Friday, February 17, 2006

Paku Untuk Tuanku

I.

Semua orang mengenalinya sebagai Abu Maron. Sebenarnya Abu Mismaron atau Bapak Mismaron. Mismaron adalah perkataan Arab untuk 'paku'. Abu Maron merupakan pembuat paku yang terhandal di negeri itu. Ini cerita dulu kala. Ketika itu belum terdapat mesin untuk membentuk besi atau logam seperti sekarang. Setiap paku ditempa dan dibentuk dengan tangan. Logam untuk membuat paku pula dimasakkan sendiri. Tak ada kilang yang menyerupai Perwaja atau Malayawata. Dan kelebihan paku-paku Abu Maron adalah bersifat kuat, susah patah atau meskipun senang untuk dibengkok, senang menusuk kedalam kayu atau batu. Kepala paku buatannya pula senang diketok dan tak mudah pecah. Abu Maron mempunyai kehandalan untuk membuat apa jenis paku sekalipun. Tak kira sama ada daripada besi atau logam. Abu Maron mempunyai kepintaran untuk membentuknya.

Secara peribadi pula, beliau seorang yang warak. Kuat beribadat malam dan kurang bercakap-cakap kosong. Ada kalanya jawapannya untuk sesuatu keadaan menyakitkan hati keluarganya, terutama isterinya, kerana jawapan yang diberi tak memberi jalan keluar yang munasabah kepada keadaan yang sedang menghadapi mereka. Dan ungkapan jawapannya pula serupa untuk semua keadaan. “Allahu ma’i,” atau “Allahu ma’ak.” Iaiatu Allah bersamaku atau Allah bersamamu. Misalnya, “Makanan dah abis,” teriak isterinya. “Allahu ma’ak,” jawapannya rengkas. Dan setelah berlapar untuk beberapa jam, pada petangnya datanglah jiran yang baru membuat tahlilan menghantar juadah. Inilah diantara manfaat sampingan tahlilan yang dianggap oleh segelintir penduduk kampung sebagai bid’ah.

Dan tepatlah apa yang dikatakan oleh Abu Maron bahawa Allah sentiasa menjaga makhlukNya. Hal seperti ini berlaku keatas keluarga Abu Maron pada beberapa keadaan kesempitan yang mereka lalui. Sehingga ada jiran-jiran yang menganggap Abu Maron sebagai seorang wali, dan pendapat ini disanggah pula oleh segelintir jiran lain sebagai bid’ah. Meskipun desa itu kecil, tetapi politik bid’ah kebid’ahannya boleh tahan juga.

II.

Kebetulan raja yang memerintah negeri itu baru saja menyiapkan istananya yang baru. Memangnya cantik dan indah. Tetapi, umum berpendapat bahawa yang mencacatkan rupa depan istana itu hanya satu, iaitu, tidak mempunyai pintu yang gah dan indah. Itu saja. Maka baginda raja pun memanggil tukang keraton yang terpandai dari Pulau Jawa untuk menempah sepasang pintu kayu jati, dan untuk menghiaskan pintu baginda memerintahkan pula Abu Maron supaya menyediakan paku berkepala emas untuk dipakukan di bahagaian luar pintu yang bakal dibuat. Kesemuanya 20 batang paku yang berukuran besar. Mesti siap dalam tempoh 3 bulan. Seandainya Abu Maron gagal dan ingkar untuk melaksanakan perintah itu maka hukumannya adalah mati. Akan dibunuh sampai mati.Noktah.

III.

Untuk membuat paku-paku yang diperlukan bukanlah sesuatu yang sukar bagi Abu Maron, tetapi dari manakah beliau akan mendapatkan emas untuk membuat kepala paku? Itulah perangai sang raja yang amat tak disukai semua. Suka memeras rakyat. Abu Maron pula kehidupannya dibawah paras miskin yang teramat.

Isterinya menjadi gundah dengan perintah ini kerana beliau tahu bahawa tak ada cara langsung untuk Abu Maron melakasanakannya. Tetapi jawapan dari Abu Maron setiap kali diperingatkan, “Allahu ma’i wa ma’akum.” Allah bersamaku dan kalian.

Masa berjalan. Selepas sebulan, kerana kasihan belas jiran-jiran kepada Abu Maron, terutama sekali kepada keluarganya, maka sebagai bantuan, mereka mengumpulkan barangan kemas yang ada di seluruh desa tersebut. Dan berjayalah Abu Maron menempa dan membentuk 3 batang paku besi keluli berkepala emas. Sungguh cantik dan kemas bentuknya. Bersinar-sinar dalam cahaya matahari pagi. Bakinya sejumlah 37 batang lagi dalam masa 2 bulan. “Allahu ma’i,” jawap Abu Maron. Dan pada setiap saat dan waktu, Abu Maron hanya berkumat-kamit “Allahu Allah” atau “Allahu ma’i.” Seolah-olah tak ada yang menyusahkan bagi beliau.

