Powered By Blogger

Thursday, February 09, 2006

Nilai





I.

Siva, kawanku, pulang dari pejabatnya agak lewat pada satu pagi (jam 1.30 pagi) setelah bertungkus lumus selama sehari suntuk untuk menyiapkan lapuran akhir tahun perniagaan di mana dia bertugas. Beliau seorang financial planner, dan kesebokkan sebegini sudah menjadi rutin tahunan baginya setiap Disember.

Sewaktu memandu di seksyen 16 PJ, sebuah kereta dengan tiba-tiba meluncur keluar dari satu persimpangan dan hampir-hampir merempuh keretanya. Beliau sempat mengelak tetapi akibatnya, keretanya memanjat kaki-lima jalan dan terus terbalik. Meskipun kereta teruk kerosakanya, beliau selamat.

Yang anehnya, secepat kilat selepas kemalangan berlaku, tibalah trak-tunda dan pakar-pakar perunding aksiden dan insuran, entah dari mana.

Menyambungkan cerita, Siva pun ke balai polis terdekat untuk membuat lapuran.

“Ni mesti awak mabuk, pasal ni malam Sabtu,” si Sargen yang mengendalikan kes itu membuka hujah tuduhan.

“Tak datok, saya dari pejabat, baru habis kerja,” jawab Siva dalam ketakutan, maklumlah baru mengalami kemalangan.

“Pejabat apa? Mana ada orang kerja sampai lewat begini.”

“Tak datok, saya betul-betul dari pejabat. Saya bekerja di …. blah, blah, blah….” rayu Siva.

“Habis macam mana kereta awak boleh remok sampai begini?”

“Begini datok, sewaktu saya sedang mendaki bukit, ada kereta yang tiba-tiba keluar dari persimpangan dengan lajunya, dan hampir-hampir langgar saya, dan saya pun terus mengelak dan apa yang berlaku tu adalah kerana keadaaan jalan ……blah, blah, blah…..” Siva membuat penjelasan.

“Haih, mana boleh? Mesti awak mabuk. Besok hari Sabtu, pejabat tutup. Jadi awak kena masuk lokap sampai Senin” bentak Sargen.

“Tolong saya datok, ini kes aksiden bukan kes mabuk. Saya tak pernah minum meskipun saya orang Hindu.” Siva rayu lagi memohon kasihan belas.

“Tak boleh, tapi kalau nak settle bayar aje RM5000. Senang.”

Siva termenung panjang. Hai RM5000, fikirnya, itu di luar jangkauannya. “Datok,” rayu Siva dengan linangan air mata, “Saya tak bergaji besar, dan membaikki kereta ni pun akan menjadi masalah kepada saya. Kasihanilah saya datok.”

“Tak boleh, ini bukan boleh tawar menawar,” bentak sargen itu.

Perbincangan berlanjutan, sehingga terdengar azan subuh berkumandang dari masjid terdekat.

“Ah, awak fikirlah cepat-cepat kalu tidak awak masuk lokap. Bagitau saya kejap lagi, saya nak pergi solat subuh dulu.” Sargen mengarah.

Piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing! berdesing telinga Siva apabila mendengar kata-kata itu.

Empat hari selepas kejadian, Siva menemuiku untuk menceritakan kejadian yang menimpanya.

“Bukan apa bang,” katanya, “ saya malu betul kerana sargen tu orang yang tak melengahkan solat. Malu betul bang!”

Untuk mengkhirkan cerita, Si Siva tak membayar rasuah yang dipinta, kerana abangnya kebetulan kenal dengan inspekter di balai tersebut.


II.

Lebih setahun lamanya saya cuba menanamkan minat Siva terhadap agama Islam dan sekarang ternyata back to square one!

Tak bercampur minyak dan air????

20 comments:

Anonymous said...

