Powered By Blogger

Monday, February 27, 2006

air wek wek di Selangor


BOLEHKAH SESIAPA
MENGESAHKAN KEPADA SAYA,
SAMA ADA
INDAH WATER BERHAD,
(syarikat yang mengendalikan pembuangan najis dan pusat kumbahan najis)
dan
SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR,
TELAH BERGABUNG?

INI KERANA,

INI ADALAH HARI KE-EMPAT,
AIR DI KAWASAN SELANGOR DAN KUALA LUMPUR
,
BERBAU NAJIS iaitu TAHI,
SEPERTI AIR
DI PUSAT KUMBAHAN NAJIS!



WEK!!




18 comments:

Sayuti said...

entah. mungkin saya selsema kot lalu saya tak perasan perubahan bau air.

Tuhan nak ingatkan kita agar menghargai air yang jernih dan tidak berbau kot? Jangan membazir.

Pak Malau said...

kesian anak kota ini. di mersing, semua berbau enak, nak!

Anonymous said...

Tuan Keng, saya sangkakan saya seorang yang berbau demikian. Rupa-rupanya bila sampai di ofis, dan terbau bau yang teruk di pantri, barulah saya sedar yang itu bau air. Kami komplen ke PUAS dan mereka nyatakan bahawa loji air rosak. Tapi saya dan kawan-kawan mengsyakki sesuatu yang mereka tak mau ceritakan. Sahkah wudhuk kita, Tuan Keng?

dith said...

Lepas satu bala, satu bala...

loppiess said...

...akhirnya Saadon yg bising dengan rungutan anaknya setiapkali berwuduk atau mandi, mengambil tangga kayu panjang untuk naik ke atap rumah memeriksa tangki air PVCnya.

tidak ada apa, hanya karat setebal 2 inci, pelampung tangki masih baik, tangki tertutup rapat.

berdiri di tempat tinggi, lutut Saadon mula mengeletar. Beliau tidak boleh lagi turun.

Pada pukul lewat lima empatpuluh lapan petang sepasukan bomba pun sampai. Operasi menurunkan Saadon bermula. Akhirnya Saadon selamat memijak bumi.

Ketika orangramai berkerumun Saadon sempat melawak..jangan ada Mazidul cukuplah!

Orangramai bersurai ketika azan magrib sayup sayup bergetar disenja bulan february ini.

HCI said...

Beautiful image, waiting for Karam Singh Walia to cover.

Selangor negeri maju
TV3 sudahpun terhidu
Pembalakan dan maksiat menerajui
Masih tidak cukup, nah ini bau
Membayangkan halatuju yang membelenggu

maka rujuklah Sura Ibrahim ayat 24 yang ditujukan khas kepada Tindakan Pemimpin Yang Menyebabkan Kehancuran Pengikutnya:

14:28

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan.

I remembered the same people who made fun of banjir di pasir pekan, where are they, sibuk bersongket kot.

Sya said...

Mungkin saya juga mcm sayuti hidung tersumbat.. tidak berbau

Anggun said...

Tuan Keng,

Ujian..itu semua ujian..sabar..(senanglah cakap, sebab rumah saya tak kena!).

Cuma saya tak boleh sabar bila harga minyak naik 30sen!!

Itu betul ujian untuk saya..

Anggun said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jarri said...

di ukm, minggu lepas adalah minggu bertema "minggu dengan air kejap ada kejap tiada." (ini bukan iklan biskut)
tapi tiada bau najis.
minyak naik 30sen itu satu kisah aneh.
lepas ni naik lagi.

Anonymous said...

Kalau betul pun kenyataan itu, apa kita boleh buat Tuan Keng?

Saya ada terbaca kat suratkhabar 2-3 tahun lepas yang paip kita dah lama tak ditukar, kalu nak diganti ia akan mengambil masa 10 tahun. Banyak saluran paip dah berkarat, Kosnya berjuta-juta.

klorin digunakan di seluruh dunia sebagai agen membersih air dari tahun 1911 untuk bunuh bakteria dan virus tapi klorin yang sama juga merbahaya kerana ia ada agen THMs yang disyaki "carcinogens" - cancer causing substance or agent. Cuba tuang klorin dalam air akuarium lebih dari sukatan, mesti ikan-ikan dalam tu mati.

Yang sedihnya teknologi hampir 100 tahun ini masih digunakan pada abad ini.

jadi kita sendirilah kena membersihkan air minum kita.

