Powered By Blogger

Wednesday, February 15, 2006

Tak cukup-cukup



Kawanku menceritakan satu peristiwa yang menimpa dirinya sewaktu baru keluar dari sebuah bank di Kota Baru.

Sebaik melangkah keluar, beliau terserempak dengan seorang tua yang berkopiah usang sambil memegang tongkat, di kaki lima bangunan. Mulut terkumat kamit, sedang membaca sesuatu, tapi tak kedengaran apa-apa.

“Assalamu alaikum Wer,” beliau menegur temanku. (Di KB semua orang dipanggil ’Wer’, kesingkatan untuk Awang).

“Wa alaikumus salam Pak Cik.“ Kawanku menjawab sopan.

“Tolong ambo Wer. Ambo gilo. Hor, adik beradik ambo gilo seremo. Dah nok wak guano!” Rayu orang tadi. Dengan suara yang penuh kesedihan.

Kawanku, temenung seketika sambil menyelok sakunya dan mengeluarkan wang nota se-rial. (Dulu di Kelantan Rial digunakan secara populer. Tapi semenjak di bantah oleh Samy Velu, kegunaan ini mula berkurangan. Entah kenapa). Dihulurkan kepada orang yang meminta sedekah tadi. Seraya berkata, “Tolong dor-or (doa) ko ambo yo, Pak Cik!”

“Dor-or apo Wer?” Pak Cik tu bertanya.

“Hor, yor lah Pak Cik, mintak sihat ba-de den murah rezeki”

“Tu sajo ke Wer?” Tanya Pak Cik.

“Selamat sekeluargo, lepah hu-te, anak-anak ngajji pandar, nnego ambo maju.” Aturnya lagi.

“Tu sajo ko Wer?” Tanya Pak Cik lagi.

“Hor, ado lagi Pak Cik. Kalu boleh nok gi Mmekah tahun ning, ambo laki bining.” Jawabnya, puas. Muktamad.

Pak Cik tua tadi tunduk dan diam sejenak. Kerana meyangkakan yang Pak Cik itu sedang berdoa, maka kawanku pun mengaminkan dalam hatinya. Kegembiraan. Semoga makbul doa Pak Cik itu dan akan tercapailah hajat-hajatnya. Kemudian Pak Cik itu mengangkat kepalanya dan mengeluh. “Wer,” kata Pak Cik tu,”Wi se-rial, nok mitak kor tuhe mace-mace!” (maksudnya: Beri hanya seringgit, nak minta pada Tuhan bermacam-macam!)

Pangggggg. Rasa tertampar, pipinya. Kelu. Gelap dunianya seketika.


p.s. Banyak kawan-kawanku bertekad, akan berderma apabila dapat rezeki atau dapat projek. Maka hai orang-orang yang susah, janganlah berputus asa. Kawan-kawanku akan berderma kepada anda apabila mereka dapat rezeki yang banyaaaaak dan projek yang besar-besar.

Nota: Sayuti, tolong bagi projek kepada mereka. Boleh tak?



IF I WERE A RICH MAN . Ini lagu dari musikal Yahudi Fiddler on Tin Roof. Sikap Yahudi suka bersyarat-syarat dengan Nabi Musa. Sebagaimana lirik dalam lagu ini, manusia suka berkalau dan berkalau. Dan ada antara kita, ingin melakukan kebaikan tetapi dengan meletakkan pelbagai syarat yang tertentu.

24 comments:

dith said...

Keng,
Kat klinik ambo selalu gak orghe Isle Pakiste date mintak derma untuk diri madrasah di sana. Lepah kite ulur pitih, dia pon angkat tangan doa untuk kite dalam bahasa dia. Kawe assume dia doa murah rezeki dsbnya lah dan kawe pon ameenkan lah..:)

Depa ni pandai ambik hati kite " assalamualaikum sister! Masyallah! You're a good Muslim doctor!" :))

dith said...

ps. kawe tengok, awok Keng, semakin hari semakin terror. Sekarang ni pandai letak gambar gerak, masuk lagu. Pas ni apa pulak ye?

Ku Keng said...

Puan Dr.: Alahai, si Pakistan ni 95% penipu. Mereka professional canvaseers. Duit yang dikutip hanya sebahagian diberi ke Madrasah. Yang lain adalah gaji dan komisyen mereka. Percayalah. Saya amat arif tentang penipuan mereka. Gambar-gambar yang mereka tunjuk dibeli di satu masjid di Karachi dan di situ juga mereka bertukar-tukar contact untuk ditemui di Malaysia. Dan di KL ni mereka sering bergaduh-gaduh sesama sendiri. Malahan nama saya dijaja mereka merata-rata.

Untuk trick, ini untungnya ada kekawan yang celek IT.

Chika Chika said...

lerr...tak faham... :( kami tak tau kecek pantai timo.... :(

Bunga Rampai said...

Suka tengok duit seringgit kat atas tu yang bergerak dari kanan ke kiri :) Salam.

Ku Keng said...

ChikaDior: Aik Beylo tu bukan ore Kelante ka? OK translation: Pak Cik tu kata dia gila sebagaimana adik beradiknya yg. lain. Maka org tu pun dermalah seringgit. Dan dia menyuruhlah Pak Cik tu doakan. Bermacam-macam usulan. Selepas berjela-jela permintaan Pak Cik tu lepaskan paku buah kerasnya, "Bagi seringgit nak minta pada tuhan pelbagai-bagai." Maka moral of the story, jangan mengharapkan bermacam-macam dari satu sumbangan yang kecil! OK tak?

