Powered By Blogger

Monday, February 27, 2006

air wek wek di Selangor


BOLEHKAH SESIAPA
MENGESAHKAN KEPADA SAYA,
SAMA ADA
INDAH WATER BERHAD,
(syarikat yang mengendalikan pembuangan najis dan pusat kumbahan najis)
dan
SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR,
TELAH BERGABUNG?

INI KERANA,

INI ADALAH HARI KE-EMPAT,
AIR DI KAWASAN SELANGOR DAN KUALA LUMPUR
,
BERBAU NAJIS iaitu TAHI,
SEPERTI AIR
DI PUSAT KUMBAHAN NAJIS!



WEK!!




Sunday, February 26, 2006

Double Standard

The news (right below) that I missed while I was away.

I salute Tun Mahathir for his stand on this issue (and I hope he will take similar stand on other issues, as well).

Now we are playing on semantics. Yes, semantics.



Mahathir Syor Pengarang NST Digantung Tugas

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengarang New Straits Times (NST) patut digantung untuk tempoh “dua hingga tiga bulan” kerana menyiarkan dua kali kartun berkaitan kontroversi karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

“Walaupun akhbar itu tidak digantung, pengarangnya patut digantung kerana orang boleh melihat apabila beliau menyiarkannya, beliau tidak faham perasaan orang Islam,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, dengan mengambil tindakan terhadap akhbar itu, kerajaan membuktikan ketegasannya tidak ada yang terlepas daripada dihukum.

Akhbar berusia 160 tahun itu, antara yang tertua di rantau ini, menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri kelmarin kerana menyiarkan kartun Non Sequitur oleh Wiley Miller.

Ia menunjukkan pelukis tepi jalan duduk di kerusi bersebelahan papan yang bertulis: “Karikatur Muhammad (SAW) Sementara Anda Menunggu” di halaman sisipan Life & Times pada Isnin lalu.

Dr Mahathir juga menyifatkan NST tidak sensitif kerana menyiarkan semula kartun itu, kelmarin. “Mereka sungguh tidak sensitif dan mereka sepatutnya sensitif kerana mereka tahu cerita ini bukanlah sesuatu yang secara tiba-tiba timbul. “Jadi kenapa dia siarkan? (kartun itu). Ia menunjukkan dia kurang faham dengan sentimen orang Islam. Mereka siarkan sekali lagi semalam (kelmarin) seolah-olah menyoal apa sangatlah benda ini, tak ada apa pun,” katanya. Bekas Perdana Menteri berkata: “dengan bertanyakan orang ramai soalan ‘lihat inilah yang kami siarkan, apa sangatlah salahnya?’ sudah membuktikan bahawa dia tidak faham. Pada masa yang sama dia siarkan semula kartun itu.”

Dr Mahathir berkata, dengan mengenakan tindakan terhadap akhbar itu, kerajaan akan membuktikan bahawa ia tidak membezakan antara akhbar yang menyokongnya dan mereka yang berkecuali. “Jika ia telah melakukan kesalahan, tindakan akan diambil dan tindakan itu haruslah konsisten,” katanya merujuk kepada penggantungan akhbar Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW itu.

Dr Mahathir turut ditanya mengenai hujah mengatakan NST tidak menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang menjadi kontroversi itu, sebaliknya hanya memaparkan kartun mengenai isu itu.

“Dengan mengatakan seseorang itu duduk di sana dan mengenakan sejumlah bayaran untuk melakar karikatur (Nabi Muhammad SAW), ia bermakna anda mengatakan bahawa ini tidak apa-apa (sedangkan ia bukan),” katanya.

- Bernama.
Feb 24,2006


p.s. "Tun, err Tun! Komen tentang zaman dulu tak ada razor-blade, maka orang terpaksalah simpan janggut, dan janggut tu bukanlah sunnah, kita tutup buku saja ye? OK?"

Monday, February 20, 2006

The Light

Among the many Hollywood actors that I enjoy watching, Clint Eastwood happens to be one of them. For he is one of the 'less talk and more actions' type. And I for one do not watch movies that need you to think and wonder. Though he had been guilty of corrupting us with vulgarities like “Mother F*****” on certain occasions when he was in extreme anger, at least he did attempt to portray good mannerism in some of his movies. He did introduced us to 'polite' phrases like “I’ll make it into a suppository” instead of “I’ll shove it into your ar**”, if you could consider that as polite, i.e. And that aspect is the less remembered better side of Dirty Harry.

I don’t intend to discuss the many adventures of Dirty Harry but I suppose some would recall scenes when Harry, in the course of his duties, stepped into strip-tease joints where the dancers, male and female, danced in king-size bird-cages. Los Angeles was famous for this kind of joints. I am relating this from hearsay as I have never been to one just as I have never been to LA either.

Dr. Rosly, a friend, who was a Jema’ah Tabligh member in the States and now turned politician, told me of an interesting story relating to a caged-couple. During his student days in the States, bird-cages were a plenty. And I am not saying that he regularized those joints. But a friend of his did.

This friend, let us call him Ahmad, was a revert to Islam. After having served in Vietnam for a while, he begun to search for religion and discovered Islam, through a chance meeting with a Tablighi. And that brought him to the Jemaah as well. Having become a strong believer, he set to bring the Muslims in his LA neighborhood who had strayed, back to Islam. And his target was a 24-hour bird-cage joint operated by an Arab, whom he found out was a Muslim.

He visited this Arab on various occasions and warned him of the sins of selling liquor and of operating such indecent shows. And because of the regularity of his visits and the arguments, most of the regular visitors to the joint got used to seeing Ahmad and the Arab exchanging heated arguments. Until one day, as they were arguing, the male dancer who had been witnessing them on so many occasions, stepped out of the cage, walked to them (in the same attire as he had been in the cage), and inquired of what the arguments were all about. And as Ahmad was deeply engrossed in the argument with the Arab, he turned to him and snapped, “Look, it’s none of your business. Here’s my calling card and call me later!” Though the Arab joint-owner had been confronted by Ahmad on many occasions, he was plainly uninterested in Ahmad's call.

But the couple was. When they returned home from work that day that couple decided to find out as to what the whole issue was all about. He called Ahmad to inquire of the arguments. And a meeting was set. Ahmad visited them and explained of his cause, of Islam and of why he was trying to bring back the Arab to Islam. And they began to meet several times after, and eventually the couple became deeply interested in Ahmad’s messages and cause. Finally the caged-couple embraced Islam and discontinued their jobs as dancers. But the Arab was still continuing his business, as sinful as ever.