Tuan Keng,

Inilah masalah terbesar di KL juga. Kawan-kawan saya (macam saya la) tak keluar lagi pada malam-malam Sabtu kerana mereka pernah ditahan di persimpangan Jln. P Ramlee dan di caj mabuk. Mabuk apa tuan, mereka baru abis teh tarik. Sama ceritanya tuan.

Anonymous said...

Laaa, mula-mula aku ingat ke hang nak ceghrita pasai Nilai di N.S. tu. Rupa-rupanya pasai tumbuk rusuk.

Lain kali habaq kat Siva tu jangan panggil depa datok. Panggil Cik Gu. Depa seghonok bila kita berlagak macam murid.

Kami di Tanjung, budaya macam tu tak pelek. Budaya yang tak macam tu jadi pelek.

Keng, ni benda macam keretalah. Ada minyak takdak ayak, kereta tak boleh jalan. Jadi panaih enjin. Tambah minyak, tambah ayak, kereta jalan nala punya lajuuuuuu. Sejuuuuk saja. Seghonok.

Mama Pongkey said...

Alhamdulillah kerana tidak mengabaikan solat, tapi...

Ada kawan non-muslim di Malaysia memberitahu,di jabatannya ada seorang pekerja yang mengabaikan tugasnya kerana asyik membaca Quran setiap hari di waktu pejabat.

Malu, malu, malu! Susah nak berdakwah kalau macam ni!

Sayuti said...

I.
depan balai polis ipoh, sebelah masjid negeri. dekat dengan simpang stesen keretapi. kereta kawan saya yang saya tumpang ditahan tiba2. konon2nya melanggar lampu isyarat, padahal tak. argue2, sama jugak situasi, cuma amaun lebih kecil diminta. tiba2, terdengar bacaan quran dekat masjid.

"dekat masjid, tak sedap pulak perut aku." kata polis berkenaan seraya meninggalkan tpt kejadian.

moral: mereka ada consient, cuma kadang2 terlupa dek kerana tekanan tugas barangkali.

II.
teruskan usaha anda. jangan sesekali givap. hidayah itu milik Tuhan.

tiga tahun saya dan teman sebilik cuba tanamkan minat kepada teman sekuliah kami 'Lim' (boleh jd nama sebenar, boleh jadi tidak). kami hampir givap.

akhirnya dia memeluk Islam atas sebab "sayu dengar azan, tapi tak boleh nak ikut sembahyang"

p/s: keng, saya tak paham ayat terakhir anda.

p/s no 2: insyaAllah kalau ada jodoh, terserempak di Tower berkenaan.

bukh said...

“Bukan apa bang,” katanya, “ saya malu betul kerana sargen tu orang yang tak melengahkan solat. Malu betul bang!”

Bukan salah solat. Nabi bgtau lebih kurang, "Solat dapat cegah fasyak dan munkar "..pun sudah pasti bukan salah Baginda nabi.

yang salah ialah orang yang buat solat itu.perlu bawak ketaatan dalam solat keluar solat.Dalam solat setiap anggota taat perintah Allah..dan begitu juga anggota badan semasa tidak solat.Dalam solat perlu merasakan seperti melihat Allah atau paling kurang Allah melihat saya

Baiki amalan dalam solat akan betulkan perangai kita.Baiki perangai kita akan betulkan solat kita.

titik

Sya said...

Itulah org kata sembahyang tunggang tunggek tapi tak der maknanya.. yg mana satu yer?

Ada orang cakap... dia tak sembahyang tapi hati baik jujur bla bla bla

atau... sembahyang tunggang tunggek tapi ya rabbi perangai cam setan..

emmmm????

Sayuti said...

soalan kaksya, saya pilih pilihan no dua.

Ordinary Superhero said...

Aduuuh, malunya aku....

dith said...

Sedih saya baca cerita Siva ni. Pada saat tu sampai dia kelaur air mata merayu, memanglah dia dianiaya...apalah punya manusia boleh buat manusia lain jadi macam tu...sampai hati.

