Powered By Blogger

Saturday, March 18, 2006

Lope. Jom Berbudi

Lope,

I.

Jumaat lepas, sewaktu aku dalam PUTRA LRT dari Taman Bahagia ke Dang Wangi, di depanku, seorang wanita muda berkemeja T merah. Rupanya seiras Aishwarya Rai. Aiih itu bohong Lope, tak serupa, hanya seakan-akan. Tak, ini pun sudah terlebih gambaran, sebenarnya beliau anak Mami. Kebetulan hari tu tak ramai orang dalam LRT jadi suasana taklah bising.

Talipon bimbit anak mami tadi berdering. "Kriing, kriing....." (Sekarang ni talipon berdering tak semestinya berbunyi 'kring, kring'. Sudah terdapat beranika jenis bunyian.)

"HELLO......" aku tak dapat mendengar suara pemanggil, kerana dudukku berhadapan. Seberang tempat duduknya. Jadi berjauhan. Ya berjauhan pun dapat mendengar jelas suara anak Mami tadi. Kerana beliau bukan berbual tapi menengking.

"HAAH? .....Nak APA?.......hah?....HOOI! jangan pandai-pandai,.....hah,...HOOI, HOOI, DENGAR SINI! Tadi mak dah masak dah nasi kau. .......Nanti simpan elok, elok,......HOOI,KAU JANGAN MENGADA-GADA,........HOOI! Mengada kau!....DAH!"

Dalam hatiku, mungkin beliau bercakap dengan anaknya yang pekak atau sudah rosak akal. Atau mungkin dr. jalanan. Mat Gian. Seorang penagih. Agaknya. Tapi beliau ini baru berumur sekitar awal 30-an. Jadi besar kemungkinan anaknya baru 10 tahun. Takkan penagih pulak. Atau mungkin pulak anaknya dilahirkan mongoloid atau istimewa, dan susah nak reti arahan. Tapi takkanlah pulak berhooi-hooi dan berhaaah-haah. Atau mungkin inilah bahasa anak Mami. Tapi dulu aku pernah bersekolah di negeri Mami-Mami di Pulau Pinang, dan yang aku masih ingat percakapan mereka berlenggok-lenggok macam lagu Tamil, dan taklah sebegitu.

Oh ya. Dan aku pun teringat akan blog kamu. Tentu sekali dia ini cemburu kerana tak dapat menikmati habuan berbillion-billion Ringgit dari penjualan Southern Bank Berhad. Jadi kemarahan itu terbawa-bawa.

Tapi yang aku lihat Lope, ramai juga orang-orang KL yang sebegitu. Jadi besar kemungkinan ramai yang cemburu dan bertambah marah juga akibat dari 'Sindrom 30 sen'. Tentang sindrom 30 sen ini pula aku terbaca dalam akhbar tabloid tempatan. Lebih dahsyat dari penyakit ayam atau JE.

II.

Di sebelah wanita tadi ada dua orang lagi budak-budak pompuan Melayu. Pakaian mereka serupa dengan anak Mami tadi, jadi sudah tentu mereka semua bertugas di tempat yang sama.

Yang seorang, gemuk sedikit bertanya kepada kawannya yang kecil sedikit, "Kenapa supervisor tu selalu manggil kau?"

"Ah dia tu syok kat aku."

"Habih tu, macam mana?" tanya kembali yang membuka pertanyaan tadi.

"Tak maulah. Tak ingin aku!"

"Kenapa?"

"Ah, dia tak bersunat!" jawabnya selamba.

Fikirku dalam kepalaku Lope, (sudah tentu berfikir dalam kepala, kerana otak berada dalam kepala), macam manalah anak-anak gadis ni, tak ada finesse langsung dalam pertuturan sesama mereka di tempat umum.

III.

Justeru, tepat sekali Kerajaan Malaysia (bukan Malaya) melancarkan kempen Budi Bahasa.

Sewaktu kecilku dulu, kempen yang sering diadakan adalah yang berslogankan BAHASA JIWA BANGSA.

Entah apa jadi kesudahannya!

IV.

Sekian adanya Lope. Manikkam. Itu saja peristiwa atas Putra LRT.


p.s. Seperti juga Tuan Jones, ini blog yang tak dapat dibaca kembali kerana masalah untuk melayari blog masih berterusan. Hanya dapat menulis. Mungkin Administrator blog, ingin menjimatkan tenaga kerana kenaikkan harga minyak.

21 comments:

dith said...

Unable to access this page till now. We were wondering why. Has said that we needed visa. WHat I did was to search keraskeng thru blogger search and out came all your entries and I saw this entry which I havent read before so it must be the latest (no dates attached), haha. And no comments since yesterday? What??

No wonder budak2 laa ni kurang ajar. Sebab mak pon sama.