That is how hidayah reaches the hearts of whom Allah SWT have chosen. Crimsonskye and Kenakelayan, in their blogs and comments discussed at length of how the messages of those who accepted Islam in Texas, had touched their hearts.

Hearts became opened not through fantastic discourses on the Quran, but through what might seem as minor issues to most people. Sheikh Nuh Ha Mim Keller for example, studied Islam at length and in depth before becoming a Muslim, but it was the action of a fellahin Egyptian woman and the attitude of a street youth whom he befriended in Aswan, a remote part of Egypt that opened the beauty of Islam to him and moved his heart to Islam. It was not from the heavy philosophical stuff that he had delved in for many years. A Thai-born American doctor, read of the Quranic verses of how tortures in hell would be through the burning of the skin. And that the skin would be replaced every time it became burnt, to enable the continuous repeats of the tortures. And that led him to conduct researches on the nerves-systems in the skin. Through this he discovered the fact that intense pain not only is experienced from burning but that pain is skin-deep. Thus he was led to the vastness of knowledge in Islam. There are many similar stories of how people revert to Islam, through such simple incidents.

The Holy Prophet sallallahu 'alaihi wassalam, said that his duty is to bring the shahadah to the lips of the people, and that Allah subhanahuu wa ta'aala takes care of the affairs of the hearts. Once the heart is touched, the lips become easy. Insha Allah.

Friday, February 17, 2006

Paku Untuk Tuanku

I.

Semua orang mengenalinya sebagai Abu Maron. Sebenarnya Abu Mismaron atau Bapak Mismaron. Mismaron adalah perkataan Arab untuk 'paku'. Abu Maron merupakan pembuat paku yang terhandal di negeri itu. Ini cerita dulu kala. Ketika itu belum terdapat mesin untuk membentuk besi atau logam seperti sekarang. Setiap paku ditempa dan dibentuk dengan tangan. Logam untuk membuat paku pula dimasakkan sendiri. Tak ada kilang yang menyerupai Perwaja atau Malayawata. Dan kelebihan paku-paku Abu Maron adalah bersifat kuat, susah patah atau meskipun senang untuk dibengkok, senang menusuk kedalam kayu atau batu. Kepala paku buatannya pula senang diketok dan tak mudah pecah. Abu Maron mempunyai kehandalan untuk membuat apa jenis paku sekalipun. Tak kira sama ada daripada besi atau logam. Abu Maron mempunyai kepintaran untuk membentuknya.

Secara peribadi pula, beliau seorang yang warak. Kuat beribadat malam dan kurang bercakap-cakap kosong. Ada kalanya jawapannya untuk sesuatu keadaan menyakitkan hati keluarganya, terutama isterinya, kerana jawapan yang diberi tak memberi jalan keluar yang munasabah kepada keadaan yang sedang menghadapi mereka. Dan ungkapan jawapannya pula serupa untuk semua keadaan. “Allahu ma’i,” atau “Allahu ma’ak.” Iaiatu Allah bersamaku atau Allah bersamamu. Misalnya, “Makanan dah abis,” teriak isterinya. “Allahu ma’ak,” jawapannya rengkas. Dan setelah berlapar untuk beberapa jam, pada petangnya datanglah jiran yang baru membuat tahlilan menghantar juadah. Inilah diantara manfaat sampingan tahlilan yang dianggap oleh segelintir penduduk kampung sebagai bid’ah.

Dan tepatlah apa yang dikatakan oleh Abu Maron bahawa Allah sentiasa menjaga makhlukNya. Hal seperti ini berlaku keatas keluarga Abu Maron pada beberapa keadaan kesempitan yang mereka lalui. Sehingga ada jiran-jiran yang menganggap Abu Maron sebagai seorang wali, dan pendapat ini disanggah pula oleh segelintir jiran lain sebagai bid’ah. Meskipun desa itu kecil, tetapi politik bid’ah kebid’ahannya boleh tahan juga.

II.

Kebetulan raja yang memerintah negeri itu baru saja menyiapkan istananya yang baru. Memangnya cantik dan indah. Tetapi, umum berpendapat bahawa yang mencacatkan rupa depan istana itu hanya satu, iaitu, tidak mempunyai pintu yang gah dan indah. Itu saja. Maka baginda raja pun memanggil tukang keraton yang terpandai dari Pulau Jawa untuk menempah sepasang pintu kayu jati, dan untuk menghiaskan pintu baginda memerintahkan pula Abu Maron supaya menyediakan paku berkepala emas untuk dipakukan di bahagaian luar pintu yang bakal dibuat. Kesemuanya 20 batang paku yang berukuran besar. Mesti siap dalam tempoh 3 bulan. Seandainya Abu Maron gagal dan ingkar untuk melaksanakan perintah itu maka hukumannya adalah mati. Akan dibunuh sampai mati.Noktah.

III.

Untuk membuat paku-paku yang diperlukan bukanlah sesuatu yang sukar bagi Abu Maron, tetapi dari manakah beliau akan mendapatkan emas untuk membuat kepala paku? Itulah perangai sang raja yang amat tak disukai semua. Suka memeras rakyat. Abu Maron pula kehidupannya dibawah paras miskin yang teramat.

Isterinya menjadi gundah dengan perintah ini kerana beliau tahu bahawa tak ada cara langsung untuk Abu Maron melakasanakannya. Tetapi jawapan dari Abu Maron setiap kali diperingatkan, “Allahu ma’i wa ma’akum.” Allah bersamaku dan kalian.

Masa berjalan. Selepas sebulan, kerana kasihan belas jiran-jiran kepada Abu Maron, terutama sekali kepada keluarganya, maka sebagai bantuan, mereka mengumpulkan barangan kemas yang ada di seluruh desa tersebut. Dan berjayalah Abu Maron menempa dan membentuk 3 batang paku besi keluli berkepala emas. Sungguh cantik dan kemas bentuknya. Bersinar-sinar dalam cahaya matahari pagi. Bakinya sejumlah 37 batang lagi dalam masa 2 bulan. “Allahu ma’i,” jawap Abu Maron. Dan pada setiap saat dan waktu, Abu Maron hanya berkumat-kamit “Allahu Allah” atau “Allahu ma’i.” Seolah-olah tak ada yang menyusahkan bagi beliau.

