Powered By Blogger

Friday, February 10, 2006

Protes

Tadi aku menalipon seorang teman mengenai perarakan dari Masjid Kampung Baru ke Wisma Denmark untuk pembantahan dan penyerahan memorandum protes mengenai kartun yang menghina Rasulullah SAW.

“Mus,” kataku “tadi hang pi dak ka Masjid Kampung Baru?”

”Tuan,” katanya ”demonstrasi ni bukan sunnah. Ianya millat Yahudi.”

”Ha....?” aku respon terkejut.

”Begini tuan, cara yang sebenarnya adalah seperti mana yang dilakukan oleh Sayyidina ’Ali KarramaLlahu wajhah (KRW). Tanpa banyak bicara dan dengan pedang terhunus, dia pergi ke punca fitnah dengan tujuan untuk memenggal leher orang yang menjadi bapak fitnah. Tapi ingat, mesti kerana Allah, kerana sekiranya berlaku apa yang menimpa kepada Sayiddina ’Ali, iaitu diludahi, maka, jangan bertindak atas sebab kemarahan kerana diludahi, kerana itu sudah nafsu bukan lagi kerana kewajipan! Inilah cara yang sepatutnya dan bukannya bertempik-tempik dengan riuh rendah.”

”Abis camana Mus, awat hang tak buat gitu?”

”Dalam keadaan di sini mana boleh bertindak sedemikian, tuan?” Jawapnya dengan penuh konfiden.

”Tuan Mus,” saya berkata dengan tenang, ”itu jawapan atau anjuran orang yang bodoh dan malas, atau cacat akal. Sekiranya enggan berbuat sesuatu, jangan berdalih-dalih dengan memberi pelbagai alasan tentang keadaan atau undang-undang atau ini bukan negara Islam. Dah tau tak boleh buat sedemikian, buatlah sekadar yang boleh. Sekurang-kurangnya perasaan diluahkan dan kebencian digemburkan. Orang macam hanglah yang merosakkan perjuangan. Bertindak tidak, tapi mengkritik senang! Sokongan dengan semangat pun tak larat ka?”

Beliau terkejut dengan respon dariku. Tergamam dan terus senyap.


February 10, 2006 20:43 PM

Thousands March In Protest Against Caricatures Of Prophet

KUALA LUMPUR, Feb 10 (Bernama) -- More than 12,000 people held peaceful demonstrations in Malaysia Friday to protest against the publication of blasphemous caricatures of Prophet Muhammad by newspapers in several countries including the Sarawak Tribune in Sarawak.

The biggest protest took place in the federal capital where about 10,000 supporters of PAS and members of non-governmental organisations (NGOs) marched from Masjid Kampung Baru to Wisma Denmark, which houses the Danish Embassy, in Jalan Ampang after Friday prayers.

They were led by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang who handed over a protest memorandum to officials of the embassy.

The demonstrators shouted "Allahuakhbar" (God is great) and "hidup..hidup..Islam" (long live Islam) during the 2km march.

The caricatures, first published in Denmark and then reprinted by newspapers elsewhere, have enraged Muslims around the world and triggered sometimes violent demonstrations. Islam forbids depiction of the prophet to avoid idolatry.

Abdul Hadi said he asked that the memorandum be handed to Denmark's Prime Minister Anders Fogh Rasmussen and demanded that the Danish government apologised to Muslims in the world.

Deputy head of mission in the Danish Embassy, Steen Hommel, said on behalf of the ambassador that the embassy would study the memorandum before handing it to the country's Prime Minister.

-- BERNAMA

p.s.: Pihak FRU telah memberikan kerjasama yang paling baik. Mengawal dengan penuh hurmat dan bersemangat. Terima kasih teramat. Sangat.

NAGA: Mari kita tabik, tabik dan tabik!

terjemahan sms: "Sekiranya kita terus memboikot barangan buatan Denmark sehingga ke musim panas akan datang, mereka akan kerugian sebanyak 36 juta Euro."

UPDATE:

Terdapat satu makalah yang agak menarik bertajuk Apa agaknya reaksi Rasulullah SAW kepada kartun yang ditujukan kepadanya? pada blog Ahmed Humeid.

Cadangan beliau dalam makalah tersebut patut di sambut segera oleh ABIM, JIM, PERKIM, UIA, IKIM, dan NGO-NGO serta badan-badan politik tempatan. Dan kita juga!!

16 comments:

Anonymous said...

Keng, awat takdak orang habaq kat aku. Aku boleh turun mai. Tapi hang jawab tu baguih. Padan muka dia.

dith said...

Pssst...Keng...I didnt realize I have highlighted two conflicting entries of two bloggers regarding this issue!! Mati aku!! Terhimpit!

