I.
Kenalkah anda kepada 'Amr Diab, penyanyi muda serta kacak (mungkin seperti Tuan A Jones) dari Mesir? Semenjak 1986, album Al Tarek-nya mencapai sukses yang mengejutkan dan setakat ini, beliau telah mengeluarkan 24 ‘top-selling albums’ sehingga terlekat gelaran ‘Super Star of the Pop Arab World’ kepadanya.
Aku mula mengenali 'Amr Diab daripada video-clip lagu Tamaly Ma’ak sewaktu di Manama (Bahrain) dua tahun lalu dan mungkin tertarik kepadanya kerana kasihan belasku kepadanya, setelah menonton klip itu. Mengapa dan kenapa seorang pemuda yang kelihatan bersopan serta sebegitu kacak, ditinggalkan oleh seorang gadis yang tak kurang hebat juga kecantikannya. Apakah dosa pemuda yang berjanggut rapi dan berpakaian kemas ini sehingga tidak diterima oleh ibu kepada gadis tersebut. Mengapa, aku bertanya diriku. Mengapa? Aduh sungguh sedih.
Sewaktu transit di Dubai, dalam menghabiskan waktu di airport sementara menunggu pesawat ke KL, aku telah membeli CD The Best of Amr Diab, cadangannya sebagai hadiah untuk anak-anakku.
Setibanya di rumah, anak ketigaku bertanya, “Ini Ayah beli di mana?”
“Dubai,” aku menjawab megah.
“Kenapa jauh sangat, kan di KLCC ada jual?” sahutnya.
Aduh, tercucuk rasanya ulu hatiku.
II.
Bagaimana populernya 'Amr Diab, taklah sehebat seorang akauntan yang berjaya di Mesir, yang telah muncul sebagai pendakwah yang amat populer, 'Amr Khaled,
Motifnya adalah untuk menarik pemuda-pemudi kepada akhlak Islam dalam kehidupan harian, dan dalam ceramah-ceramahnya beliau menyentuh tentang hal-hal yang berkait dengan kehidupan harian masyarakat Mesir, pada awalnya, seperti perhubungan antara muda-mudi, cara berpakaian, gejala berpoya-poya, gejala minuman keras, hijab dan lain-lain hal yang menimbulkan masalah muda-mudi Islam kontemporari. Gaya yang disampaikan beliau menyebabkan penonton serta merta menyesal di atas kelalaian mereka dalam meninggalkan akhlak Islamiah. Paling effektif.
Ramai anak-anak gadis Mesir misalnya mula berhijab selepas mendengar nasihat beliau. Panggilan beliau untuk berhijab adalah dengan membuktikan bagaimana pendedahan aurat amat berbahaya kerana katanya, ‘Seorang wanita boleh menggoda seratus orang lelaki, sebaliknya seratus orang lelaki tak semestinya boleh menggoda seorang wanita’. Kejayaan beliau telah menyebabkan beliau digelar ‘Islam's Billy Graham’.
Pengikut setia 'Amr Khaled terdiri dari anak-anak orang kaya Kaherah terutamanya, yang kebanyakannya hampir-hampir hanyut dalam kesenangan. Dalam satu ceramahnya tentang bantuan malapetaka yang ketika itu melanda satu daerah pendalaman di Mesir, panggilannya untuk memberi bantuan pakaian telah disambut dengan penghantaran berpuluh-puluh kontena pakaian dalam hanya beberapa hari. Dan bukannya pakaian terpakai, akan tetapi yang baru-baru. Begitulah cara beliau mengajak masyarakat Mesir berkorban.
Matlamat 'Amr Khaled adalah untuk membawa Islam kepada masyarakat Mesir khususnya, melalui perubahan kepada diri, keluarga dan masyarakat, dan bukannya perubahan negara melalui pentas politik. Disebabkan kepopuleran beliau, kerajaan Mesir yang sememangnya takut kepada pengaruh Islam, telah menghadkan dakwah beliau. Tetapi ini telah menimbulkan satu rahmat kepada masyarakat Islam di seluruh negara Arab di Afrika Utara dan juga di Eropah, disebabkan sebuah stesen TV Arab, ART yang memancarkan progremnya keseluruh Afrika Utara dan Eropah, telah mengambil beliau sebagai konsultan tetap untuk progrem agama di TV. Dan kini progrem 'Amr Khaled menjadi antara progrem yang terpopuler yang disiarkan oleh ART.
Imachee, untuk menjawab pertanyaan anda, beginilah cara yang kita patut berdakwah. Inilah contoh personaliti yang kita nantikan di Malaysia. Yang boleh menembusi hati muda-mudi Melayu khasnya dan masyarkat Melayu ’amnya untuk kembali kepada akhlak Islamiah. Kerana demokrasi bukannya lagi cara yang terbaik dan terbijak untuk membentuk hala tuju masyarakat Islam.