Sehari sebelum genap tiga bulan. Hanya genap 3 batang paku yang terkumpul. Keseluruh ahli keluarga sudah gundah-gulana. Besok baba mereka akan dibawa ke raja untuk dibunuh. Tak wujud ruang untuk membuat rayuan supaya diadili dalam kes ini, seperti kesempatan yang diberikan kepada Saddam Hussein. Perintah raja adalah muktamad, seperti perintah bunuh Bush keatas Osamma Bin Ladin. Faqad.

Dan Abu Maron tenang dan seolah-olah tak ada sesuatu yang merungsingkannya. ”Allahu ma’i, Allahu ma’i, Allahu, Allahu,...........,” beliau seolah-olah bernafas dengan ungkapan ini.


III.

Keesokan paginya, kedengaran bunyi pecutan kuda yang berlari laju menuju kerumah Abu Maron. Jiran-jiran kesemua dalam ketakutan dan tak kurang pula yang mula menangis. Rumah Abu Maron sendiri menjadi hiruk pikuk dengan tangisan dari anak isteri dan ipar duainya yang datang untuk menghantar Abu Maron buat kali terakhirnya. Tetapi Abu Maron tenang. Setenang-tenangnya seperti air ditengah-tengah tasik Belum di Hulu Perak.

TOK, TOK, TOK,” bergegar-gegar pintu diketok kuat. ”Buka pintu segera. Mintak paku. Mintak paku. Kami mahu paku, Segera.”

Hanya Abu Maron yang berani melangkah ke pintu. Pintu di buka, Keriaaaaak. Dua orang askar yang gagah perkasa dan kelihatan bengis tegak berdiri diluar, menantinya tanpa sabar-sabar.

”Ya saya datang,” sahut Abu Maron, ”Allahu ma’i”.

”Kami mahu paku. Lapan batang paku panjang,” bentak jurucakap askar tadi,” Raja dah mangkat dan kami mahu segera paku untuk mengikat penutup kerandannya! Ayuh segera, kami mahu paku untuk Tuanku!”


IV.

Hari ini adalah Juma’at. Banyakkan selawat ke atas Rasul. Percayalah bukan sesuatu perbuatan bid’ah.


p.s. Ku, ini bukan perli patik kepada Ku. Hanya cerita teladan. Yang patik dengar dari Tok Wan patik. Lama dulu.


Wednesday, February 15, 2006

Tak cukup-cukup



Kawanku menceritakan satu peristiwa yang menimpa dirinya sewaktu baru keluar dari sebuah bank di Kota Baru.

Sebaik melangkah keluar, beliau terserempak dengan seorang tua yang berkopiah usang sambil memegang tongkat, di kaki lima bangunan. Mulut terkumat kamit, sedang membaca sesuatu, tapi tak kedengaran apa-apa.

“Assalamu alaikum Wer,” beliau menegur temanku. (Di KB semua orang dipanggil ’Wer’, kesingkatan untuk Awang).

“Wa alaikumus salam Pak Cik.“ Kawanku menjawab sopan.

“Tolong ambo Wer. Ambo gilo. Hor, adik beradik ambo gilo seremo. Dah nok wak guano!” Rayu orang tadi. Dengan suara yang penuh kesedihan.

Kawanku, temenung seketika sambil menyelok sakunya dan mengeluarkan wang nota se-rial. (Dulu di Kelantan Rial digunakan secara populer. Tapi semenjak di bantah oleh Samy Velu, kegunaan ini mula berkurangan. Entah kenapa). Dihulurkan kepada orang yang meminta sedekah tadi. Seraya berkata, “Tolong dor-or (doa) ko ambo yo, Pak Cik!”

“Dor-or apo Wer?” Pak Cik tu bertanya.

“Hor, yor lah Pak Cik, mintak sihat ba-de den murah rezeki”

“Tu sajo ke Wer?” Tanya Pak Cik.

“Selamat sekeluargo, lepah hu-te, anak-anak ngajji pandar, nnego ambo maju.” Aturnya lagi.

“Tu sajo ko Wer?” Tanya Pak Cik lagi.

“Hor, ado lagi Pak Cik. Kalu boleh nok gi Mmekah tahun ning, ambo laki bining.” Jawabnya, puas. Muktamad.

Pak Cik tua tadi tunduk dan diam sejenak. Kerana meyangkakan yang Pak Cik itu sedang berdoa, maka kawanku pun mengaminkan dalam hatinya. Kegembiraan. Semoga makbul doa Pak Cik itu dan akan tercapailah hajat-hajatnya. Kemudian Pak Cik itu mengangkat kepalanya dan mengeluh. “Wer,” kata Pak Cik tu,”Wi se-rial, nok mitak kor tuhe mace-mace!” (maksudnya: Beri hanya seringgit, nak minta pada Tuhan bermacam-macam!)

Pangggggg. Rasa tertampar, pipinya. Kelu. Gelap dunianya seketika.


p.s. Banyak kawan-kawanku bertekad, akan berderma apabila dapat rezeki atau dapat projek. Maka hai orang-orang yang susah, janganlah berputus asa. Kawan-kawanku akan berderma kepada anda apabila mereka dapat rezeki yang banyaaaaak dan projek yang besar-besar.

Nota: Sayuti, tolong bagi projek kepada mereka. Boleh tak?



IF I WERE A RICH MAN . Ini lagu dari musikal Yahudi Fiddler on Tin Roof. Sikap Yahudi suka bersyarat-syarat dengan Nabi Musa. Sebagaimana lirik dalam lagu ini, manusia suka berkalau dan berkalau. Dan ada antara kita, ingin melakukan kebaikan tetapi dengan meletakkan pelbagai syarat yang tertentu.

Monday, February 13, 2006

How?



The order of the day is to be smart. By being smart one can achieve growth, sustainability, competitiveness, efficiency and many, many more. But the call of the day is to be intelligent. Being intelligent makes you smart, of course. In addition you will be creative, useful and most importantly, you will be able to survive. You will be wiser.

The most basic need for intelligence, the most important in fact, is to be intelligent in using the toilet bowl. Toilet bowl? Yes, right.