Mama Pongkey said...

*malu bagi pihak kaum wanita*

Anonymous said...

Tak silap, dapat sms dari maxis. Depa bilang malam ni (20March) ada pelancaran Kempen Budi Bahasa kat stadium jam 8.30. Ada Siti dan Mawi ...... wa cakap lu!!!!

Nak gi ... kita buleh HAPPENING kat sana nooo

Anonymous said...

crisis minyak rupanya Mr. Keng. Ingat kena apply Visa.

Bunga Rampai said...

Salam ...
Budi bahasa bermula dari rumah.

:)

loppiess said...

1. Aishwarya Rai..wahh!, tapi kasor lah pulak gitu.

2. Tak sunat pun ok ( hissh..apa aku cakap ni!)

3. Tak ada kajian terperinji hasil setiap kempen keng, rugi. (macam kempen 'tak nak'...tawkey dia cakap nakkkk)

4. Dalam Putra LRT aku suka berdiri kat penyambung gerabak tu keng, liuk liuk macam duduk kat atas kerbau kecik kecik dulu...hehehe.

Sayuti said...

Tuan Keng,
saya selalu naik LRT seorang diri. jarang dengan Parid. dan saya takde mp3 player atau walkman untuk menyumbat telinga. maka perbualan2 orang ramai adalah musik di telinga saya. dari situ saya belajar tentang perilaku manusia.

harapan saya ialah pada suatu hari ada seseorang akan menegur saya dan berbual2 sementara masing2 sampai ke destinasi. sehingga hari itu sampai, saya akan terus mendengar, memerhati dan melayan perasaan seorang diri di dalam lrt.

perkara2 di atas terlalu kerap berlaku sehingga saya tatau nak komen ape. seperti tuan, i am also trying hard to mind my own business

Anonymous said...

kempen LRT ker?

zizie ali said...

dulu. aku selalu berkomuter dari hentian putra ke hentian serdang. selain dihidangkan dengan perbualan dalam bahasa melayu yg pelbagai laras, disertai pula dengan bahasa badan yg hebat, termasuk bahasa lutut.

Pegawai Khalwat said...

Susah juga kalau nak bercakap tentang bahasa orang ni. Sebab kalau sebelah utara ni, cara percakapannya kasar sedikit (pada pendapat aku la).

Tapi bukan kasar dari segi maksud bahasa yang kesat, cuma kedengaran kasar. Ada teori mengatakan disebabkan di sini lembah pertanian, maka keloi-mengeloi dari jauh menjadikan cara mereka bercakap itu kuat dan dengar kasar.

Bila dah mak bapak macam tu, terbawa la kat anak-anak. Tapi biasanya cuma terjadi di kalangan kawan/kenalan yang agak rapat. Kalau tak kenal sangat tu, cakap elok la jugak (Kecuali nak bergaduh).

Jadi jangan terkejut di sini (aku khususkan Tanjung, kalau kata Jelapang macam tu kang marah pulak Sayut) kalau kalian dengar orang bersembang macam duduk 2 3 batu.

Tapi kes LRT ni, tak tahu la pulak aku nak komen. Sebab cakap telefon. Mungkin kenalan rapat dan dia pun duduk dalam kelompok dia jadi selesalah bercakap macam tu.

(humm.... heran, kalau aku komen kat blog Keng mesti panjang).

Sya said...

bahasa manusia berbeza.. ada yg kata itu kasar tapi bagi 1/2 org bahasa mereka tu lembut... mcm bahasa orang Melaka.. sekasar mana pun orang Melaka kata ia adalah tanda mesra..wallahuam

takdenama said...

terimakasih. saya nampak link ke blog saya kat tepi tu. huhu bestnye!!

Ku Keng said...

HAI PAYAH BETUL NAK MEMASUKKAN KOMEN. MUNGKIN BLOG ADMINISTRATOR MENGHADKAN WAKTU KEPADA 'PENJUAL MINYAK URAT' SEPERTI SAYA. KAH, KAH

Puan Dr.: Ya, ingat tak, Mak dia kata "Anjing je!" Begitulah metamorphose budaya yang melanda masyarakat kota.

kenakelayan: Bukan hanya pihak kaum wanita. Kesemuanya bertanggungjawab.

imachee:Ya lepas ni Mawi dan Siti akan menganjurkan pula Majelis Maulud Nabi.

Kak Has:Bukang visa, tapi nya wak bberik. Kadang-kadang ggitulah. I like your new blog set-ups. So now we also have blogs 'from your kitchen'!

Rampai: Salam kembali. Dan juga dari flet, kerana sekarang orang Melayu dah ramai yang tinggal di flet.

Lope:Dan kamu ni semenjak harga minyak naik, dah menjadi aktif betul menulis blog!! Kan bagus tu. Ya nanti saya akan cuba 'naik belakang kerbau' tu.