Sehari sebelum genap tiga bulan. Hanya genap 3 batang paku yang terkumpul. Keseluruh ahli keluarga sudah gundah-gulana. Besok baba mereka akan dibawa ke raja untuk dibunuh. Tak wujud ruang untuk membuat rayuan supaya diadili dalam kes ini, seperti kesempatan yang diberikan kepada Saddam Hussein. Perintah raja adalah muktamad, seperti perintah bunuh Bush keatas Osamma Bin Ladin. Faqad.

Dan Abu Maron tenang dan seolah-olah tak ada sesuatu yang merungsingkannya. ”Allahu ma’i, Allahu ma’i, Allahu, Allahu,...........,” beliau seolah-olah bernafas dengan ungkapan ini.


III.

Keesokan paginya, kedengaran bunyi pecutan kuda yang berlari laju menuju kerumah Abu Maron. Jiran-jiran kesemua dalam ketakutan dan tak kurang pula yang mula menangis. Rumah Abu Maron sendiri menjadi hiruk pikuk dengan tangisan dari anak isteri dan ipar duainya yang datang untuk menghantar Abu Maron buat kali terakhirnya. Tetapi Abu Maron tenang. Setenang-tenangnya seperti air ditengah-tengah tasik Belum di Hulu Perak.

TOK, TOK, TOK,” bergegar-gegar pintu diketok kuat. ”Buka pintu segera. Mintak paku. Mintak paku. Kami mahu paku, Segera.”

Hanya Abu Maron yang berani melangkah ke pintu. Pintu di buka, Keriaaaaak. Dua orang askar yang gagah perkasa dan kelihatan bengis tegak berdiri diluar, menantinya tanpa sabar-sabar.

”Ya saya datang,” sahut Abu Maron, ”Allahu ma’i”.

”Kami mahu paku. Lapan batang paku panjang,” bentak jurucakap askar tadi,” Raja dah mangkat dan kami mahu segera paku untuk mengikat penutup kerandannya! Ayuh segera, kami mahu paku untuk Tuanku!”


IV.

Hari ini adalah Juma’at. Banyakkan selawat ke atas Rasul. Percayalah bukan sesuatu perbuatan bid’ah.


p.s. Ku, ini bukan perli patik kepada Ku. Hanya cerita teladan. Yang patik dengar dari Tok Wan patik. Lama dulu.


20 comments:

Anggun said...

MasyaAllah. Allah Maha Besar. Kita tengok ye, mcm mana kuat kepercayaan Abu Maron pada Allah swt, datanglah pertolongan Allah padanya, betul2 pada saat & masa yang tepat.

Pengajaran untuk saya yang banyak khilaf.

TKasih atas pengajaran ini Tuan Keng.

Yeop-Harley said...

Ayah Keng

What a good bedtime story hah! Is he cousin of Abu Nawas or uncle of Abu Jahal? Or none of the above.

dr in the house said...

Keng, sekali imbas cerita ni macam bertawakkal tanpa usaha...allahualam.

NBB said...

raja mangkat sebab heart attack ke?

bergen said...

Fees paid oredi, sir. Now can go to class arr?

Ku Keng said...

Anggun: T Kasih kepada Abu Maron.

Yeop: Orang Arab mengenali diri mereka mengikut nama anak sulungnya atau kalau tak beranak pinak dikenali pula mengikut pekerjaan atau kesukaan. Misalnya Abu Hurairah atau Bapak Kuching kerana kesayangannya kepada kuching.

Puan Dr.: saya bertanya Abu Maron. Dia kata dia seorang usahawan. Mempunyai SMI sendiri yakni fabrik pakunya. Jadi beliau bertawakal dan bertawassal. Tapi bisnes merosot dan keadaan ekonomi negara meleset. Dia kata dia berpegang kepada pesanan Ibn 'Ataillah, "diantara tanda-tanda sifat mengutamakan amal sendiri ialah kurangnya harapan kepada rahmat Allah ketita melaku kesalahan."

NBB: Raja dibunuh oleh abang tirinya yang hendak rebutkan takhta. Beliau mati dicekik dan dicampak ke dalam kolam renang. Mengikut laporan Autopsy,"His Majesty the King was strangled, then, while still breathing, he was forcibly submerged under water. Fluid was found in the lungs and froth was visible at the mouth and nostrils. Also visible was the bleeding in his eyes. The strangulation in and of itself was not fatal, although the King would have been gasping for air. Algae and water was discovered in the lungs, indicating that he was still breathing while forced underwater. Bilateral petrous ridge of temporal bone hemorrhages was also visible." Saya tak paham. Abu Maron pun kata dia tak paham. Mengikut Abu Maron, sudah ajal.

