Di Pakistan, terdapat beberapa hari dalam satu bulan yang tertentu di mana radio-radio tidak melaungkan musik dan lagu-lagu. Yang berkumandang hanyalah bacaan al Koran dan syarahan-syarahan. Di merata-rata jalan di bazaar, gerai-gerai menyediakan minuman dan juga makanan percuma. Pada hari-hari tersebut segala jenis hiburan dihentikan.
Begitu juga di suatu masjid berhampiran Khan al Khalili di Kota Kaherah, berduyung-duyung manusia yang memenuhi masjid yang dikenali sebagai Masjid Sayyidina Hussain, dengan penuh ratapan dan tangisan.
Dan begitu juga di Manama, Bahrain. Di merata souk di Babul Bahrain, syarahan-syarahan berkumandang dari pembesar-pembesar suara di merata ceruk jalan sehingga memeningkan. Sepanduk-sepanduk yang ditulis dengan ingatan dan pesanan yang penuh bersemangat merintangi simpang-simpang jalan dan lorong, seolah-oleh mereka melalui satu persiapan untuk berperang.
Dan begitu juga khabarnya di Irak terutamanya di Karbala, dan di Lubnan dan Iran.
Begitulah suasana yang anda akan lalui dalam bulan ini, bermula dari 1 hingga 10 Muharram setiap tahun.
II.
Muharram mempunyai satu hari yang penuh keistimewaan. Keistimewaan 10 Muharram (hari ‘Asyura’), mengikut kitab I ’anah at- Thoolibin, pada hari tersebut, antaranya:
- Allah SWT menjadikan ’Arasy;
- Allah SWT menjadikan Lauh Mahfuzh;
- Allah SWT menjadikan Qalam;
- Allah SWT menciptakan alam;
- Hari pertama Allah SWT menurunkan rahmat;
- Hari pertama Allah SWT menurunkan hujan dari langit;
- Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril;
- Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah SWT dan taubatnya diterima sehingga dia bersih dari segala dosa dan kesalahan;
- Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah SWT ke langit;
- Nabi Nuh a.s. berlabuh bahteranya setelah mengharungi banjir yang melanda bumi selama 6 bulan;
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan dari api Raja Namrud;
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk beberapa tahun akibat fitnah Zulaikha;
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun setelah berada dalam perutnya selama 40 hari;
- Nabi Daud a.s. diampuni Allah SWT;
- Nabi ’Isa a.s. dinaikkan kelangit sewaktu dikejar kaum pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya;
- Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya, dengan membelahkan Laut Merah sebagai laluan untuk melepaskan dari dikejar oleh Fir’aun dan bala tenteranya;
- Allah SWT menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan dengan sebuah kerajaan yang besar;
Imam al Yafi’ dan an Nasyiri dalam Idhahnya menyatakan bahawa di antara keajaiban hari ’Asyura’ adalah binatang liar di hutan berpuasa pada hari ini. Dan Fatah bin Syukhruf menyatakan meskipun setiap hari beliau memberi makan roti pada semut-semut di kediamannya, pada hari ’Asyura’ semut itu tidak memakannya.
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Tirmidzi, daripada Abu Qatadah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Puasa pada hari ’Asyura’ bahawasanya aku kira Allah SWT akan menebus dosa tahun yang dahulunya.”
Dalam riwayat yang lain, dianjurkan kita berpuasa sehari sebelum dan sehari selepas hari ’Asyura’ supaya puasa itu berlainan dari puasa kaum Yahudi, yang perpuasa pada hari itu.
Begitulah satu hari yang penuh rahmat, pengampunan, pertolongan, penyelamatan, barakah dan kebesaran. Yang sesuai disambut dengan penuh kesyukuran.
Disepanjang bulan ini umat Islam digalakkan mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka. Memperbanyakkan zikrullah, istighfar, bersedekah, menziarahi orang-orang sakit, dan kebajikan-kebajikan yang lain.
III.
Sayangnya, kepada kaum Syi’ah penghayatan kepada peristiwa Karbala menjerebui kebesaran lain yang ada perkaitan dengan hari tersebut.
Tradisi yang diamalkan di Pakistan, Iran, Irak, Bahrain, Mesir dan di lain-lain pusat Syi’ah adalah untuk menunjukkan simpati kepada Sayyidina Hussain dan 72 orang yang bersamanya, yang menjadi korban di Karbala, serta mengapi-apikan kembali kebencian terhadap pihak yang memusuhi keluarga Sayyidina ’Ali (dan awaslah, kaum Sunni dianggap bertanggungjawab dalam hal ini).