Imagine yourself eating too much of Kak Has’s bubur ‘asyura, and had to rush out of meetings or conventions that was held in a hotel. Say the Pan Pacific in KL. You were lucky to find not just an empty can (toilet lah!), not just empty but it was clean and with piped music, to add to the ambience.

And you managed to complete your business.

And then, you became puzzled. How on earth do you operate it? It was one of the modern toilets with a built-in bidet, with several buttons and gadgets attached to it and with several pipes in the inner part of the bowl, that would move in and out, in accordance with whichever button that you pressed. And having pressed the wrong buttons have ended in you first having your newly pressed shirt all wet, then water sprayed all over your face, hair and glasses, then the trousers that you hung to the door also not spared.

You were really caught in an embarrassing situation. What the heck! No wonder they had music, to soothe your temper that was slowly reaching its critical breaking point.

And it was really your fault for not reading the Standard Operation Procedures (SOP) for use of the toilet. Probably you missed it for you were in a hurry. See, the SOP was pasted to the inner part of the seat cover. In small prints. In order to read, you would have to first go to the ritual of kneeling in front of the bowl and put your head close to the bowl-seat, almost to the extent of enabling you to smell the water in the bowl. But problem, problem. It was in Japanese English. So you needed time to go over it and understand the instructions. But had you read it and Kak Has’s bubur was working too effectively on you, so what would you have done? No time to finish the SOP, obviously. And back to square one, read or not read the instructions, the resultant effect on you would still have been the same. All wet. So you took the risk.

And when you exit from the toilet, you realised that a few others were just as wet as you were. And it wasn't even raining outside.

Obviously the toilet was designed only for the Japanese cos they are customized to bowing before doing anything. Dozo.


p.s.: Kak Has. Your bubur 'Ashura' looks tempting.


Friday, February 10, 2006

Protes

Tadi aku menalipon seorang teman mengenai perarakan dari Masjid Kampung Baru ke Wisma Denmark untuk pembantahan dan penyerahan memorandum protes mengenai kartun yang menghina Rasulullah SAW.

“Mus,” kataku “tadi hang pi dak ka Masjid Kampung Baru?”

”Tuan,” katanya ”demonstrasi ni bukan sunnah. Ianya millat Yahudi.”

”Ha....?” aku respon terkejut.

”Begini tuan, cara yang sebenarnya adalah seperti mana yang dilakukan oleh Sayyidina ’Ali KarramaLlahu wajhah (KRW). Tanpa banyak bicara dan dengan pedang terhunus, dia pergi ke punca fitnah dengan tujuan untuk memenggal leher orang yang menjadi bapak fitnah. Tapi ingat, mesti kerana Allah, kerana sekiranya berlaku apa yang menimpa kepada Sayiddina ’Ali, iaitu diludahi, maka, jangan bertindak atas sebab kemarahan kerana diludahi, kerana itu sudah nafsu bukan lagi kerana kewajipan! Inilah cara yang sepatutnya dan bukannya bertempik-tempik dengan riuh rendah.”

”Abis camana Mus, awat hang tak buat gitu?”

”Dalam keadaan di sini mana boleh bertindak sedemikian, tuan?” Jawapnya dengan penuh konfiden.

”Tuan Mus,” saya berkata dengan tenang, ”itu jawapan atau anjuran orang yang bodoh dan malas, atau cacat akal. Sekiranya enggan berbuat sesuatu, jangan berdalih-dalih dengan memberi pelbagai alasan tentang keadaan atau undang-undang atau ini bukan negara Islam. Dah tau tak boleh buat sedemikian, buatlah sekadar yang boleh. Sekurang-kurangnya perasaan diluahkan dan kebencian digemburkan. Orang macam hanglah yang merosakkan perjuangan. Bertindak tidak, tapi mengkritik senang! Sokongan dengan semangat pun tak larat ka?”

Beliau terkejut dengan respon dariku. Tergamam dan terus senyap.


February 10, 2006 20:43 PM

Thousands March In Protest Against Caricatures Of Prophet

KUALA LUMPUR, Feb 10 (Bernama) -- More than 12,000 people held peaceful demonstrations in Malaysia Friday to protest against the publication of blasphemous caricatures of Prophet Muhammad by newspapers in several countries including the Sarawak Tribune in Sarawak.

The biggest protest took place in the federal capital where about 10,000 supporters of PAS and members of non-governmental organisations (NGOs) marched from Masjid Kampung Baru to Wisma Denmark, which houses the Danish Embassy, in Jalan Ampang after Friday prayers.

They were led by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang who handed over a protest memorandum to officials of the embassy.

The demonstrators shouted "Allahuakhbar" (God is great) and "hidup..hidup..Islam" (long live Islam) during the 2km march.

The caricatures, first published in Denmark and then reprinted by newspapers elsewhere, have enraged Muslims around the world and triggered sometimes violent demonstrations. Islam forbids depiction of the prophet to avoid idolatry.

Abdul Hadi said he asked that the memorandum be handed to Denmark's Prime Minister Anders Fogh Rasmussen and demanded that the Danish government apologised to Muslims in the world.

Deputy head of mission in the Danish Embassy, Steen Hommel, said on behalf of the ambassador that the embassy would study the memorandum before handing it to the country's Prime Minister.

-- BERNAMA

p.s.: Pihak FRU telah memberikan kerjasama yang paling baik. Mengawal dengan penuh hurmat dan bersemangat. Terima kasih teramat. Sangat.

NAGA: Mari kita tabik, tabik dan tabik!

terjemahan sms: "Sekiranya kita terus memboikot barangan buatan Denmark sehingga ke musim panas akan datang, mereka akan kerugian sebanyak 36 juta Euro."

UPDATE:

Terdapat satu makalah yang agak menarik bertajuk Apa agaknya reaksi Rasulullah SAW kepada kartun yang ditujukan kepadanya? pada blog Ahmed Humeid.

Cadangan beliau dalam makalah tersebut patut di sambut segera oleh ABIM, JIM, PERKIM, UIA, IKIM, dan NGO-NGO serta badan-badan politik tempatan. Dan kita juga!!

Thursday, February 09, 2006

Nilai





I.

Siva, kawanku, pulang dari pejabatnya agak lewat pada satu pagi (jam 1.30 pagi) setelah bertungkus lumus selama sehari suntuk untuk menyiapkan lapuran akhir tahun perniagaan di mana dia bertugas. Beliau seorang financial planner, dan kesebokkan sebegini sudah menjadi rutin tahunan baginya setiap Disember.