Bergen: Har, lain kali pakai uniform sekolah. Kamu dalam Rumah Kuning untuk kumpulan sukan. That was a good advise to Sayuti. I am glad he took it well. Didn't you Sayuti?

sinaganaga said...

Keng,
Hari ini makan malam aku berlaukkan pucuk paku.
Jemput!

dr in the house said...

Keng- that was a good effort. Autopsy report siapa deme curi tu? hehe (bet it was a paragraph in your CSI paperback eh!)

Btw- Sesungguhnya kita kena balance kan antara pergantungan harapan kepada Allah swt dan berusaha.

zizie ali said...

sleke lah awe. Mu crito lah banyok mano pong mu nok crito. Tok Wan mu dulu mono ado blog. Harak crito atah wokah jah.

kenakelayan said...

Hmmm raja negara mana nih?
*membuat spekulasi sendiri*

Clue: ada autopsy report. ada swimming pool. tapi ada kuda?

Pernah terbaca: the wise man wakes up in the morning and does not wonder what he will do that day, but wonders what Allah will do to him that day.

Tawakkul: saya masih menerokainya. Ada sesiapa yang boleh suggest bahan bacaan yang menarik?

Allahu'alam.

Ku Keng said...

Puan Dr.: Selamat melangkahi tahun baru dalam usia. Usaha dan tawakal sememangnya satu tajuk yang agak menarik. The autopsy report came I presume from Ipoh GH. Got it from the Archives.

Zizie: Bercerita di wakah bertambah seronok sekiranya ada tok selampit atau tok rebab. Ada lagi ke wakah yang menjadi tempat berkumpul seperti dulu-dulu?

kenakelayan: Negeri wujud hanya di alam blogosphere. When the wise man wonders what Allah will do to him, he is wondering as to what anger that Allah will put on him for doing nothing. Or would Allah takes his life on that day.

The Book of Assistance by Habib 'Abdullah bin Alawi al Haddad. Could be a useful source for this subject.

Ku Keng said...

Naga: Itu makanan orang kaya-kaya. Kalau istilah 'jemput' di Jakarta, bermakna tetamu diambil ditempat penginapannya dan dibawa ke rumah yang menjemput. Jadi saya nungguin-nungguin aje ya mas. Jangan jam karet ya!

kenakelayan said...

:) Thanks for the suggestion, ada pernah ternampak buku tu. Nampak menarik. Tgh baca 'The Lives of Man' by the same author. Any other books that are good to read?

lentiform said...

thank you. beautiful story.

loppiess said...

keng,
paku la nii dah tak berkualiti, silap paku sikit, bengkok. Ini semua setelah Abu Maron tiada.

maklang said...

Alamak Keng... Maklang selalu tercorot nak bagi kommeng. Anyway, that's a good pengajaran. Allah maha berkuasa atas sesuatu. Kita tinggal berusaha yang selebihnya berserah... (bukan Berserah kat Kuantan kat Puan & Tuan Dr tu...) or bertawakkal. Mudah2an di mudahkan perjalanan hidup kita di sini dan di sana, InsyaALlah.

Thank you for sharing....

Sayuti said...

cerita yang menarik. encik abu mismaron tak givap, tapi berusaha walaupon dia tau susah nak penuhi, dengan keyakinan Allah akan membantu.

a ah tuan keng. nasihat bergen tu saya terima dengan baik. saya sudah pon memikirkan risiko tersebut. bak kata encik abu mismaron, "Allahu ma'i"

Ku Keng said...

Kenakelayan: Alhamdulillah. Will in due course.

Lentiform: Finally have your new blogsite.

Lope: Abu Maron nak perturunkan ilmu kepada IKM, tapi MARA kata teknologi Jepun lagi canggih. Dan juga besi yang digunakan sekarang besi recycle, yang dijual oleh Mat Gian. Tak ada kualiti.

Maklang: Seder, sapa dok teringak nak komen. Ralek makang Rawa gamaknya. Puan Dr. di Beserah, bukannya Berserah. Itulah kampung Awang the Fisherman.

Sayuti:Alhamdulillah. Allahu ma'ak.

Bergen:You've done a good job. Sayuti has taken your advise seriously and he will take you (what about me?) for makan.

Sayuti said...

(uhuk!)

crimsonskye said...

Nasib baik tak ada plot twist kata Abu Maron dah siap lapan2 batang paku tu, dia tinggal nak bagi je askar2 tu. makes the whole point of the story much more meaningful.

apa perbezaan antara tawakkal dan tawassal?