Sayuti: Kamu naik Monorail kan? Insha Allah nanti ada orang akan tegur kamu, "Sir, I am getting down at this station, can you now put your hands in someone else's pockets!"

Kak Has: LRT is efficient for me and many of my friends. Whenever we need to meet, we make it at Sentral. Senang; makan dan solat senang, dan pergi balik pun senang. Dan tempatnya selesa untuk berbincang. Cepat dan murah pulak tu. No traffic jams.

Zizie: Tapi seronok kan?

Tuan Pegawai:Ya sememangnya ada. Tapi saya rasa yang satu di atas LRT ni, teruk sangat. Dari ekspresi mukanya nampak kekasarannya.

Kak Sya: Orang Melaka pagi-pagi bila berjumpa, dah mencarut. Tapi mereka kasar dalam berseloroh. Itu yang lucunya.

dith said...

Has,
Keng dah hint tu. Buat bloggers meeting di KL Sental!! Haha

Sayuti said...

Tuan Keng, saya tak paham! huhu

Ku Keng said...

Puan Dr.:Di situ macam-macam meeting diadakan- ada juga PDA users meeting, SEDARA get together, dan some hackers meeting. 1 April ni ada penjualan buku oleh Tok Rimau dan Naga di Laman Seni, KL. Pasti ramai bloggers akan berkumpul di situ.

Sayuti: Tak apa Yut, jangan nangis, nanti kamu akan faham.

HCI said...

I pong kalau gi KL suka naik LRT, frequently from ERL to sentral. Bila habis meeting DH tunggu kat sentral, then kita naik LRT to KLCC atau commuter ke midvalley.

Ni tak bestnya, kalau tersermpak, si Keng, dia kan cam kita DITH kot, tapi kita tak kenal dia. Tapi mungkin juga dia tak cam sebab image I naik LRT lain dari image profil, he he he. Tapi kalau balik dari meeting dia mungkin rasa macam keleh tengok kot.

Sayuti said...

Tuan Keng,
semalaman saya berfikir tentang ayat berkenaan secara mendalam. ayat itu agak ambigous sbb byk boleh ditafsirkan,
1. tangan saya berada dalam poket sendiri, lalu orang itu suruh saya masukkan dalam poket orang lain.
2. tangan saya berada dalam poket orang yang nak turun itu dan menyulitkan dia untuk turun.
3. tangan saya berada dalam poket pihak ketiga maka orang yang nak turun itu tidak puas hati sebab saya fokus kepada orang itu saja.

jika situasi 1, saya rasa saya faham apa yang tuan cuba sampaikan. mungkin, sesuatu yang berkaitan dengan empati. orang lain juga mempunyai perasaan yang sama dengan saya. mereka tidak akan menegur orang lain secara tiba2. maka, saya perlu melihat dari sudut itu.

tapi, kalau ayat itu merujuk pada situasi 2 dan 3, saya jadi kurang faham.

btw, saya tak naik monorail.

p/s: tuan adalah orang ketiga memanggil saya dengan gelaran itu, selepas bos saya.

Pegawai Khalwat said...

Aku jugak yang tak pernah naik monorail hatta LRT hatta STAR hatta komuter hatta keretapi sekalipun.

Keretapi Bukit Bendera pernahlah.....

Ku Keng said...

Kak Has:Jangan bimbang, kalu terserempak saya akan tegor dengan sopan santun. Dan DITH kalau masukkan nama saya dalam search mungkin akan dapat gambar saya, full size. Haha.

Sayuti: Yut, cantik sebutan ni. Maaf kerana kemungkinan tak dapat saya hadhir ke majelis, kerana besok akan ke Singapore untuk lecture. Saya doakan semoga Allah SWT memberkati majelis anda dan melimpahkan segala kemaghfirhan kepada sekalian yang hadhir.

Tuan Pegawai: Anda ni betul ketinggalan zaman. Mat Bangla pun dah naik kesemua jenis LRT dan kereta berail, di Malaysia. Tak apa lain kali bila ke KL kami bawa anda beround-round dengan kemudahan ini. Jangan bimbang belum pernah ada orang yang mabuk.

Anonymous said...

When I was Melaka, we got a lot of 'disclaimers' from the locals including one of lecturers, don't take to heart whenever any of their words sound harsh and rude to our ears. I remember this also being addressed in the news, it's time for the Malaccans to change their way of speaking.

I've not been long in Melaka so I couldn't say much about this. But I think most of the time they always make the effort to be sensitive to others. Yang cakap mencarut2 + kasar tu usually among themselves yg dah faham memang begitu cara berbualnya.

LRT incident: kita yang mendengar (or baca entri ni) pulak rasa malu.