Sewaktu memandu di seksyen 16 PJ, sebuah kereta dengan tiba-tiba meluncur keluar dari satu persimpangan dan hampir-hampir merempuh keretanya. Beliau sempat mengelak tetapi akibatnya, keretanya memanjat kaki-lima jalan dan terus terbalik. Meskipun kereta teruk kerosakanya, beliau selamat.

Yang anehnya, secepat kilat selepas kemalangan berlaku, tibalah trak-tunda dan pakar-pakar perunding aksiden dan insuran, entah dari mana.

Menyambungkan cerita, Siva pun ke balai polis terdekat untuk membuat lapuran.

“Ni mesti awak mabuk, pasal ni malam Sabtu,” si Sargen yang mengendalikan kes itu membuka hujah tuduhan.

“Tak datok, saya dari pejabat, baru habis kerja,” jawab Siva dalam ketakutan, maklumlah baru mengalami kemalangan.

“Pejabat apa? Mana ada orang kerja sampai lewat begini.”

“Tak datok, saya betul-betul dari pejabat. Saya bekerja di …. blah, blah, blah….” rayu Siva.

“Habis macam mana kereta awak boleh remok sampai begini?”

“Begini datok, sewaktu saya sedang mendaki bukit, ada kereta yang tiba-tiba keluar dari persimpangan dengan lajunya, dan hampir-hampir langgar saya, dan saya pun terus mengelak dan apa yang berlaku tu adalah kerana keadaaan jalan ……blah, blah, blah…..” Siva membuat penjelasan.

“Haih, mana boleh? Mesti awak mabuk. Besok hari Sabtu, pejabat tutup. Jadi awak kena masuk lokap sampai Senin” bentak Sargen.

“Tolong saya datok, ini kes aksiden bukan kes mabuk. Saya tak pernah minum meskipun saya orang Hindu.” Siva rayu lagi memohon kasihan belas.

“Tak boleh, tapi kalau nak settle bayar aje RM5000. Senang.”

Siva termenung panjang. Hai RM5000, fikirnya, itu di luar jangkauannya. “Datok,” rayu Siva dengan linangan air mata, “Saya tak bergaji besar, dan membaikki kereta ni pun akan menjadi masalah kepada saya. Kasihanilah saya datok.”

“Tak boleh, ini bukan boleh tawar menawar,” bentak sargen itu.

Perbincangan berlanjutan, sehingga terdengar azan subuh berkumandang dari masjid terdekat.

“Ah, awak fikirlah cepat-cepat kalu tidak awak masuk lokap. Bagitau saya kejap lagi, saya nak pergi solat subuh dulu.” Sargen mengarah.

Piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing! berdesing telinga Siva apabila mendengar kata-kata itu.

Empat hari selepas kejadian, Siva menemuiku untuk menceritakan kejadian yang menimpanya.

“Bukan apa bang,” katanya, “ saya malu betul kerana sargen tu orang yang tak melengahkan solat. Malu betul bang!”

Untuk mengkhirkan cerita, Si Siva tak membayar rasuah yang dipinta, kerana abangnya kebetulan kenal dengan inspekter di balai tersebut.


II.

Lebih setahun lamanya saya cuba menanamkan minat Siva terhadap agama Islam dan sekarang ternyata back to square one!

Tak bercampur minyak dan air????

Tuesday, February 07, 2006

'Amru wa 'Amru

I.

Kenalkah anda kepada 'Amr Diab, penyanyi muda serta kacak (mungkin seperti Tuan A Jones) dari Mesir? Semenjak 1986, album Al Tarek-nya mencapai sukses yang mengejutkan dan setakat ini, beliau telah mengeluarkan 24 ‘top-selling albums’ sehingga terlekat gelaran ‘Super Star of the Pop Arab World’ kepadanya.

Aku mula mengenali 'Amr Diab daripada video-clip lagu Tamaly Ma’ak sewaktu di Manama (Bahrain) dua tahun lalu dan mungkin tertarik kepadanya kerana kasihan belasku kepadanya, setelah menonton klip itu. Mengapa dan kenapa seorang pemuda yang kelihatan bersopan serta sebegitu kacak, ditinggalkan oleh seorang gadis yang tak kurang hebat juga kecantikannya. Apakah dosa pemuda yang berjanggut rapi dan berpakaian kemas ini sehingga tidak diterima oleh ibu kepada gadis tersebut. Mengapa, aku bertanya diriku. Mengapa? Aduh sungguh sedih.

Sewaktu transit di Dubai, dalam menghabiskan waktu di airport sementara menunggu pesawat ke KL, aku telah membeli CD The Best of Amr Diab, cadangannya sebagai hadiah untuk anak-anakku.

Setibanya di rumah, anak ketigaku bertanya, “Ini Ayah beli di mana?”

“Dubai,” aku menjawab megah.

“Kenapa jauh sangat, kan di KLCC ada jual?” sahutnya.

Aduh, tercucuk rasanya ulu hatiku.


II.

Bagaimana populernya 'Amr Diab, taklah sehebat seorang akauntan yang berjaya di Mesir, yang telah muncul sebagai pendakwah yang amat populer, 'Amr Khaled,

Motifnya adalah untuk menarik pemuda-pemudi kepada akhlak Islam dalam kehidupan harian, dan dalam ceramah-ceramahnya beliau menyentuh tentang hal-hal yang berkait dengan kehidupan harian masyarakat Mesir, pada awalnya, seperti perhubungan antara muda-mudi, cara berpakaian, gejala berpoya-poya, gejala minuman keras, hijab dan lain-lain hal yang menimbulkan masalah muda-mudi Islam kontemporari. Gaya yang disampaikan beliau menyebabkan penonton serta merta menyesal di atas kelalaian mereka dalam meninggalkan akhlak Islamiah. Paling effektif.

Ramai anak-anak gadis Mesir misalnya mula berhijab selepas mendengar nasihat beliau. Panggilan beliau untuk berhijab adalah dengan membuktikan bagaimana pendedahan aurat amat berbahaya kerana katanya, ‘Seorang wanita boleh menggoda seratus orang lelaki, sebaliknya seratus orang lelaki tak semestinya boleh menggoda seorang wanita’. Kejayaan beliau telah menyebabkan beliau digelar ‘Islam's Billy Graham’.

