I.
Kelak papan-tanda nama jalan-jalan di Pulau Pinang akan ditulis dalam Bahasa Cina. Ini, tegas kerajaan Negeri di bawah pimpinan Gerakan, parti yang dulunya bertanggungjawab mengapikan kebencian terhadap kaum Melayu sehingga meletusnya kejadian Mei 13, adalah untuk menarik pelancong dari negeri China.
Mengapa Datuk Bandar KL juga tak memikirkan strategi pemasaran sedemikian taklah aku faham. Tulislah dalam bahasa Arab, Thai, German, Perancis dan juga Russia. Atau Swahili dan Afrikaan. Bukankah mereka juga berduyun-duyun ke Malaysia sebagai pelancung? Malah ramai pula yang telah menetap secara haram dan melibatkan diri dalam perniagaan malam. Dan mengapa tidak juga dalam bahasa Mongolia? Bukankah kebelakangan ini ramai orang-orang Mongolia ke Malaysia?
II.
Pada 1289, dalam agenda untuk meluaskan empayar Mongol ke dunia selatan, Kublai Khan telah menghantar satu armada ke Singosari, kerajaan Hindu di Pulau Jawa, untuk memaksa pemerintahnya Kertanagara, supaya tunduk kepada pemerintahan China. Setelah watikah Kublai Khan dibaca dengan megah oleh dutanya Meng Ki di hadapan Kertanagara, beliau hanya tunduk seolah-olah akur dan menerima takdir untuk taat setia kepada kuasa yang telah menggeletarkan kuasa-kuasa dunia yang lain. Dengan penuh kesopanan kraton, Kertanagara menjemput rombongan duta dan wakil Kublai Khan untuk jamuan santapan malam sambil mabuk-mabukan. Sangkaan rombongan ini bahwa Kertanagara telah berjaya ditundukki dengan gampang, pastinya menggembirakan Kublai Khan kerana beliau akhirnya dapat dinobatkan sebagai raja di darat dan lautan.
Malamnya sewaktu tetamu sedang asyik bersukaria dan dibelai dengan ulikan gamelan, panglima-panglima raja Singosari mecabuli segala protokol diplomasi, dan menawan dengan mudahnya kesemua tetamu jemputan. Tiba-tiba terserlahlah kehandalan panglima Jawa.
Muka Mongol dikelar-kelar seperti ikan sebelum dipanggang, sebagai tanda amaran dan mereka kemudiannya diseret balik ke kapal dan dinyahkan pulang membawa watikah amaran dari Kertanagara.
Tingkah laku Kertanagara terhadap rombongan armada Mongol amat memurkakan Kublai Khan kerana beliau tidak pernah sebelumnya menerima pengaiban apa lagi kekalahan.Paduka Kublai Khan,
Sembah puji dari hamba yang hina ini hanya ke bawah duli sang pelindung jagat. Raja yang senantiasa tenang tenggelam dalam samadi, raja segala raja, pelindung orang miskin, mengatur segala isi negara. Sang dewa-raja, lebih diagungkan dari yang segala manusia dan dewa yang tampak di atas tanah. Merata, serta mengatasi segala rakyatnya:Demi Dewa Yama, hamba Kertanagara, raja dan wakil dewata yang memerintah Singosari, tidak tunduk kepada mana-mana kuasa dunia dan memberi amaran ke atas paduka tuan, atas apa-apa tindakkan dan niat jahat pemusnahan dan penaklukan. Pelakuanku keatas utusan Paduka Tuan, menjadi amaran.Nirguna bagi kaum Wisnawa,
Iswara bagi Yogi,
Purusa bagi Kapila,
Hartawan bagi Jambala,
Wagindra dalam segala ilmu,
Dewa Asmara di dalam cinta berahi,
Dewa Yama di dalam menghilangkan penghalang dan menjamin damai dunia.
Dalam persediaan untuk mengahalang serang balas Kublai Khan melalui darat, Kertanagara telah mengarahkan tenteranya dengan kerjasama kerajaan Champa, supaya menaluki tanah Melayu, Sri Vijaya dan Temasek. Ekspedisi tentera ini dikenali dengan nama Penaklukkan Pamelayu.
Tepat sekali telahan Kertanagara, beberapa tahun kemudian pada tahun 1292, rombongan Mongol yang lebih besar dan lengkap, datang kembali ke Jawa untuk membalas dendam.
Kebetulannya pada tahun itu Singosari mengalami kekacauan dalaman, dan Kertanagara pula telah dibunuh oleh seorang pembesarnya dari Kediri, Jayakatwang, dalam suatu keramaian agama. Apabila kedua-dua berita kedatangan Mongol dan kematian Kertanagara diterima oleh Raden Vijaya (Pendiri Kerajaan Majapahit), yang merupakan menantu kepada Kertanagara, beliau tiada pilihan melainkan menerima penaklukkan Mongol yang beberapa tahun sebelumnya ditolak oleh bapa mertuanya. Dengan kerjasama Mongol Vijaya berjaya menghapuskan tentera Jayakatwang dan kembalilah kedamaian di Singosari.