'Amr Khaled kini berada di Birmingham kerana melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.
III.
Di antara dua 'Amr aku memilih 'Amr yang boleh membawaku ke kebahagiaan ukhrawi. Sah!
24 comments:
Kenakelayan telah memperkenalkan tentang Amr Khaled kepada saya tahun lepas. Memang dia amat terkenal di UK sekrang sebagai pendakwah Islam yg berkesan dan juga pakar motivasi kepada non muslims.
Kerana demokrasi bukannya lagi cara yang terbaik dan terbijak untuk membentuk hala tuju masyarakat Islam-
saya sangat berkenan dengan baris ini. sangat. dan saya akan bersetuju dengan dakwah melalui nyanyian jika cd dan kaset yang di hasilkan di beri percuma.
AJ- kalau gitu, bagaimana mereka ini nak sara hidup mereka? Mana mereka nak cari wang modal buat CD?
Dalam banyak-banyak program ART,,,program Amr Khaled inilah yang paling menjadi kegemaran keluargaku.
Bila dengar ceramahnya dengan translator, terdetik di hatiku, alangkah baiknya jika aku faham setiap patah yang dituturkan.
Kat negara kita nie, yang mengherankan aku ialah, kekadang penceramah menyelitkan jokes kotor (seks) bagi menarik perhatian pendengar.
Tak de ke jokes lain yang boleh menarik perhatian pendengar........
Aku confuse ka? depa yang confuse dengan objektif berceramah nie.
Betul tu Anon..saya setuju benar dengan kekeliruan penceramah yang menyelitkan jokes kotor (seks).
Baru ni ade dgr ceramah agama...isunya wanita bertudung pakai kain belah..betullah salah berkain belah tu..tapi janganlah sampai cakap i.e penceramah tu lah..'tak tengok rugi pulak'! Astaghfirullah..ape punye mentaliti penceramah ni..Lepas tu dari nak dgr ceramah langsung hilang hormat saya.
Dan saya sangat yakin dan percaya yang Rasulullah pun tak ceramah macam tu..
Puan Dr & AJ:
Ini satu idea yang baik. Yang diperlukan adalah sumbangan dari kumpulan penyanyi yang sanggup meyumbangkan suara mereka. Bermakna mereka ada pencarian lain. Dulu saya mengsyorkan kepada Utusan supaya akhbar jawi diberi percuma. Tetapi jawapan mereka, sangat orthodoks. Pelbagai jawapan. Saya kata kita ikut The Sun dan bergantung kepada pengiklanan, tetapi ditolak dengan pelbagai alasan. So let us think out of the box. Bagaimana Dr.? Bagaimana AJ?
Anon & Nita: Memang benar dengan pandangan antum. Berlawak ada hadnya dan mesti sesuai pada tempat dan tujuan.
Tuan Keng, saya hanya nak bertanyakan Tuan A Jones. Adakah kekacakan itu satu kesusahan sebagaimana tertekannya Amr Diab seperti yang diceritakan oleh Tuan Keng?
Terima kasih kerana memperkenalkan saya kepada 'Amr Khaled. Terima kasih.
Yang aku paling menyampah, penceramah yang berjanggut merah yang mengunyah-gunyah gigi palsunya sewaktu berforum. Jawapan pun sambil lewa sahaja. Hilang semangat nak mencari ilmu.
penceram perempuan kat tv memalukan saja. perasan habis. ni bukan kata i ni perempuan (nanti ada kata jealous ke?), tak, ni response my hubby, dia allergic sunguh, terutama yang terangkat bontot masa dok beri ceramah dengan joke yang low quality, dan yang dah cakap melayu lidah dah keras arab.
yang i suka penceramah alkuliyah, dr zulkifli (ni orang terengganu kot, sebab banyak ggg...baru dapat dr last year) dan uztaz shukri yang hidung mancung, gelap2 sikit. Ni orang yang ada ilmu, tak shyiok sendiri.
:)
Ayah Keng
Dari rondaan teman dari Perlis sampai lah ke Sabah,pendakwah,penceramah,penulis,penyajak orang kita memang suka nak selitkan unsur2 seks...selalunya dalam bentuk jokes lah yang menjadi pilihan.Kadang2 MENCARUT pun ada.Macam penyanyi hip hop di barat.
Tapi ada orang berdakwah dalam blog lagi hebat....tapi jangan mencarut.
Gari: Terima kasih kembali. Semoga anda mendapat manfaat.
Maideen: Memang itu amat menyakitkan pandangan.
Kak Has: Pendekatan mestilah melalui penerapan budaya pendengar. Kalau seperti yang dinyatakan memang menjadi asing.
Anon: :-))
Yeop: Betul kata kome tu. Nak mencarut bolih masuk AF. Kemungkinan boleh dapat hadiah johan mencarut. Yeop bolihkan kita naik moto sampai ke Sabah?