I have always thought street demo is ok to show our disastisfaction?? Not??

Mama Pongkey said...

DITH this is the Will of God. :D But it is always good to have both sides of an issue I think. Don't worry too much, everyone here are adults, should be able to behave like one. *hugzz DITH*

Keng
MashaAllah good peaceful protest. Hopefully the one tomorrow afternoon in London will go well. It is even supported by the Mayor of London, and various Muslim organisations, even the Shi'ah!
No.. I am afraid I am not able to attend. But I will do my bit in other ways inshaAllah.

Ku Keng said...

Maideen: Kami di KL tak henti-henti terima sms menghebahkan aktiviti yang dirancangkan.

Puan Dr.: Read your comments. They are OK to me.

Is taking to the street as show of protest, Islamic?

The Haj is a show of strength. Wearing the ihram with the shoulders exposed, isn't that symbol of serious business? The gathering for the 'eid prayers in open fields and chanting loudly and proudly the declaration of victories over the ahzab or the confederation of the enemies and the kafiruns, are same. The mubahalah in open field as done by Rasulullah and his family (ahlul bait) in 10th H, is another example.

But of course we have the rules - adab and rukuns of doing so. If opposition to such protests is because of unruliness, then it is an objection to the conduct of the gathering. It is the ignorance of the attendees that is to be blamed.

kenakelayan: This is a clear example that if the law-enforcers do their work well, things will turn out well. May the London event turn out well as well. Insha Allah.

usha: Yes we were informed by the FRU that you had to be excused. Tak apa, semangat hadhir bersama.

Anonymous said...

saya di antara yang hadhir dalam protes semalam dari Kg. Baru ke Kedutaan Denmark. Satu perarakan yang sungguh tertib, terkawal dan bersopan. Juga FRU amat bekerjasama. Inilah yang dianjurkan oleh Sh. Qardhawi, protes yang teratur dan bersatu dalam barisan. Tidak membakar-bakar bangunan dan kerusi meja atau bendera.

Anonymous said...

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih :)

and let's reach the 36m mark.

Ku Keng said...

Anon: Bertindak secara Rasulullah SAW secara hikmah misalnya; dari peristiwa di Taif, peristiwa perempuan tua Yahudi yang merintangi laluan Rasulullah dengan duri-duri, peristiwa bilamana lehernya nak dipenggal oleh musuh Quraish, dll., mesti prevail dlm keadaan ini. Bukan membakar-bakar hartabenda. Ya saya puashati dengan 'protest rally' yang telah berlangsung di Denmark House kerana ianya dijalankan dalam keadaan yang sungguh teratur dan baik.

Crimsonskye: Boikot menjadi alat yang paling efektif. Saya ada membaca berita bagaimana, Arla Foods, yang mempunyai pasaran sejumlah $450 juta di Timur Tengah telah merosot ke taraf sifar (0) hanya dalam 5 hari setelah pemboikotan bermula! Arla juga telah menghentikan operasinya di tiga ladang dan telah menghentikan kerja seramai 100 pekerja. Dan lebih lagi bakal berlaku.

Inilah kaedah yang paling berkesan, tapi malangnya 'kaum kita' lebih suka bertindak tanpa menggunakan akal.

Anonymous said...

tuan keng,

saya nampak2 FRU pon ada gak yang menjerit allahuakbar skali sama2 org ramai

jalan pon jem sebab banyak keter berhenti nak joint skali

A.Z. Haida said...

alhamdulillah - semuanya selamat aman damai.. saya berdoa dari kejauhan mohon semuanya selamat...

en keng - saya link kan page ni boleh kan

Ku Keng said...

mika: :-))

AZHaida: Ya berkat doa. Insha Allah ini akan menjadi titik permulaan kita umat Islam untuk memortraykan imej Islam tulen.

UPDATE PADA BLOG :
Sila lihat update selanjutnya pada blog. Terima Kasih.

HCI said...

Keng, mung gi ma'na senyap jer?

Ku Keng said...

Kak Has: Ada, dok gi duana. Dok tunggu takut takut ada orang mari nggator bubur sura. Sok ssaja. Tak dok orang nnitah lasong.

Ku Keng said...

NBB: Aamiiiin.

Anonymous said...

The link does make an interesting read, the comments even more.

I don't know why, but I think the more apt question would be how the Prophet SAW might have responded if this kind of dishonour is directed against to those whom he loved?

but I do agree on the suggestions. much better than senseless fires.

Bergen said...

Kalau berarak pun tak boleh, then berarak Maulud nabi pun tak sunnah.

Sayuti said...

Maulud Nabi itu sunnahkah?