Pengikut setia 'Amr Khaled terdiri dari anak-anak orang kaya Kaherah terutamanya, yang kebanyakannya hampir-hampir hanyut dalam kesenangan. Dalam satu ceramahnya tentang bantuan malapetaka yang ketika itu melanda satu daerah pendalaman di Mesir, panggilannya untuk memberi bantuan pakaian telah disambut dengan penghantaran berpuluh-puluh kontena pakaian dalam hanya beberapa hari. Dan bukannya pakaian terpakai, akan tetapi yang baru-baru. Begitulah cara beliau mengajak masyarakat Mesir berkorban.

Matlamat 'Amr Khaled adalah untuk membawa Islam kepada masyarakat Mesir khususnya, melalui perubahan kepada diri, keluarga dan masyarakat, dan bukannya perubahan negara melalui pentas politik. Disebabkan kepopuleran beliau, kerajaan Mesir yang sememangnya takut kepada pengaruh Islam, telah menghadkan dakwah beliau. Tetapi ini telah menimbulkan satu rahmat kepada masyarakat Islam di seluruh negara Arab di Afrika Utara dan juga di Eropah, disebabkan sebuah stesen TV Arab, ART yang memancarkan progremnya keseluruh Afrika Utara dan Eropah, telah mengambil beliau sebagai konsultan tetap untuk progrem agama di TV. Dan kini progrem 'Amr Khaled menjadi antara progrem yang terpopuler yang disiarkan oleh ART.

Imachee, untuk menjawab pertanyaan anda, beginilah cara yang kita patut berdakwah. Inilah contoh personaliti yang kita nantikan di Malaysia. Yang boleh menembusi hati muda-mudi Melayu khasnya dan masyarkat Melayu ’amnya untuk kembali kepada akhlak Islamiah. Kerana demokrasi bukannya lagi cara yang terbaik dan terbijak untuk membentuk hala tuju masyarakat Islam.

'Amr Khaled kini berada di Birmingham kerana melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.

III.

Di antara dua 'Amr aku memilih 'Amr yang boleh membawaku ke kebahagiaan ukhrawi. Sah!

Monday, February 06, 2006

Made in Denmark

Beberapa tahun lalu, sahabatku seorang penerbit majalah Islam di London, bersama lapan orang ahli keluarganya telah berkesempatan untuk mengerjakan umrah.

Alangkah gembiranya mereka. Selain daripada kesempatan untuk mengecapi keberkatan secara beramai-ramai dengan menjejakkan kaki mereka di Haramain, perasaan tambahan yang tak dapat dipendamkan antara satu sama lain adalah keseronokkan masing-masing apabila terpandang kepada outlet Mc Donalds di Hilton Makkah. Apatah lagi, bila ada saja waktu yang tidak ke masjid, sama ada pagi, petang, siang atau malam, mereka sekeluarga, tak akan kemana-mana melainkan untuk beramai-ramai ke Mc Donalds untuk membaham apa saja yang dijual di sana. Dengan lahapnya. Setiap seorang mereka akan membaloi sekurang-kurangnya dua jenis makanan di Mc Donalds, setiap kali kesana!

Pada hari ke-empat dalam acara 'lawatan' mereka ke Mc Donalds, pelayan Filipino yang telah memerhati kelaku mereka setelah beberapa hari, bertanya kepada temanku, memandangkan yang ia tertua di antara mereka.

”Where are you guys from?”

”London,” jawan temanku rengkas, sambil mengunyah-gunyah burgernya.

”Why, isn’t there any Mc Donalds there?” Tanya lagi si Filipino tadi.

“Of course, plenty but they aren’t halal!” jawab temanku.

“What makes you think these are halal?” Tanya si Filipino.

“What?” temanku menjerit terkejut. Beliau terhenti dari mengunyah dan memandang kepada Filipino tadi dengan penuh kehairanan.

Si Filipina masuk ke setor dan membawa keluar beberapa kotak burger yang tertera ‘Made in Denmark’, tetapi tanpa mempunyai langsung tanda-tanda yang menghalalkan isian kotak tersebut.

Hampir-hampir terjeluak mereka apabila melihat bukti yang dikeluarkan.

Begitulah, di negara yang terlampau phobia dengan bid’ah, terdapat bid’ah yang terlebih besar.

p.s. Ingatlah:
  1. Kehinaan yang berlaku masakini terhadap kita adalah angkara perbuatan umat Islam sendiri.
  2. Kadangkala kelaku kita lebih menghina Rasululullah daripada kartun yang dilakarkan oleh pelukis-pelukis Danish yang berkait. Tetapi bukanlah bermakna yang kita mesti berlembut dalam isu yang sedang membara ini.


PERINGATAN:
  • Hari Rabu (8 Feb) adalah hari Tas'un (tis 'ata = 9) atau hari kesembilan Muharram. Sunat berpuasa.
  • Hari Khamis (9 Feb), hari 'Asyura' ('a syaraa = 10), sunat berpuasa. Tapi tak payahlah membedal-bedal dan memukul-mukul badan dan kepala sehingga berdarah macam orang syi'ah. Nanti jadi haru pulak.

Friday, February 03, 2006

confuse, you!





SATU:

Bulan dulu aku diziarahi Din si Greek, pada waktu yang agak sudah lewat malam. Beliau membawa bersama seorang kawannya, berketurunan Croat. Si Din ni memang pelek orangnya, kalau datang ke rumahku bukan kira waktu. Mungkin ianya masih keliru dengan perbezaan waktu antara Athens dan KL meskipun sudah lebih 20 tahun di Malaysia. Hatinya keras macam batu, begitulah perangai orang Greek. Bersikap lebih Melayu dari Melayu dan lebih Islam dari orang Arab (katanya). Kalau panggil Greek dia akan marah, “I am Hellenic!” akan diujarnya dengan keras.

“Apahal?” aku bertanya,”malam-malam buta ni!”


“Masalah. My friend, this Croatian, has some problems. He needs a good lawyer,” sambungnya. Punggungnya belum lagi jatuh ke kerusi.


“Kenapa?” aku bertanya kehairanan. Yang membuat aku hairan adalah aku ni bukannya seorang peguam.

Si Croatian tadi nampak sedih dan keliru. “Siapa nama dia?” aku bertanya kepada Din.