Setelah dikepung oleh tentera Yazid bin Mu’awiyyah selama beberapa hari, tanpa diberikan laluan untuk makanan dan minuman, pada 10 Muharram tahun ke132 Hijrah / 750 M, Sayyidina Hussain (anak kepada Sayyidina ’Ali dan juga anak kepada Sayyidatina Fathmah az Zahrah bint Rasulullah SAW), telah menyaksikan seorang demi seorang anak-anaknya menjadi korban tentera Yazid yang kejam. Sewaktu beliau membawa keluar anak bongsunya Ali al ’Asghar, yang baru berumur 6 tahun, yang sedang menangis-nangis meminta air kerana amat kehausan, anak panah yang beracun telah ditujukan kepada ’Ali. Panah ini menembusi lehernya dan tembus melekat pada lengan bapanya. Selanjutnya Sayyidina Hussain juga maut dengan lehernya dipenggal oleh tentera-tentera tadi. Kepala beliau telah dipacak pada hujung lembing dan diarak dimerata-merata tempat dengan segala kemeriahan untuk membuktikan bahwa tidak ada lagi musuh daripada kalangan keluarga Sayyidina ’Ali.
Dan ada riwayat yang menyatakan bahawa kepala ini akhirnya dikebumikan di Masjid Sayyidina Hussain di Kaherah. Badannya pula dikebumikan di Karbala.
Itulah yang di peringatkan kaum Syi’ah dalam sambutan hari 10 Muharram pada setiap tahun.
Gambaran ini bukannya untuk memberi sokongan moral kepada kaum Syi’ah tetapi ini adalah secebis sejarah yang sengaja kita lupakan disebabkan ianya dikira sebagai sejarah yang tak ada kena mengena dengan kaum Sunni.
IV.
Kita sekarang dalam hari ke 3 Muharram, dan ada masa untuk melaksanan amalan-amalan yang dianjurkan. Semoga ibadah kita diterima Allah SWT.
wallahu a'lam
V. Update Tentang Bubur 'Asyura'
Di kalangan orang-orang Melayu, 10 Muharram disambut dengan jamuan bubur 'Asyura'. Sejarah bubur ini adalah untuk memperingati hari Nabi Allah Nuh selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah besar yang melanda dunia pada ketika itu. Alkisah, setelah mendarat maka awak-awak bahtera pun mengumpul segala apa bahan makanan yang ada di kapal untuk dimasakkan sekali gus. Maka dimasukkanlah tepung-tepung, kacang, jagung, badam, gula, garam, dan sebagainya dan terciptalah satu santapan yang lazat. Itulah Bubur 'Asyura'.
k.syatrina telah sudi mengongsikan resipi buburnya kepada umum seperti di sini:
RESIPI BUBUR ASYURA
Menurut sejarah orang Melayu, bubur Asyura harus mempunyai 10 bahan utama. Pilihan ubi dll bergantung pada individu itu sendiri. Bagi yg tidak suka berempah, boleh kurangkan.
BUBUR ASYURA
250 gm beras
2 liter air
1 ekor ayam
300 gm daging lembu
80 gm kacang hijau
80 gm kacang merah
80 gm kacang ‘kidney beans’ putih
250 gm keledek
3 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
1-2 sudu kecil serbuk lada sulah
250 gm tepung beras
2.5 liter santan (drpd 2 biji kelapa)
Bahan Rempah
5 sm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
Cara membuatnya
• Potong ayam anggaran 16 keping. Asingkan leher, kepak dan rusuknya (kerana banyak tulang). Hiris daging kira-kira 3 sm kiub.
• Rebus kacang hijau, kacang merah dan kacang putih berasingan hingga empuk.
• Kupas keledek, potong kiub 2 sm dan rebus hingga empuk.
• Tanak beras dengan air, ayam dan daging di atas api sederhana hingga kembang menjadi bubur. (Jika suka, boleh asingkan tulang ayam pada peringkat ini).
• Sangai semua rempah hingga wangi kemudian kisar hingga halus. Masukkan ke dalam bubur.
• Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Kacau di atas api perlahan hingga mulai pekat. Masukkan serbuk lada sulah.
• Bubuh semua bahan lain dan kacau lagi hingga kental. Adunan hendak berkilat dan tidak melekat bila disentuh dengan jari. Ratakan di dalam tin atau loyang yang dilengser sedikit minyak.