Di waktu inilah, Raden Vijaya yang juga sepintar Kertanagara, berpaling tadah terhadap tentera Mongol, dan diriwayatkan dalam sejarah bahawa sejumlah 3,000 tentera Mongol mati terbunuh. Inilah ketewasan Mongol kali kedua (kali pertamanya di ’Ayn Jalut 1260) di medan perang dunia. Hancurlah impian Mongol untuk menaklukki Nusantara.
Sejarah Mongol dalam peperangan darat pula berlainan. Merekalah jaguh. Merekalah johan. Amat kejam. Dan kedatangan mereka seperti api yang membakar padang ragut. Menjarah kawasan, bandar dan perkampungan.
"The greatest happiness is to vanquish your enemies,
to chase them before you,
to rob them of their wealth,
to see those dear to them bathed in tears,
to clasp to your bosom their wives and daughters"
-GENGHIS KHAN
Sewaktu Khalifah Abbassid dijatuhkan Hulagu Khan dan Baghdad dijarah pada 1258, sejarah menceritakan tentang kehilangan segala sifat kejantanan pada kaum lelaki Islam. Begitu sekali Mongol digeruni, sehingga sewaktu melintas meskipun seorang penunggang kuda Mongol melalui kampung, orang-orang lelaki akan keluar ke jalan untuk menyerah leher-leher mereka untuk dicantas. Begitulah kedayusan yang menjalar dikalagan mereka.
Takdir Allah mengatasi segala-galanya. Sewaktu Mongol menyerang Mesir pada 1252, mereka telah menawan seorang budak bernama Mahmoud Mermi, yang kebetulannya anak saudara kepada Khalifah. Mahmud kemudiannya dijual beberapa kali sebagai hamba dan sewaktu beliau di Sham beliau telah bermimpi didatangi seorang yang memakai serba putih mengkhabarkan bahawa beliau akan menghancurkan kaum Mongol dan Tartar, dan akhirnya akan memerintah Mesir. Mimpi ini dita’birkan oleh Izza al Din, seorang ulama bahwa yang mengkhabarkan berita itu adalah Rasulullahi sollahu ’alaihi wassalam. Mahmud akhirnya dimerdekakan dan dengan kepintarannya beliau di terima ke istana dan akhirnya ditabalkan sebagai Khalifah Mesir. Beliau telah bergelar dengan nama khalifah Saifuddin Qutuz.
Cerita Saifuddin Qutuz ada persamaan dengan Kertanagara. Mongol dengan angkuhnya telah mengutuskan surat yang biadab kepada Saifuddin, memberi amaran keras supaya Saifuddin tunduk kepada mereka:
Dari Raja-di-Raja Timur dan Barat,
Khan yang Agung,
kepada Qutuz pemerintah Memluk yang lari dari pedang-pedang kami.
Fikirkanlah apa yang telah berlaku kepada negara-negara lain dan menyerahlah kepada kami.
Kamu tentu ketahui bagaimana kami menakluki jajahan yang luas serta telah membersihkan bumi dari kekacauan yang telah menodainya. Kami menaklukki kawasan di merata-rata serta telah membunuh penduduknya. Kamu tak pasti terlepas dari kehebatan tentera kami. Kemana kamu akan lari? Jalan manakah kamu akan lalui dari kami? Kuda-kuda kami pantas, panah-panah kami tajam, pedang-pedang kami pantas mencantas, hati-hati kami keras seperti batu, dan seldadu-seldadu kami ramai dan tak terbilang bak pasir yang banyak. Tembok dan kota tak dapat menahan kemaraan kami dan alat-alat senjata tak menakutkan kami.
Doa-doa kamu kepada tuhan kamu tak bermakna bagi kami. Hati-hati kami tak cair kepada tangisan dan tersentuh dengan rayuan. Hanya yang menyerah kepada kami untuk perlindungan akan selamat.
Cepatlah dengan jawapanmu sebelum api-api peperangan disemarakan. Tentang, dan kamu akan alami akibat yang dahsyat. Kami akan musnahkan masjid-masjid kamu dan membuktikan kelemahan tuhan kamu untuk menjaga kamu, dan seterusnya akan membinasakan kanak-kanak dan orang-orang tua sekali gus.
Kini hanya kamu sahaja musuh yang kami hadapi dan akan tentangi.
Qutuz membalas surat ini dengan memenggal kepala wakil-wakil Mongol dan telah menggantungkan kepala-kepala mereka di Bab Zuweila di Kaherah.
Sebagaimana Kublai Khan murka kepada Kertanagara, begitulah juga kemurkaan pemerintah Mongol kepada Saifuddin. Akhirnya kedua-dua bala tentera bertemu di Lembah ’Ayn Jalut dan 20,000 tentera Mongol menemui ketewasan yang menghinakan di situ. Saifuddin akhirnya berjaya menebus kekalahan tentera Islam.
III.
Apa bezanya umat Islam Malaysia dan sewaktu Abbassid dulu? Kali ini kedatangan Mongol ke Kuala Lumpur bukanlah untuk menjarah negara, akan tetapi akan meninggalkan keaiban yang mendalam kepada kita semua. Kita yang kononnya mengamalkan Islam Hadhari. Kita yang mempegerusikan OIC. Kita, kita, kita.........