Pakai lah water filteration yang boleh membersih 99.9% air dan air tersebut tidak menjadi air bateri bila dimunum dan masih tinggal mineral di dalam air tersebut.

Air yang tidak bermineral akan menyebabkan Kalsium dalam badan kita kehausan (depleted).......

Saya ada terbaca dalam medical artikel yang Air yang beralkali adalah elok untuk badan.

Ilmu yang diketahui jika dikongsi, pasti membawa berkat.Amin.....

Anonymous said...

Alhamdulillah masih ada air . Kalu tak kene tayammum .Lagi haruu..

zizie ali said...

Perkembangan ini berkemungkinan akan mengembirakan pengeluar dan penjual water filter. Seperti tukang keranda yang gembira mendengar berita kematian.

sinaganaga said...

Keng,
Kita bersihkan tahi. Dengan air yang berbau tahi.

Ku Keng said...

Sayuti: tadi saya ke Masjid as Syakirin di KLCC waktu asar, dan kualiti airnya pun sama. BTW tak boleh ke pili air tempat wudhuk ditukarkan kepada yang lebih simple kerana setiap kali punatnya ditekan, air yang keluar terpancut mencukupi untuk memandikan anak gajah. Ini pun pembaziran.

Lenti: Even before the flood! Dah komplen dah dan jawapan yang diterima senang. "Loji sedang diberishkan." Ini yang mengkhuatirkan!

Pak Malau: Selamat datang lagi. Saya dah linkkan blog Pak Malau di blog saya. Lain kali saya akan pindah ke Mersing.

Anita:Samalah jawapan yang saya terima. Tak tahu sebab tak menjadi keuzuran.

Puan Dr.: berbala-bala dah.

Lope: Kesian kat Saadon tu. Kenapa tak panggil mamat Bangla suruh panjat atap? Nasib baik dia tak berdarah tinggi kalau tak naah. BTW Mazidul tu siapa pulak? Kawan Jones ke? Yang saya tau namanya Anisah!

Kak Has: sungguh dalam, peringatan itu. Ya saya akan mengingatkan diri saya, sentiasa. Shukran.

Sya:Macam mana nak bau. Hari-hari masih dok menangis mengingatkan anak yang berjauhan. Kesian. Jangan bimbang. Pergi boleh balik hari.

Anggun:Minyak mahal pun digunakan dengan baik. Maka semestinya dibayar. Tapi ni air yang dibuang kelongkang. Kita pulak kena bayar. Tak adil.

mfazari: selamat datang dulu ya. Terima kasih. Ya begitulah lumrahnya. Kita juga yang disusahkan. Padahal dulu rasanya pangkah dah betul dah. Agaknya.

Usha: Hai, mana pergi menghilang? Inilah nasib kita. Agaknya mereka dilatih untuk memberi jawapan yang sama. Tapi tak ada Siaran Akhbar langsung?

Anon: Har ini sahabat saya kerana saya pun minum air alkaline. Memang betul. Jom jadi downliner!

Anon ke2: Alhamdulillah. Setakat ini tak perlu tayammum. Dulu ada seorang gila datang ke kedai kawan saya. Kawan saya ni menjual buku-buku agama. Dia bertanya dengan selamba,"pasir tayammun ada jual tak?"

Zizie:Orang Cina bilang, dalam kesusahan ada kesenangan. Dan kegembiraan.

Naga: Kalau ikan yang amat masin direndam dalam air garam, maka kemasinan ikan itu akan hilang. Mengikut logik yang sama, begitulah sepatutnya. Jones, di UK cara bagaimana pula ya?

NBB:Nasib baik tak sampai. Kalau tidak naya. Di pejabat berbau mayat, dan di rumah berbau najis. Motor cermin kereta dah repair ke belum?

tuan tanah said...

oh, cuma mahu beritahu.
hari ini 28 Februari 2006, tiba-tiba turun salji di sini. aneh, ya. kerana sudah hampir masuk musim panas sekarang :)

Ku Keng said...

Cik Tuan Tanah: Nasib baik salji tak berbau. Kalaulah ianya berbau seperti air di KL, naya tak abih. Laku gilak Body Shop.

Sayuti said...

Tuan Keng,
itu diluar bidang kuasa saya. kena beritahu ajk masjid. saya selalu sembahyang di surau ofis. hari jumaat saya berwuduk dari ofis, sbb nak amik kelebihan langkahan ke masjid dlm keadaan suci.

puan has,
semua orang adalah pemimpin. ayat itu kena pada batang hidung semua orang.