“Farid. He’s a convert. Already for seven years. C’mon Farid tell him your problems,” Din mengalihkan pandangannya kepada Farid.

“I need a good lawyer to enable me to divorce my wife.”

Eh, aku bertambah keliru kerana aku pula yang dimintanya untuk membantu meruntuhkan masjidnya. “Mahkamah syariah,” ujarku, dengan harapan ziarah ini akan selesai segera kerana hari pun semakin lanjut malam. Sayup-sayup rasanya aku terdengar bunyi taktibau.

“Complicated. See, she left me. For another woman.”

“She’s a lesbian,” sahut Din dengan suara yang tinggi.

“Then go to her father or family members.” Aku membalas.

“Ah, more complicated,” Din menyelit, “her father is a drunkard and her brother, another useless guy. He’s a gay.”

Bingung. Bingung jadiku. Kami semua senyap. Tak berkata apa-apa.

Selepas termenung sejenak, aku menalipon rakanku, si peguam yang aku pernah ceritakan dulu, yang amat berjaya tapi belum lagi kaya raya. “Eh besok, tolong jumpa si Croat ni, Farid, dan dengar apa kehe pula dia ni.”

“Baik Keng, suruh dia datang pukul 10.00 pagi, jangan lambat kerana I ada kes di mahkamah Shah Alam. Kes mustahak. Ada Tan Seri nak cerai Puan Seri.” Balasnya. Memang rakanku ini amat senang denganku. Minta tolong apa saja dan dia akan membantu. Tak kira kecil besar.

“OK Farid, tomorrow, go to …. blah, blah blah…….” Aku mengarahnya, “10 sharp. Bring all relevant documents, and bring her as well.”

Selepas kami diam sejenak, si Din pun mula berkhutbah kepada si Croat tu. “See, you are supposed to be a Muslim, but you yourself are not serious in observing your duties towards Allah. You never guide her in her religious obligations. You yourself never even want to stop drinking, ……..blah, blah, blah….”

Si Croat tadi tak berkata apa-apa kerana agaknya memang benar apa yang dikatakan oleh Si Din.

Selepas sebulan Din datang lagi ke rumahku. Tak ada tujuan khusus, cuma ingin mencari tempat untuk meluahkan perasaannya agaknya.

“What happened to Farid?” aku bertanya.

“Ah, that idiot. He didn’t go to the lawyers and his wife has left for Amsterdam with her partner. Good for him as he is equally useless.” Din menjawab. Senang.


DUA

Satu hari, sewaktu ke KLIA, aku terdengar perbualan penumpang ERL dihadapanku, “You tau, suami si Jah tu? Satu hari Jah ternampak mesej dalam Nokia dia, ‘Abang, I am thirsty for you. Please come quick’ dan Jah pun melentinglah kerana tak disangka-sangka suaminya ada affair. So he left the house and you know what Jah found out, a month later? He didn’t leave her for a woman, but instead, you, for a bapok!”

Aku tak terkata apa-apa. No komen. Nasib baik Si Din tak disebelahku, kalau tidak, mampus. Dia akan berkhutbah lagi panjang.


TIGA

Rupa-rupanya di KL ni di fitness centres dan di spa-lah tempat petualang-petualang begini bersarang. Baik kau jangan pulang ke Malaya Jones, nanti bukan saja engkau akan marah dengan telatah budak-budak di masjid, dengan budak-budak tak pergi masjid pun engkau akan jadi lebih marah.


Thursday, February 02, 2006

10 Muharram

I.

Di Pakistan, terdapat beberapa hari dalam satu bulan yang tertentu di mana radio-radio tidak melaungkan musik dan lagu-lagu. Yang berkumandang hanyalah bacaan al Koran dan syarahan-syarahan. Di merata-rata jalan di bazaar, gerai-gerai menyediakan minuman dan juga makanan percuma. Pada hari-hari tersebut segala jenis hiburan dihentikan.

Begitu juga di suatu masjid berhampiran Khan al Khalili di Kota Kaherah, berduyung-duyung manusia yang memenuhi masjid yang dikenali sebagai Masjid Sayyidina Hussain, dengan penuh ratapan dan tangisan.

Dan begitu juga di Manama, Bahrain. Di merata souk di Babul Bahrain, syarahan-syarahan berkumandang dari pembesar-pembesar suara di merata ceruk jalan sehingga memeningkan. Sepanduk-sepanduk yang ditulis dengan ingatan dan pesanan yang penuh bersemangat merintangi simpang-simpang jalan dan lorong, seolah-oleh mereka melalui satu persiapan untuk berperang.

Dan begitu juga khabarnya di Irak terutamanya di Karbala, dan di Lubnan dan Iran.

Begitulah suasana yang anda akan lalui dalam bulan ini, bermula dari 1 hingga 10 Muharram setiap tahun.

II.

Muharram mempunyai satu hari yang penuh keistimewaan. Keistimewaan 10 Muharram (hari ‘Asyura’), mengikut kitab I ’anah at- Thoolibin, pada hari tersebut, antaranya:

  • Allah SWT menjadikan ’Arasy;

  • Allah SWT menjadikan Lauh Mahfuzh;

  • Allah SWT menjadikan Qalam;

  • Allah SWT menciptakan alam;

  • Hari pertama Allah SWT menurunkan rahmat;

  • Hari pertama Allah SWT menurunkan hujan dari langit;

  • Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril;

  • Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah SWT dan taubatnya diterima sehingga dia bersih dari segala dosa dan kesalahan;

  • Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah SWT ke langit;

  • Nabi Nuh a.s. berlabuh bahteranya setelah mengharungi banjir yang melanda bumi selama 6 bulan;

  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan dari api Raja Namrud;

  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk beberapa tahun akibat fitnah Zulaikha;

  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun setelah berada dalam perutnya selama 40 hari;

  • Nabi Daud a.s. diampuni Allah SWT;

  • Nabi ’Isa a.s. dinaikkan kelangit sewaktu dikejar kaum pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya;

  • Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya, dengan membelahkan Laut Merah sebagai laluan untuk melepaskan dari dikejar oleh Fir’aun dan bala tenteranya;

  • Allah SWT menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;

  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan dengan sebuah kerajaan yang besar;

Imam al Yafi’ dan an Nasyiri dalam Idhahnya menyatakan bahawa di antara keajaiban hari ’Asyura’ adalah binatang liar di hutan berpuasa pada hari ini. Dan Fatah bin Syukhruf menyatakan meskipun setiap hari beliau memberi makan roti pada semut-semut di kediamannya, pada hari ’Asyura’ semut itu tidak memakannya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Tirmidzi, daripada Abu Qatadah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Puasa pada hari ’Asyura’ bahawasanya aku kira Allah SWT akan menebus dosa tahun yang dahulunya.”

