Powered By Blogger

Monday, February 06, 2006

Made in Denmark

Beberapa tahun lalu, sahabatku seorang penerbit majalah Islam di London, bersama lapan orang ahli keluarganya telah berkesempatan untuk mengerjakan umrah.

Alangkah gembiranya mereka. Selain daripada kesempatan untuk mengecapi keberkatan secara beramai-ramai dengan menjejakkan kaki mereka di Haramain, perasaan tambahan yang tak dapat dipendamkan antara satu sama lain adalah keseronokkan masing-masing apabila terpandang kepada outlet Mc Donalds di Hilton Makkah. Apatah lagi, bila ada saja waktu yang tidak ke masjid, sama ada pagi, petang, siang atau malam, mereka sekeluarga, tak akan kemana-mana melainkan untuk beramai-ramai ke Mc Donalds untuk membaham apa saja yang dijual di sana. Dengan lahapnya. Setiap seorang mereka akan membaloi sekurang-kurangnya dua jenis makanan di Mc Donalds, setiap kali kesana!

Pada hari ke-empat dalam acara 'lawatan' mereka ke Mc Donalds, pelayan Filipino yang telah memerhati kelaku mereka setelah beberapa hari, bertanya kepada temanku, memandangkan yang ia tertua di antara mereka.

”Where are you guys from?”

”London,” jawan temanku rengkas, sambil mengunyah-gunyah burgernya.

”Why, isn’t there any Mc Donalds there?” Tanya lagi si Filipino tadi.

“Of course, plenty but they aren’t halal!” jawab temanku.

“What makes you think these are halal?” Tanya si Filipino.

“What?” temanku menjerit terkejut. Beliau terhenti dari mengunyah dan memandang kepada Filipino tadi dengan penuh kehairanan.

Si Filipina masuk ke setor dan membawa keluar beberapa kotak burger yang tertera ‘Made in Denmark’, tetapi tanpa mempunyai langsung tanda-tanda yang menghalalkan isian kotak tersebut.

Hampir-hampir terjeluak mereka apabila melihat bukti yang dikeluarkan.

Begitulah, di negara yang terlampau phobia dengan bid’ah, terdapat bid’ah yang terlebih besar.

p.s. Ingatlah:
  1. Kehinaan yang berlaku masakini terhadap kita adalah angkara perbuatan umat Islam sendiri.
  2. Kadangkala kelaku kita lebih menghina Rasululullah daripada kartun yang dilakarkan oleh pelukis-pelukis Danish yang berkait. Tetapi bukanlah bermakna yang kita mesti berlembut dalam isu yang sedang membara ini.


PERINGATAN:
  • Hari Rabu (8 Feb) adalah hari Tas'un (tis 'ata = 9) atau hari kesembilan Muharram. Sunat berpuasa.
  • Hari Khamis (9 Feb), hari 'Asyura' ('a syaraa = 10), sunat berpuasa. Tapi tak payahlah membedal-bedal dan memukul-mukul badan dan kepala sehingga berdarah macam orang syi'ah. Nanti jadi haru pulak.

15 comments:

dith said...

I tend to be naive too when I am overthere thinking, "I can leave my guards down here cause everything's been taken care by the Saudi, guardian of the Kaabah.." Guess I am totally wrong huh??

abdullahjones said...

kamu membuatkan ramai yg pernah ke Mekah menjadi berfikir.di depan kaabah ada kfc. mcD dan segala macam. haram tubuh mereka masuk kesana, mereka masuk cara lain.dan kita yang rajin ke sana pelahab apa saja. hahaha.

Anonymous said...

Jadi maksud hang, yang kita dok kedarah dengan lahapnya tu tak semestinya halallah? Aku dah agak dah dari dulu apabila melihat sesetengah bungkusan steak di supermart di Jeddah tu. Tak ada langsung tanda 'tanpa was was'.

HCI said...

Ya Allah, Mc D in Hilton tepi Masjidil Haram tu. My God, that was where I took my breakfast each time after Du'ha prayer. Cam na ya, hopefully tak menjejaskan Haji yang dilakukan.

In Denmark when we were very hungry and looking for food, kawan cakap boleh gi makan kebab di kedai Jews. So masa di Denmark tak lapar ler. Tapi bila di Amsterdam, masuk kedai halal Arab punya, dia kata it is only Halal jika ada label Halal and for validation, those truly halal restaurant do not serve alcoholic drinks. Dia kata yang makan kat stall or rest. jews tu makan daging tak halal, sebabnya tuan kedai jews tu yang datang makan restaurant dia, sebab halal meat is expensive. Tak tahu ler kelentong si arab ke atau tidak, but it make sense.

Anonymous said...

Ironic kan..kita dok sangka bila kat tanah haram pihak berkuasa lebih2 lagi menitikberatkan hal-hal sebegini..especially bab makanan halal ni.