Tak tahulah sampai bila budaya sebegini akan terus berlarutan:

1) polis report mengambil berjam-jam

2) buat repot, diri sendiri masuk lokup

3)report tak diterima kerana bukan kawasan jurisdiction balai tersebut, maka kita pon pergi dari satu balai ke balai yg lain.

4) Kena tunggu berjam2 kerana pegawai in charge ambil report keluar

Sedih sedih

zizie ali said...

Kawan aku lebih suka naik moto walau ada dua buah kereta. Satu hari kena langgar dek kereta yang keluar dari satu simpang. Bila buat repot, soalan pertama bapak polisi ialah: "Ini mesti bawak laju!"
Kawan aku terus tumbuk meja.
"Inilah polis Malaysia. Patutlah orang sekarang tak hormat polis. Cakap macam orang tak sekolah..bla..blaa..bla..bla..."

Bunga Rampai said...

Salam,
Beberapa hari tak berblog, kini menghayati dengan tekun tulisan Keng. Menarik.

loppiess said...

siva harus lihat islam yg datang dari diri keng, bukan yg datang dari sarjan lapok tu.

tapi keng...siva ni jika tak mabuk dia boleh lawan lah balik...polis perlu bukti dan lain lain kan..ehh kau konfem ke siva tak mabuk?

Ikelah said...

dua minggu yang lalu seorang pemuda melayu dengan rakannya berketurunan mexico terlibat dengan kemalangan. beliau di bawa oleh bossnya yang kebetulan berada di kuantan. kasihan pemuda tersebut yang kulit kepalanya tersiat dengan meninggalkan parut besar tanpa rambut.
beliau menceritakan: beliau dalam perjalanan pulang dari kuantan ke kemaman selepas makan makan memaklumkan beliau tidak memandu laju dan sampai satu selekoh tiba-tiba kereta yang dipandu tidak dapat di kawal dan terbabas. waktu tersebut adalah pada jam 2 pagi. beliau berusaha keluar dari kereta yang terbalik. sampai sahaja di luar kereta seorang lelaki sudah sedia menunggu dan menghulurkan kad tarik kereta.

saya meneliti beliau, pemuda yang baik, beradab, berpendidikan, tiada bau alkohol, begitu juga rakannya yang warga AS berketurunan mexico itu.

kisah yang tuan keng bawa ini berlaku berleluasa tetapi apakah tindakan yang diab\mbil oleh pihak yang bertanggung jawab. apakah tiada siasatan dilakukan? apakah pihak polis turut terlibat?

wallahu 'alam.

Anonymous said...

Dekat negara barat,,,,orang berpusu-pusu memeluk islam

Dekat Malaysia orang takut dan benci disebabkan perangai dan perbuatan orang islam itu sendiri.

Ini lah tanda dunia nak kiamat....
Islam will rise from the west

Bila lah Amru Khaled malaysia nak timbul supaya tak ramai lagi yang sesat serta menarik hati ramai untuk memluk islam.

Ku Keng said...

KOMEN:
Penahan pada malam Sabtu berleluasa di KL. Dan di atas tuduhan yang ditangkap dalam keadaan mabuk. Maka perlu ditahan untuk malam-malam Sabtu dan Ahad. Bail tak dapat dibuat pada hari Sabtu kerana cuti. Maka merengkoklah mangsa di lokap untuk selama dua malam. Bukti tak mabuk? Ha ini hanya dapat pada hari Isnin. Dah terlambat. Jadi siapa nak merengkok selama dua malam di lokap yang penuh dengan 'doktor-doktor jalanan'? Itulah strategi mereka yang berkuasa. Maka mereka diajak berunding untuk 'kebaikan'. Sungguh zalim.