Dalam riwayat yang lain, dianjurkan kita berpuasa sehari sebelum dan sehari selepas hari ’Asyura’ supaya puasa itu berlainan dari puasa kaum Yahudi, yang perpuasa pada hari itu.

Begitulah satu hari yang penuh rahmat, pengampunan, pertolongan, penyelamatan, barakah dan kebesaran. Yang sesuai disambut dengan penuh kesyukuran.

Disepanjang bulan ini umat Islam digalakkan mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka. Memperbanyakkan zikrullah, istighfar, bersedekah, menziarahi orang-orang sakit, dan kebajikan-kebajikan yang lain.

III.

Sayangnya, kepada kaum Syi’ah penghayatan kepada peristiwa Karbala menjerebui kebesaran lain yang ada perkaitan dengan hari tersebut.

Tradisi yang diamalkan di Pakistan, Iran, Irak, Bahrain, Mesir dan di lain-lain pusat Syi’ah adalah untuk menunjukkan simpati kepada Sayyidina Hussain dan 72 orang yang bersamanya, yang menjadi korban di Karbala, serta mengapi-apikan kembali kebencian terhadap pihak yang memusuhi keluarga Sayyidina ’Ali (dan awaslah, kaum Sunni dianggap bertanggungjawab dalam hal ini).

Setelah dikepung oleh tentera Yazid bin Mu’awiyyah selama beberapa hari, tanpa diberikan laluan untuk makanan dan minuman, pada 10 Muharram tahun ke132 Hijrah / 750 M, Sayyidina Hussain (anak kepada Sayyidina ’Ali dan juga anak kepada Sayyidatina Fathmah az Zahrah bint Rasulullah SAW), telah menyaksikan seorang demi seorang anak-anaknya menjadi korban tentera Yazid yang kejam. Sewaktu beliau membawa keluar anak bongsunya Ali al ’Asghar, yang baru berumur 6 tahun, yang sedang menangis-nangis meminta air kerana amat kehausan, anak panah yang beracun telah ditujukan kepada ’Ali. Panah ini menembusi lehernya dan tembus melekat pada lengan bapanya. Selanjutnya Sayyidina Hussain juga maut dengan lehernya dipenggal oleh tentera-tentera tadi. Kepala beliau telah dipacak pada hujung lembing dan diarak dimerata-merata tempat dengan segala kemeriahan untuk membuktikan bahwa tidak ada lagi musuh daripada kalangan keluarga Sayyidina ’Ali.

Dan ada riwayat yang menyatakan bahawa kepala ini akhirnya dikebumikan di Masjid Sayyidina Hussain di Kaherah. Badannya pula dikebumikan di Karbala.

Itulah yang di peringatkan kaum Syi’ah dalam sambutan hari 10 Muharram pada setiap tahun.

Gambaran ini bukannya untuk memberi sokongan moral kepada kaum Syi’ah tetapi ini adalah secebis sejarah yang sengaja kita lupakan disebabkan ianya dikira sebagai sejarah yang tak ada kena mengena dengan kaum Sunni.


IV.

Kita sekarang dalam hari ke 3 Muharram, dan ada masa untuk melaksanan amalan-amalan yang dianjurkan. Semoga ibadah kita diterima Allah SWT.


wallahu a'lam

V. Update Tentang Bubur 'Asyura'

Di kalangan orang-orang Melayu, 10 Muharram disambut dengan jamuan bubur 'Asyura'. Sejarah bubur ini adalah untuk memperingati hari Nabi Allah Nuh selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah besar yang melanda dunia pada ketika itu. Alkisah, setelah mendarat maka awak-awak bahtera pun mengumpul segala apa bahan makanan yang ada di kapal untuk dimasakkan sekali gus. Maka dimasukkanlah tepung-tepung, kacang, jagung, badam, gula, garam, dan sebagainya dan terciptalah satu santapan yang lazat. Itulah Bubur 'Asyura'.

k.syatrina telah sudi mengongsikan resipi buburnya kepada umum seperti di sini:

RESIPI BUBUR ASYURA
Menurut sejarah orang Melayu, bubur Asyura harus mempunyai 10 bahan utama. Pilihan ubi dll bergantung pada individu itu sendiri. Bagi yg tidak suka berempah, boleh kurangkan.

BUBUR ASYURA
250 gm beras
2 liter air
1 ekor ayam
300 gm daging lembu
80 gm kacang hijau
80 gm kacang merah
80 gm kacang ‘kidney beans’ putih
250 gm keledek
3 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
1-2 sudu kecil serbuk lada sulah
250 gm tepung beras
2.5 liter santan (drpd 2 biji kelapa)

Bahan Rempah
5 sm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih

Cara membuatnya
• Potong ayam anggaran 16 keping. Asingkan leher, kepak dan rusuknya (kerana banyak tulang). Hiris daging kira-kira 3 sm kiub.
• Rebus kacang hijau, kacang merah dan kacang putih berasingan hingga empuk.
• Kupas keledek, potong kiub 2 sm dan rebus hingga empuk.
• Tanak beras dengan air, ayam dan daging di atas api sederhana hingga kembang menjadi bubur. (Jika suka, boleh asingkan tulang ayam pada peringkat ini).
• Sangai semua rempah hingga wangi kemudian kisar hingga halus. Masukkan ke dalam bubur.
• Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Kacau di atas api perlahan hingga mulai pekat. Masukkan serbuk lada sulah.
• Bubuh semua bahan lain dan kacau lagi hingga kental. Adunan hendak berkilat dan tidak melekat bila disentuh dengan jari. Ratakan di dalam tin atau loyang yang dilengser sedikit minyak.
• Biar sejuk sebelum dihiris ikut suka.

Terima kasih kepada Puan Norzailina Nordin, dari ALAF 21.

Sekian adanya.

VI.

Zizie, bubur macang orang Tegganung buak tu jjumpa doh ke dok lagi? Tanya orang atah kubur syeh brahim, mesti orang ssitu tau.