Exclusive: Cops in business
By: LOURDES CHARLES
The Star Friday April 7, 2006
KUALA LUMPUR: Police officers who have expanded their business of keeping law and order to operating leisure businesses and factories without the knowledge of the force will face disciplinary action.
At a seminar for 196 Officers in Charge of Station on Monday, Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Bakri Omar had taken to task officers who spent more of their time on part-time businesses such as operating petrol stations or selling batik.
Ha,ha. Tak patut betul. Lagi-lagi polis yang kena.
Tapi dulu aku pernah berjumpa dengan seorang Pegawai (yang amat ) Tinggi Polis yang baru bersara. Dia menjual cincin. Cincin berbatu zamrud, berbatu delima, berbatu nilam dan bermacam-macam. Permatanya besar-besar. Jadi bila aku bertanya, "Datuk berniaga sejak pencen ke?"
"Tak. Saya dah lama dalam bidang ni. Ni semua dari koleksi yang baik-baik Encik. Ikat di Kelantan." Jawabnya megah.
"Harganya?" saja-saja bertanya.
"Hah yang ni RM15,000 dan yang ni, termahal, RM35,000...." Jawabnya.
Aku terkejut kerana dalam stoknya saja pada hari itu, sekurang-kurangnya, kalau mengikut congak harga purata yang dinyatakan, bernilai RM500,000.
"Dapat pinjaman bank ke Tuk?" aku cuba mencungkil. Maklumlah pada ketika itu aku sendiri pegawai bank.
"Taaaak. Semua modal sendiri." Wah jawabnya gembira. "Saya sempat pusing modal kerana dulu, pelanggan-pelanggan saya ramai daripada peniaga-peniaga Cina. Mereka suka zamrud dan delima."
"Hah," aku menjawab dalam hati. "Kalau mintak duit dari towkay takut dicop rasuah. Jadi jual cincin lagi senang. Bukan mereka nak sangat cincin tu tapi hasrat sebenarnya adalah untuk menghulur wang. Lagi pun cincin-cincin tu taklah seharga seperti dinyatakan," aku bertutur dalam hati lagi.
Seorang kawan lain yang menjadi pembekal kepada sebuah jabatan kerajaan menceritakan bagaimana dia menjadi pengutip kain batik ela Kelantan. "Bukan nak beli sangat,"terangnya, "Tapi setiap kali ke pejabat tu untuk mengambil cek pembayaran, pegawai kerani yang menjaga cek tu mesti mempamerkan dulu barangan jualannya untuk tatapan. Itu mesej haluslah. Kalau tak beli, tak dapatlah cek pembayaran. Dan harganya? Lebih mahal daripada di Aked Ibu Kota di Jalan TAR. Tapi apa boleh buat!"
Memang pandai pegawai kerajaan berniaga. Laris dan menguntungkan. Ini belum lagi diambil kira polis-polis yang menjadi possessor-lah, yang menjadi bouncer di disco-disco dan kulubu malamulah dan yang menjadi pegawai sekuriti peribadi. Banyak sekali peluang niaga yang meng'untungkan'.
18 comments:
Keng aahh,
Luu aah, wa banyak tabik ooh. Lu punya ilmu manyiak tinggi. Lu selalu bawak celita maciam2. Semua manyiak bagut. Lu ada saja celita dan bukti. Konteks jugak olang manyik tinggi. Wahh! Manyiak awesome wooh! :))
saya setuju dr in the house...
Salah ke nak berniaga kalau luar dari waktu bekerja??? Kalau semuanya tak boleh..macamana nak cari duit lebih??? Agaknya tu yang rasuah berleluasa...
Keng,
Saya nak tanya 2 perkara
1. Batu jemala patik - apa maksudnya? Selalu dalam hikayat-hikayat atau cerita raja-raja ada saja pengucapan begini.
2. Sarung jari(saya tak sebut C..... sebab bahasa nihon benda ni mencarut) yang berharga RM35 ribu tu batu ajaib kot? Yang gemuk boleh kurus kalau membelinya.
waaaaaaaaaaa baru tau nih.
hahaha.
p/s. bro, boleh buangkan word verification tu? menyusahkan!
Keng, bukan itu saja. Depa niaga macam-macam. Jadi agen kereta tarik dan wokshop kalau hang kena aksiden, dan jadi agen supply dadah pun ada. Tapi kesian, mungkin gaji dak cukup kot.
Puan Dr.: secara kebetulan berjumpa macam-macam manusia.
Simah Hanim: :~)
Maklang:Boleh berniaga tetapi kena dapat kebenaran dulu.
Kim:
1. Jemala tu maknanya kepala. Mungkin dulu-dulu rakyat berkepala batu agaknya.
2. Terlupa pulak nak tanya khasiatnya. Tapi jangan bimbang tak ada Jepun yang membaca blog ni kecuali dua tiga orang Melayu di Jepun aje.
Op: Selamat datang Op. Geng KEJU. Tapi blog hang tu pening kepala nak baca. Kelabu sangat.
A Jones: OK dah buang dah word verification tu. Memangnya menyusahkan je.
Maideen: Ha, bukan aku kata tapi hang yang kata!
Cerita depa ni lagi?
Aku tak komen panjang ari ni sebab aku memang tak kenai sapa-sapa dari golongan depa ni.
Tapi pengalaman aku ambil cek kat jabatan kerajaan kat sini taklah kena beli batik atau keropok atau apa-apa saja. Mungkin sebab cek tu semua bawah RM5K kot.
Cabaran paling hebat bagi orang yang 'berkuasa' atau 'diberi kuasa' ialah untuk tidak menyalahgunakan kuasanya.
Ayah Keng
You boleh join edisi siasat lah.
We're only human.
Baguslah kalau kita semua tentang bahaya penyakit salahguna kuasa ni, tapi janganlah fokus kepada gajah seberang lautan je, lalat depan hidung harus diambil kira gak.
Keng,
Pernah tengok batu cincin di jari Syed Hussin Al-Attas? Berapa puluh ribu hengget pula tuh? Ha ha.
aku ada cincin belah rotan ye Keng..
Tuan Pegawai:Kalau RM5 dia suruh beli kuaci.
Ord Superhero:Kuasa dan nafsu. Payah nak mengimbangkan.
Yeop:Tak apa expedisi tu saya wakilkan kepada Yeop aje.
Berg:But not to do things at the expense of other human.
Sangkelembai:Yang pakar lihat kuman tu, Dr. Nurul.
Naga: dulu pernah tanya, dia kata pemberian dari Jin Islam.
Lope:Habis dibeli oleh bakal pengantin. Mungkin Yut sapu abih.
NBB:Alhamdulillah kerana dah sehat. Boleh jual batu cincin tapi kalau gurkha bantah macam mana?
Astaghfirullah. Selambe sungguh sesetengah manusia menggunakan position yang ade ye..
hmmm...
kalau amanah disalahguna, sudah masuk golongan munafik kan tuan?
Post a Comment