Kita tak boleh nak elak dari berfikir..takkanlah tak halal dak..ehm..agak2 dosa tak orang yang dah selamat makan dengan anggapan makanan tu halal? Harap Allah ampunkanlahsikap sambil lewa kita dlm memastikan McD kat Mekah tu halal..

Siapakah yang patut dipersalahkan???

Anonymous said...

I heard this saying many times before that America packaged cancer in a box.......and distribute it worldwide

kan banyak kedai arab kat dalam makkah hilton tu.....restaurant heera la..........dll. Briyani dan kabsa depa sedap-sedap belaka.

After discovering about trans fat (bacalah dalam internet mesti hangpa semua terkejut) My family and I do our best to avoid all the fast foods.After reading this article I dont think v going to go there at all.

Tuan Keng,
Saya setuju bahawa, banyak kehancuran berlaku di masa kini kerana perbuatan umat islam itu sendiri!!!!!!!!!!

Kalu McD kat makkah tu tak halal, kat malaysia nie tak tau lah, sedangkan ayam tak halah, ikan air tawar tak halal.....jadi vegetarian lagi bagus ...itu pun kalu di bubuh baja najis khindzir...tak halal jugak la nampaknya.

Macam mana kita nak jadi centre for halal products (Muslim hub) nie,,,sedangkan basic pun belum diperbetulkan lagi.

HCI said...

Adik Keng,

mu tau tak kueh pinang gote orang terengganu (yang bulat di goreng, kulit pulut, isi sambal ikan)tu atau kueh bom (bulat, inti kacang manis, kulit pulut taruk bijan tu), macam mana tips dia supaya bila digoreng tidak meletup ye?

Sya said...

Mc. D and KFC dimakan di Makkah? Bodoh ler.. beriani, nasi bokhari, ayam panggang.. kebab semuanya yg kak sya masih rindu hingga sekrg.. bila lagi dpt rasa....? Sedapnya tak terkira and orang nak makan burger masa di sana? tak ke bodoh tu..

Keng.. Selamat menyambut Hari Asyura..

sinaganaga said...

Keng,
Aku pernah. Hantuk kepala ke dinding. Hentak tangan ke meja. Acu penumbuk ke muka... Tapi bukan pada Hari Asyura.

Ku Keng said...

Puan Dr.: Pepatah Cina, "If you need to cheat, do it to friends, not strangers."
A Jones: Sebagaimana Lawrence of Arabia dan Snouck Hugronje, menyelinap masuk ke tanah haram. Begitu senangnya untuk masuk ke sana.
Maideen: Awat hang tak habaq awai-awai?
Kak Has: Yang tak tau pasti dimaafkan. Kalau Kosher kena cek yang ada tanda kosher yang disahkan oleh jemaah ulamak mereka baru betul.
Nita: Lain kali ke Makkah cari lah kambing mendil, lebih enak. Jangan salahkan sesiapa.
Anon:Di Malaysia lagi kita tertipu. JAKIM yang mengeluarkan sijil hanya cek melalui talipon. "Amacam bos, itu ayam Melayu potong ke?" "Ya Haji, semua Melayu potong!" Maka halallah segala-galanya.
Kak Has: Hai macang macang nok makang pulok dah. Nggidang ke? Asang gupa, atih-sokmer, dang apang dewa dok kkenang ke? Nati I tanya adik I kalu-kalu dia ingat rahsia nok goreng dok pecah.
Kak Sya: Sebenarnya mereka terlior-lior kerana di London hanya boleh tengok tapi tak boleh makan. Itulah sebabnya.
sinaganaga:Anda perlukan dimandikan ngan air jampi serapah. Segera. Segala perbuatan ganas yang dilakukan di luar hari 'Asyura' difatwakan sebagai bid'ah.

Ku Keng said...

usha: Sekali sekala bertukar wajah, semoga membawa tuah.
Di London tak apa, sememangnya semua yang tak mungkin halal, tapi di tanah haram pun ada makanan haram. Ha, ini memeningkan.

maklang said...

Assalamualaikum Keng,

Thanks for reminding pasal puasa tu.

Kena berhati2lah ye kalau McD kat Mekah tu tak halal. Makan jelah food yang diprovide oleh travel agency tu....

Ku Keng said...

Mak Lang: Selamat datang Mak Lang, dok apa mari zerrah tengah-tengah malang. Insha Allah esok kita pperosa, wala pong tak dok bbunying geta.

Mama Pongkey said...

:) Kawan non-muslim saya yang berbangsa Belgian terkejut bila saya beritahu di tepi Masjidil Haram ada KFC. 'How dare and how cheeky of them to have their capitalist symbols right outside Islam's Holy Mosque!' was roughly what she said.

Heh.

tuan tanah said...

esok dah 9 feb. hampir saya terlupa. tq kerna mengingatkan.