Aku teringat akan khabarnya pesanan Tun M untuk disampaikan kepada seorang Menteri tempatan, ”Tell him to stop womanising, and then divorce his wife..”
Kepada siapa?
Wallahu a’lam.
12 comments:
i:
tanpa nama cina itupun tempat itu sudah seperti beijing
ii:
wah, mana dapat sejarah ni?
Salam Tuan Keng
Rasa2nya tempat ambo lagi baguh lagu tu....nama tempat, nama jalan ada tulis bahasa melayu dan jawi. Bukannya apa untuk menyenangkan orang2 lama yang tak leh baca rumi, boleh baca jawi..takde lah salah untuk buat urusan tertentu.
ii. Baguh juga sejarah yang tuan paparkan kali ni...sebenarnya saya pun tak tau ni semua. Nasib baik ada blog tuan ni...boleh gak tau sikit2...hehehehehehehe.
iii. Tengok gambar nampak gahnya Genghiz Khan tu yek...tapi rasa2nya lebih gah lagi Hang Tuah. Betul tak tuan keng?
Keng,
Mungkinkah kita akan hilang lagi satu pulau?
Tapi saya nampak ada persamaan dalam cerita Monggol dulu dan sekarang. Dulu Monggol hantar utusan , utusan dipenggal, dan Monggol buat serang balas. Sekarang, utusan di bom dan nama kita diselar di mahkamah. Lebih kurang lah tu, :p
Enchek Em kata lagu tu? hehe...
memang amat tepat sekali saranan itu...
Monggol dah pulang kata XPDC...
Tuan Keng,
Begitu mendalam hikayat Monggol ini.
Saya setuju mesej yang nak disampaikan n "PROUD OF TUAN KENG"
Nak beli T-Shirt??? he..he
Sejarah berulang ..... and not just on the monggol story.
Di manalah salah kita???
i.
Setahu saya kalau kita ke sesetengah negeri di Timur Tengah dan ke China sendiri, tak ada pula nama jalan dan papan tanda arah yang ditulis dalam bahasa Inggeris, nak pula bahasa Melayu.
Apa sibuknya nak tukaq nama ke bahasa Cina, kat Tanjung ni Cina dah ramai. Kalau pelancong Cina tu sesat, tanyalah pada Cina yang ramai ni.
Oh.. lupa pulak. Cina di sini ramai tak reti cakap Mandarin, Hokkein pandai la.
ii.
Sampai ke dalam itu pandangan makrifat Tuan Keng. Seronok mendapat ilmu yang tiada dalam National Geographic atau Discovery Channel atau Majalah 3 atau Panorama atau Eksplorasi atau.....
iii.
Hummm... ura-ura itu ada juga saya dengar dari sahabat yang menjaga bahagian protokol suatu ketika dahulu.
Salam Bro Keng,
l.
Sinis. Betapa kempen VM2007 begitu menjadi.
ll.
Ilmu. Sejarah mengungkap peradaban. Masyarakat beradab mampu mengangkat maruah agama.
lll.
Sedih. Amat sedih.
Terima kasih entri ini.
Macam2 sekarang ni kan...
Ku Keng, apakabar?
Sihat?
1. Nama bahasa sendiri pun masih tak tetap, bertukar-tukar....Macamana?
2. Wah. Rupanya 'penjelajahan' Mongol pun ada di Pulau Jawa. Maaflah. Saya tidak belajar sejarah.
3. Kita akan melihat lagi nanti bagaimana institusi perundangan menyorokkan realiti sebenar. Mungkin.....
terima kasih dgn n3 sejarah ini
artisticklytouch
Ya, tak perlu mengambil visa dan berpaspot.
Sejarah dari teman-teman dari Surabaya. Ini antara sejarah kemegahan mereka.
Putri:
Kalau banyak dapat manfaat, tolong hantar upah.
Puan dith:
Ya wakil yang datang bukan untuk menyerang tapi untuk menuntuk bagian. Mengikut cerita. Wallhu a'lam.
Pa'chik:
Encek M mungkin lebih tau.
hjghaz:
Mongol datang dalam pelbagai cara. Kadir Khan datang untuk menjual roti. Mereka merata-rata di sekeliling kita.
QOTH:
Itulah yang sebenarnya. Mana salah kita. Salahnya, terlalu toleran.
Tuan PK:
Cina menyerang merata-rata. Ah Pek di Banting pun diberi hiburan dan belaian. Menjalar khidmat mereka, jadi tujuan PPinang adalah untuk memperluaskan jaringan maksiat ini.
BR;
Wow, mau pi Tanjung ke? Nanti jumpa mami dan mamu, harus beradab.
Maklang:
Sihat Maklang. Alhamdulillah.
blackpurple:
Sebagai anak Jawa, mesti tau sejarah Jawa. Tapi ini sejarah Jawa Timur.
Maksu;
Terima kasih Maksu, semoga bermanfaat.
Post a Comment