• Biar sejuk sebelum dihiris ikut suka.
Terima kasih kepada Puan Norzailina Nordin, dari ALAF 21.
Sekian adanya.
VI.
Zizie, bubur macang orang Tegganung buak tu jjumpa doh ke dok lagi? Tanya orang atah kubur syeh brahim, mesti orang ssitu tau.
14 comments:
orang melayu di malaya tidak pernah melupakan 10 muharram. mereka diingatkan dengan kemunculan bubur asyura. lain tempat, lain menunya.
nurul bahiyah,
usaplah kepala 'kanak-kanak' yatim. :)
hemmm, boleh dapatkan resepi bubur asyura, terengganu version?
dulu-dulu kalau bulan muharram, abah bawa balik air sembahyang hajat dari pondok tok guru haji ghani, pasir mas, lepas tu usap atas kepala anaknya, bawa gula dan daging ke surau untuk bubur asyura dan makan sama-sama, sekarang ni nak makan bubur asyura kena buat sendiri, ;-((
keng,
tq kerana memberitahu aku...
Salam,
Terima kasih berkongsi ilmu. Syukur.
Salah satu titik hitam dalam sejarah Islam ialah apabila Muawiyah memusuhi Syd Ali sehingga umat Islam berpecah dan seterusnya Yazid memusuhi keturunan Ali sehinga berlaku peristiwa Karbala'. Agaknya kebencian terhadap keturunan Muawiyah inilah yg menyebabkan orang Syiah bertindak songsang , ekstrim dan ada yang langsung syirik. Allahualam.
Terimakasih kerana meng'list' kan peristiwa2 penting berkaitan tarikh 10 Muharram.
Semoga kita dapat berpuasa sunat 10 Muharram ini, insyallah.
Untuk keterangan mengenai perayaan 'Asyura' di kalangan orang-orang Melayu, rujuk kepada upadate kepada blog ini.
Ayah Keng
Teman pernah ke Pasar Khan Khalili tu...dekat dgn Al Azhar..tak dapat makan free pun kena tipu adalah,
Kampung teman bubor Asyuro tu macam... tepung talam..keras tak macam bubor kat kg seberang.. lembut, nama lagi bubor.
Sebenor nya teman confuse bubor lambok dgn bubor asyuro..
NBB: Sebenarnya jawapan ada pada Pak Cik dreber yang bawak u ke Taiping dulu tu. Har, cuba tanya dia.
Zizie: anta dah mencapai tahap umur untuk ambik Mykad ke belum?
Kak Has: Saya dah pesankan dari zizie. Insha Allah dia akan cari. Dah dapat ke zizie? Jangan lupa mengusap kepala kanak-kanak yatim dengan kasih sayang.
Lop: Anytime Bro.
Lentiform: Dan bubur 'asyura' Kelante teramat manih. Puasa pada 9, 10 dan 11 atau 9 & 10 atau 10 & 11. Buat aje 9 & 10 Muharram.
Rampai Kalau dulu lembu terlepas, kali ni jangan pula kawah bocor. Nanti bubur berkubur.
Puan Dr.: Ya insha Allah, kita semua kejar peluang yang baik ini.
Yeop: Bukan deme saja yang kena tipu, teman yang hari-hari dok lalu situ pun kena tipu. "Oh Malaysian ,I love Malaysian, how are you? Have tea with me..." Dalam baik-baik tu dia tipu tak abih abih.
Tuan Keng,
Terimakasih atas ingatan puasa 10 Muharram. Hampir dah terlupa sebenarnya, mcm hari tu lupa nak puasa hari Arafah. InsyaAllah kali ni berazam nak puasa.
Kalau tuan keng siapkan bubuk buat buka posa, best jugak :)
Keng buat saya ketawa!
Bubur Asyura memang kegemaran saya.
Nita:Berkali-kali dah berpesan. Kali ni jangan cuai ye?
Rampai: Kalu begitu nanti saya cek samaada di Masjid Kg. Baru ada party bubur 'Asyura' tak tahun ni.
oi Adik Keng, terima kasih resipe dari K. Syatrina tuh, tak dapat yang terengganu pun o.k gak, sebab dari resipe tu boleh adjust-adjust ler. so 10 muharram ni in full spirit, I doakan kesejahteraan u sambil makang syura buatan sendiri.
Kak Has: Nak buak bubor makang ssorang ke nok nggator sekapong?
Post a Comment