Powered By Blogger

Sunday, February 26, 2006

Double Standard

The news (right below) that I missed while I was away.

I salute Tun Mahathir for his stand on this issue (and I hope he will take similar stand on other issues, as well).

Now we are playing on semantics. Yes, semantics.



Mahathir Syor Pengarang NST Digantung Tugas

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengarang New Straits Times (NST) patut digantung untuk tempoh “dua hingga tiga bulan” kerana menyiarkan dua kali kartun berkaitan kontroversi karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

“Walaupun akhbar itu tidak digantung, pengarangnya patut digantung kerana orang boleh melihat apabila beliau menyiarkannya, beliau tidak faham perasaan orang Islam,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, dengan mengambil tindakan terhadap akhbar itu, kerajaan membuktikan ketegasannya tidak ada yang terlepas daripada dihukum.

Akhbar berusia 160 tahun itu, antara yang tertua di rantau ini, menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri kelmarin kerana menyiarkan kartun Non Sequitur oleh Wiley Miller.

Ia menunjukkan pelukis tepi jalan duduk di kerusi bersebelahan papan yang bertulis: “Karikatur Muhammad (SAW) Sementara Anda Menunggu” di halaman sisipan Life & Times pada Isnin lalu.

Dr Mahathir juga menyifatkan NST tidak sensitif kerana menyiarkan semula kartun itu, kelmarin. “Mereka sungguh tidak sensitif dan mereka sepatutnya sensitif kerana mereka tahu cerita ini bukanlah sesuatu yang secara tiba-tiba timbul. “Jadi kenapa dia siarkan? (kartun itu). Ia menunjukkan dia kurang faham dengan sentimen orang Islam. Mereka siarkan sekali lagi semalam (kelmarin) seolah-olah menyoal apa sangatlah benda ini, tak ada apa pun,” katanya. Bekas Perdana Menteri berkata: “dengan bertanyakan orang ramai soalan ‘lihat inilah yang kami siarkan, apa sangatlah salahnya?’ sudah membuktikan bahawa dia tidak faham. Pada masa yang sama dia siarkan semula kartun itu.”

Dr Mahathir berkata, dengan mengenakan tindakan terhadap akhbar itu, kerajaan akan membuktikan bahawa ia tidak membezakan antara akhbar yang menyokongnya dan mereka yang berkecuali. “Jika ia telah melakukan kesalahan, tindakan akan diambil dan tindakan itu haruslah konsisten,” katanya merujuk kepada penggantungan akhbar Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW itu.

Dr Mahathir turut ditanya mengenai hujah mengatakan NST tidak menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang menjadi kontroversi itu, sebaliknya hanya memaparkan kartun mengenai isu itu.

“Dengan mengatakan seseorang itu duduk di sana dan mengenakan sejumlah bayaran untuk melakar karikatur (Nabi Muhammad SAW), ia bermakna anda mengatakan bahawa ini tidak apa-apa (sedangkan ia bukan),” katanya.

- Bernama.
Feb 24,2006


p.s. "Tun, err Tun! Komen tentang zaman dulu tak ada razor-blade, maka orang terpaksalah simpan janggut, dan janggut tu bukanlah sunnah, kita tutup buku saja ye? OK?"

13 comments:

Yeop-Harley said...

Ayah Keng, ape syusyehnye??

HCI said...

;=[

Pak Malau said...

Kalau anak orang dagang, jangan derhaka kepada raja. Ingat ya nak.

dith said...

:(

bukh said...

bapak yang isap rokok, sudah pasti marah bila tengok anak yang baru tingkatan satu isap rokok...

bapak tuh memang salah sebab isap rokok, tapi dia betul dalam perbuatan marah terhadap anak dia sebab isap rokok....

-bukan geng tun-

Sya said...

Emmmm....

Sayuti said...

setuju dgn bukhari. mungkin dia tak mahu anaknya itu jadi perokok spt dia.

cubaan menebus kesilapan menghisap rokok mungkin?

p/s: haih, kena rokok yang kena?

zizie ali said...

meLAYU mudah lupa.

masihkah kau ingat
sekuntum mawar itu
di tapak tangan ini
dia menjadi LAYU
lalu ku genggam
dia menjadi debu
masihkah kau ingat
masihkah kau ingat
~kopratasa

Ku Keng said...

Yeop, A Jones, Kak Has, Pak Malau, Puan Dr., Kak Sya, Zizie: Untuk membalas komen anda semua, ini adalah satu sajak dari sdr. Zizie:

bila balutan terurai
kau pun sembuh
yang tinggal
hanya parut kecil
yang mungkin akan sirna
di suatu masa.


Hanya ternyata parut belum atau tak mungkin sirna.

Bukhari & Sayuti: Mithalan kurang tepat. Bukannya bapak perokok, tapi bapa pencuri dan anak polis. Jadi bila anak tak menghukumi pencuri yang ditangkapnya dengan tegas, teguran bapa terhadap hukuman ini berkesankah?

Sayuti said...

lebih tepat.

Jarri said...

kita kena suruh tun jawab sendiri ni.

Anonymous said...

He should have taken his own advices.

Lama pulak dah tak tengok muka Tun.

Anonymous said...

yang engko sanjung sgt tun mahathir tu buat apa yob.. zaman dia perintah apa yang dibuatnya..tak kan kau tak faham.tak tahule aku kot sekarang dia dah tobat..melayu memang mudah lupa.engko punya co. nak kerat sepuluh pun nak sanjung dia lagi.