Teks ceramah Amr Khaled dalam bahasa Inggeris boleh diperolehi di sini:
http://www.amrkhaled.net/acategories/categories79.html
Kenakelayan: Terima kasih di atas maklumat. DITH ada menyatakan yang beliau pun mendapat maklumat tentang 'Amr Khaled daripada anda.
Sama-sama, eh dah jadi link? Ke dah memang link? *malu kejap* Alhamdulillah. Peminatnya ramai di kalangan orang Arab. Saya belum pernah dengar yang dia berceramah di dalam bahasa selain Arab, kalau ada, bagus juga!
dakwah tetap dakwah.
jangan sampai kemeluatan dan kemarahan kita terhadap cara dakwah seseorang itu daripada mengakui mesej dakwah yang cuba disampaikan.
kita yang rugi.
mereka tak rugi apa2.
p/s: ringtone handphone saya ialah lagu tamallimaa' amr dhiab tapi saya pertama kali dengar nama amr khaled. ahh, malu2.
Kenakelayan:
:))
sayuti: Tak boleh begitu. Berdakwah ada adabnya. Sedangkan dalam menilai hadith, kelaku dan perangai perawi menjadi kriteria terpenting. Kalau mencarut dalam berdakwah yang berksesan adalah carutannya bukan mesej dakwah. Pecayalah. Seperti komen Nita, mesej yang melekat di kepala pendengar adalah, "Eh Ustaz kata kalu tak tengok rugi!"
NBB:kalu u buat kepada yang hidup boleh dimaafkan, tetapi jangan buat kepada mayat kerana itu temasuk bab menyiksa mayat.
salam perkenalan buat saudara keng. saya melompat ke sini dari blog sinaganaga. hasil tulisan yang menarik. banyak info yang saya dapat dari blog ini. kerah keng tuh bukan telo terengganu ke? what are you doing in negeri sembilan? hehehe... apa2 pun.. keep writing, and insyaAllah, saya akan selalu datang ke sini...
supersomething: Selamat datang dan semoga mendapat manfaat. Sekarang ni Malaysia dah tak ada border lagi, banyak peralihan tempat yang berlaku. Bukan saja peralihan kawasan mengundi. Ya kerahkeng tu basa Tegganung la. Tegganung ke NS hanya 5 jam saja. Dok jauh. Leh alik ari.
usha: haik, mana menghilang? Ya semenjak tu saya ke 'Tower' di KLCC, senang cari musik yang pelik-pelik. Kerana terlalu pelik jadi tak laku. Pasal tak laku maka murah-murah lah.
Teringat citer2 anak sulong saya ingin menjadi pendakwah atau ahli politik.. tak pernah dia terfikir ingin menjadi doktor atau jurutera spt yg diinginkan oleh ibunya.
Saya memang meminati Amr Diab dan Amr yg satu lagi.. baru pertama ini saya membacanya. Ingin rasanya memperkenalkan personaliti ini pd anak saya.... terimakasih tuan keng kerana memperkenalkan saya pd dia.
(Hadir)
keng: NS ganung balik ari...??huhuhu... krem bontot bawak keta...
sya: adik ipar saya, masa umurnya 11 tahun, bila ditanya nak jadi apa, dia jawab "orang kaya yang beriman"...
alhamdulillah
keng: betul berdakwah ada adabnya. saya sangat setuju. itu juga pendapat saya jika komen ditujukan kepada pendakwah dari seorang pendengar.
tapi, komen saya yang terdahulu adalah dr seorang pendengar kepada pendengar yang lain.
kalau dari seorang pendakwah kepada pendengar pula, saya akan kata "buang yang keruh, ambil yang jernih. yang baik itu dari Tuhan, yang buruk itu saya. Tapi, hakikatnya, semuanya dari Tuhan jua"
kalau dari seorang pendakwah kepada pendakwah yang lain pula "mari kita berdiskusi tentang cara dakwah kita"
tapi,
1. saya bukan pendakwah yang hebat. sekadar berdakwah kepada diri sendiri kerana mengikut pesan Nabi.
2. saya lebih suka mendengar ceramah yang ada unsur humor. unsur seks yang tak keterlaluan juga menarik, kerana saya sudah cukup dewasa utk itu.
NBB: sex sells, but da'is are not prostitute. they are not selling sex and we are not buying sex from them. they are just using an effective (?) marketing strategy.
p/s: saya tak pernah pegi 'Tower' KLCC walaupon bekerja di twin towers.
Kak Sya: Insya Allah cita-cita anak itu akan tercapai. Kalau di Alexandria, medical students diwajibkan menghafal sekurang-kurangnya 6 juzuk al Quran.
Bergen: ya, dah syak dah, nampak kelibat.
supersomething Pandai adik ipar tu. Berapa umur dia dan berapa umur anda?
Sayuti: Noted. Next time kita berjumpa di Tower,not the tower blocks but Tower Records! :))
Post a Comment