Ku Keng said...

Rampai: Bergerak-gerak kerana duit sememangnya liar. Susah nak cari.

abdullahjones said...

'Wi se-rial, nok mitak kor tuhe mace-mace!”

wer, mujo nye wi.

Tok Rimau said...

Jemput ambil bahagian.

http://jiwakacau.blogdrive.com


Tok tak jemput secara peribadi orang sebarangan untuk join projek ini.

Untuk samah (seemas?), Tok doakan kau tidak pening hari ini. Diskaun dah tu.

Sya said...

Eh... nasib baik gak orang nak beri se rial kalau bagi samah apa lak pok cik ni nak komen

dith said...

*drroza garu kepala nak ingat ada tak selama ni org Pakistan jaja nama Ku Keng*

Ahhh ada ada...dia kata mcm ni "Alhamdulillah sister, our brother Ku The Keng has sent me to you for some donations..."

(Saya beli jam dinding ukir ayat Quran dari dia)

zizie ali said...

kaki lima bank.sayu tengok budak-budak pakai baju batik jual kalendar. mereka sepatutnya berada di sekolah. bukan di sini.
"sambil derma pak cik.."
belek kalendar. al-mansyur. madrasah anak yatim.
sindiket?

Chika Chika said...

oooo..terima kseih atas terjemahan bahasa melayu. ehehe... tapi tak patot jugak pak cik tu.Sikit ke byk....sumbangan kalau ikhlas tu sgt tinggi darjatnya di sisi Allah. Pak cik tu pon tau demand eyh... bley tahan...

Bergen said...

(Hadir)

Ku Keng said...

A Jones: Hor. Mujur nye wi se-rial. Kalu dok wi, jahane. Jahaane, abih kerano mung. Jahaane, abih kerano mung mek!

Tok Rimau: Hai bagi samah je! Tok, itu satu jemputan yang mencabarkan. Saya baru belajar.

Kak Sya: Kalu dia bagi samah, Pak Cik tu akan kata, "kawe dok gilo. Tapi demo gilo.

Puan Dr.: Sounds familiar. Let me guess. Is his name Haji Bashir? Bersongkok Paki dan berjanggut lebat. Cakap Melayu dan Inggeris fasih? I got the clock free. But my colleague paid RM350 for it. Maydien sells it for less than RM75. Never never give them any cheque, if you have to donate. The cheque would be photostated and circulated among them for display in their files. And more would be knocking on your door.

Zizie: Saya pernah terserempak. Dia kata dari pusat tahfiz yang sama. Saya tanya, "bila join?" "4 bulan," katanya. "Apa dah hafal?" "Belum mula lagi, lepas masuk terus kami keluar kutip derma." "Muqaddam?" "Belum." Inilah exploitasi atas nama yayasan agama.

NBB:Hai, terasa pulak. Ha tu lah, semalam Pak Cik yang beli nasi tu kena 'tampar'.

Ku Keng said...

ChikaDior:Semalamam saya berjaga kerana nak terjemahkan ke bahasa rasmi. Ooi penatnya tak tidur.

Bergen: Hadir mesti bayar school fees. Kalau tak, tak boleh ambik exam.

Nyetok said...

Kawe dulu penoh bowok ore gilo tumpe keto.. Ngeri seh, dio toksir turun.. "Mokcik, sapa doh kg Rajo ni, turun la sini.".. "Rumoh mokcik buke sini, sebeloh rumoh Awe, dekat cabe tigo" dekat rumoh ambo mano ado cabe tigo mokcik wehhh

sinaganaga said...

Keng,
Dulu. Kat iTM, ade band rock namo dio Slap Death. 'Tapa mapuh' ko? He he.

Tuk Rima,
Psssssssssssssssst! Nora Danish ore Kelante...

NOTA: Dah 3 tahun bekerja dengan DBP Kelantan cawangan KL ni - tak past2 lagi kecek Kelantan. Muerekekekekeke...

Bergen said...

Boleh hutang, cikgu?

Ku Keng said...

Nyetok: Bakpo dok bawokko Bala Polih Kg. Rajo? Abih cerito. Maksud ore tu sipe tigo Jertih!

Naga: Tahun berapa tu? Sapa pulak Nora Danish ni?

Bergen: Mana boleh hutang. Yang dibolehkan berhutang hanya kerajaan. Deferred Payment System.

Sayuti said...

Tuan Keng: maaf, tak boleh bagi projek. conflict of interest.

Puan Doktor: saya pon ada jam tersebut. tak beli, dapat utk hadiah kawen. waktu bukak hadiah tu, mentua saya tergelak. dia dah ada dua. satu dia beli (kisah sama mcm kisah anda). satu orang kasik.

Ku Keng said...

Sayuti: Kah, kah. Tak kaya maka kayap la!

Hai kalu begini mari kita buka kedai jam.

Anonymous said...

Nasib baik ada translation :) saya pon tak paham cerita ni mula2nya. kalau di tempat saya, yang banyaknya budak2 jual kalendar Al-Mansur tulah. nampak sgt eksploitasi, tapi sampai skrg aktiviti tu berleluasa.

Anggun said...

Tuan Keng,

Mendoakan orang lain disambut malaikat doa yang sama untuk si pemohon doa. Makanya jgn kedekut berdoa...waima untuk orang lain.

Tapi Tuan..saya memang tak paham kalu tak de translation. Pas ni tuan buat kelas bahasa, saya daftar dulu!