakan half-way house untuk budak-budak seperti itu.
kim_Labu:Itu benar. Dan kita minta yang benar-benar dah taubat nasuha, akan diampuni Allah.
Jenama apa agaknya cokelat panas yang diminum oleh nassar... tapi jenama apa pun tak penting kalau hidayah dah sampai............Alhamdulillah...
Ayah Keng
Sheikh tu baru pergi kursus haji jer....jauh lagi perjalanan...btw doakan dia dapat bihusnil khotimah bukan bisu ilkhotimah.
beginilah kita. yang halal tu sentiasa ada. yang haram jugak yang nak dicari. macam2 alasan diberi untuk menghalalkan yang haram tanpa berusaha mencari penyelesaian cara halal.
moga2 kita sama2 berubah spt tn haji nassar.
Simah Hanim: Insha Allah anak-anak akan selamat.
blackpurple:Bukan kerana jenama, tetapi kerana ramuan dan cokelat tu halal. Ini hanya penyebab.
Yeop:Yang pentingnya dia terpanggil Yeop.
Madah berhelah:Belum cuba belum tau.
Yut: Kamu jangan minum cokelat, nanti tidur lebih. Ya Yut, Amin.
Bro Keng. Anda telah menguris perasaan saya. Berdarah. Sebabnya?
Anda menceritakan mengenai masjid kegemaran saya. Yang diroboh hanya kerana tamak manusia. Sanggup mereka robohkan hanya kerana kedekut tanah yang di jadikan padang bola.
Masjid itu sangat sentimental pada saya.
Masjid negeri yang baru sepatutnya didirikan di padang bola di hadapan jabatan bomba di sebelah stadium. Dibangkang kerana katanya tidak sesuai. Lalu di cadangkan pula di hadapan hospital baru, di taman bunga. Juga di bangkang. Lalu mereka robohkan masjid saya.
Bodoh.
Alangkah cantiknya jika ianya di bina di taman bunga itu. Di tepi sungai. Tapi mereka mempunyai rancangan masa depan yang jahat. Mereka mahu jadikan taman bunga itu taman hiburan dan cita-cita mereka tercapai.
Masjid Tempurung saya sangat unik.Dengan senibina yang sangat cantik. katanya hanya ada tiga buah masjid serupa itu di dunia dan mereka robohkan. Bodoh. Sangat Bodoh!
p/s: saya baru membaca semua tulisan terbaru Bro kerana saya tidak dapat online beberapa hari lepas.
Bodoh! Maafkan saya, setiap kali cerita tentang masjid saya di bangkitkan, hati saya menjadi sangat sayu dan saya juga akan menjadi sangat marah.
Now I know what to bring first when I get to go places :)
Encik AJ, sabar...
Tuan Keng, saya memang jarang sangat minum cokelat. saya lebih suka minum kopi pekat.
tadi waktu saya naik LRT, teringat ajakan Tuan untuk ke sebuah masjid di Sentul dulu2. bila agaknya akan terjadi?
Aku minum kok panas. :)
:)
Sekurang-kurangnya dia mendapat hidayah, alhamdulillah.
A Jones: Minum cokelat panas. Ia menenangkan.
Crimsonskye: Allah SWT has created simple solutions to life.
Yut: OK Yut. Nanti kita buat appointment. Masjid tu di Jalan Haji Salleh dekat stesen kommuter Sentul. Insha Allah.
Naga:Tu di Jepun atau di KL?
wan: Selamat datang ke blog saya. ALhamdulillah. Kerana dia orang yang tak pernah berkata buruk tentang orang lain.
insyaAllah, esok2 kalau ada kelapangan saya naik komuter ke situ.
Post a Comment