Gari: Memang betul begitu.
Maideen: Jangan campur minyak gaih dengan ayak. Dia meletup.
Kenakalayan: Banyak yang beranggap bahawa solat itu hanya ritual. Dah melekat sebagai tabiat.
Sayuti: Hai kamu ni betul-betul 'lonely' kerana isteri berjauhan. Begitulah hakikatnya budaya yang berhadapan dengan kita. Insha Allah tak akan hentikan dakwah. Hidayah itu khusus dari Allah SWT.
bukhari: Bukan bererti dia menyalahkan solat. Yang dia terkejut bagaimana orang sebegitu mempunyai dua personaliti yang sungguh bercanggah. Sepatutnya dengan orang yang bersolatlah dia merasa lebih selamat.
Kak Sya: Komen Bukhari tadi patut menjadi panduan buat kita.
Sayuti: Betul? Tak ubah-ubah lagi ya, kerana jawapan dikira sebagai sebagai muktamad. Besok dah weekend. Hooray!
Ordinary Superhero: Jangan hanya malu. Anda seorang peguam, pasti boleh bertindak. Betul tak?
Puan Dr.: Saya pun masih menunggu bubur asyura. Tak sampai-sampai lagi.

Begitulah keadaannya. Orang yang membuat repot kemungkinan masuk lokap. Bulan lepas, saya dihubungi Polis KT untuk tindakan lanjut ke atas repot yang saya buat 2 (DUA) tahun lalu. Dua tahun lalu. Dah lah repot tu mengambil masa 3 jam.
Zizie: Ada saya terbaca lapuran ada meja balai polis pecah ditumbuk orang awam. Baik suruh kawan kamu jangan keluar kemana-mana.
Lope: Siva ni minum teh lebih pun dah pening. Dia tak minum. Pasti.
ikelah: Itulah kebagusannya di Malaysia. Ini ditakrifkan sebagai "Early Disaster Warning and Recovery System". Meskipun tak secanggih yang di US tapi berkesan. On the Spot and On the Dot.

Keterlaluan ini harus bahkan wajib diperbetulkan. Kita menunggu 'Amr Khaled Malaysia.

Ku Keng said...

Anon:
Saya bersama-sama anda. Tetapi pesan 'Amr Khaled, perubahan itu mesti berpunca dari diri. Mari kita menukar diri dan keluarga.

Sayuti said...

keng,
saya mmg lonely, tapi tak sanggup nak berpoligami.

jawapan muktamad, sebab talian hayat dwi pilihan dah diguna. tapi kalau ada pilihan jawapan subjektif, saya tiru bukhari.

yeay. esok weekend! boleh menjelaskan bil air.

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Saya langsung tidak tahu yang perkara begini berleluasa. Amat menyedihkan, kerana kita umat Islam sendiri membuatkan mereka yang hatinya terbuka untuk mengenali Islam, terus menjauhinya. Saya berasa kasihan membaca nasib En. Siva.. tidak patut dia dilayan dan dituduh sebegitu.. apa, takde alat untuk mengukur tahap alkohol ke?

Apalah gunanya kalau kita bersolat.. tetapi solat itu tidak dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat.. seperti meminta rasuah......

Ku Keng said...

Sayuti: Itu bukan penyelesaian. Allah SWT telah mengaturkan supaya anda berseorangan supaya dapat menuntut ilmu pada malam-malam hari. Di sekeliling Sentul kan banyak masjid. Lepas mengaji boleh makan-makan. Di Masjid Jalan Haji Salleh ada warong, kari ikannya best. Di belakang masjid Setapak pula soup kambing dan popiahnya terbaik di KL. Amacam?
NBB: Beliau bujang. Malahan dua orang bapa sedaranya sudah masuk Islam. Dia orang Taiping. Jiran kome ler.
Ayumi: Banyak muslihat. Alat ada tapi macam alasan yang diberi.

Sayuti said...

keng. ada satu masjid dekat dengan area apartmen saya. baru 3 kali singgah sejak berpindah (malu). nama masjid pon tak tahu lagi. saya slalu bersolat di ofis saja sebelum balik. itu juga yang sering bini saya cakap. insyaAllah, nanti. (jawapan biasa. terukkan saya?)